Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes Dan Hidup
Assalamualaikum.
Satu nikmat terbesar yang Allah SWT berikan kepada kita ialah otak yang mampu fikiran.
Dalam satu tulisan daripada laman web hello sehat menyatakan kepantasan otak manusia untuk menghantar informasi boleh mencapai 431km/jam.
Hebatkan otak kita. Itu baru satu sahaja. Ada banyak lagi kalau hendak disenaraikan.
Hari ini saya cuma ingin berkongsi tentang penggunaan otak kita dalam Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup.
Sama ada anda sedar atau tidak, kemapuan otak kita untuk berfikir secara kreatif idak bergantung pada keupayaan diri semata-mata.
Kajian mendapati mencetuskan idea yang kreatif datang daripada keupayaan diri, kesediaan pasukan, dan penerimaan pelanggan terhadap idea yang bertukar menjadi benar.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang seni berfikir kreatif untuk bisnes dan hidup, bacalah Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup.
Pengenalan Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan HidupKaver Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup
Buku ini ditulis oleh dua orang penulis terkenal tanah air iaitu Pn Ainon Mohd dan Tuan Zamri Mohamad.
Diterbitkan oleh PTS Publishing House pada 25 Mac 2020. Ia boleh didapati secara fizikal mahupun digital.
Penulis menyatakan bahawa berfikir secara kreatif tidak diberikan penekanan sebagai sesuatu yang mesti dipelajari bagi meningkatkan potensi.
Sebagai contoh, kita dapat melihat, mempelajari proses berfikir ditekankan oleh ibu bapa ke atas bayi melalui latihan rangsangan deria.
Anda sedia maklum, cabang berfikir yang tertentu kemudian diasah melalui silibus pendidikan.
Tiba-tiba, proses berfikir tidak ditekankan sebagai cara survival hidup.
Namun, situasi yang berlaku di dunia nyata ialah pandai-pandai sendirilah berfikir dan menyelesaikan masalah yang timbul.
Bahkan ada sesetengah orang percaya proses berfikir secara kreatif dianggap bakat dan mereka yang terpilih sahaja mampu melakukannya.
Akibatnya, ada yang berhenti mencari cara dan membiarkan diri mengikut keadaan semasa.
Bagi menjawab isu-isu yang dinyatakan tadi, dua orang penulis tersebut menghasilkan sebuah buku kecil untuk memberi idea dan menujukkan cara seni berfikir kreatif untuk bisnes dan hidup dalam buku ini.
Kaver belakang Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup
Penulis Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup
Penulis Pertama
Ainon Mohd merupakan pengasas PTS Publications Distributors (kini media group).
Beliau sendiri pengamal kemahiran berfikir yang sudah menulisa berpuluh-puluh buah buku.
Selain itu, beliau juga merupakan pengasas Ainon Business School
Penulis Kedua
Zamri Mohamad meletakkan jawatan makan gaji seawal usia 20-an dan sehingga kini hidup bermodalkan kemahiran befikir sejak 14 tahun lalu
Idea beliau pernah tersenarai sebagai finalis kelompok 100 idea terbaik dalam pertandingan yang menawarkan hadiah UDD $1,000,000
Isi Kandungan Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup
Bab 1: Mesyuarat Bisnes, Ramai Ahli, Satu Otak
Bab 2: Pecahkan dan Kamu Dapat
Bab 3: Dari Mana Datangnya Idea Hebat
Bab 4: Seni Berfikir Tanpa Menunggu Masalah
Bab 5: Adakah Pandai Berfikir akan Membunuh Kita?
Bab 6: Tanam Benih Idea pada Tempatnya
Bab 7: Kompas Fikiran sebagai Petunjuk
Bab 8: Kuatkan Prinsip Berfikir
Bab 9: Berfikir Kritis Tidak Mencipta Idea Baharu
Bab 10: Gaya Berfikir dalam Al-Quran
Bab 11: Apa yang Difikirkan Lelaki dan Perempuan
Bab 12: Bangunkan Skrip Komitmen Diri
Bab 13: Membesarkan Kemungkinan daripada Kebiasaan
Bab 14: Mengikat Malu Membina Yakin
Bab 15: Lihat Satu Per Satu dalam Enam Topi Berfikir
Bab 16: Memilih Satu Situasi yang Hendak Diselesaikan
Bab 17: Mengukur Kekuatan Idea yang Dicetuskan
Bab 18: Mengurus Lambakan dan Kebekuan Idea
Bab 19: Jangan Terlalu Tua Berfikir, Kitar, Gabung dan Bermain
Bab 20: Cipta Peluang dengan Soalan-Soalan Kekayaan
Contoh Isi Kandungan Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup
Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup
Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup
Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup
Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup
Kesimpulan Saya sarankan anda membaca buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup terutamanya kepada mereka yang ingin dan yang sedang menjalankan bisnes
Pemimpin organisasi juga disarankan agar membaca buku ini
Banyak perkara yang anda boleh belajar daripada buku ini
Umpamanya, anda ditunjukkan tentang anjakan pemikiran yang mewujudkan prinsip pemikiran yang membina dan berkembang serta fungsi berfikiran kritikal berbanding pemikiran kreatif.
Kaedah pengukuran kekuatan sesebuah idea, kemahiran berfikir berdasarkan fitrah jantina dan cara menguruskan perbincangan produktif turut disentuh
Setiap pendekatan berfikir mempunyai tujuan berbeza dan tidak boleh “dipukul rata” untuk semua keadaan
Kemahiran berfikir juga bukanlah kemahiran memprotes pekerja terhadap majikan.
Menurut penulis, belajar berfikir merupakan cara kira belajar membentuk persepsi yang menghasilkan kebijaksanaan
Selain itu, penulis juga menerangkan tentang pikiran negatif
Pemikiran negatif timbul disebabkan kesombongan yang boleh dikenal pasti dengan sikap suka mencari kesalahan orang lain
Format susunan kandungan buku ini mudah diikuti dan dan nampak interaktif.
Setiap bab didahului dengan rakaman realistik pengurusan bisnes seharian yang kemudiannya dijadikan bahan perbincangan lanjut
Bacalah buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://notainsan.blogspot.com/2022/04/buku-seni-berfikir-kreatif-untuk-bisnes.html