Bunga Mas Menurut Orientalis
Bunga Emas : Tanda Persahabatan atau naungan.
Kalau Kita mengupas tentang isu Bunga Emas, pasti perkara ini akan melibatkan soal Thai dan negeri-negeri Melayu Utara. Hal ini Kerana Bagi Kedah , Kelantan dan Terengganu terutamanya Bunga Emas adalah tanda persahabatan dan bersaudara ataupun sebagai hadiah kepada kelahiran anak lelaki Raja Thai seperti mana yang terkandung di dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Namun Selepas Kejatuhan Ayuththaya pada 1767, Bunga Emas ini seolah-olah menjadi satu jawapan bagj semua negeri yang bersempadan dengan Thai.
Setelah runtuhnya Dinasti Thonburi dan bangkitny Dinasti Chakri, Kewajipan menghantar bunga Emas dan Perak adalah satu tanggapan Thai bahawa memjadi kemestian kerajaan Kedah dan negeri Melayu di Utara untuk memberinya kerana taraf mereka sebagai jajahan takluk Thai. Ahli Sejarawan Kedah secara amnya tetap menganggap bunga Emas dan Perak dihantar setiap 3 tahun sekali adalah tanda persahabatan antara kerajaan Thai dan Kerajaan Kedah. Menurut Hugh Clifford nilai sepohon emas adalah sebanyak 1000 pound. Menurut Inskripsi Sukhothai pada tahun 1283-1306 menyebut tentang kerajaan yang menghantar bunga Emas dan perak kepada sukhothai melalui Ligor dan selepas kejatuhan Sukhothai pada 1350, dasar ini diteruskan oleh kerajaan Ayyutthaya di mana bunga Emas dan Perak akan dikumpulkan setiap 3 tahun sekali negeri yang terlibat ialah:
1. Ujung Tanah
2. Melaka (Melaka menghantar ufti sebanyak 48 auns Emas dan sekiranya ufti tidak dihantar maka mereka akan diserang. pada zaman Sultan Muazaffar Melaka diserang 3 kali namun gagal)
3. Melayu
4. Muar
5. Tenang Sri
6. Perak
7. Thawai
(7 wilyah ini menghantar 3 bunga Emas 3 bunga Perak setiap 3 tahun sekali)
I. Senggora
II. Patthalung
III. Phangnha
( 3 wilayah ini menghantar 2 bunga emas dan 2 perak setiap 1 tahun sekali dan dikumpul selama 3 tahun.)
jumlah kseluruhan 18 bunga Emas dan 18 perak ini akan dikumpul oleh kerajaan Ligor sebelum diserah kepada kerajaan Ayyuthaya. Selain itu menurut kata Mandiarapala (Undang-undang kerajaan) disenaraikan kota-kota lain yang menghantar ufti ke Bangkok iaitu Nagara Huan, Sri Satanaguhata, Chiengmai, Ton U, Chiengkari, Chiengkran, Chiangsaen, ciengrung, Chiengrai, Hsenwi, Khermaja, Pharae, Nan, Taidon, Gotrapon, Reo Kaeo, Varavari.
Di dalam hikayat Nakhon Sri Thammarat, pula menyimbolkan 12 negero yang berada di bawah kuasa mereka berdasarkan kalendar naksat:
1. Tikus: Saiburi
2. Kerbau: Pattani
3. Harimau: Kelantan
4. Arnab: Pahang
5. Ular Besar: Kedah
6. Ular kecil: Patthalung
7. Kuda: Trang
8. Kambing: Chumpon
9. Monyet: Krabi
10. Ayam: Songkla
11. Anjing: Takua Pa
12. Babi: Kraburi
12 negeri ini merupakan negeri yang berada di bawah pengaruh Ligor. Isu Perihal Bunga Emas ini masih diperdebatkan oleh semua semua sejarawan yang mengkaji tentang hubungan Melayu-Thai. Ada yang mengatakan bahawa Bunga Emas dari negeri-negeri melayu adalah tanda persahabatan diantara Melayu-Thai sepertimana Melaka-Ming.
Namun Anggapan Mereka yang menerima Bunga Emas adalah sebaliknya dimana menurut Thai apa sahaja bentuk Hadiah itu bermaksud semua negeri-negeri itu tertakluk di bawah penguasaan mereka. Istilah Ufti bermaksud sumbangan wajib atau hadiah/wang perlindungan kerana telah ditakluki atau bersetuju dikawal selia oleh negara lain. Namun bergitu dalam negeri Melayu terdapat isu berbeza iaitu di Kedah sehingga tahun 1821 tidak pernah dijajah Thai maka Bunga Emas menjadi tanda persahabatan. kemudian 1821 hingga tahun 1909 bunga emas tadi adalah Ufti kerana Kedah telahpun ditewaskan melalui peperangan dan perjanjian. bergitu juga Perak pada tahun 1818-1825 yang terpaksa menghantar ufti ke Bangkok kerana sudah dijajah melalui Kedah. Bergitu juga Kelantan menghantar ufti kepada Siam pada tahun 1802.
Di Sini Dapatlah kita memahami Sejauh manakah bentuk hubungan diantara Melayu-Thai. Walaubagaimanapun Ia tetap berbalik kepada kaca mata bangsa masing-masing dalam menerima keadaan imi walaupun terdapat dakwaan seperti dinyatakan.
Rujukan
1.L.A Mills 2012, British Malaya MBRAS
2. Stuart Munro-Hay, 2001, Nakhon Sri Thammarat: The Archeology, History and Legends Of Southern Thai Town, White Lotus Press
3. G.E Gejrini, 1905, Historical Retrospect Of Junkceylon Island, JSS, Vol 2
4. Frank Swettenham, 1893, An Account Of The Origin and Progress Of Siamese Influence In The Malays Peninsula 1785-1882, W.& A.K. Johnston
5. David K Wyatt, 1967, The Thai ' Kata Mandiarapala' And Malacca, JSS, Vol 55
6. D.G.E Hall, 1973, Sejarah Asia Tenggara, DBP
7. Mohd Herman Roslan, 2018, Gajah Putih Di Bumi Geroda (Perang Melayu-Siam 1767-1842), Syarikat Geroda Merah.
Sumber :
Sejarah Johor / Muhammad Iqbal Harraz / facebook
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://amrlife-amran.blogspot.com/2021/06/bunga-mas-menurut-orientas.html