Pelacuran Sedia Buku 555 Khidmat Penghantaran Turut Disediakan


JOHOR BAHRU – Macam-macam taktik digunakan penjenayah termasuk oleh sindiket pelacuran supaya kegiatan mereka tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa.
Antaranya dengan kaedah langgan dahulu, bayar kemudian bagi menarik minat pelanggan mereka, khususnya dalam kalangan warga asing sejak tahun 2018.
Namun, ibarat kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Hasil risikan pihak polis, kegiatan itu berjaya dibongkar dalam serbuan Ops Noda di lima hotel murah, di sini petang semalam dan Khamis lalu yang berjaya menahan 44 individu terdiri daripada pelacur, pelanggan dan penganjur kegiatan itu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket itu malah dikesan menyediakan ‘buku 555’ yang membolehkan pelanggan berhutang untuk mendapatkan khidmat pelacur.
Dalam serbuan berkenaan, selain penahanan 21 wanita warga Vietnam, sembilan wanita Indonesia dan seorang Thailand berumur antara 19 dan 36 dipercayai pelacur, turut ditangkap 12 lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 31 dan 63 tahun yang disyaki ‘penganjur’ kegiatan itu.
Polis turut merampas 15 telefon bimbit, 125 keping kondom, tujuh keping kad akses pintu hotel, dua tiub minyak pelincir, satu botol minyak urut, lapan helai tuala mandi, lapan tisu gulung dan wang tunai RM1,670.
“Kegiatan pelacuran beroperasi selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan dikatakan mengenakan bayaran antara RM190 hingga RM650 bergantung kepada pakej yang ditawarkan,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen (JPK) Johor, hari ini.
Ayob Khan memberitahu, selain menyediakan buku 555, pelbagai kaedah digunakan sindiket itu bagi menarik kehadiran pelanggan, termasuk mempromosikan gambar-gambar pelacur menerusi aplikasi WeChat, MiChat dan WhatsApp, di samping mempamerkan gambar-gambar pelacur dalam telefon kepada pelanggan yang lalu-lalang di hadapan premis.
Selain itu, menurutnya, sindiket juga menyediakan perkhidmatan penghantaran pelacur ke tempat dikehendaki pelanggan termasuk ke rumah-rumah dengan kadar penghantaran antara RM20 hingga RM50, bergantung jarak dan kebanyakan pelanggan merupakan warga asing.
Beliau berkata sebahagian daripada pelacur yang ditahan memiliki pas lawatan sosial yang sah, manakala selebihnya sama ada pas lawatan telah tamat tempoh atau memasuki negara ini secara haram.
Kesemua tangkapan kini direman selama seminggu untuk siasatan di bawah Seksyen 372 dan 373 Kanun Keseksaan, Seksyen 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 serta Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Ayob Khan berkata sejak awal tahun sehingga bulan lepas, pihaknya telah menahan 1,788 individu melibatkan 768 warga tempatan dan 1,019 warga asing menerusi 337 Ops Noda dilaksanakan. – JT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/09/pelacuran-sedia-buku-555-khidmat-penghantaran-turut-disediakan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buku 555 Untuk Langgan Pelacur Dah Terdesak

Buku 555 Untuk Langgan Pelacur Dah Terdesak

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 289 hits
JOHOR BAHRU 3 Sept Langgan dahulu bayar kemudian itu adalah antara kaedah yang digunakan oleh sindiket pelacuran di sini untuk menarik minat pelanggan mereka khususnya dalam kalangan warga asing sejak tahun 2018 Bagaimanapun dengan risikan ...
Bapa Sewaan Lelaki Ini Tawar Khidmat Bapa Sewa Kepada Kanak Kanak Yang Tiada Bapa

Bapa Sewaan Lelaki Ini Tawar Khidmat Bapa Sewa Kepada Kanak Kanak Yang Tiada Bapa

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 316 hits
Pernah dengar peranan bapa yang boleh disewa Pelik kan Tapi ini yang berlaku di Sydney Australia Jejaka yang dikenali sebagai Jake Orr dari New South Wales Australia menawarkan dirinya untuk disewa sebagai bapa dengan bayaran sebanyak 16 Po...
Tawar Khidmat Sewa Sebagai Bapa Pemuda Ini Laris Dilanggan Ibu Tunggal

Tawar Khidmat Sewa Sebagai Bapa Pemuda Ini Laris Dilanggan Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 328 hits
Bukan semua dilahirkan dengan nasib yang sama dan ada kalanya ramai yang tidak berkesempatan untuk memiliki ayah Namun masalah itu nampak gayanya mungkin dapat dikurangkan apabila terdapatnya perkhidmatan menyewa bapa Biarpun kedengaran aga...
Beli Emas Murah 916 Online Di Pg Mall Dan Penghantaran Percuma Berinsuran

Beli Emas Murah 916 Online Di Pg Mall Dan Penghantaran Percuma Berinsuran

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 569 hits
Beli emas 916 murah online di PG Mall dan penghantaran pula percuma dan diinsurankan Woha apabila bercakap tentang emas maka kaum Hawalah yang paling sinonim dikaitkan dengan emas Bak kata pepatah mak aku wanita dan emas berpisah tiada Tapi...
Perkhidmatan Pelupusan Al Quran Buku Agama

Perkhidmatan Pelupusan Al Quran Buku Agama

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 311 hits
Assalamualaikum w b t Anda banyak menyimpan Al Quran dan buku buku agama lama dirumah Banyak yang rosak dan koyak tapi anda tidak tahu mahu lupus dimana Jangan risau Kami ada penyelesaiannya Kami menyediakan PERKHIDMATAN PELUPUSAN AL QURAN ...
Aplikasi Beligas Secara Online Murah Jaminan Penghantaran Ke Rumah Anda

Aplikasi Beligas Secara Online Murah Jaminan Penghantaran Ke Rumah Anda

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 883 hits
AssalamualaikumBismillahKorang pernah tak tengah seronok memasak tiba tiba gas habis Aku pernah alami kehabisan gas waktu tengah kenduri guys Ribut terus orang rumah haha Dah lah banyak makanan belum lagi siap masak masa tu mana tak ribut K...
10 Kedai Runcit Terbaik Untuk Penghantaran Dalam Talian Apabila Tersekat Di Rumah Kerana Covid

10 Kedai Runcit Terbaik Untuk Penghantaran Dalam Talian Apabila Tersekat Di Rumah Kerana Covid

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 510 hits
Sejak Pendemik Covid ini rata rata orang lebih suka membeli barangan secara atas talian Almaklumlah apabila membeli barangan di kedai risiko terdedah kepada virus amat tinggi Ini kerana kita akan memegang pelbagai barang yang juga dipegang ...
Buku Kisah Hidup Coretan Maal Hijrah 1442h

Buku Kisah Hidup Coretan Maal Hijrah 1442h

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 928 hits
Salam Maal Hijrah 1442H Alhamdulillah 14 tahun berkecimpung dalam bidang penulisan blog dan kini sedikit demi sedikit membuat penghijrahan ke penulisan buku Memang sesuatu yang di luar jangkaan Tapi ia
Prk N58 Slim Baca Buku Atas Pokok Kali Nie Atok Kalah Teruk

Prk N58 Slim Baca Buku Atas Pokok Kali Nie Atok Kalah Teruk

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 430 hits
Keputusan rasmi dari Pegawai Pengurus Pilihanraya PRK Nr8 Slim Shamsul Ridzuan Idris dari Suruhanjaya Pilihanraya calun Muafakat Nasional Mohd Zaidi Aziz menang bergaya dengan mendapat 13 060 undi majoriti menewaskan 2 calun Bebas Amir Khus...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun