Bursa Malaysia Ditutup Rendah



KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini rendah, susulan tekanan jualan di kaunter berwajaran tinggi didahului sektor perkhidmatan kewangan, dalam keadaan prestasi tidak banyak berubah berterusan selepas kenaikan kukuh baru-baru ini, kata peniaga.
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran berakhir dengan 21.86 mata atau 1.31 peratus lebih rendah kepada 1,652.49 berbanding 1,674.35 ketika ditutup semalam.
Ia dibuka 2.49 mata lebih tinggi kepada 1,676.84 sebelum bergerak di antara 1,644.80 dengan 1,678.11 sepanjang dagangan hari ini.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 864 berbanding 378 manakala 454 kaunter tidak berubah, 471 kaunter tidak diniagakan dan 47 yang lain digantung.
Jumlah dagangan susut kepada 8.06 bilion saham bernilai RM4.39 bilion daripada 9.24 bilion saham bernilai RM4.33 bilion pada Khamis.
Sementara itu, bursa serantau juga kebanyakannya gagal menjejaki prestasi kenaikan saham Amerika Syarikat (AS) yang ditutup pada rekod baharu, didorong keyakinan terhadap pakej rangsangan bernilai AS$900 bilion.
Bursa Asia mengambil pendekatan berhati-hati memandangkan sentimen cenderung di antara keyakinan terhadap pengenalan vaksin COVID-19 dan pemulihan ekonomi global seterusnya dengan kebimbangan mengenai kenaikan kadar jangkitan.
Bursa Saham Shanghai China susut 0.29 peratus kepada 3,394.90; Indeks Straits Times Singapura turun 0.19 peratus kepada 2,852.56; Nikkei 225 Jepun menguncup 0.16 peratus kepada 26,763.39; Indeks Hang Seng Hong Kong berkurangan 0.67 peratus kepada 26,498.60 sementara Kospi Korea Selatan meningkat 0.06 peratus kepada 2,772.18.
Di peringkat tempatan, peniaga berkata, bursa dibuka sedikit tinggi namun mengalami penurunan selepas lima minit dagangan dan terus berada dalam aliran lemah berikutan tekanan jualan di kebanyakan kaunter berkaitan indeks.
Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata hari ini adalah tempoh yang agak kelam-kabut bagi pasaran.
Beliau berkata, ia berikutan pelabur merealisasikan keuntungan yang diraih kepada bentuk wang menjelang akhir tahun, dengan sebilangan peniaga berpandangan paras semasa FBM KLCI telah matang untuk pengambilan untung.
“Kebanyakan saham yang mengalami penurunan dalam 30 komponen FBM KLCI adalah kaunter perbankan seperti Public Bank dan CIMB yang merosot lebih 2.0 peratus hari ini selain kaunter perladangan seperti Kuala Lumpur Kepong yang turun 3.6 peratus.
“Perbandingan antara sektor, Indeks perkhidmatan kewangan adalah yang paling teruk apabila susut 2.3 peratus,” katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun 24 sen kepada RM8.46, Public Bank susut 86 sen kepada RM20.64, Tenaga kurang dua sen kepada RM10.78, Top Glove menguncup enam sen kepada RM6.64 sementara Petronas Chemicals naik dua sen kepada RM7.58.
Bagi saham aktif, VSolar, Techna-X dan MNC Wireless masing-masing naik setengah sen kepada 4.5 sen, 19 sen dan 5.5 sen, manakala waran Focus Dynamics dan Hiap Teck Venture masing-masing tidak berubah pada 3.5 sen dan 44 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 141.22 mata kepada 11,890.49; Indeks FBMT 100 susut 144.15 mata kepada 11,650.05; Indeks FBM Emas Syariah menguncup 83.81 mata kepada 13,334.47; FBM 70 berkurangan 149.24 mata kepada 15,218.60 dan FBM ACE merosot 155.61 mata kepada 10,447.65.
Sementara itu, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.05 mata kepada 175,69; Indeks Perladangan kurang 79.58 mata kepada 7,349.80 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 301.21 mata kepada 15,425.00.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 4.87 bilion saham bernilai RM3.77 bilion daripada 5.95 bilion saham bernilai RM3.59 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 833.16 juta unit bernilai RM125.05 juta daripada 700.92 juta unit bernilai RM118.83 juta semalam.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE bagaimanapun berkurangan kepada 2.35 bilion saham bernilai RM493.83 juta daripada 2.59 bilion saham bernilai RM622.36 juta.
Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 588.64 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian (1.57 bilion), pembinaan (518.72 juta), teknologi (250.86 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (119.62 juta), hartanah (480.45 juta), perladangan (80.0 juta), REIT (17.42 juta), dana tertutup (55,900), tenaga (843.93 juta), penjagaan kesihatan (77.23 juta), telekomunikasi dan media (85.44 juta), pengangkutan dan logistik (94.10 juta) serta utiliti (142.66 juta).
— Bernama
The post Bursa Malaysia ditutup rendah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/18/bursa-malaysia-ditutup-rendah-3/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penerapan Zona Rendah Emisi Kawasan Kota Tua Ditutup

Penerapan Zona Rendah Emisi Kawasan Kota Tua Ditutup

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 236 hits
Penerapan Zona Rendah Emisi Kawasan Kota Tua Ditutup Selama penerapan zona rendah emisi kawasan Kota Tua hanya dilalui pejalan kaki pesepeda angkutan umum dan kendaraan khusus yang sudah lulus uji emisi
Aktiviti Pengambilan Untung Berterusan Seret Pasaran Saham Ditutup Rendah

Aktiviti Pengambilan Untung Berterusan Seret Pasaran Saham Ditutup Rendah

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 398 hits
Bursa Malaysia Berhad KUALA LUMPUR Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan pelabur terus menyusun semula pelaburan masing masing berikutan kebimbangan terhadap ekonomi semakin meningkat Pada penutupan dagangan indeks utama FBM KLCI s...
Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar As

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar As

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 205 hits
KUALA LUMPUR Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat pada Jumaat selepas mata wang negara maju itu susut hari ini dengan pasaran lebih optimis terhadap rancangan membabitkan pakej rangsangan COVID 19 di AS Pada 6 petang rin...
Murid Malaysia Catat Skor Tertinggi Matematik Sains Global

Murid Malaysia Catat Skor Tertinggi Matematik Sains Global

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 200 hits
Oleh AMREE AHMAD PUTRAJAYA Malaysia melakar sejarah apabila buat julung kali meraih skor aras tertinggi dalam kajian Trends in International Mathematics and Science Study pada 2019 Kementerian Pendidikan berkata ia menunjukkan peningkatan m...
Malaysia Australia Perkasa Hubungan Dua Hala

Malaysia Australia Perkasa Hubungan Dua Hala

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 297 hits
PUTRAJAYA Malaysia dan Australia mahu terus memperkasakan hubungan dua hala seiring komitmen yang dijalinkan tahun lalu dengan mengesyorkan Pelan Tindakan kepada pemimpin kedua dua negara untuk dipertimbangkan Dalam kenyataan bersama Menter...
Malaysia Perlukan Parti Politik Yang Berprinsip

Malaysia Perlukan Parti Politik Yang Berprinsip

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 161 hits
SYED SADDIQ4 DISEMBER 2020 PAS tidak akan menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu 6 DISEMBER 2020 PAS tidak menolak kemungkinan berkompromi dengan pendirian awal parti itu yang sebelum ini tidak berhasrat menyertai usa...
Gambar Kata Kata Semangat Untuk Berjaya Malaysia

Gambar Kata Kata Semangat Untuk Berjaya Malaysia

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 940 hits
Anda akan kecewa dengan perkara yang tidak anda lakukan berbanding dengan perkara yang telah anda lakukan Anda yang menentukan tabiat anda Kemudian tabiat anda yang menentukan siapakah diri anda Anda memiliki dua pilihan sepanjang hayat Sak...
Amway Malaysia Gives Away Immune Boosters Nutritional Food Baskets To Affected Families

Amway Malaysia Gives Away Immune Boosters Nutritional Food Baskets To Affected Families

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 244 hits
AMWAY Malaysia Sdn Bhd earlier this week announced a donation of 100 Food Baskets worth RM32 360 to support the Social Welfare Department in uplifting affected families in Sabah currently the worst impacted state in Malaysia following the t...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Cara Claim Towing Kereta Dengan Etiqa Auto Assist Care

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu

15 Timeless Rustic Shed Designs With Unmatched Outdoor Versatility



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Keuntungan Arenamall Reit Meningkat Hampir Dua Kali Ganda Setahun

Pelancaran Sony Xperia 1 Vi Mungkin Berlaku Pada 17 Mei

Caam Keluar Amaran Bahaya Debu Gunung Berapi Ruang

Tarif Air Perak 75 Sen Semeter Padu Mulai 1 Mei

Kalau Boleh Aku Nak Korek Balik Kubur Mak Kau Dituduh Calarkan Kereta 3 Adik Beradik Yatim Teruk Dihina Ibu Saudara

Tahun Ini Lain Macam Sikit Beraya Di Kampung Adira Datuk Red Gementar Ingin Berhadapan Dengan Keluarga Mentua