Buku Rm9 Pun Tak Mampu Tanya Cikgu Kepada Murid Dengan Nada Sinis


Sebenarnya masih ramai murid sekolah yang hidup didalam kesusahan. Adakalanya mereka tidak mampu untuk melangsaika yuran,buku ataupun membeli peralatan sekolah. Anak-anak yang jiwanya terlalu naif tidak ramai memahami apa yang sedang mereka lalui. Namun sungguh tidak adil bagi anak-anak itu jika kita menghukum atau menghina mereka disebabkan kesusahan keluarganya.
Tidak kira sewaktu persekolahan dulu ataupun sekarang,kanak-kanak yang susah sering diperlekehkan dengan rakan-rakan yang lain. Lebih malang apabila guru sebagai warga pendidik yang harus memberi motivasi agar mereka terus belajar untuk maju turut memandang hina kanak-kanak miskin. Bukan semua guru,tapi hanya segelintir.
Coretan guru ini, Balqis Huda menceritakan pengalamannya yang terjadi dahulu sama seperti apa yang berlaku kepada salah seorang anak muridnya kini. Namun apa yang membezakan kisahnya dan kisah pelajarnya adalah, BAHASANYA.
Ini kisah tentang dendam aku yang sudah terbalas, yang telah aku simpan lebih 10 tahun lamanya.
Tadi masa dalam kelas (Darjah 2) tiba-tiba seorang student datang ke depan dan berbisik kat aku dengan muka runsing,
“Teacher, saya belum beli buku lagi tau. Mak saya kata kalau mak saya dah gaji baru mak saya belikan.”
“Okay takpe takpe, boleh je”, jawabku sambil tersenyum.
Lepas tu dia pun balik ke tempat duduk dengan muka happy and ceria.
Kenapa aku kata dendam? Sebab 13 atau 14 tahun yang lalu, aku pernah cakap benda yang sama persis macam apa yang student aku cakap kat aku tu.
Dulu hidup kami agak susah, tapi guru kelas aku yang juga guru penasihat Puteri Islam tak habis-habis paksa aku untuk beli buku log Puteri Islam yang berharga RM9. Korang jangan sembang ‘RM9 je’, orang punya susah jangan pernah kau buat main. Buku log, yang bagi aku, kalau guna buku biasa pun takde masalah.
Tapi cikgu ni, tidak. Dia memilih untuk tekan aku, despite knowing how hard our family was trying to survive life.
Aku masih ingat lagi ketika itu, hari itu, dan saat itu, dengan sangat jelas. Takkan pernah aku lupa.
Masa tu cikgu tengah tampal kertas di papan kenyataan. Sama seperti yang pelajar aku buat hari ni, aku pergi ke cikgu dan berbisik,
“Cikgu, boleh tak kalau saya tak beli dulu buku log tu? Mak saya kata kalau mak saya dah mampu baru mak saya beli. Mak saya belum mampu lagi.”
Dengan mencebik, cikgu tu cakap,
“RM9 pun tak mampu?”, sambil tangannya terus menampal. Sedikitpun tak memandang ke wajahku.
Sumpah hati aku koyak ketika itu. Bukti koyak? Aku masih ingat apa yang cikgu cakap sampai ke hari ini, suaranya, wajahnya, apa yang sedang dilakukannya. Semua sangat jelas.
Hari ni aku puas, sebab terasa dendam aku dah terbalas. Aku dah lama tak terima diperlakukan begitu oleh cikgu, tapi apalah sangat yang seorang anak kecil boleh lakukan.
Jadi, selama lebih 10 tahun aku simpan tekad, apa yang jadi kat aku, takkan jadi kat mana-mana budak lain. Dan hari ini aku puas, sebab aku dah berjaya selamatkan seorang anak, daripada rasa apa yang aku rasakan dulu. Aku puas, sebab apa yang aku nak orang buat kat aku dulu, aku berjaya buat kat anak murid aku sekarang. Sedikit “ok takpe” yang aku perlukan dari cikgu dulu, aku mampu berikan kat anak murid aku sekarang.
Walaupun hanya seorang yang aku mampu tolong hari ini, aku harap satu je; semoga tiada siapa orang dewasa yang menyentuh emosi anak ini, macam mana emosi aku disentuh dulu.
Kawan, tolong budak-budak bukan hanya dengan wang, bukan hanya dengan makanan, bukan hanya dengan mainan. Your words. Your words. Your words. Kata-kata kau juga beri kesan. Kata-kata kau yang kau boleh lupakan in few mins, budak-budak akan ingat sampai besar. Ambillah aku sebagai contoh paling dekat.
Anak-anak tak hanya ingat tentang lagu apa yang kau dendangkan, atau kisah apa yang kau ceritakan. Mereka akan ingat semua yang melukakan.
And kids, dont deserve to be hurt.
To many more little Balqis out there, I hope you’re doing fine. Dan aku akan terus membantu, walau dengan hanya kata-kata.
Sumber: Balqis Huda
The post “Buku RM9 pun tak mampu?” – Tanya Cikgu kepada Murid dengan Nada Sinis appeared first on dePalmaSP.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/murid-tak-mampu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cikgu Boleh Tak Kalau Saya Tak Beli Dulu Buku Log Tu Mak Saya Belum Mampu Lagi Bisik Si Murid Tapi Respon Gurunya

Cikgu Boleh Tak Kalau Saya Tak Beli Dulu Buku Log Tu Mak Saya Belum Mampu Lagi Bisik Si Murid Tapi Respon Gurunya

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 342 hits
The ReporterMenjadi pendidik nampak mudah di mata orang tetapi hanya yang menggalas amanah itu tahu bebanan yang digalas Tugas seorang guru bukan hanya mendidik malahan juga kadangkala perlu bertukar watak menjadi seperti seorang ibu atau b...
Buku Jadual Kedatangan Murid Tidak Lagi Digunakan Berkuat Kuasa 14 Januari 2019

Buku Jadual Kedatangan Murid Tidak Lagi Digunakan Berkuat Kuasa 14 Januari 2019

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 565 hits
Buku Jadual Kedatangan Murid Tidak Lagi Digunakan Berkuat kuasa 14 Januari 2019 Pernyataan ini adalah bersumberkan daripada Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2019 bertajuk Panduan Pengurusan Rekod Si...
Kenapa Budak Ni Tak Angkat Kaki Nampak Anak Murid Jalan Seret Kaki Bila Tanya Rupa Rupanya

Kenapa Budak Ni Tak Angkat Kaki Nampak Anak Murid Jalan Seret Kaki Bila Tanya Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 633 hits
Mengalir air mata Itu perasaan seorang cikgu dekat sekolah rendah di Sungai Petani Kedah lepas dapat tahu pasal seorang murid Katanya murid tu tetap semangat nak hadir ke sekolah walaupun dalam keadaan daif dan menyedihkan Cikgu Mohd Nasir ...
Cikgu Terkedu Jumpa Murid Kelas Belakang Selepas 20 Tahun Di Airport

Cikgu Terkedu Jumpa Murid Kelas Belakang Selepas 20 Tahun Di Airport

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 313 hits
Sampai di airport cikgu tak sangka murid kelas belakang yang diajarnya 20 tahun lalu kini sangat mengejutkan Allahu Baca cerita penuh Tolong jangan abaikan artikel ni TIDAK CEMERLANG AKADEMIK BUKAN MAKNA GAGAL HIDUPSemua beranggapan jika ki...
Menteri Dungu Guru Besar Dungu Cikgu Dungu Buku Pun Dungu

Menteri Dungu Guru Besar Dungu Cikgu Dungu Buku Pun Dungu

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 299 hits
Year Three book teaches that girls will be ostracised bring disrepute to families should they not guard their modesty sexualityThis is victim shaming Pendidikan Jasmani dan Kesihatan textbook story of Amira who takes care of her sexual part...
10 Ekspresi Wajah Cikgu Ketika Mesyuarat Guru Berlangsung

10 Ekspresi Wajah Cikgu Ketika Mesyuarat Guru Berlangsung

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 556 hits
Kadang kadang keperluan mesyuarat guru itu perlu dipertimbangkan semula Jika ianya berkaitan dasar dan keperluan berkaitan kewangan dan juga urusan urusan pelaksanaan program yang penting makan wajarlah ianya dilaksanakan Adakalahnya maklum...
Akhirnya Cikgu Farhana Telah Dijumpai Dalam Keadaan Selamat

Akhirnya Cikgu Farhana Telah Dijumpai Dalam Keadaan Selamat

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 942 hits
Guru Wanita iaitu Nur Farhana Ibrahim yang dilaporkan hilang sejak 14 Januari lalu kini telah ditemui dalam keadaan selamat kira kira jam 4 petang tadi Menurut kakak mangsa Madihah suami mangsa Muhammad Naim Mahayadin menerima panggilan dar...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities