Burger Banjir Tak Berapa Nak Banjir Sangat Dan Bebola Yang Tak Diketahui
Dah cuba burger banjir KFC? Burger banjir adalah menu baharu yang dikeluarkan oleh KFC bulan Julai yang lepas. Saya baru nak mencuba burger banjir KFC yang dikatakan sedap tu.
KFC Burger BanjirMenampilkan Zinger Hot & Spicy signature dengan sos BBQ Salai. Dilengkapi dengan sos mayonaise, salad segar dan di apit dengan kepingan roti bijan menjadi burger smoky yang sempurna.
Macam biasa, indah iklan dari rupa sebenar. Burger banjir tak berapa nak banjir sangat. Hilang terus signature banjir. Mungkin boleh tukar nama Zinger Burger dengan sos BBQ Salai.
Atau Zinger Burger dengan sos BBQ Salai leleh. Pun ngam jugak tu, kan? Pernah nampak blogger review, memang sos BBQ Salai nya tak banjir pun
Syukurlah saya bukan jenis yang suka makan banjir banjir ni. Dapat sos BBQ Salai banjir pun saya okay je. Mana mana lah tak kisah
Sos BBQ Salainya memang sedap, sesuai dengan isi ayam goreng rangup tu. Cukup rasa dan semestinya kenyang makan sebiji burger. Sos BBQ pun ala ala sos blackpepper tapi versi tak banyak black pepper.
Ada rasa manis manis sikit jugak. Yang pastinya, sos BBQ salai tu sedap
Harga bermula RM12.49 dan boleh dibeli dengan beberapa pilihan iaitu a la carte, kombo, Box Meal, dan Kombo Aneka yang mengandungi dua KFC Burger Banjir, 6 ketul nuget dan Cheezy Wedges
Burger banjir boleh didapati di restoran KFC seluruh negara untuk waktu terhad dan sementara stok masih ada
Kali ni beli tak guna perkhidmatan food delivery. Husband keluar dan beli sendiri sebab nak beli ayam juga. Kalau beli drive thru biasa dapat ayam kecik. Walk in dapat pilih bahagian ayam yang kita nak, kalau available lah
Selain beli ayam, beli juga bebola. Konon nak cuba bebola pisang tu. Bebola durian dah tak ada kot. Tapi dua dua tak dapat. Dah habis katanya. Ada bebola inti dia warna hitam tapi tak pulak bagitahu perisa apa.
Dalam resit pun tak tulis bebola apa sebab replacement item tak ada nama item yang betul. Mencari jugalah kat website, instagram dan facebook KFC. Tak ada pulak nampak bebola inti warna hitam ni dalam menu kfc malaysia.
Ada siapa tahu? Atau ada yang pernah cuba
Saya pun tak pasti rasa apa. Rasa dia manis, macam inti pulut hitam pun ada tapi tak ada rasa serpihan pulut pun. Macam makan kuih koci pun ada sebab tepung bebola ni kenyal kenyal. Cuma agak oily sikit sebab bebola ni digoreng
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/08/burger-banjir-tak-berapa-nak-banjir.html