Busana Diraja Sentuhan Magis Rizalman Untuk Permaisuri Agong





KUALA LUMPUR - Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok bukan sahaja mencatat sejarah penting untuk negara, tetapi bakal meninggalkan kenangan terindah buat  pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim
Debar pastinya beritma di dada beliau kerana selepas beberapa bulan bertungkus-lumus menyiapkan busana untuk Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sentuhan magis beliau akhirnya disarung sebagai persalinan rasmi Raja Permaisuri Agong yang menaiki takhta persada negara di samping suami tercinta
"Baginda bertitah yang mana persalinan yang akan dikenakan biar rakyat meneka dan melihat sendiri pada pagi tersebut," katanya kepada Bernama dalam temu bual sempena istiadat pertabalan itu di butik miliknya di sini, baru-baru ini
Menurut Rizalman, pengalaman selama 15 tahun menjadi 'tukang jahit' Tunku Azizah sekeluarga membolehkan beliau memahami dan memenuhi 'gaya fesyen' Tengku Ampuan Pahang itu dalam menghasilkan persalinan yang bukan sahaja sedap mata memandang, tetapi turut menepati imej seorang wanita muslimah
Menurut Rizalman, beliau telah dipertanggungjawabkan membuat rekaan dan menjahit enam persalinan milik Tunku Azizah sempena istiadat tersebut termasuk busana daripada fabrik tenun Pahang hasil tenunan penghuni Penjara Penor dan Penjara Bentong Pahang yang diilhamkan baginda sendiri. 

"Ini satu sejarah apabila Raja Permaisuri Agong mengenakan busana Tenun Pahang yang dihasilkan oleh penghuni penjara. Saya diberi tugas untuk menyulam kerawang dan jahit persalinan itu agar ia nampak lebih sempurna daripada koordinasi warna, sulaman, selendang dan sebagainya, antara warna-warna pakaian yang akan membuatkan baginda kelihatan lebih menawan ialah biru firus (turquoise), putih gading dan kuning. "Bukan mudah untuk membuatkan enam persalinan yang dinantikan seluruh rakyat jelata di mana dari segi sulaman ia memakan masa hampir sebulan bagi sehelai pakaian," katanya yang turut dipertanggungjawab menyiapkan 12 lagi persalinan untuk anakanda-anakanda Tunku Azizah
Menyentuh potongan busana yang menjadi pilihan Tunku Azizah, Rizalman berkata, sehingga kini beliau masih mengekalkan rekaan kurung moden kolar bulat dengan bahu berkedut  yang menjadi 'trademark' baginda, seperti yang digayakan ketika beliau mula melihat baginda menerusi muka hadapan sebuah majalah
"Ketika saya mula reka baju untuk Tunku Azizah, baginda telahpun berhijab. Jadi, saya tambah selendang nipis yang menutup bahagian depan badan, lebih selari dengan penampilan seorang muslimah," katanya sambil mengimbau rekaan pertamanya kepada baginda iaitu busana kurung moden menggunakan kain renda berwarna putih dan hitam
Selain pakaian, Rizalman yang juga terkenal sebagai pereka hiasan dalaman turut memberi sentuhannya dalam menata rias Balairong Seri Istana Negara pada hari bersejarah itu dengan menerapkan elemen daripada istana lama. "Antaranya di belakang singgahsana akan diletakkan beberapa helaian kain mirip istana lama dahulu. Selain itu, baginda berdua akan bersemayam di atas kerusi yang pernah digunakan oleh kedua-dua almarhum ayahanda baginda (Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)," katanya. Lebih istimewa, Rizalman berkata, kain songket dari Brunei yang ditempah oleh Tunku Azizah sendiri akan digunakan sebagai alas kerusi ketika berlangsungnya istiadat tersebut. Dalam temu bual berkenaan, bapa kepada dua anak lelaki itu turut berkongsi kenangan manis beliau sepanjang mengenali Tunku Azizah apabila baginda sudi mencemar duli berkongsi dapur di rumahnya. "Saya amat kagum dengan ilmu memasak baginda yang saya kira punya daya ingatan yang sangat luar biasa. Tanpa perlu rujuk semula resepi pun baginda boleh ingat setiap satu sukatan dengan tepat apabila ditanya bila-bila masa," katanya. 
- Bernama
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://berita-saya.blogspot.com/2019/07/busana-diraja-sentuhan-magis-rizalman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azizah Kuat Seperti Tok Permaisuri Agong Mahu Taja Rawatan Kesuburan 60 Pasangan

Azizah Kuat Seperti Tok Permaisuri Agong Mahu Taja Rawatan Kesuburan 60 Pasangan

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 926 hits
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al Haj melalui kesukaran untuk hamil dan mengambil masa 10 tahun sehingga mendakap anakanda ...
Biodata Info Menarik Dymm Agong Dan Permaisuri Agong Ke 16

Biodata Info Menarik Dymm Agong Dan Permaisuri Agong Ke 16

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 1195 hits
Daulat Tuanku Daulat Taunku Daulat Tuanku Merafak sembah dan setinggi ucapan tahniah buat Sultan dan Tunku Ampuan Pahang atas pertabalan sebagai Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan DYMM Seri Paduka Baginda Raj...
Raja Permaisuri Agong Pertama Hingga Kini 2019

Raja Permaisuri Agong Pertama Hingga Kini 2019

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 1425 hits
Hari ini sekali lagi rakyat Malaysia khasnya dapat menyaksikan majlis istiadat pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 16 Sesuatu yang harus di tonton oleh generasi muda khususnya untuk mengenali adat istiadat Diraja Me...
Menu Kampung Pilihan Agong Raja Permaisuri

Menu Kampung Pilihan Agong Raja Permaisuri

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 338 hits
Tunku Azizah pula gemar bersantap masak kicap asam pedas atau stew daging Untuk sayur kegemaran baginda berdua adalah petola tumis air sayur campur goreng sawi masak sos tiram dan kobis masak lemak Ramai yang sukar untuk percaya bila saya k...
Sebelum Dilamar Permaisuri Agong Pernah Mimpi Dipatuk Ular

Sebelum Dilamar Permaisuri Agong Pernah Mimpi Dipatuk Ular

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 542 hits
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kenangan lampau bagaimana baginda mendapat alamat sebelum menerima kunjungan rombongan diraja untuk meminangnya 33 tahun lalu Sebelum dilamar Permaisuri Agong pernah m...
Raja Permaisuri Agong Cantik Bijak Cukup Cekap Memasak Ydp Agong

Raja Permaisuri Agong Cantik Bijak Cukup Cekap Memasak Ydp Agong

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 495 hits
Tiga perkara yang menggambarkan keperibadian Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Cantik intelligent pandai memasak Itu reaksi spontan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Ab...
17 Kali Rawatan Baru Dapat Anakanda Pertama Raja Permaisuri Agong Imbas Kembali Usaha Untuk Hamil

17 Kali Rawatan Baru Dapat Anakanda Pertama Raja Permaisuri Agong Imbas Kembali Usaha Untuk Hamil

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 912 hits
Kecekalan dan ketabahan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dalam usaha baginda mendapat zuriat wajar menjadi sumber inspirasi buat wanita di negara ini Bukan sek...
Selamat Pengantin Baru Tuanku Ydpa Tuanku Permaisuri Agong Malaysia

Selamat Pengantin Baru Tuanku Ydpa Tuanku Permaisuri Agong Malaysia

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 2668 hits
Selamat Pengantin Baru Tuanku YDPA Tuanku Permaisuri Agong Malaysia First time kan dengar Sultan Permaisuri Agong Malaysia ada akaun twitter hahaha Saya pun terkejut Pagi tadi terrjumpa satu tweet dari akaun username azizah iskandar yang me...
Tips Cantik Raja Permaisuri Agong

Tips Cantik Raja Permaisuri Agong

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 849 hits
Tips Cantik Raja Permausri AgongRAJA Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali netizen sebagai kerabat diraja berjiwa rakyat dan ia jelas kerana baginda aktif di media sosial
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi