Buku Kenali Bentuk Asas Sesuai Untuk Murid Prasekolah
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
Buku Kenali Bentuk Asas Sesuai untuk Murid Prasekolah. Buku menarik ini mengandungi nota ringkas mengenai bentuk asas dan lembaran kerja tentang bentuk asas dan sesuai untuk diberikan sebagai bahan mengajar sama ada di sekolah mahupun di rumah.
Semasa mendidik anak-anak mengenai bentuk-bentuk seperti segi empat tepat, segitiga dan sebagainya, ibu bapa perlulah menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan tidak bergantung kepada lembaran kerja sahaja.
Lembaran kerja akan menjadikan anak-anak mudah bosan. Oleh itu, ibu bapa perlu menggunakan objek di sekeliling sebagai contoh. Misalnya gunakan cawan kertas sebagai contoh kepada bentuk silinder dan bola sebagai contoh bentuk bulat.
Selain itu, ibu bapa juga boleh bermain dengan tepung yang telah diuli atau playdoh untuk membuat bentuk-bentuk asas. Kanak-kanak akan lebih tertarik untuk belajar jika menggunakan kedua-dua belah tangan mereka. Menguli tepung bersama anak-anak mampu mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.
Dapatkan “Buku Kenali Bentuk Asas Sesuai untuk Murid Prasekolah” di sini
Di sini kami sediakan bahan yang boleh digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar murid prasekolah. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai latihan atau aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak ketika di rumah. Sumber bahan adalah daripada telegram Sharing & Collection, BBM HH Edukids.
Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : LK BENTUK ASAS
Penutup
Diharapkan agar perkongsian mengenai Buku Kenali Bentuk Asas Sesuai untuk Murid Prasekolah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan juga agar bahan ini dapat membantu murid memahami dan mengenali bentuk-bentuk asas dengan lebih mudah.
Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang sesuai diberikan kepada murid prasekolah. Antaranya ialah:
Koleksi Poster Kenali Buah-buahan Tempatan dan Keistimewaannya
Lembaran Aktiviti Menarik untuk Kanak-kanak (Lukisan Simetri & Topeng Muka)
Kenali Huruf Melalui Aktiviti Mewarna dan Menggunting
Lembaran Kerja Hari Kemerdekaan untuk Murid Prasekolah
Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan samada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini seperti isu pendidikan, bantuan pelajaran dan pelbagai lagi informasi terkini yang bermanfaat kepada para guru, ibu bapa dan orang ramai.
Buku Kenali Bentuk Asas Sesuai untuk Murid Prasekolah
Dzanifah Nadia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2021/08/buku-kenali-bentuk-asas-prasekolah.html