Bulan Diperintahkan Solat 5 Waktu




Oleh Fahmi Zakaria
KEDATANGAN Rejab menandakan betapa kita sedang menghampiri Ramadan al-Mubarak. Rejab memiliki kelebihannya yang tersendiri seperti bulan lain dalam sejarah bulan Islam. Sebagai Muslim, kita wajib memuliakan bulan ini seperti kemuliaannya di sisi Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Hal ini jelas berdasarkan firman Allah SWT: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) di dalam kitab Allah ketika Dia menciptakan langit dan bumi, daripadanya ada empat bulan haram.” Surah al-Taubah, ayat 36
Bulan haram bermaksud bulan yang mulia lagi dihormati. Empat bulan haram itu adalah seperti dinyatakan oleh Rasulullah SAW: “Setahun terdiri daripada 12 bulan dan daripadanya terdapat empat bulan yang haram. Tiga bulan mengikut turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam manakala yang keempat adalah Rejab Mudar terletak antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis al-Bukhari)
Menurut Syeikh Mustafa al-Bugha, perkataan Rejab disandarkan kepada ‘Mudar’ kerana ia merujuk kepada nama kabilah Arab yang sangat menjaga kemuliaan dan pengharaman Rejab berbanding bulan lain.
Imam Ibn Kathir menukilkan daripada Ibnu Abbas, setiap amal kebajikan dilakukan pada bulan ini lebih besar pahala berbanding bulan lain, begitu juga kemungkaran dilakukan akan mengundang dosa lebih besar berbanding bulan lain. (Tafsir Ibn Kathir)
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani pula berkata, pengharaman (kemuliaan) bulan ini berlaku disebabkan perselisihan masyarakat Arab dalam penentuan waktu peperangan.
Apabila ingin menangguhkan peperangan, mereka akan mengharamkan bulan itu sebagai tanda penghormatan. (Fath al-Bari).
Rejab ialah bulan haram, iaitu bulan yang mulia dan suci. Selain itu, terdapat juga maksud lain bagi bulan Rejab iaitu kebesaran, rahmat, pemurah, kebajikan dan kerohanian. (al-Mu’jam al-Wasit)
Maksud yang dinyatakan ini menunjukkan kedudukan Rejab sebagai bulan yang mengandungi kelebihan besar bagi hamba Allah yang menghidupkannya dengan amal kebajikan seperti mendirikan solat sunat, berpuasa, membaca al-Quran, sedekah dan banyakkan zikir serta istighfar.
Sejarawan Islam mengatakan antara nama bulan Rejab ialah al-Shahr al-Haram, iaitu bulan yang haram kerana pengharaman peperangan padanya untuk memuliakan bulan berkenaan.
Rejab pilihan Allah SWT sebagai bulan penerimaan wahyu solat melalui peristiwa Israk dan Mikraj. Solat ibadat yang paling mulia daripada sekalian ibadat lain kerana ia satu-satunya perintah secara langsung daripada Allah SWT tanpa perantaraan Jibril AS seperti puasa, zakat, haji dan peperangan.
Allah SWT bertemu Rasulullah SAW secara langsung di Sidratul Muntaha seperti dinyatakan di dalam al-Quran (al-Najm, 13-18) sekali gus meletakkan ibadah solat di kedudukan paling tinggi. Oleh itu, Rejab sinonim dengan ibadat solat yang menjadi rukun Islam kedua.
Kesimpulannya, Rejab ada di sisi Allah SWT dan Rasul-Nya sebagai bulan yang haram.
Amal kebajikan dilakukan pada bulan ini digandakan pahala berbanding bulan lain dan amal kejahatan juga digandakan dosa berbanding bulan lain.
Namun, Rejab tidak mempunyai sebarang ibadat khusus disandar dengan nama Rejab, apatah lagi dikatakan sunah Rasulullah SAW.
Perbuatan mengkhususkan amalan tertentu sempena Rejab berdosa besar dan bercanggah dengan akidah Islam yang sebenar. Begitu juga sebarang hadis atau amalan sahabat mengenai mengkhususkan Rejab dengan amalan tertentu tidak benar.
Penulis pensyarah MSU




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/03/bulan-diperintahkan-solat-5-waktu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bulan-diperintahkan-solat-5-waktu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Perempuan 7 Tahun Asal Inggris Ini Hafal Al Qur An Cuma Dalam Waktu 24 Bulan

Anak Perempuan 7 Tahun Asal Inggris Ini Hafal Al Qur An Cuma Dalam Waktu 24 Bulan

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 328 hits
Maariya dari Luton bocah perempuan asal Lutton Inggris telah menghafal seluruh Al Qur an pada usia tujuh tahun Mengagumkan Maariya mulai menghafal Quran pada usia 5 tahun Ketika itu dia menghafal Surah Yasin sebagai amal untuk mengumpulkan ...
Hukum Laksana Solat Sunat Di Tanah Haram Ketika Waktu Diharamkan Solat

Hukum Laksana Solat Sunat Di Tanah Haram Ketika Waktu Diharamkan Solat

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 463 hits
SOALAN Seperti yang saya ketahui sebelum ini apabila seseorang membuat umrah di Makkah dibolehkan untuk dia melakukan solat sunat pada bila bila masa termasuk ketika waktu yang diharamkan solat Adakah benar perkara ini Kalau benar adakah so...
Solat Awal Waktu Rahsia Anak Tukang Jahit Dapat 9a Spm

Solat Awal Waktu Rahsia Anak Tukang Jahit Dapat 9a Spm

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 470 hits
Nur Amieysha Zainuddin menunjukkan keputusan 9A yang diperolehinya hari ini Foto BernamaKOTA BARU 5 Mac Anak seorang tukang jahit berjaya memperolehi keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan hari ini Nur Ami
Saya Buat Solat Istikharah Maszlee Mengaku Berat Untuk Buat Keputusan Nak Sokong Siapa Jadi Pm

Saya Buat Solat Istikharah Maszlee Mengaku Berat Untuk Buat Keputusan Nak Sokong Siapa Jadi Pm

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 240 hits
Setelah beberapa hari lalu negara menghadapi kemelut politik sehingga hari ini melakar satu lagi sejarah pertukaran Perdana Menteri kelapan dalam tempoh kurang dari dua tahun sahaja Hari ini menerusi kiriman daripada laman Facebook Ahli Par...
Bapa Maut Kemalangan Anak Lelaki Usia 14 Tahun Tenang Imamkan Solat Jenazah

Bapa Maut Kemalangan Anak Lelaki Usia 14 Tahun Tenang Imamkan Solat Jenazah

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 551 hits
Seorang pemandu lori ais Abdul Rani Abdullah maut selepas kenderaan yang dinaikinya melanggar tembok Tol Lunas Lebuhraya Butterworth Kulim dari Kubang Semang menghala ke Lunas Kulim Isnin lalu Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan...
Hukum Isteri Kejutkan Suami Dari Tidur Untuk Solat Subuh

Hukum Isteri Kejutkan Suami Dari Tidur Untuk Solat Subuh

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 2113 hits
Pasti ramai yang terbaca kisah suami susah bangun solat subuh dan suami malas bangun pagi dan macam macam lagi Begitu juga ada yang tertanya apakah hukum isteri kejut suami untuk menunaikan solat dan sebagainya serta apakah hukum suami iste...
Kelebihan Solat Tahajud Suami Isteri Dan Inilah Keajaiban Jika Diamalkan

Kelebihan Solat Tahajud Suami Isteri Dan Inilah Keajaiban Jika Diamalkan

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 894 hits
Kelebihan solat tahajjud tidak hanya dapat menenangkan jiwa mendapat tempat yang terpuji di sisi Allah dan banyak lagi kebaikan lain tetapi ia lebih baik dan terlalu banyak keistimewaannya yang diberikan oleh Allah SWT jika suami isteri dap...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh