Buat Semua Wanita Ketahui Bahaya Penyakit Vaginismus


Seorang suami beri tempoh dua bulan kepada isterinya untuk sembuh daripada vaginismus dan jika tidak, dia nekad untuk melepaskan wanita tersebut.


Itu yang diceritakan oleh Dr. Kash Mustafa menerusi perkongsian pada akaun TikTok berhubung seorang pesakitnya yang sanggup memandu seorang diri dari Melaka ke Kelantan untuk menjalani rawatan.

Menurutnya, pesakit itu datang untuk rawatan tiga hari tanpa kehadiran suami malah, terpaksa memberanikan diri berikutan lelaki itu tidak mengambil tahu keadaan dirinya.

"Suami dah beri tempoh dua bulan untuk saya sembuh. Kalau saya tak dapat sembuh dalam masa dua bulan, dia nekad nak lepaskan saya. Saya harap sangat doktor dapat bantu saya," ujar Dr. Kash memetik kata-kata wanita itu.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati para suami yang diuji bahawa, vaginismus bukan titik noktah sebuah perkahwinan bahkan, ia permulaan perjuangan untuk rumah tangga yang telah dibina.

"Ini adalah bentuk ujian daripada Allah yang menguji kesetiaan seorang suami. Bantulah isteri agar tidak melalui ujian seperti ini seorang diri.

"Sokongan dan kesabaran suami yang tidak berbelah bahagi kepada isteri hingga berjaya sembuh adalah kenangan berharga yang akan diingati isteri seumur hidup," jelasnya.

KENALI VAGINISMUS

Apa itu Vaginismus?

Vaginismus ialah ketegangan otot tidak terkawal yang berlaku di faraj wanita, yang menyebabkan berlakunya kesukaran untuk menjalinkan hubungan seksual dan juga pemeriksaan ginekologi.

Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5), vaginismus dikategorikan di bawah Kesakitan Genito-Pelvik/Masalah Penetrasi.

Ia merujuk kepada keadaan di mana wanita mengalami kesukaran untuk menjalinkan hubungan seksual dan mula rasa sakit apabila melakukan penetrasi. Ini merupakan salah satu masalah seksual yang sering dihadapi oleh wanita.

Vaginismus boleh dikategorikan samada primer atau sekunder.

Vaginismus primer berlaku apabila wanita tidak pernah dapat melakukan penetrasi zakar ketika hubungan seksual kerana masalah ketegangan otot faraj yang tidak terkawal. Pasangan langsung tidak pernah menjalinkan hubungan seksual kerana rasa takut isteri.

Vaginismus sekunder ialah pasangan yang pernah melakukan hubungan seks, namun trauma yang dialami di kawasan kemaluan akibat bersalin atau pembedahan membuatkan wanita takut untuk melakukan hubungan suami isteri semula atau disebabkan oleh faktor lain.

Ada juga wanita yang mengelak daripada melakukan hubungan kelamin disebabkan oleh trauma akibat pernah dicabul atau dirogol.

Ada juga yang kena kanser rahim atau ovari, masa menjalani rawatan radioterapi tu ada kesan sampingan pada kemaluan, jadi mereka takut untuk melakukan hubungan seksual, dan ada juga yang takut nanti kanser itu datang kembali," katanya, pesakit perlu segera mendapatkan rawatan pakar.

Namun, ujar Dr Aishah, terdapat juga beberapa penyakit lain yang boleh menyebabkan seseorang itu rasa sakit ketika melakukan hubungan kelamin.

Antaranya, jangkitan kuman pada vagina, masalah pada dubur seperti buasir yang teruk, vulvar vestibulitis (sensitif pada kawasan berhampiran dengan saluran pada kemaluan), Vulvodynia (urat saraf pada kemaluan yang sentiasa aktif dan menyebabkan rasa sakit), menapous dan pelbagai masalah kulit.

Kenapa Vaginismus Berlaku?

Mengapa hanya sesetengah wanita mengalami masalah ini? Bagaimana kehidupan seksual mereka? Adakah rawatan untuknya?

Mungkin sejak remaja lagi, anda sering dibayangi stigma sosial mengenai seks dan juga kesakitan yang dialami ketika hubungan seksual terutamanya untuk wanita yang pertama kali ingin melakukannya.

Wanita juga sudah terbiasa diajar supaya tidak memikirkan seks sebagai sesuatu yang menyenangkan.

Anda mungkin akan berasa bersalah atau malu jika memikirkan soal seks. Anda mungkin berasa takut untuk bertanya mengenai seks kerana ianya merupakan perkara yang kurang sopan dibincangkan dalam komuniti atau budaya anda.

Oleh itu, anda tidak bersedia sepenuhnya dan tidak tahu apa yang bakal berlaku ketika hubungan seksual dan perubahan di sekitar faraj itu sendiri.

Hal ini dapat menimbulkan kebimbangan dan seterusnya, membawa kepada ketakutan yang tidak diketahui puncanya.

Bolehkah ia dirawat?

Vaginismus dapat dirawat dengan mudah, namun ia memerlukan rawatan gabungan dari aspek fizikal dan psikologi.

Salah satu kaedah rawatan yang digunakan adalah desensitasi. Di sinilah proses untuk mengendalikan serta mengawal ketakutan dan kebimbangan yang dirasai oleh wanita dan dalam masa yang sama melatih otot faraj untuk merasai proses penetrasi atau kemasukan sesuatu ke dalam faraj.

Rawatan untuk ketegangan otot dan senaman Kegel juga akan dilakukan bagi membantu otot-otot di sekitar faraj menjadi lebih relaks.

Pendidikan seks juga adalah salah satu rawatan penting untuk membantu anda lebih memahami tubuh badan dan seks itu sendiri.

Anda akan lebih mengetahui dan memahami apakah yang akan berlaku dan apakah yang anda akan hadapi ketika hubungan seksual serta bagaimana cara untuk mengendalikan masalah itu dengan lebih positif.

Walau bagaimanapun, gabungan rawatan ini akan mengambil masa dan usaha daripada kedua-dua pihak iaitu terapis dan pesakit. Kedua-dua pihak perlu bekerjasama untuk mendapatkan peningkatan yang lebih baik dan progresif.

Latihan yang kerap memberikan kesan yang lebih baik, dengan lebih banyak latihan (terutamanya apabila anda melibatkan pasangan anda), proses penyembuhan akan berlaku lebih cepat.

Selain rawatan kaunseling dan sesi terapi, pesakit juga boleh dirawat menggunakan ubat kebas dan juga ubat untuk mengawal rasa takut yang dialami mereka.

Masih berstatus anak dara walaupun selepas lapan tahun berkahwin

Dr Siti Aishah.

Walaupun sukar untuk dipercayai, namun inilah realiti yang dihadapi sesetengah pasangan yang tidak dapat melakukan hubungan suami isteri akibat rasa takut yang melampau, sehingga menyebabkan seseorang itu tidak boleh melakukan hubungan seksual.

Berkongsi lebih lanjut mengenai masalah kesihatan ini, pakar Perubatan Keluarga Dr Siti Aishah Yunos berkata, rasa anxiety yang dialami isteri akan membuatkan otot pada pinggulnya mengeras, seterusnya menyukarkan pasangan mereka untuk melakukan penetrasi.

Katanya, kebanyakan pesakit yang hadir untuk mendapatkan rawatan di kliniknya di Langkawi mengakui mengalami rasa takut yang melampau selepas mendengar 'pengalaman' malam pertama rakan-rakan mereka.

"Bila mereka datang ke klinik, saya akan bagi kertas untuk tulis kenapa mereka tak boleh melakukan seks, alasan yang saya terima adalah 'takut sakit', itu sahaja, tak ada alasan lain.

"Situasi ini berlaku sebab biasalah bila nak berkahwin, mereka borak-borak dengan kawan-kawan yang akan kongsi pengalaman cakap sakit la, 'tak boleh masuk', 'sampai menangis', 'terkoyak' la, jadi benda-benda ini akan membuatkan pengantin perempuan jadi takut, bila dia takut, mental dia jadi stress.

"Bila stress, otot di bahagian pinggul akan mengeras dan bila itu berlaku, saluran pada kemaluan wanita akan tertutup dan sebab tu penis tak boleh masuk.

"Jadi, bila suami dia datang dia akan tolak sampai sudahnya mereka tak pernah buat hubungan seks," katanya.

Sambil menegaskan bahawa rasa takut yang dialami itu hanya akan membuatkan seks yang sepatutnya mudah menjadi susah.

Menurut Dr Siti Aishah, jika dilakukan dalam keadaan tenang dan dengan teknik yang betul, rasa sakit yang dialami pasangan pertama kali melakukan hubungan suami isteri itu sebenarnya jauh lebih kurang berbanding apabila tangan seseorang itu dicubit.

"Nak tahu rasa sakit buat seks pertama kali macam mana, angkat tangan kemudian cubit kuat-kuat, rasa sakit ni lagi sakit dari seks kali pertama.

"Sebab tu penting kena relakskan punggung kalau tak kemaluan lelaki lansung tak boleh masuk, jadi kena ingat seks ni mudah, kalau tak mesti ada something wrong.

"Jangan lawan suami dan yang penting letak pelincir banyak-banyak, benda ni sangat membantu," katanya.

Menurut Dr Siti Aishah, pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan kadangkala sudah berkahwin selama bertahun-tahun dan kebiasaannya mereka hadir untuk menjalani rawatan bagi mendapatkan cahaya mata.

"Bayangkan tekanan yang mereka alami, nak cerita dekat orang tak boleh, lepas tu orang sekeliling tanya pasal anak, ada seorang pesakit saya dia sudah berkahwin selama lapan tahun. Dia dah buat Intrauterine insemination (IUI) iaitu memasukkan benih suami pada isteri sebanyak dua ke tiga kali sebab mereka inginkan anak, tapi tak berjaya.

"Bila datang dekat saya, saya cakap kena periksa sebab takut mungkin sperma tak sesuai ke, tapi masa tu baru dia beritahu yang sebenarnya seks pun tak pernah buat.

"Selepas saya bagi rawatan kaunseling, bila saya follow up balik mereka kata dah boleh buat," katanya sambil menambah ada juga yang sudah lima dan dua tahun berkahwin tapi takut untuk melakukan hubungan suami isteri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 8 Mitos Tentang Seks Yang Ramai Tersalah Anggap5 Kecederaan Ketika Bersetubuh Yang Biasa Terjadi
sumber: (1)(2)(3)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/06/punca-vaginismus-dan-rawatannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahim Jatuh Buat Wanita Tak Selesa Jangan Biarkan Bahaya Jika Tidak Dikawal

Rahim Jatuh Buat Wanita Tak Selesa Jangan Biarkan Bahaya Jika Tidak Dikawal

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 185 hits
Setiap kali melakukan kerja kerja berat mulalah rasa sakit belakang rasa tidak selesa di bahagian bawah dan tubuh mula rasa tidak selesa Hati hati jangan dibiarkan hal ini berterusan Berkemungkinan anda mengalami masalah tombong atau rahim ...
Nanovest Ajak Wanita Getol Berinvestasi

Nanovest Ajak Wanita Getol Berinvestasi

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 129 hits
Genta Mansyur Head of Community Nanovest mengatakan berdasarkan catatan selama ini dunia investasi masih didominasi oleh pria
Video Wanita 55 Tahun Akhirnya Bertemu Jodoh Adik Seb4k Lihat Kebahagiaan Kakak

Video Wanita 55 Tahun Akhirnya Bertemu Jodoh Adik Seb4k Lihat Kebahagiaan Kakak

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 261 hits
Rata rata wanita menyasarkan usia 20 an hingga 30 an untuk mendirikan rumah tangga Namun siapa kita untuk menidakkan takdir andai dikurniakan jodoh kali pertama ketika melewati usia matang Tentunya perancangan ALLAH adalah yang terbaik Meng...
Rakaman Ngeri Tular Lelaki Sembelih Pelajar Wanita Lepas Dipercayai Kerana Menolak Cintanya

Rakaman Ngeri Tular Lelaki Sembelih Pelajar Wanita Lepas Dipercayai Kerana Menolak Cintanya

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 219 hits
Baru baru ini tular satu rakaman ngeri dan mengejutkan ramai pihak apabila seorang lelaki bertindak sembelih seorang wanita pelajar di sebuah universiti di Mesir dipercayai gara gara kerana cintanya ditolak oleh mangsa Menurut laporan Egypt...
Kenali Henrietta Justine Sumandak Tambunan Pemenang Mvp Wanita Skuad Bola Sepak Kebangsaan

Kenali Henrietta Justine Sumandak Tambunan Pemenang Mvp Wanita Skuad Bola Sepak Kebangsaan

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 1228 hits
Kenali Henrietta Justine Sumandak Tambunan pemenang MVP Wanita Skuad Bola Sepak Kebangsaan Jom kita kenali bintang bola sepak kebangsaan Henrietta Justine Sukan bola sepak merupakan salah satu sukan paling popular di dunia dan sukan ini bia...
Awal Kenal Diberi Cincin I Nak You Bertunang Dapat Gelang Emas Rm17 000 Wanita Gvgup Nak Jadi Isteri

Awal Kenal Diberi Cincin I Nak You Bertunang Dapat Gelang Emas Rm17 000 Wanita Gvgup Nak Jadi Isteri

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 216 hits
LARI dari kebiasaan seorang wanita tidak diberikan sebentuk cincin tetapi seutas gelang emas sempena majlis pertunangannya Nilainya juga bukan biasa biasa iaitu RM17 000 menyamai atau lebih kurang kadar wang hantaran perkahwinan Kalau tunan...
Lee Siyoung Daki Gunung Breithorn Catat Rekod Unik Buat Kumpulan Pendaki Wanita Dunia

Lee Siyoung Daki Gunung Breithorn Catat Rekod Unik Buat Kumpulan Pendaki Wanita Dunia

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 159 hits
Umum pasti mengenali pelakon Lee Si young yang sememangnya sangat menggemari aktiviti sukan lasak Baru baru ini Lee Si young memuat naik beberapa keping gambar dia mendaki bersama beberapa rakannya di akaun Instagramnya Lee Si young berjaya...
Tapak Kasut Nak Tercabut Wanita Kongsi Kisah Sedih Terserempak Budak Sekolah Bikin Netizen Sebak

Tapak Kasut Nak Tercabut Wanita Kongsi Kisah Sedih Terserempak Budak Sekolah Bikin Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 267 hits
Tular di laman Facebook satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Tie Ruzilawati yang berkongsi kisah sedih apabila terserempak dengan seorang kanak kanak di pondok sekolah Menerusi hantaran tersebut wanita yang sedang menunggu a...
Wanita Selamat Lahirkan Bayi Dalam Penerbangan Netizen Tertanya Nak Tulis Apa Kat Tempat Lahir Surat Beranak

Wanita Selamat Lahirkan Bayi Dalam Penerbangan Netizen Tertanya Nak Tulis Apa Kat Tempat Lahir Surat Beranak

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 258 hits
Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu sebab mereka perlu bertarung nyawa untuk melahirkan Tapi ramai ibu ibu yang kata bila dorang dapat tengok bayi comel kesakitan itu dapat dilupakan Namun buat seorang wanita ini pula pastinya dia tidak a...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner