Bukit Bendera Tempat Menarik Di Penang Yang Penuh Dengan Sejarah


Penang memang menjadi antara destinasi popular bagi rakyat Malaysia dan pelancong warga asing.
Bukan sahaja terkenal dengan pusat-pusat pelancongan yang bersejarah, menarik dan unik, Penang juga terkenal dengan makanan-makanan utara yang sedap-sedap.
Sumber: ewchuah Ramai yang datang ke Penang, semata-mata untuk makan. Namun, pusat-pusat pelancongan di sini tidak kurang hebatnya.
Antara yang wajib anda kunjungi bila berada di Penang ialah Bukit Bendera. Apa ada di sana? Mari kami kongsikan!
Lokasi Bukit Bendera atau dikenali sebagai Penang Hill ini terletak di Ayer Itam.
Bukit ini dahulu dibuka oleh penjajah untuk menanam strawberry kerana cuacanya yang sejuk. Untuk naik Bukit Bendera ini anda boleh melalui beberapa cara.
Sumber: Ninja Drone Orang dahulu kala naiki bukit ini menunggang kuda, tetapi kini anda tidak perlu bersusah payah kerana sudahpun ada kereta kabel atau funicular train yang disediakan.
Baca: Taman Botani Penang
Namun, dinasihatkan anda datang awal dan banyakkan bersabar kerana barisan beratur memang panjang, terutama sekali ketika musim percutian.
Sumber: snshahmira Cara lain untuk anda naik ke Bukit Bendera ini ialah dengan mendaki bukit atau hiking.
Cara ini lebih adventurous dan mencabar, sesuai untuk yang sukakan sukan ini. Ada beberapa laluan atau trail yang berbeza-beza, boleh anda pilih mengikut jarak dan stamina anda.
Sumber: seankhanooi Rujuk di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang trail-trail yang ada. Setelah sampai ke puncak atau atas Bukit Bendera, semuanya pasti berbaloi.
Sumber: winwin_ez_travel Dengan udara segar, cuaca sejuk (21 darjah celcius) dan pemandangan bandar Georgetown yang tiada tandingan, anda dan keluarga akan cukup teruja.
Tarikan Bermacam tarikan yang disediakan di Bukit Bendera untuk hiburan semua tau. Apa yang ada? Jom, kita baca senarai ini.
Monkey Cup Garden Di Bukit Bendera, terdapat sebuah taman yang dikhaskan untuk menanam, memelihara dan mengumpul koleksi tumbuhan jenis Periuk Kera. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan Periuk Kera ini. Ada yang lokal dan ada yang dari luar negara.
Sumber: doris.is.me Tumbuhan unik ini ternyata sangat menarik dan cantik. Ambil masa untuk melawat Monkey Cup Garden bersama anak-anak, tentu mereka fascinated.
Harga Tiket masuk adalah sangat minimal. Hanya RM12 untuk orang dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.
Kopi Hutan Kopi Hutan merupakan cafe tertinggi di Malaysia. Terletak di atas Bukit Bendera ini, ia dimiliki oleh penjaga Monkey Cup Garden. Namun, kemasukan ke sini adalah percuma.
Sumber: venicekeqian Di sini, anda boleh menikmati udara segar, pemandangan hebat dan suasana alam semulajadi sambil menghirup kopi atau teh pilihan dan menjamu selera dengan seleksi makanan dan kek.
Baca: Kopi Hutan Penang Hill | Nikmati Kopi Di Cafe Tertinggi Di Penang
Sumber: drkhir.official The Habitat The Habitat pula merupakan tarikan yang sangat menarik. Anda boleh menikmati suasana hutan rimba dengan berjalan di atas sebuah jambatan yang direka khas, berbentuk oval.
Sumber: sherwyndkessler Jambatan ini akan membawa anda berpusing dan menikmati hutan, flora dan fauna dari sudut berbeza dan dari atas.
Astaka Bukit Bendera Sebuah food court 3-tingkat di Bukit Bendera, Astaka Bukit Bendera ini memang best.
Sumber: Jadon Ong Bukan sahaja anda dapat menikmati pelbagai jenis makanan, termasuk Laksa Penang, rojak, Char kuey teow dan banyak lagi.
Bangunan Bersejarah Jika anda merupakan seorang history buff atau peminat sejarah, jangan lepaskan peluang untuk melawat bangunan-bangunan bersejarah di Bukit Bendera.
Ada lebih 50 bangunan-bangunan lama yang sudah berada di sini sejak zaman kolonial British lagi. Semuanya dijaga dengan baik, cantik tau nak ambil gambar.
Masjid Bukit Bendera Sumber: irwansyahst Ambil peluang ini untuk beribadah dan melawat Masjid Bukit Bendera. Memang cantik dan cukup istimewa.
David Brown Restoran David Brown’s at Strawberry Hill ini memang sangat popular dengan makanan western dan High-Tea mereka.
Sumber: and_wyy Dengan suasana yang cantik dan makanan yang cukup elegan, memang sesuai untuk anda jika mahu menyambut sesuatu yang istimewa atau romantis.
Penginapan Buat pengetahuan anda, terdapat beberapa pusat penginapan di Bukit Bendera ini. Jadi jika anda ingin bercuti dan bermalam di Bukit Bendera, bolehlah pilih antara tempat-tempat ini.
Bellevue Hotel Hotel jenis banglo ini merumahkan sehingga 12 bilik untuk tetamu. Bolehlah anda nikmati suasana Bukit Bendera di waktu siang dan malam.
Sumber: Bellvue Penang Hotel ini juga ada sebuah Taman Burung atau aviary yang menempatkan pelbagai jenis burung tropikal.
Hillside Retreat Nikmati pengalaman bermalam dalam stesyen kolonial tertua di sini. Bunglo ini menempatkan 8 bilik berbeza dan anda dapat menikmati secebis kemanisan sejarah di bangunan ini.
Sudah diubah suai dengan cukup cantik, pasti anda rasa seperti golongan aristokrat di sini.
Sumber: hillsideretreat.my Itu dia serba sedikit tentang Bukit Bendera atau Penang Hill. Tentunya ia menjanjikan sebuah percutian yang istimewa, pemandangan luarbiasa dan sejarah yang menarik.
Baca: Kampung Agong | Tempat Bergambar Menarik di Penang
Ambil masa dan ambil peluang untuk bercuti di sini apabila anda ke Pulau Pinang nanti. Selamat bercuti!
Sosial Media: Facebook | Instagram | Laman Web
Alamat: Bukit Bendera, Jalan Stesen, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 6.30am-11pm (setiap hari)
The post Bukit Bendera | Tempat Menarik Di Penang Yang Penuh Dengan Sejarah appeared first on Mai Singgah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisinggah.com/bukit-bendera/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
20 Tempat Menarik Di Ipoh Sesuai Untuk Percutian Santai

20 Tempat Menarik Di Ipoh Sesuai Untuk Percutian Santai

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 107 hits
20 Tempat Menarik Di Ipoh Sesuai Untuk Percutian Santai Ipoh adalah merupakan ibu negeri Perak yang dulunya terkenal sebagai bandar perlombongan bijih timah Kini ia merupakan salah satu destinasi pelancongan di Malaysia yang mempunyai keuni...
Bendera Johor Sejarah Makna Bendera

Bendera Johor Sejarah Makna Bendera

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 194 hits
Pada artikel kali ini kami akan menceritakan dan menerangkan serba sedikit tentang bendera negeri Johor Darul Takzim Negeri Johor Darul Takzim ini merupakan sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia Seperti neg...
Bendera Pahang Sejarah Dan Makna Simbol Negeri Pahang

Bendera Pahang Sejarah Dan Makna Simbol Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 200 hits
Pahang atau turut dikenali sebagai Pahang Darul Makmur merupakan negeri ketiga terbesar di Malaysia dan seperti negeri negeri lain Pahang juga mempunyai bendera negerinya yang tersendiri Seperti negeri Terengganu bendera di negeri ini hanya...
Bendera Merah Putih Sepanjang 1 000 Meter Dibentangkan Di Bukit Tungkuwiri Papua

Bendera Merah Putih Sepanjang 1 000 Meter Dibentangkan Di Bukit Tungkuwiri Papua

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 90 hits
Membentangkan bendera Merah Putih sepanjang 1 000 meter di atas Bukit Tungkuwiri untuk menyambut HUT ke 79 RI
Dua Beradik Penuh Kesan Cedera Disyaki Didera Bapa Tiri Ibu Kandung

Dua Beradik Penuh Kesan Cedera Disyaki Didera Bapa Tiri Ibu Kandung

papar berkaitan - pada 14/7/2024 - jumlah : 140 hits
KEMAMAN Seorang buruh kontrak dan isterinya ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan dakwaan mendera dua anak mereka berusia enam dan tujuh tahun di Jalan Jabur Kubur Chukai di sini Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramla...
Tenang Dapat Tengok Sunset Di Batu Ferringhi Penang

Tenang Dapat Tengok Sunset Di Batu Ferringhi Penang

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 184 hits
Hai semua Minggu lepas aku dan kawan berjalan ke Penang Tujuan utama kesana memang konon konon nak healing tepi pantai gituww haha Memang dapat lah view sunset tu Cantik sangat Lama aku tak ke pantai Last pergi pantai di Hatyai Itu pun dapa...
Pagi Khamis Yang Penuh Tenaga

Pagi Khamis Yang Penuh Tenaga

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 154 hits
Assalamualaikum Hari ni dan esok nieyl tak drive ke pejabat Hari ni nieyl park dekat area rumah syida nieyl car pool je dengan syida 2 hari ni Hari ni pun nieyl akan balik lewat dari biasa sebab bahagian lama nieyl minta nieyl tolong deco k...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint