Buktikan Siapa Cakap Nelayan Peneroh Getah Perlu Bekerja Lebih Keras


Kasthuri Jeevendran
R. Sanisvara Nethaji Rayer. foto AFFAN FAUZI, 
KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat sekali lagi menjadi panas dan tidak keruan seketika apabila Ahli Parlimen Jelutong (PH), RSN Rayer yang terkenal dengan kelantangan telah ‘mengganggu’ membuang masa sesi perbahasan.

Kali ini, Rayer bangkit mempersoalkan dakwaan Ahli Parlimen Bera (BN), Datuk Seri Ismail Sabri bahawa pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyatakan golongan petani dan penoreh perlu bekerja lebih keras daripada menerima bantuan sara hidup secara percuma.

“Apa yang selama ini diberikan kepada golongan nelayan dan peneroh getah terutamanya ketika musim hujan dan tengkujuh bantuan kos sara hidup sudah dihentikan.

“Apa yang menyedihkan, kenyataan oleh pimpinan PH adalah mereka tidak perlu menerima bantuan sebegitu, sebaliknya perlu bekerja dengan lebih keras lagi,” kata Ismail Sabri.

Ini menyebabkan Rayer bangun mempersoalkan dakwaan tersebut yang padanya seolah-olah sengaja diada-adakan.

“Siapa yang sebut kenyataan itu Yang Berhormat? Ini tuduhan serius, jangan cuba kelirukan Dewan. Beri bukti yang jelas” soal Rayer.

Kata Ismail Sabri: “Saya tak perlu sebutlah, kita semua tahu,” katanya.

“Tidak, dalam pembentangan bajet, kenyataan seperti itu tidak dikeluarkan. Jadi siapa yang anda cakap keluarkan kenyataan ini? Sila nyatakan,” tambah Rayer.

“Saya tidak cakap dalam pembentangan, saya tidak cakap itu kenyataan Menteri Kewangan pun ketika pembentangan,” ujar Ismail Sabri.

“Siapa yang keluarkan kenyataan tersebut? Saya tanya siapa yang keluarkan kenyataan seperti itu? Ini seolah-olah menunjukan kerajaan PH tidak mempedulikan golongan ini, persepsi ini memburukan kami.

“Menteri Kewangan tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu ketika pembentangan Belanjawan, jangan kelirukan Dewan. Mohon buktikan kenyataan anda,” kata Rayer.

Bagaimanapun, Ismail Sabri menafikan beliau ada menyebut Menteri Kewangan mengeluarkan kenyataan tersebut ketika pembentangan, sebaliknya selepas pembentangan, ada dalam pimpinan PH yang berkata demikian.

“Ahli Parlimen Langkawi. Beliau yang berkata demikian ketika bercakap tentang potongan bantuan-bantuan ini,” tegas Ismail Sabri.

Rayer yang kelihatan ‘terkejut’ seketika kemudian berkata, adalah lebih baik Ismail Sabri membuktikan kenyataan beliau, Ahli Parlimen Langkawi iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad ada menyatakan sedemikian.

“Saya mahu anda buktikan Yang Berhormat Langkawi ada sebut demikian. Buktikan sekarang dalam Dewan ini, dari mana anda dapat maklumat sedemikian. Dari media mana? Bila ianya dikeluarkan? TheStar? Berita Harian? ,” tegasnya.

Ismail Sabri kemudian dibantu oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan membuktikan kenyataan tersebut memang dikeluarkan Mahathir baru-baru ini.

“Utusan Malaysia, Kota Bharu 10 November. Saya sudah cakap seperti yang kamu minta,” ujar Ismail Sabri.

Rayer yang ternyata tidak berpuas hati dengan jawapan itu hanya mengatakan itu jawapan daripada akhbar lidah UMNO.

Bagaimanapun, Ismail Sabri bersama beberapa wakil rakyat mengkritik rumusan Rayer dan mengingatkan beliau agar tidak berkata demikian.

“Jangan kata begitu. Anda ganggu dewan, mahukan jawapan. Bila diberi kata seperti ini. Duduklah,” kata mereka.

Mereka kemudian ditenteramkan oleh Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon sebelum perbahasan terus disambung tanpa gangguan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada 2 November lalu ketika menyentuh sektor pertanian secara keseluruhan hanya menyebut peruntukan berjumlah RM47 juta disediakan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Jumlah tersebut membabitkan produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan, RM18 juta lagi untuk automasi industri agromakanan dan RM52 juta untuk pelaksanaan program keusahawanan dan latihan industri tani.

Ini jauh berbeza dengan Bajet 2018 kerajaan BN yang memperuntukan RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah.

Ini termasuk peruntukan sebanyak RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/buktikan-siapa-cakap-nelayan-peneroh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesian Kat Pesawah Nelayan Petani Penoreh Getah

Kesian Kat Pesawah Nelayan Petani Penoreh Getah

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 538 hits
Tahukah anda Di dalam Bajet 2018 perkataan di bawah telah disebut sebanyak Felda 6 kaliPekebun Kecil 5 kaliPesawah 4 kaliNelayan 4 kaliPetani 3 kaliPenoreh getah 2 kaliManakala di dalam Bajet 2019 perkataan di bawah telah disebut sebanyak F...
Sudah Sampai Masa Kerajaan Ph Kurang Bercakap Lebih Bekerja Kata Rafidah

Sudah Sampai Masa Kerajaan Ph Kurang Bercakap Lebih Bekerja Kata Rafidah

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 405 hits
Kerajaan Pakatan Harapan perlu kurangkan bercakap lebihkan bekerja dalam usaha meletakkan semula negara di landasan yang tepat kata Tan Sri Rafidah Aziz Beliau yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi tempoh 1...
Mulanya Nelayan Ini Terdengar Bunyi Seperti Bayi Menangis Tetapi Bila Dijumpai Adalah Sesuatu Yang Lebih Mengejutkan

Mulanya Nelayan Ini Terdengar Bunyi Seperti Bayi Menangis Tetapi Bila Dijumpai Adalah Sesuatu Yang Lebih Mengejutkan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 321 hits
Mulanya Nelayan Ini Terdengar Bunyi Seperti Bayi Menangis Tetapi Bila Dijumpai Adalah Sesuatu Yang Lebih Mengejutkan Add caption
Skandal Ap Rafidah Berjumlah Rm95 Bilion Lebih Besar Dari 1mdb

Skandal Ap Rafidah Berjumlah Rm95 Bilion Lebih Besar Dari 1mdb

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 611 hits
Pada tahun 2005 jumlah itu sememangnya besar dianggarkan melebihi RM60 bilion atau lebih daripada RM2 5 bilion setahun selama kira kira 30 tahun Semenjak itu ianya dianggarkan mencapai RM95 bilion Dan Rafidah Aziz berada di pertengahan skan...
Jangan Fikir Mahathir Lebih Bersih Dari Najib Tun Musa Hitam

Jangan Fikir Mahathir Lebih Bersih Dari Najib Tun Musa Hitam

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 447 hits
Tun Musa Hitam dalam satu wawancara dalam program Diskusi pernah membangkitkan sikap jahat Mahathir yang dianggap sebagai satu dosa besar Dalam video yang diterbitkan dalam YouTube atas nama WartaMalayaNews merakamkan wawancara tersebut Kat...
Lebih 30 Orang Penduduk Kawasan Taman Terima Risalah Kristian Bertajuk How To Know God

Lebih 30 Orang Penduduk Kawasan Taman Terima Risalah Kristian Bertajuk How To Know God

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 309 hits
Lebih 30 Orang Penduduk Kawasan Taman Terima Risalah Kristian Bertajuk How To Know God Lebih 30 Orang Penduduk Kawasan Taman Terima Risalah Kristian Bertajuk How To Know God
Pegawai Tentera Thailand Mengaku Meliwat Lebih 70 Remaja Lelaki

Pegawai Tentera Thailand Mengaku Meliwat Lebih 70 Remaja Lelaki

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 541 hits
The ReporterPolis telah menahan seorang pegawai tinggi tentera pada Rabu lalu kerana didakwa meliwat kira kira 75 remaja lelaki lapor Coconut Media Sarjan Major Jakkrit Khomsing didakwa mengumpang mangsanya yang rata rata berusia antara 13 ...
Bos Jasa Marga Jarak Tempuh Jakarta Surabaya Kini Tak Lebih Dari 10 Jam

Bos Jasa Marga Jarak Tempuh Jakarta Surabaya Kini Tak Lebih Dari 10 Jam

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 263 hits
Trans Jawa tersambung dan harusnya sangat baik ya karena jarak tempuh akan pendek jadi kalau idealnya saya rasa Jakarta Surabaya itu nggak akan lebih dari 10 jam idealnya itu kan dengan makan mampir makan
Melihat Lebih Jernih Perseteruan Via Vallen Dan Jerinx Sid Melalui 4 Fakta Berikut Tahan Emosinya Ya

Melihat Lebih Jernih Perseteruan Via Vallen Dan Jerinx Sid Melalui 4 Fakta Berikut Tahan Emosinya Ya

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 205 hits
Ketimbang ikutan perang komentar dan saling mencari siapa yang salah dan benar mendingan melihat masalah ini dengan kepala dingin terlebih dahulu deh
Carsome Unveils Official Fam Fleet

Make1m Com Luxury Cars Yachts Discover The Millionaire S Lifestyle

Ree Dicuri Depan Mata Nres Masih Membisu Siapa Lindungi Penjenayah Alam Ini

Untunglah Ada En Tunang

Makanan Sedap Di Picnic House By Nak Cikit

Maximize Your Space Converting Your Garage Into A Work Storage Hub

Why Western Australia S North West Should Be Your Next Travel Destination

Rina Pusza Feat Hendra Didan Persidangan Arafah Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahlil Misteri Di Surau Rnr

What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team

Gugurkan Janin Berusia 5 Bulan Demi Kekasih Wanita Dipenjara 9 Bulan

Fattah Amin Kecewa Filem Lakonannya Kulit Wayang Tak Dapat Sambutan Segala Penat Lelah Komitmen Diberikan

Aset Rm2 Bilion Dibeku Srpm Dapat Maklumat Tentang Harta Amp Aset Milik Allahyarham Tun Daim Di Switzerland Amp Uk

Impose Retirement Age On Politicians Too