Jadi Wakil Rakyat Lebih Kurang Macam Berbini Dua Tiga Dan Empat Yang Tak Mampu Jangan Cuba Cuba






Sejak semalam kecoh di media sosial dengan sebuah poster mengenai seorang Adun yang baru menang di Selangor yang cuba memohon derma secara terbuka daripada rakyat jelata untuk pusat khidmat masyarakat yang mahu diwujudkannya.


Bantuan atau derma yang diperlukannya ialah set komputer, printer, perabot pejabat, peti ais, signboard, whiteboard, set sofa dan kenudahan internet unifi.


Selain sedia menerima bantuan atau derma dalam bentuk barangan yang diperlukan, beliau juga bersikap terbuka untuk menerima derma dalam bentuk wang tunai.


Bagi tujuan itu, turut disertakan dalam poster memohon derma itu ialah satu akaun bank yang dipercayai milik seorang guru besar.


Soal bagaimana dan kenapa guru besar yang masih berkhidmat itu sedia membenarkan akaun banknya digunakan, rasanya biarlah ia disiasat dan diselesaikan oleh Kementerian Pendidikan.


Apa yang mahu diperkatakan di sini ialah tentang perbuatan wakil rakyat berkenaan memohon bantuan secara terbuka daripada rakyat jelata.


Sepanjang saya hidup, inilah pertama kali saya melihat ada wakil rakyat berbuat demikian.


Tidak pernah saya mendengar ia berlaku sebelum ini kerana mana-mana wakil rakyat biasanya akan menggunakan kemampuan sendiri untuk membuka pejabat atau pusat khidmat mereka.


Sebelum menjadi wakil rakyat lagi, seseorang itu secara umumnya sedar itulah keperluan yang harus disediakan jika setelah menang dan terpilih sebagai wakil rakyat.


Bagaimana menyediakannya, pandai-pandai merekalah berusaha, kalau perlu mengguna wang simpanan, jual kereta, gadai rumah atau meminjam di mana-mana, mahu tak mahu, ia adalah sesuatu yang terpaksa dilakukan demi tanggungjawab yang diamanahkan.


Ini belum apa-apa lagi sudah nak minta tolong daripada rakyat bagi mewujudkan pusat khidmat, siapa yang menolong siapa – wakil rakyat tolong rakyat atau rakyat tolong wakil rakyat?


Seperti suatu trend pula, satu dua wakil rakyat lain juga dikesan meminta bantuan secara terbuka bagi mewujudkan pusat khidmat mereka.


Untuk itu, sebelum sedia atau beria-ia mahu jadi wakil rakyat, seseorang itu perlu ukur baju di badan sendiri dan lihat kemampuan diri terlebih dahulu.


Jadi wakil rakyat ini memerlukan banyak belanja dan pengorbanan, ia lebih kurang sama macam nak berbini dua.


Kalau cermin diri dan rasa tak mampu, lebih baiklah jangan cuba-cuba dan jaga saja isteri serta rumahtangga sedia ada.


Kalau nak berbini dua perlu kemampuan zahir dan batin, untuk jadi wakil rakyat pun perlu ada kemampuan sama – kemampuan wang ringgit dan mampu tanpa mengira masa melayan masalah rakyat.


Jika rasa tak mampu, elakkanlah menawar diri atau beria melobi hendak jadi wakil rakyat, sebaliknya lebih baik buat saja apa-apa pekerjaan yang sedia ada.


Menolong dan membantu rakyat merangkumi banyak perkara, kadang-kadang bini bersalin, anak nak masuk sekolah, bil letrik tertunggak, malah bil cetak kad nama perniagaan pun ada yang minta bantuan dengan wakil rakyat juga.


Kalau kita bukan jenis yang berkemampuan, ditambah sedikit kedekut – macam mana nak jadi wakil rakyat yang baik dan disukai?


Lebih-lebih lagi jika nak sediakan pusat khidmat pun minta tolong dengan rakyat, bagaimana pula mereka nak menolong rakyat?


Sebab itu, kepada semua parti politik selepas ini, ukuran kemampuan hendaklah diambil kira sebelum memilih seseorang itu sebagai calon.


Jangan pilih secara tangkap muat saja, nanti buat rosak nama parti saja dibuatnya.


Kalau ia pun nak minta bantuan atau pertolongan, barangkali tidak menjadi sesuatu yang janggal jika ia dilakukan secara tertutup dengan meninta daripada kawan-kawan, saudara mara atau ahli pernigaan yang dikenalinya untuk semua kemudahan yang diperlukannya itu.


Janganlah orang kawin dua, kita pun gatal nak lahwin dua juga; orang jadi wakil rakyat, kita pun sibuk sama nak jadi wakil rakyat.


Tak mampu jadi wakil rakyat, jadi rakyat sudahlah!! – ShahbudinHusin 02/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/jadi-wakil-rakyat-lebih-kurang-macam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petai Kecut Jangan Dibuang Cuba Petua Ni Terus Segar Macam Baru Beli

Petai Kecut Jangan Dibuang Cuba Petua Ni Terus Segar Macam Baru Beli

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 165 hits
Tak sempat masak sudahnya petai yang kita beli terbuang begitu sahaja kerana sudah tidak segar Jangan dibuang dulu kerana ia masih boleh digunakan lagi malah kembali segar macam baru dibeli Bukan sahaja segar bahkan saiznya juga semakin mem...
Mana Mana Ahli Parlimen Bn Kalau Beranilah Boleh Cuba Tiru Macam Adun Rembia Ini

Mana Mana Ahli Parlimen Bn Kalau Beranilah Boleh Cuba Tiru Macam Adun Rembia Ini

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 152 hits
Adun Rembia Melaka Jailani Khamis yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO kerana hadir ke majlis pengumuman calon PN bagi PRK Dun Simpang Jeram di Bakri Johor pada 23 Ogos lalu dilaporkan telah meminta dirinya dipecat daripada UMNO Perkara...
Tiga Bekas Penyokong Bn Gagal Cabar Umno Tidak Tanding Dua Jawatan

Tiga Bekas Penyokong Bn Gagal Cabar Umno Tidak Tanding Dua Jawatan

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 186 hits
Tiga bekas penyokong Barisan Nasional gagal mencabar kelulusan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung usul tambahan UMNO yang tidak mempertandingkan dua jawatan utama dalam pemilihan parti itu di Mahkamah Tinggi...
Buat 95 Akun Fiktif Dua Mantan Driver Rugikan Gojek Rp2 2 Miliar Lebih

Buat 95 Akun Fiktif Dua Mantan Driver Rugikan Gojek Rp2 2 Miliar Lebih

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 182 hits
Dua eks driver Gojek HA dan BSW mengeruk keuntungan dengan cara membuat akun dan order fiktif Mereka merugikan PT Goto Go Jek Tokopedia Rp2 2 miliar lebih
Masuk Johor Secara Beradab Jangan Hina Raja Dan Rakyat

Masuk Johor Secara Beradab Jangan Hina Raja Dan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 283 hits
HarapanDaily comAKMAL MANAF Nasihat saya masuklah secara beradab jangan menghina Raja janganlah menghina orang demikian kata Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar Mahfuz berkata demikian sebagai nasihat kepada Perikatan Nasional menjelang ...
Jennie Bp Kurang Dipilih Jadi Model Iklan Kini Dek Dah Tak Mampu Bawa Untung

Jennie Bp Kurang Dipilih Jadi Model Iklan Kini Dek Dah Tak Mampu Bawa Untung

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 280 hits
Selain nyanyian Jennie BLACKPINK juga turut aktif dalam bidang pengiklanan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru satu artikel bertajuk Jennie semakin hilang dari industri pengiklanan telah menjadi perhatian di laman komuniti Khususnya artikel itu menye...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults