Bunuh Hina Nabi Saw Satu Pemikiran Semula



Kebelakangan ini kita melihat ramai yang menyanjung pemuda 18 tahun dari Chechya dengan Abdoullakh Anzorov kerana memenggal kepala seorang guru di Perancis yang menghina Nabi Sebagai Syahid.. Ini satu bentuk kegagalan Ummat Islam berfikir dalam landasan yang diajar oleh Syariat…
Penghinaan Nabiﷺ memang wajib kita ummat Islam berasa marah dengannya.. Begitu juga tindakan melampau dalam mempertahankan Nabi ﷺ..Tidak pernah kejahilan sesuatu Ummat itu dihalalkan darah mereka di dalam Islam.. Ini akhirnya memberi gambaran yg salah kepada Islam..
samada yang berjuang atas nama Daulah Islam(ISIS) di Syria yang menyembelih sesama muslim.. mahupun Al-Qaeda yang melakukan pengeboman berani mati.. ataupun peristiwa keganasan yang berlaku di Pakistan yang telah membunuh seorang wanita hanya kerana difitnah menghina Quran… Itu bukan lah gambaran sebenar Islam.. Itu adalah satu bentuk kejahilan sepertimana Jahilnya mereka yang menghina Nabi ﷺ…
Dalam sejarah Islam..Banyak dari peristiwa penghinaan Nabi ﷺ, Atau sifat membenci Nabi itu akhirnya berakhir dengan mereka itu sendiri memeluk Islam.. Ia telah berlaku di Belanda..
Apakah kita lupa apa yang berlaku kepada ahli parlimen Belanda Joram van Klaveren… Dia memeluk Islam ketika mana sedang mengarang buku bagi tujuan menghina Islam dan Nabi ﷺ.. dan akhirnya menulis buku..‘Murtad: Daripada Kristian kepada Islam ketika zaman Keganasan Sekular..”…
Bukan kah Begitu juga apa yang terjadi kepada Saidina Umar, Zaman Jahiliyah, saidina Umar cukup membenci membenci Nabi ﷺ .. Lalu Allah bukakan Hidayah buatnya… Apakah kita lupa Doa Nabi kepada kelompok ini..
Diriwayatkan dari Ibnu Umar RA bahawa Rasulullahﷺ berdoa,
اللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ بِأَحَبِّ هَذَيْنِ الرَّجُلَيْنِ إِلَيْكَ بِأَبِى جَهْلٍ أَوْ بِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ … قَالَ وَكَانَ أَحَبَّهُمَا إِلَيْهِ عُمَرُ..
“Ya Allah, muliakanlah Islam dengan salah seorang yang lebih Engkau cintai dari kedua laki-laki ini yakni : Abu Jahal atau Umar bin Al-Khatthab.” Maka perawi mengatakan, ternyata yang lebih dicintai oleh Allah adalah Umar… “
Dalam sejarah awal Islam.. ketika Nabi datang berdakwah ke Kota Thaif.. ketika itu Nabi diperangi , Dihina dan dibaling Batu oleh kaumnya sendiri, Nabi merintih sendirian mengenangkan apa yg diperlakukan kelompok yang syirik kepada Allah..
lalu datang para malaikat penjaga gunung (مَلَكُ الْجِبَالِ )… menawarkan murka Allah kepada mereka.. agar mereka yang menyiksa dan menghina dihempapkan batu dan gunung ganang keatas mereka.. apa jawab Nabi ?
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلْ أَرْجُو أَنْ يُخْرِجَ اللَّهُ مِنْ أَصْلَابِهِمْ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ وَحْدَهُ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا…
Lalu Rasulullah (ﷺ ) menjawab:
“(Tidak).. namun aku berharap supaya Allah (ASW) melahirkan dari anak keturunan mereka orang yang beribadah kepada Allah semata, tidak mempersekutukan-Nya dengan apapun jua.. “
Bukan kah Akhirnya dari zuriat mereka inilah yang telah menguatkan Islam ? Bukan saja ketika dakwah..Hatta ketika Perang..Nabi melarang kita membunuh..
Itulah persoalan yg diajukan Nabi kepada Sahabat yang bernama Usamah..hatta yang dibunuh itu adalah musuh Islam dalam peperangan.. orang Kafir.. di dalam Tafsir Ibnu Katsir Surah Al Anfal.. dibawakan satu Riwayat.. satu kisah dimana Setelah musuh Islam itu Mengucap dua kalimah Syahadah.. Tentera Islam tetap membunuhnya.. Apa kata Nabi ?
maka bersabda Rasulullah ﷺ kepada Usamah..
“أَقَتَلْتَهُ بَعْدَ مَا قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ؟
” Apakah kamu membunuhnya sesudah dia mengucapkan, ‘ Tidak ada Tuhan selain Allah ?’
Berkata Usamah..
يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّمَا قَالَهَا تَعَوُّذًا…
Wahai Rasullullah , sesungguhnya dia mengucapkan nya semata-mata untuk melindungi dirinya…”
Berkata Nabi ﷺ kepada Usamah..
“هَلَّا شَقَقْتَ عَنْ قَلْبِهِ ؟
” Adakah engkau belah dada nya untuk mengetahui isi hatinya ? “
Apa yang dilakukan Abdoullakh Anzorov memenggal kepala seorang guru yang dikatakan menghina Islam itu anggaplah ianya dari sebab kejahilan dia bertindak balas atas provokasi melampau.. Kegagalannya mengawal kemarahan dan hilang pertimbangan kerana sifat cintakan Nabi ﷺ sebagaimana Ibu Bapanya yang dihina..
Bukan lah apa yang dituntut oleh Islam dan Nabi ﷺ membalas kejahatan dan penghinaan itu dengan perlakuan yang sama, apalagi lebih teruk dan ganas dari itu..Ianya berlaku kemungkinan atas sifat jahil mereka disebabkan taksub atau salah faham ajaran Islam yang sebenar..
Extremis tetap Extremis.. Khawarij tetap Khawarij..Mereka bukan Syahid..
Percayalah kemuliaan Nabiﷺ Itu tidak akan pudar walau sedikitpun atas penghinaan mereka.. Seperti kata Sheikh said ramadhan Al Bhuti, Nabi itu ibarat matahari yang sentiasa menyinar dan memancarkan cahayanya…Itu janji Allah di dalam surah Al Hijr ayat 95…
إِنَّا كَفَيْنَاكَ الْمُسْتَهْزِئِينَ
” Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada (kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokkan (kamu)..”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30445

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hina Agong Sebagai Diktator Satu Provokatif Jahat

Hina Agong Sebagai Diktator Satu Provokatif Jahat

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 230 hits
BANGI 9 Rabiulawal 1442H Isnin Tindakan pemilik akaun Facebook dengan menggunakan nama Ho Ruey Terng menghina Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sebagai diktator disifatkan melampaui batas Perbuatan...
Hukum Mengambil Berkat Dengan Barang Peninggalan Nabi Saw

Hukum Mengambil Berkat Dengan Barang Peninggalan Nabi Saw

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 1084 hits
Koleksi Replika Pedang Nabi Muhammad SAWHukum Mengambil Berkat Dengan Barang Peninggalan Nabi SAW Jubah selipar pedang dll Berikut adalah beberapa dapatan dari ulama Fatwa Jordan Harus mengambil berkat dengan kesan peninggalan Nabi SAW sama...
Mereka Mati Mengenaskan Setelah Menghina Nabi Muhammad Saw

Mereka Mati Mengenaskan Setelah Menghina Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 204 hits
Penghina Nabi Muhammad SAW terjadi dari zaman ke zaman Kendati demikian syiar Islam bukannya surut melainkan malah terus bersinar ke seluruh penjuru dunia Pada era Nabi ada tokoh munafik bernama Abdullah bin Ubay bin Salul Pemimpin kaum mun...
Arab Saudi Kutuk Karikatur Hina Nabi Muhammad

Arab Saudi Kutuk Karikatur Hina Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 370 hits
Beberapa syarikat Arab menarik balik produk Perancis dari kedai mereka susulan Presiden Perancis Emmanuel Macron mencetuskan kemarahan dunia Islam apabila mendakwa orang Islam sebagai penganut fahaman pemisah dan menyifatkan Islam sebagai a...
Hina Nabi Muhammad Dr Zulkifli Hantar Surat Amp Hadiahkan Kitab Buat Duta Perancis

Hina Nabi Muhammad Dr Zulkifli Hantar Surat Amp Hadiahkan Kitab Buat Duta Perancis

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 509 hits
Malaysia mengecam tindakan akhbar mingguan satira Perancis Charlie Hebdo yang mahu menerbitkan semula karikatur Nabi Muhammad SAW Berikutan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mewakili ke
Tidak Boleh Hina Nabi Walaupun Atas Nama Kebebasan Abdul Hadi

Tidak Boleh Hina Nabi Walaupun Atas Nama Kebebasan Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 281 hits
SHAH ALAM Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa tiada sesiapa boleh menghina Nabi Muhammad SAW walaupun atas nama kebebasan Beliau berkata demikian susulan kenyataan Presiden Perancis Emmanuel Macron yang mempertahankan...
Bantahan Maya Isu Hina Rasulullah Saw Anjuran Yadim Dapat Sokongan

Bantahan Maya Isu Hina Rasulullah Saw Anjuran Yadim Dapat Sokongan

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 514 hits
KUALA LUMPUR Bantahan secara dalam talian terhadap penghinaan kepada Rasulullah SAW anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia mendapat sokongan kuat netizen Program bantahan yang diadakan pada Ahad 1 November dibuat susulan isu menghina N
Kenapa Tak Boleh Lukis Wajah Nabi Muhammad Saw

Kenapa Tak Boleh Lukis Wajah Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 406 hits
SEORANG muslim tentunya sudah tahu bahawa hukum dari melukis wajah nabi adalah haram Tapi ramai di antara kita yang belum mengetahui alasannya Nah berikut ini alasan mengapa wajah nabi Muhammad tidak boleh dilukis Saat Nabi Muhammad SAW hid...
Macron Faham Umat Islam Terkejut Dengan Kartun Nabi Muhammad Saw Namun Tidak Boleh Terima Keganasan

Macron Faham Umat Islam Terkejut Dengan Kartun Nabi Muhammad Saw Namun Tidak Boleh Terima Keganasan

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 312 hits
439 total views 145 views today PARIS Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata beliau memahami jika umat Islam terkejut dengan kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad SAW Saya memahami orang akan terkejut dengan karikatur terbabit namun sa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization