Buku 555 Untuk Langgan Pelacur Dah Terdesak




JOHOR BAHRU, 3 Sept ― Langgan dahulu, bayar kemudian - itu adalah antara kaedah yang digunakan oleh sindiket pelacuran di sini untuk menarik minat pelanggan mereka, khususnya dalam kalangan warga asing sejak tahun 2018.
Bagaimanapun dengan risikan polis, kegiatan itu berjaya dibongkar melalui serbuan Ops Noda di lima hotel murah, di sini, petang semalam dan Khamis lepas, yang membawa kepada penahanan 44 individu, yang terdiri daripada pelacur, pelanggan dan penganjur.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata sindiket itu malah dikesan menyediakan “buku 555” yang membolehkan pelanggan berhutang untuk mendapatkan khidmat pelacur.
Beliau berkata dalam serbuan berkenaan, selain penahanan 21 wanita warga Vietnam, sembilan wanita Indonesia dan seorang wanita Thailand berumur antara 19 dan 36 dipercayai pelacur; turut ditahan ialah 12 lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 31 dan 63 tahun yang disyaki ‘penganjur’ kegiatan itu.
Katanya polis turut merampas 15 unit telefon bimbit, 125 keping kondom, tujuh keping kad akses pintu hotel, dua tiub minyak pelincir, satu botol minyak urut, lapan helai tuala mandi, lapan tisu gulung dan wang tunai RM1,670.
“Kegiatan pelacuran beroperasi selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan dikatakan mengenakan bayaran antara RM190 hingga RM650 bergantung kepada pakej yang ditawarkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.
Ayob berkata selain penyediaan buku 555, pelbagai kaedah digunakan sindiket itu bagi menarik kehadiran pelanggan, termasuk mempromosikan gambar-gambar pelacur melalui aplikasi Wechat, Michat dan WhatsApp, di samping mempamerkan gambar-gambar pelacur melalui telefon kepada pelanggan yang lalu lalang di hadapan premis.
Selain itu, menurutnya sindiket juga menyediakan perkhidmatan penghantaran pelacur ke tempat dikehendaki pelanggan termasuk ke rumah-rumah dengan kadar penghantaran antara RM20 hingga RM50, bergantung kepada jarak lokasi penghantar, dan kebanyakan pelanggan merupakan warga asing.
Beliau berkata sebahagian daripada pelacur yang ditahan memiliki pas lawatan sosial yang sah manakala selebihnya, sama ada pas lawatan telah tamat tempoh atau memasuki negara ini secara haram.
Kesemua tangkapan kini direman selama seminggu untuk siasatan di bawah Seksyen 372 dan 373 Kanun Keseksaan, Seksyen 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 serta Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Ayob Khan berkata sejak awal tahun sehingga bulan lepas, pihaknya telah menahan 1,788 individu melibatkan 768 warga tempatan dan 1,019 warga asing menerusi 337 Ops Noda dilaksanakan.

#Sumber :  ― Bernama  

MR :   Pelacuran bisnis paling awal didunia 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/buku-555-untuk-langgan-pelacur-dah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelacuran Sedia Buku 555 Khidmat Penghantaran Turut Disediakan

Pelacuran Sedia Buku 555 Khidmat Penghantaran Turut Disediakan

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 425 hits
JOHOR BAHRU Macam macam taktik digunakan penjenayah termasuk oleh sindiket pelacuran supaya kegiatan mereka tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa Antaranya dengan kaedah langgan dahulu bayar kemudian bagi menarik minat pelanggan mereka kh...
Buku Kisah Hidup Coretan Maal Hijrah 1442h

Buku Kisah Hidup Coretan Maal Hijrah 1442h

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 836 hits
Salam Maal Hijrah 1442H Alhamdulillah 14 tahun berkecimpung dalam bidang penulisan blog dan kini sedikit demi sedikit membuat penghijrahan ke penulisan buku Memang sesuatu yang di luar jangkaan Tapi ia
Hiburan Hidup Bukan Buku Cerita Dongeng Yang Dibacakan Ketika Kecil Lufya Omar

Hiburan Hidup Bukan Buku Cerita Dongeng Yang Dibacakan Ketika Kecil Lufya Omar

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 461 hits
Mendedahkan kepada umum berikutan berita penceraiannya dengan suami Dr Che Hafiz pada 17 Jun lalu pelakon dan penyanyi Lufya Omar aku telah tiba masanya untuk beliau tampil membahagiakan dirinya sendiri Lufya sebelum ini juga pernah menjawa...
Tak Perlu Catat Simpan Suhu Badan Orang Ramai Dalam Buku Rekod

Tak Perlu Catat Simpan Suhu Badan Orang Ramai Dalam Buku Rekod

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 351 hits
Tak perlu catat simpan suhu badan orang ramai dalam buku rekodRekod pelanggan memadai ada nama nombor telefonTak boleh catat simpan suhu badan orang ramaiREKOD suhu badan ketika pemeriksaan di mana mana premis perniagaan tidak sepatutnya di...
Buku Faraid Ilmu Pembahagian Harta Pusaka Yang Wajib Dipelajari

Buku Faraid Ilmu Pembahagian Harta Pusaka Yang Wajib Dipelajari

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 677 hits
Sedang Mencari Buku Faraid Yang Terbaik Anda sedang mencari buku ilmu faraid terbaik dan mudah difahami Adakah anda seorang pelajar seorang peguam syariah seorang perancang harta seorang ustaz seorang perunding harta seorang pensyarah seora...
Perkhidmatan Pelupusan Al Quran Buku Agama

Perkhidmatan Pelupusan Al Quran Buku Agama

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 283 hits
Assalamualaikum w b t Anda banyak menyimpan Al Quran dan buku buku agama lama dirumah Banyak yang rosak dan koyak tapi anda tidak tahu mahu lupus dimana Jangan risau Kami ada penyelesaiannya Kami menyediakan PERKHIDMATAN PELUPUSAN AL QURAN ...
Prk N58 Slim Baca Buku Atas Pokok Kali Nie Atok Kalah Teruk

Prk N58 Slim Baca Buku Atas Pokok Kali Nie Atok Kalah Teruk

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 402 hits
Keputusan rasmi dari Pegawai Pengurus Pilihanraya PRK Nr8 Slim Shamsul Ridzuan Idris dari Suruhanjaya Pilihanraya calun Muafakat Nasional Mohd Zaidi Aziz menang bergaya dengan mendapat 13 060 undi majoriti menewaskan 2 calun Bebas Amir Khus...
Pelaku Pembunuhan Satu Keluarga Di Sukoharjo Ditangkap Polisi Alasannya Terdesak Utang

Pelaku Pembunuhan Satu Keluarga Di Sukoharjo Ditangkap Polisi Alasannya Terdesak Utang

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 240 hits
Terduga pelaku pembunuhan satu keluarga di Dusun Slemben Desa Duwet Kecamatan Baki Sukoharjo Jawa Tengah berhasil diamankan polisi Pelaku pembunuhan itu diketahui berinisial HT yang tak lain adalah teman dekat korban sendiri Penangkapan pel...
19 Pasangan Di Mukomuko Dapat Buku Nikah Gratis

19 Pasangan Di Mukomuko Dapat Buku Nikah Gratis

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 322 hits
Pengadilan Agama Kabupaten Mukomuko Provinsi Bengkulu mencatat sebanyak 19 pasangan suami istri di daerah itu mendapatkan buku nikah gratis melalui sidang isbat dengan target sebanyak 20 pasangan
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah