Buku 200 Tip Rajin Selawat
Assalamualaikum
Bulan Syaaban dikatakan Bulan Rasulullah SAW.
Salah satu amalan yang amat digalakkan bagi umat Islam dalam bulan ini ialah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Saya rujuk dalam laman web mufti wilayah persekutuan yang membicara tentang selawat menyatakan alasan utama kenapa kita perlu berselawat ialah Allah SWT sendiri berselawat.
Allah SWT berfirman:
إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Surah al-Ahzab (56)
Al-Qadhi Iyadh dalam kitab al-Syifa bi Ta’rif Huquq al-Mustafa (hlm. 138-139) menyebut: Menurut Ibn Abbas R.Anhuma, makna ayat ini adalah, Allah SWT dan para malaikat sentiasa melimpahkan berkat kepada Nabi SAW. Ada juga yang mengertikan ayat ini dengan menyebut: Sesungguhnya Allah dan para malaikat sentiasa melimpahkan rahmat kepada Nabi.
Al-Mubarrid berkata: Makna asal selawat adalah limpahan rasa kasih sayang. Namun jika selawat itu berasal daripada Allah SWT, maka maknanya adalah rahmat. Manakala jika berasal dari para malaikat, ia bermaksud kasih sayang dan doa permohonan rahmat kepada Allah SWT.
Penerangan di atas hanya sebahagian kecil penjelasan tentang selawat.
Untuk mendapatkan penerangan yang lebih mendalam dari segi hakikat selawat itu sendiri, kita perlu meneruskan pengajian dan kajian dengan merujuk kepada guru yang layak untuk menjelaskannya.
Sebab itu lah menuntut ilmu diwajibkan ke atas muslim lelaki dan perempuan.
Sebagai usaha kecil untuk mengamalkan ayat al-Quran ayat 56 dari surah al-Ahzab, maka kita mesti melazimi berselawat.
Lantaran itu, penulis Tengku Zahirul cuba menghasilkan sebuah buku untuk memberi galakkan kepada kita supaya berselewat.
Mari kita lihat apa yang ada dalam buku Buku 200 Tip Rajin Selawat.
Sejarah Ringkas Nabi Muhammad SAWDiri Rasulallah SAWNama sebenar Rasulullah SAW ialah Muhammad Bin Abdullah.
Nama penuh Baginda Nabi Muhammad SAW ialah Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim Bin Abdul Manaf Bin Qusai Bin Kilab Bin Murroh Bin Ka'ab Bin Luay Bin Ghalib Bin Fihr Bin Malik Bin Nadr Bin Kinanah Bin Khuzaimah Bin Mudrikah Bin Elias Bin Mudhor Bin Nizar Bin Ma'ad Bin Adnan.
Nabi Muhammad SAW berbangsa Arab Quraisy. Dilahirkan di Mekah, Arab Saudi pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 570 Masihi. Wafat pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah di rumah Saidatina Aisyah R.A.
Nama Isteri Rasulullah SAW
Saidatina Khadijah Binti Khuawailid 595M-619MSaidatina Saodah Binti Zam'ah 619M-632MSaidatina Aishah Binti Abu Bakr 623M-632MSaidatina Hafsah Binti Umar 624M-632MSaidatina Zainab Binti Khuzaimah 625M-627MSaidatina Hindun Binti Umaiyah (Ummu Salamah) 625M-632MSaidatina Zainab Binti Jahsy 590M-641MSaidatina Juwairiyah Binti Harith 608M-670MSaidatina Ramlah Binti Abu Sufyan (Ummu Habibah) 594M-665MSaidatina Safiah Binti Huyai 610M-670MSaidatina Maimunah Binti Al-Harith 594M-673MSaidatina Mariyah Al-Qibtiyah Meninggal dunia pada 637M
Anak-Anak Rasulullah SAW
Qasim Bin MuhammadAbdullah Bin MuhammadZainab Bin MuhammadRuqayyah Bin MuhammadUmmu Kalthom Bin MuhammadFatimah Bin MuhammadIbrahim Bin Muhammad
Cucu-Cucu Rasulullah SAW
Ali Bin Abu Al-As Bin Ar Rabi'ahUmamah Binti Al-'As Bin Ar Rabi'ahHassan Bin AliHussin Bin Ali
Anak AngkatZaid Bin Harithah
Begitulah sebahagian tentang pengenalan tentang Rasullah SAW dan keluarganya.
Saya cadangkan anda membaca Ar-Rahiq Al-Makhtum: Sirah Nabawiyyah (Hardcover) untuk mengetahui kisah tentang Sirah Rasullah SAW yang lebih terperinci.
Pengenalan Buku 200 Tip Rajin SelawatBuku 200 Tip Rajin Selawat menghimpunkan maklumat tentang selawat merangkumi definasi selawat, hukum, faedah, jenis-jenis termasuk pensyariatan selawat.
Buku ini diterbitkan pada 19 Apr 2021 oleh PTS Publishing House.
Buku ini senang dibawa ke mana sahaja kerana ia bersaiz poket.
Ia terbahagi kepada 3 bahagian utama yang khusus membincangkan berkenaan selawat.
Buku 200 Tip Rajin Selawat mengumpulkan info-info berkenaan selawat merangkumi definasi selawat, hukum, faedah, jenis-jenis termasuk pensyariatan selawat.
Kaver Buku 200 Tip Rajin Selawat
Isi Kandungan Buku 200 Tip Rajin Selawat
Bahagian 1
Bab 1: Apakah Itu Selawat?
Bab 2: Mengapa Perlu Berselawat?
Bab 3: Pensyariatan Selawat
Bab 4: Hukum Berselawat
Bab 5: Konsep Selawat
Bab 6: Faedah Selawat
Bab 7: Adakah Qasidah itu Selawat?
Bab 8: Lafaz Selawat Yang Diajar Oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Bab 9: Lafaz Selawat Selain yang Diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Bab 10: Satu Selawat Dibalas 10 Selawat
Bab 11: Tinggal Selawat Tanda Jauh daripada Rahmat
Bab 12: Tinggal Selawat Tanda Orang Itu Bakhil
Bahagian 2
Bab 1: Bagaimana Memberi Salam kepada Nabi Muhammad s.a.w.?
Bab 2: Cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Bab 3: Hebatnya Mencintai Nabi Muhammad s.a.w.
Bab 4: Orang yang Paling Dekat Dengan Aku adalah yang Paling Banyak Berselawat kepada Aku
Bab 5: ‘Sayyidina’ Sebelum Nama Nabi Perlu Letak ataupun Tidak
Bab 6: Selawat Itu Rahmat
Bab 7: Selawat Kunci ke Syurga
Bab 8: Selawat Kunci Kehidupan
Bab 9: Selawat Menzahirkan Rasa Cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Bab 10: Selawat untuk Memperoleh Syafaat Nabi Muhammad s.a.w.
Bab 11: Selawat untuk Mendapat Keberkatan
Bab 12: Selawat Menghapuskan Kejahatan
Bab 13: Selawat Menghilangkan Kegelisahan
Bab 14: Selawat pada Hari Jumaat
Bahagian 3
Bab 1: Selawat yang Sahih daripada Nabi Muhammad s.a.w.
Bab 2: Selawat Lain yang Diamalkan
Bab 3: Selawat Imam As-Syafie
Bab 4: Selawat Munjiyah
Bab 5: Selawat Nur
Bab 6: Selawat Syifa’
Bab 7: Selawat Al-Fatih
Bab 8: Selawat Tafrijiyah
Bab 9: Selawat Dawam
Bab 10: Selawat Badariyah
Contoh Isi Buku 200 Tip Rajin SelawatDi bawah ini ialah sebahagian daripada kandungan Buku 200 Tip Rajin Selawat
Kandungan Buku 200 Tip Rajin Selawat
Hukum berselawat dalam Buku 200 Tip Rajin Selawat
Kaver Belakang Buku 200 Tip Rajin Selawat
10 Tip Beselawat di dalam Buku 200 Tip Rajin SelawatSelawat menjadi kunci kepada penerima amalan-amalan ibadah kita kepada Allah SWT.Lakukan selawat selepas solat supaya dihapuskan dosa, dinaikkan darjat di sisi Allah SWT.Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW ketika hendak menunaikan zakat.Berselawat sebelum membaca doa selepas azan ataupun iqamat.Berselawat selepas membaca doa selepas azan ataupun iqamat.Setiap kali berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, gandingkan selawat tersebut dengan pujian-pujian kepada Allah SWT.Kemudian, berdoalah kepada Allah SWT.Tutuplah doa dengan puji-pujian kepada Allah SWT dan selawa kepada Nabi Muhammad SAWBerselawat pada waktu mustajab doa.Berselawat selepas khatam Al-Quran.
Kesimpulan
Sebagai umat Islam, kita sudah dilatih berselawat sejak kecil lagi
Dalam kehidupan seharian juga, kita beribadah bersama-sama dengan selawat.
Namun begitu, kita hanya beselawat dalam melakukan ibadah wajib sahaja seperti solat dan berkhutbah
Sedangkan kita amat digalakkan berselawat. Lagi banyak kita berselawat lagi bagus.
Bahkan Nabi Muhammad SAW membenarkan sahabat baginda yang mahu menjadikan amalan berselawat dalam keseluruhan kehidupannya
Mudah-mudahan dengan membaca Buku 200 Tip Rajin Selawat ini merupakan salah satu usaha untuk kita jadi rajin berselawat dan mendekatkan diri kepada Rasulullah SAW
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://notainsan.blogspot.com/2022/03/buku-200-tip-rajin-selawat.html