Saya Buat Solat Istikharah Maszlee Mengaku Berat Untuk Buat Keputusan Nak Sokong Siapa Jadi Pm


Setelah beberapa hari lalu negara menghadapi kemelut politik sehingga hari ini melakar satu lagi sejarah pertukaran Perdana Menteri kelapan dalam tempoh kurang dari dua tahun sahaja.
Hari ini, menerusi kiriman daripada laman Facebook Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik telah tampil menjelaskan keadaan sebenar kenapa beliau dikatakan tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku sekarang.
Ramai yang bertanya di manakah pendirian saya? Di manakah saya selama ini? Saya akui, saya memang mentaati disiplin parti dan bersama Presiden sehinggalah saat beliau bertolak dan pulang dari istana semalam.
Saya cuba untuk menjadi seorang ‘party-man’, seorang yang teguh dengan parti kerana saya sering ditegur oleh Kepimpinan parti yang saya tidak pandai menjadi ‘team player’, saya tidak pandai berpolitik.
Namun, setelah duduk bersama dengan para pemimpin UMNO yang turut hadir dan akan membentuk kerajaan bersama yang baru, hati saya mula merasa berat. Sangat berat.
Ada di antara mereka yang masih diselaputi isu-isu rasuah dan penyelewengan termasuk di Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri, yang dahulunya puas saya berusaha membersihkan bekas-bekas yang mereka tinggalkan.
Saya bertanya kepada diri sendiri, apakah saya bersedia untuk menerima semula mereka?
Lalu menjadikan mereka pemimpin negara semula setelah mereka ditolak oleh rakyat dan ada di antara mereka yang sedang menghadapi proses pengadilan?
Saya dihubungi oleh keluarga, rakan-rakan, para pengundi dari Simpang Renggam, dan juga semua para penyokong.
Suara mereka satu sahaja, “Jangan khianati pengorbanan dan undi yang telah kami berikan kepada YB sehingga meletakkan YB sebagai wakil kami di parlimen.”
Saya berbincang dengan mereka yang dekat dengan saya, dan saya telah melakukan istikharah memohon petunjuk Allah.
Akhirnya pada jam 4 petang semalam, saya tekad untuk membuat keputusan yang amat berat.
Saya akui saya sayang dan bersama Tan Sri Presiden sejak dari awal, malah membulatkan tekad bersama beliau dan meyakini beliau adalah calon PM bagi parti.
Namun bukanlah sehingga menghampakan undi rakyat yang telah meletakkan kita di kedudukan kita pada hari ini. Rakyat pulang mengundi pada PRU 14 yang lalu untuk tumbangkan regim kleptokrasi UMNO-BN. Itu pasti.
Apabila keadaan sudah semakin rumit, dan saya terpaksa memilih antara ketaatan dan prinsip, maka saya telah membuat keputusan yang besar dan penting, iaitu kembali kepada para penyokong, rakan-rakan, keluarga, pengundi dan rakan-rakan seperjuangan.
Kembali kepada prinsip perjuangan yang sebenar. Mereka mengingatkan siapa saya, kenapa saya ceburi politik, dan kenapa rakyat Simpang Renggam memilih untuk mengundi saya dahulu.
Mereka tidak akan redha untuk saya bekerjasama dengan watak-watak yang sama-sama kami jatuhkan sewaktu PRU14, lantas meninggalkan rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berkorban dari awal.
Keputusan ini adalah muktamad, kepentingan negara perlu mengatasi kepentingan politik.
Sebagai seorang manusia biasa, saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Banyak yang berlaku dalam hidup saya sepanjang dua bulan ini. Ditendang, disalahfahami, dikecam, dimusuhi kerana isu-isu yang saya sendiri tidak pilih.
Di dalam politik, saya orang baharu. Tetapi prinsip sayangkan negara, letakkan kepentingan negara melebihi kepentingan politik, telah lama ada.
Saya memohon maaf atas kekhilafan saya selama ini. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menegur.
Demi rakyat, demi negara. Biar putih tulang, jangan putih mata. Membujur lalu melintang patah.
Terus berjuang dan kekal berprinsip.
Dari rakyat kita datang, kepada rakyat kita kembali.
YB Dr Maszlee Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam
1 Mac 2020
 
Sumber: Facebook Dr Maszlee
The post “Saya Buat Solat istikharah,” Maszlee Mengaku Berat Untuk Buat Keputusan Nak Sokong Siapa Jadi PM appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/01/saya-buat-solat-istikharah-maszlee-mengaku-berat-untuk-buat-keputusan-nak-sokong-siapa-jadi-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Ltte Menteri Wilayah Pertahan Kenyataan Sokong Keputusan Tommy Thomas

Isu Ltte Menteri Wilayah Pertahan Kenyataan Sokong Keputusan Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 321 hits
Sumber gambar dari Malay MailKelmarin kita digemparkan dengan tindakan Peguam Negara menamatkan prosiding keatas 12 individu menyokong kumpulan pengganas LTTE yang menyebabkan 34 pertududah keatas mereka telah digugurkan Berdasarkan info da...
Hati Saya Mula Merasa Berat Sangat Berat Kini Keputusan Saya Muktamad

Hati Saya Mula Merasa Berat Sangat Berat Kini Keputusan Saya Muktamad

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 318 hits
Malaysiakini Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maslzee Malik sebentar tadi tampil menjelaskan keadaan mengapa beliau dilihat seperti berubah ubah pendiriannya dan dipercayai membuat pusingan U beberapa kali Menjelaskan keadaan dihadapinya me...
Bila Ada Anak Perempuan Tak Mudah Nak Jaga Lindungi Hanya Yang Ada Tahu Berat Tugas Ini

Bila Ada Anak Perempuan Tak Mudah Nak Jaga Lindungi Hanya Yang Ada Tahu Berat Tugas Ini

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 250 hits
Pepatah lama ada mengatakan menjaga anak perempuan lebih sukar dari menjaga 100 ekor lembu Perumpamaan ini benar kerana di zaman teknologi yang serba canggih ini cabaran membesarkan anak anak terutamanya anak perempuan sangat tinggi Ibu bap...
8 Waktu Terbaik Minum Air Putih Kalau Nak Berat Badan Cepat Turun

8 Waktu Terbaik Minum Air Putih Kalau Nak Berat Badan Cepat Turun

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 578 hits
Air merupakan komponen yang sangat penting yang membentuk tubuh manusia dan fungsinya 70 daripada badan kita terdiri daripada air dan kita tidak boleh hidup lebih daripada tiga hari tanpa ia Percayakah dengan minum air sebanyak 3 liter seha...
Peralihan Kuasa Belum Mesyuarat Tun M Telah Buat Keputusan Nak Jadi Macam Bn Juga Kah

Peralihan Kuasa Belum Mesyuarat Tun M Telah Buat Keputusan Nak Jadi Macam Bn Juga Kah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 324 hits
Tun M berkata Saya bersedia untuk meletak jawatan BILA BILA MASA Tun M juga berkata Apa pun keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH saya akan letak jawatan SELEPAS APEC Sesiapa yang pening kepala sila makan panadol sekarang Pada Jumaat ini M...
Anak Bagi Syarat Pada Bapa Kalau Nak Diorang Balik Kampung Pasang Aircond Dulu

Anak Bagi Syarat Pada Bapa Kalau Nak Diorang Balik Kampung Pasang Aircond Dulu

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 316 hits
Ceritanya seperti seakan akan sama dengan cerita yang viral semalam Namun benar atau tidak hanya empunya cerita sahaja yang tahu Mungkin kebetulan atau mungkin kisah lama yang kelihatan sama Hajat si bapa melihat anak menantu dan cucunya pu...
Nak Cari Kerja Buat 4 Perkara Ini Dulu

Nak Cari Kerja Buat 4 Perkara Ini Dulu

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 235 hits
Nak sukses dalam kerjaya CIPTA blok masa lapang anda danmula berjasa pada diri sendiri Sebenarnya pada waktu lapangsebegini adalah waktu palingsesuai anda luangkan masa perbaiki resume anda Betul Tanpa gangguanIni apa yang anda perlu lakuka...
Wanpaku Sandwich Nak Tahu Resepinya Jom Buat

Wanpaku Sandwich Nak Tahu Resepinya Jom Buat

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 532 hits
Lain dulu lain parang lain dulu lain sekarang Peribahasa yang menggambarkan perbezaan mengikut trend dari pakaian teknologi dan makanan orang tanya apa benda Wanpaku Sandwich ni Setiap perkara yang terjadi pasti ada sejarahnya tersendiri pe...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord