Bursa Malaysia Melonjak Semula 39 55 Mata



KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh pada Selasa seiring pasaran serantau yang positif berikutan sentimen itu didorong oleh data China yang memberangsangkan dan harapan yang berterusan terhadap vaksin COVID-19.
Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.5 peratus atau 39.55 mata kepada 1,602.26, diterajui terutamanya oleh perkhidmatan kewangan, produk dan perkhidmatan perindustrian serta sektor perladangan.
Indeks itu dibuka 17.46 mata lebih tinggi kepada 1,580.17 daripada 1,562.71 ketika ditutup Isnin dan bergerak antara paras 1,580.17 dan 1,604.57 sepanjang hari dagangan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 9.19 bilion unit bernilai RM5.35 bilion daripada 9.02 bilion unit bernilai RM7.71 bilion pada Isnin.
Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata aktiviti kilang di China meningkat pada tahap paling pantas dalam tempoh sedekad pada November, dan ini dijangkakan membantu kilang di seluruh rantau ini semakin pulih daripada krisis COVID-19.
Beliau berkata, Petronas Chemicals menerajui antara 30 syarikat tersenarai di FBM KLCI, dengan 9.3 peratus peningkatan, manakala Top Glove ketinggalan apabila susut 4.6 peratus di tengah-tengah berita bahawa syarikat itu dijangka didakwa kerana melanggar peraturan mengenai penginapan pekerja.
Indeks Pengurus Pembelian (PMI) China meningkat kepada 52.1 pada November daripada 51.4 pada bulan terdahulu berikutan banyak pesanan baharu di peringkat domestik dan peningkatan harga bahan mentah.
Di peringkat tempatan, IHS Markit melaporkan PMI Malaysia mencatatkan penguncupan bulanan kali keempat berturut-turut kepada 48.4 pada November.
“Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian Bursa Malaysia mencatat peningkatan terbesar 4.02 peratus manakala REIT menyaksikan penurunan terbesar 0.67 peratus, diikuti penjagaan kesihatan iaitu 0.63 peratus,” katanya.
Sementara itu, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya dilapor telah menangguhkan perbincangan pengeluaran kepada 3 Disember.
Setakat ini, minyak mentah Brent dan West Texas Intermediate diniagakan positif, masing-masing pada AS$48.18 dan AS$45.59 setong.
Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura menambah 0.29 peratus kepada 2,814.12, Indeks Hang Seng Hong Kong tinggi 0.86 peratus kepada 26,567.68 dan Indeks Nikkei Jepun meningkat 225 mata kepada 1.34 peratus kepada 26,787.54.
Di peringkat tempatan, Petronas Chemicals naik 60 sen kepada RM7.02, Tenaga Nasional meningkat 78 sen kepada RM10.86, Maybank naik 29 sen kepada RM8.19, Public Bank menambah 52 sen kepada RM17.92 dan Axiata menokok 23 sen kepada RM3.78.
Top Glove turun 33 sen kepada RM6.79 dan Petronas Gas susut 36 sen kepada RM17.80.
Dalam kalangan saham aktif, AT Systematization naik satu sen kepada 21 sen, Pegasus menambah setengah sen kepada 3.5 sen dan BioAlpha menokok 4.5 sen kepada 35.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 234.76 mata kepada 11,569.63, Indeks FBMT 100 menokok 232.04 mata kepada 11,332.78 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 224.76 mata kepada 13,372.13.
FBM 70 naik kepada 119.62 mata kepada 14,948.54 dan FBM ACE meningkat 70.30 mata kepada 10,771.91.
Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 6.48 mata kepada 167.12, Indeks Perladangan naik 133.55 mata kepada 7,350.28 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 404.07 mata kepada 14,208.28.
Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 5.48 bilion saham bernilai RM4.19 bilion daripada 5.49 bilion saham bernilai RM6.57 bilion pada Isnin.
Jumlah dagangan waran susut kepada 634.31 juta unit bernilai RM128.23 juta daripada 798.72 juta unit bernilai RM150.37 juta.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 3.07 bilion saham bernilai RM1.02 bilion daripada 2.72 bilion saham bernilai RM981.18 juta sebelum ini.
Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 539.84 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.6 bilion), pembinaan (426.65 juta), teknologi (199.87 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (119.71 juta), hartanah (1.02 bilion), perladangan (159.84 juta), REIT (5.7 juta), dana tertutup (8,100), tenaga (645.83 juta), penjagaan kesihatan (149 juta), telekomunikasi dan media (55.3 juta), pengangkutan dan logistik (373.49 juta) dan utiliti (147.56 juta).
-BERNAMA
The post Bursa Malaysia melonjak semula 39.55 mata appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/01/bursa-malaysia-melonjak-semula-39-55-mata/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Facebook Menjenamakan Semula Nama Mata Wang Digital Dari Libra Ke Diem

Facebook Menjenamakan Semula Nama Mata Wang Digital Dari Libra Ke Diem

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 435 hits
Facebook sebelum ini telah hadir dengan sokongan untuk pembangunan mata wang digital tersendiri dinamakan Libra Kini mata wang digital yang masih belum dilancarkan lagi itu telah dijenamakan semula kepada Diem Diem disertai oleh beberapa or...
Pembukaan Semula Sempadan Malaysia Singapura Tertangguh Akibat Covid 19

Pembukaan Semula Sempadan Malaysia Singapura Tertangguh Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 282 hits
BernamaPenutupan sempadan Malaysia Singapura bermula sejak 18 Mac lepas apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bernama PONTIAN Kerajaan negeri Johor mengakui peningkatan kes COVID 19 di negara ini sejak kebelakangan ini t...
Adakah Emas Akan Melonjak Naik Semula

Adakah Emas Akan Melonjak Naik Semula

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 258 hits
Emas kehilangan sebahagian besar dari kedudukannya setelah menyaksikan kenaikkan mendadak pada baru baru ini Oleh itu pakar pakar bimbang bahawa trend negatif akan berlanjutan mempercayai bahawa aset pelindung akan mengalami jalan yang suka...
Buang Masa Dan Rugikan Duit Rakyat Malaysia Tak Setuju Jika Plkn Dihidupkan Semula

Buang Masa Dan Rugikan Duit Rakyat Malaysia Tak Setuju Jika Plkn Dihidupkan Semula

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 272 hits
Program Latihan Khidmat Negara merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi rakyat Malaysia yang terpilih setelah tamat sekolah menengah Kem ini dibina bertujuan untuk memupuk semangat cintaka...
Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Selepas Parlimen Luluskan Belanjawan 2021

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Selepas Parlimen Luluskan Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 380 hits
KUALA LUMPUR Bursa Malaysia ditutup tinggi selepas Belanjawan 2021 diluluskan di Parlimen hari ini Pada penutup indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI melonjak 14 53 mata kepada 1 612 11 berbanding 1 597 58 ketika ditutup semalam Inde...
Azmin Ali Bercita Cita Ingin Menjadi Perdana Menteri Tun Mahathir Jawab Semula Tuduhan Yang Dilempar Kepadanya

Azmin Ali Bercita Cita Ingin Menjadi Perdana Menteri Tun Mahathir Jawab Semula Tuduhan Yang Dilempar Kepadanya

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 355 hits
loading SHAH ALAM Langkah Sheraton yang diatur oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menghalang Pakatan Harapan memerintah negara adalah bukti beliau juga bercita cita ...
12 Idea Diy Barangan Kitar Semula Daripada Tong Drum

12 Idea Diy Barangan Kitar Semula Daripada Tong Drum

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 553 hits
Siapa sangka siapa duga benda yang sudah tidak dipandang dan menunggu masa untuk dibuang sebenarnya boleh menjadi sesuatu yang mempunyai nilai sentimental yang tersendiri apabila seseorang itu kreatif dan rajin mengolah dan mereka semula me...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal