Bunga Dawai Kawat Bulu Pertama Sa
Assalamualaikum wrt..
Cantik tak
First time beli bunga kawat bulu ni...Makcik SA yang jual..satu pasu ni RM40...SA mintak dia buatkan warna pink dan nak pasu putih..SA nak bunga Lily...saje la support bisnes kecik dia kan...dia pun x bekerja...tawakal aje la order walau masa dia hantar gambar tu SA x berapa nak berkenan dengan warna- warna yang dia dah buat..rupanya gambar tu sebab camera hp dia x berapa lawa..sebab tu hasilnya x lawa..so sebagai tanda support SA mintak dia buat baru dan terus bayar je cuma SA lambat ambik sebab SA busy kan...so Rabu lepas dia call bg tau dia nak hantar kat rumah kebetulan dia ada urusan kat Seremban..dia dari Kg Jijan daerah Nilai sana...SA tanya dia x susahkan Mak Andak ke..dia kata tak pun...then SA setuju la..SA call Nia suruh Nia buatkan air apa yang patut...cakap ngan PZ yang adik dia nak datang hantar bunga..
Balik tu SA plak lupa...kejarkan hadiah dari Cie aje..hahaha.
Cantik plak uolls.....bunga Lily warna pink ni...mulanya SA ingat nak letak kat office...sekali letak kat rumah pun cantik...so tukar la bunga yg ada tu dengan yang baru ni..
Cantik kan
Kemas la buatannya.
Kalau buat warna putih pun lawa ni kan..
Tengok kiri kanan macam nak cakar carpet..lepas tu pandang- pandang bunga tu..
Tegak2 telinga dia SA marah...SA cakap berani usik bunga mama, mama potong tangan tu..
Terus dia buat muka comel macam ni....terus x jadi marah...terus sejuk hati mama...pandai betul dia...x nak bagi mama marah dia buat muka comel...tapi mama amik peluk2 dia tolak2 mama...acaner tu....kalau kakak Nia or Atok amik elok je duduk diam- diam..
Bunga ni tengah trending..ada nampak orang baut bouquet untuk Graduation day, ada nampak buat bouquet untuk special occassion...pandai dan kreatif orang zaman sekarang kan..kalau buat bunga telur tu SA memang tau Linda blogger ada buat...Ni Mak Andak SA tu tanya nak bunga lain x..SA cakap hantar la gambar...nanti Along tengok...setakat hari ni dia blom bagi lagi gambar..
Cantik x korang bunga yang SA pilih ni
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2025/12/bunga-dawai-kawat-bulu-pertama-sa.html