Bursa Malaysia Teruskan Aliran Peningkatan



KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatan semalam apabila dibuka tinggi hari ini, menjejaki prestasi Wall Street ketika kiraan undi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) masih dijalankan.
Pada 9.06 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 10.98 mata kepada 1,475.59 selepas dibuka 4.25 mata lebih tinggi kepada 1,468.86.
Kaunter untung mengatasi rugi iaitu 362 berbanding 103 manakala 233 kaunter tidak berubah, 1,443 tidak diniagakan manakala 28 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 385.16 juta bernilai RM191.52 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata, walaupun pemilihan presiden AS masih berlangsung, kalangan pelabur sebaliknya menarik nafas lega kerana kedua-dua parti itu tidak menguasai kerusi majoriti di Senat mahupun Dewan Perwakilan.
“Ini bermakna, sebarang perubahan dasar yang ketara sukar untuk diketengahkan.
“Selain itu, kami juga berpendapat aktiviti belian secara bergilir-gilir membabitkan saham-saham berharga rendah akan ketara dalam tempoh terdekat ini berikutan sentimen pasaran yang positif,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Setakat pagi ini, calon Presiden daripada Parti Demokrat Joe Biden sedang mendahului Presiden Donald Trump yang mewakili Republikan, dalam undian elektoral.
Mana-mana calon perlu memenangi sekurang-kurangnya 270 undi elektoral daripada jumlah keseluruhan sebanyak 538 untuk menduduki kerusi Presiden.
Dalam pada itu, firma pembrokeran itu berkata sektor perladangan dijangka mendapat minat dagangan selanjutnya berikutan kenaikan harga minyak sawit mentah yang kian menghampiri paras RM3,100 satu tan.
“Kami juga melihat sektor pembinaan akan terus mendapat minat susulan pembentangan Belanjawan 2021 yang dijangka menyaksikan projek-projek megara prasarana diketengahkan,” katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik lima sen kepada RM7.05, Hartalega meraih enam sen kepada RM17.90, Public Bank untung 24 sen kepada RM15.10 dan Petronas Gas meningkat 26 sen kepada RM16.06.
Fraser and Neave mendahului kaunter paling untung dengan menokok 52 sen kepada RM31.60, diikuti oleh Malaysian Pacific Industries yang naik 48 sen kepada RM23.08 dan Hong Leong Financial meningkat 44 sen kepada RM14.38.
Bagi saham aktif, Berjaya Corporation menambah tiga sen kepada 21.5 sen, Iris Corporation dan AT Systematization pula masing-masing meningkat setengah sen kepada 31 sen dan 12.5 sen manakala Vsolar tidak berubah pada 3.5 sen.
Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas melonjak 80.34 mata kepada 10,684.34, Indeks FBMT 100 naik 76.45 mata kepada 10,485.11 dan Indeks Syariah FBM Emas meningkat 81.00 mata kepada 12,812.32.
FBM 70 pula menokok 96.17 mata kepada 14,019.17 dan FBM ACE melonjak 119.52 mata kepada 10,211.69.
Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 133.74 mata kepada 12,115.76, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.87 mata kepada 144.84 dan Indeks Perladangan meraih 21.20 mata kepada 6,928.17.
-BERNAMA
The post Bursa Malaysia teruskan aliran peningkatan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/05/bursa-malaysia-teruskan-aliran-peningkatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertandingan Menarik Hadiah Lumayan Anjuran Bursa Malaysia Dan Cgs Cimb Untuk Anda Yang Kaki Main Saham Turut Sertai

Pertandingan Menarik Hadiah Lumayan Anjuran Bursa Malaysia Dan Cgs Cimb Untuk Anda Yang Kaki Main Saham Turut Sertai

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 332 hits
BURSA MALAYSIA DAN CGS CIMB SECURITIES MENGANJURKAN HACKATHON MAYA INVESTHACK UNTUK MENGGALAKKAN PENYERTAAN PELABUR RUNCIT DALAM PASARAN SAHAM Kuala Lumpur 6 November 2020 Bursa Malaysia Berhad dengan kolaborasi The post appeared first on
Bursa Malaysia Catat Momentum Naik Prestasi Positif

Bursa Malaysia Catat Momentum Naik Prestasi Positif

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 467 hits
KUALA LUMPUR 28 OKT Pasaran tempatan meneruskan momentum kenaikan semalam apabila Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hampir kesemua indeks hari ini Pada 9 05 pagi FTSE Bursa Malaysia KLCI yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 1 78 mata...
Malaysia Is Not Facing A Constitutional Crisis

Malaysia Is Not Facing A Constitutional Crisis

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 201 hits
Then the Agong will have to agree for an emergency to be declared whereby Parliament would be suspended and Muhyiddin Yassin will become the caretaker Prime Minister until it is safe to call for GE15 maybe a year or so from now if they find...
Anwar The Virus That Is Causing All The Problems For Malaysia

Anwar The Virus That Is Causing All The Problems For Malaysia

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 277 hits
The late Karpal Singh knew that Anwar was the devil or one of the devils in this whole thing when he said back in 2009 that Anwar has caused a lot of problems for the country and must repent Yes Mahathir and Daim may have caused a lot of da...
Garmin Descent Mk2 Descent Mk2i Kini Di Malaysia Harga Bermula Rm6399

Garmin Descent Mk2 Descent Mk2i Kini Di Malaysia Harga Bermula Rm6399

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 191 hits
Garmin kini meperluaskan penawaran jam tangan terbaru mereka untuk pasaran tempatan dengan memperkenalkan Garmin Descent Mk2 dan Garmin Descent Mk2i Bagi yang berminat Garmin Descent MK2 dijual pada harga RM6 399 manakala Garmin Descent Mk2...
Jangan Nak Ubah Sejarah La Umno Yang Jemput China Komunis Datang Malaysia

Jangan Nak Ubah Sejarah La Umno Yang Jemput China Komunis Datang Malaysia

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 235 hits
Nak ubah buku sejarah tu tipu sahaja Saya adalah Panel Sejarah Kem Pendidikan M sia bersama Khoo Kay Kim dan beberapa orang lagi Saya nak betulkan fakta sejarah Malaysia DAP tak condong pada PKM atau PKC Sebab tu sejak DAP ditubuhkan dalam ...
Islamophobia Malaysia Panggil Duta Besar Perancis

Islamophobia Malaysia Panggil Duta Besar Perancis

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 230 hits
Pelbagai kenyatan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad di Perancis telah mencetuskan kekacauan di negara itu CYBERJAYA 8211 Malaysia telah memanggil Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Perancis di Kuala Lumpur telah dipanggil ke Wisma Put...
Zstar Global Servis Pemasaran Digital Malaysia

Zstar Global Servis Pemasaran Digital Malaysia

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 292 hits
AssalamualaikumBismillahHai semuanya Entah mengapa sejak kebelakangan ini aku sering terbaca tentang ZStar Global ini Maka aku rajin rajinkanlah diri ini membaca artikel daripada rakan blog lain dan website rasmi ZStar Global ini Rupanya ba...
Senarai Payment Gateway Ecommerce Malaysia

Senarai Payment Gateway Ecommerce Malaysia

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 680 hits
Pada post kali ini saya akan senaraikan payment gateway Ecommerce yang sesuai untuk diintegrasikan di mana mana Shopping Cart Web atau Ecommerce bagi pengguna di Malaysia Diharap post pada kali ini dapat membantu proses pembinaan laman web ...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau