20 Tempat Menarik Di Ipoh Sesuai Untuk Percutian Santai


20+ Tempat Menarik Di Ipoh, Sesuai Untuk Percutian Santai!
Ipoh adalah merupakan ibu negeri Perak yang dulunya terkenal sebagai bandar perlombongan bijih timah. Kini, ia merupakan salah satu destinasi pelancongan di Malaysia yang mempunyai keunikannya tersendiri. 
Sekiranya anda mencari lokasi percutian yang menawarkan pelbagai tarikan, kaya dengan budaya dan sejarah, makanan tempatan yang sedap serta pemandangan indah, Ipoh adalah destinasi yang patut anda terokai. Memang recommended!
Berikut kami kongsikan lebih 20 tempat menarik di Ipoh yang pastinya akan membuat anda jatuh cinta dengan bandar ini. 
BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di Penang, Sesuai Untuk Percutian Keluarga!
20+ Tempat Menarik Di Ipoh, Perak 1. Kellie’s Castle Kellie’s Castle adalah merupakan sebuah binaan istana yang tidak siap dibina oleh seorang peladang getah Scotland, William Kellie Smith untuk isterinya, Agnes. Dikatakan bahawa istana ini mempunyai cerita misterinya tersendiri. Betul ke tak, wallahualam. 
Terletak di Batu Gajah, istana ini menyajikan pemandangan yang mempesonakan dengan seni bina unik yang menggabungkan elemen-elemen gaya Moorish, Indo-Saracenic, dan Romawi. 
Sumber: Malaysia Tourism Website Ramai yang singgah ke sini untuk mengambil gambar sambil melihat sekeliling istana ini. Memang lawa tau kalau ambil gambar dekat sini. Bahkan, ramai pengantin yang turut menjadikan istana ini sebagai lokasi penggambaran.  
Pengunjung juga boleh meneroka bilik-bilik yang belum siap dan menikmati pemandangan indah di sekitar bangunan istana ini.
2. Gua Tempurung Sekiranya anda sukakan aktiviti mencabar, singgahlah ke Gua Tempurung. Ia merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia dan telahpun berusia 400 juta tahun!
Gua ini menawarkan pengalaman pengembaraan yang menarik dengan pelbagai laluan penerokaan yang mencabar. Usah risau, terdapat beberapa pakej disediakan yang anda boleh pilih untuk meneroka gua ini. 
Anda boleh memilih pakej untuk mengikuti lawatan berpandu yang akan membawa anda menerokai stalaktit dan stalagmit yang menakjubkan serta sungai bawah tanah yang mengagumkan. 
Sumber: Tourism Perak 3. Taman Rekreasi Gunung Lang Dengan hanya 15 minit dari bandar utama Ipoh, Taman Rekreasi Gunung Lang adalah pilihan tempat yang tepat untuk anda bersantai sambil berinteraksi dengan alam semula jadi. 
Taman ini menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi seperti bot pedal, taman permainan dan menara pandang yang menawarkan pemandangan indah seluruh kawasan ini.
Anda juga boleh menaiki bot untuk meronda-ronda di kawasan tasik yang tenang sambil memberi ikan makan. 
Bawa anak-anak ke sini memang seronok sangat!
Sumber: OH MY PERAK 4. Lost World of Tambun Lost World of Tambun adalah taman tema air dan lokasi hiburan yang sesuai untuk seisi keluarga.
Taman tema ini menawarkan pelbagai tarikan seperti taman air, zoo haiwan peliharaan, taman rekreasi panas, dan tarikan bersejarah yang mencerminkan warisan Tambun. 
Sumber: Lost World of Tambun Tips penting bila datang sini; pakai baju dan kasut yang selesa, bawa baju lebih, pakai sunblock, bawa jajan/bekal makanan dan datang seawal yang mungkin!
Tempah tiket masuk melalui KLOOK di bawah ini untuk harga yang istimewa.
Klook.com 5. Pasar Karat Ipoh Pasar Karat Ipoh, Memory Lane atau lebih dikenali sebagai Pasar Karat Loken adalah syurga bagi penggemar barang antik dan koleksi.
Pasar ni macam ala-ala vibes pasar pagi, tetapi kebanyakan barang dijual ialah barangan klasik dan unik. 
Sumber: Facebook Viral Perak Contoh barangan unik yang dijual adalah perhiasan lama, perabot antik, pinggan mangkuk, pakaian vintaj dan sebagainya.
Terdapat juga gerai yang menjual binatang ternakan, pokok bunga, ubatan tradisional serta makanan dan minuman. 
Pasar Karat Ipoh ini terletak di sepanjang Jalan Sultan Iskandar dan dibuka bermula pukul enam pagi sehingga satu petang, setiap hari Ahad.
6. Concubine Lane Concubine Lane  atau Lorong Panglima, adalah lorong yang penuh dengan sejarah dan pesona. Ia adalah salah satu tempat menarik di Ipoh yang wajib dikunjungi.
Lorong yang mempunyai ruang terhad ini terletak di tengah-tengah bandar Ipoh. Sekali pandang, macam tak ada apa yang menarik, tapi bila dah masuk tu susah nak keluar!
Sumber: Facebook Travelodge Ipoh Lorong ini dipenuhi dengan bangunan warisan berusia lebih dari seratus tahun yang kini telah diubah suai menjadi kedai-kedai unik, kafe, dan gerai makanan. 
Nikmati rasa Nasi Ganja yang terkenal , Kopi Putih Ipoh dan pelbagai snek meriah serta makanan jalanan yang boleh didapati di sepanjang Concubine Lane.
Tips penting; Concubine Lane biasanya lebih meriah semasa hujung minggu atau cuti umum dengan lebih banyak gerai dan aktiviti. Walau bagaimanapun, ini juga bermakna lebih ramai pengunjung, jadi datanglah awal untuk mengelakkan kesesakan okay!
7. Menara Jam Peringatan Birch Untuk mengisi masa percutian anda dengan perkara ilmiah, berkunjunglah ke Menara Jam Peringatan Birch. Ia dibina untuk memperingati J.W.W. Birch, Residen British pertama di Perak.
Pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah Perak melalui pameran di sekitar menara. 
Menara ini terletak berhampiran dengan Dewan Bandaran Ipoh dan mempunyai reka bentuk yang elegan serta nilai sejarah yang tinggi.
Ia  juga terkenal dengan seni bina kolonialnya yang menawan. Jadi, selain menambah pengetahuan sejarah, anda juga boleh menambah koleksi gambar percutian anda di sini. 
8. Kuil Sam Poh Tong Kuil Sam Poh Tong adalah salah satu tempat menarik di Ipoh yang sering menjadi tumpuan ramai. Ia merupakan sebuah kuil gua tertua dan paling terkenal di Ipoh, Perak.
Terletak dalam kawasan perbukitan batu kapur, kuil ini menawarkan suasana yang tenang dan pemandangan yang menakjubkan. 
Dibina pada tahun 1912, kuil ini merupakan tempat ibadat bagi penganut agama Buddha dan kini menjadi destinasi pelancongan yang popular di Ipoh. 
Di dalam kawasan kuil terdapat taman Jepun yang indah dengan kolam ikan dan lanskap yang menenangkan.
Selain itu,  terdapat tangga yang membawa anda ke puncak bukit di belakang kuil, di mana anda dapat menikmati pemandangan panoramik kawasan sekitar. 
Sebagai pelawat, pastikan anda menghormati adat dan budaya setempat. Jangan bising atau mengganggu upacara keagamaan yang sedang berlangsung. Ingat ya!
9. Muzium Ho Yan Hor Rasa macam tak lengkaplah percutian tanpa lawatan ke muzium. Di Ipoh, anda boleh melawat Muzium Ho Yan Hor yang terletak di Jalan Bijeh Timah, Ipoh. 
Sumber: Instagram hyhmuseum Muzium ini memaparkan sejarah dan warisan teh herba Ho Yan Hor yang terkenal. Ia menyajikan pelbagai pameran mengenai perkembangan teh herba ini serta kisah kejayaan pengasasnya, Dr. Ho Kai Cheong. 
Menariknya, di muzium ini,  pengunjung boleh mencuba teh herba dan membeli produk-produk Ho Yan Hor sebagai kenang-kenangan.
10. Han Chin Pet Soo Selain Muzium Ho Yan Hor, anda juga boleh berkunjung ke Muzium Han Chin Pet Soo. Muzium ini terletak di sebuah rumah lama yang dahulunya merupakan kelab eksklusif bagi pelombong bijih timah Hakka. 
Sumber: Ipoh World Muzium ini memaparkan kehidupan dan budaya masyarakat Hakka serta sejarah industri bijih timah di Perak.
Pengunjung boleh menyaksikan pameran-pameran menarik dan mengetahui lebih lanjut mengenai warisan masyarakat Hakka dan perkembangan sosial ekonomi masyarakat Cina di Perak. 
Sumber: Ipoh World Muzium Ho Yan Hor dan Muzium Han Chin Pet Soo ni sebenarnya terletak bersebelahan sahaja. Yang biru tu Muzium Ho Yan Hor, yang bangunan putih pula Muzium Han Chin Pet Soo. 
11. Stesen Keretapi Ipoh Stesen Keretapi Ipoh adalah salah satu bangunan bersejarah yang ikonik di Ipoh. Dibina pada tahun 1935, stesen ini menampilkan seni bina kolonial dengan elemen-elemen seni bina Moorish dan British.
Memang menarik sangat ambil gambar di kawasan stesen ini. Rasa macam berada di luar negara pun iya!
Sumber: Wikipedia Stesen Keretapi Ipoh sebenarnya adalah sebuah stesen keretapi penting di Perak yang merupakan titik hub utama untuk perkhidmatan kereta api di kawasan tersebut.
Ia bukan sahaja berfungsi sebagai terminal penting bagi perkhidmatan keretapi, tetapi juga mempunyai nilai sejarah yang signifikan sebagai bangunan warisan.
12. Galeri Seni Yasmin Ahmad Siapa yang tak kenal Yasmin Ahmad kan, seorang pengarah filem terkenal di Malaysia. Bagi memenuhi senarai tempat menarik di Ipoh yang anda ingin kunjungi, singgahlah ke Galeri Seni Yasmin Ahmad. 
Galeri tersebut terletak di Jalan Sultan Yussuf dan memaparkan karya-karya seni yang menggambarkan kehidupan dan karya-karya Yasmin Ahmad. 
Pengunjung boleh menyaksikan pameran seni, menonton filem-filem Yasmin, dan mengenali lebih lanjut mengenai kehidupannya yang penuh inspirasi. Peminat filem Yasmin Ahmad memang wajib hadirkan diri ke sini!
Sumber: Facebook Muzium Yasmin Ahmad 13. Art of OLDTOWN Art of OLD TOWN adalah galeri seni luar yang cukup popular di Ipoh. Kewujudan galeri seni luar ini adalah untuk meraikan sejarah dan budaya negeri Perak. 
Untuk pengetahuan anda, pihak pengeluar kopi OldTown dengan kerjasama artis jalanan terkenal, Ernest Zacharevic, berjaya menghasilkan lapan mural seni di dinding simen sekitar bandar Ipoh yang juga terletak berdekatan sahaja dengan Concubine Lane. 
Selepas berjalan-jalan di Concubine Lane, bolehlah singgah bergambar dengan lukisan mural di dinding yang ada. 
14. Kinta Riverfront Walk Kinta Riverfront Walk adalah kawasan rekreasi yang menyeronokkan untuk seisi keluarga. Ia terletak di sepanjang Sungai Kinta. 
Anda boleh menyewa pelbagai jenis basikal, seperti basikal keluarga, basikal 2 orang, basikal 3 orang dan sebagainya, untuk bersiar-siar di seluruh kawasan ini. Selain daripada aktiviti luar, terdapat juga aktiviti dalaman seperti simulator 3D yang baru dibuka. 
Apabila malam hari, lampu- lampu LED akan menerangi pokok di sepanjang sungai. Memang lawa!
Sumber: Visit Perak 15. Movie Animation Park Studio Sekiranya anda bercuti bersama anak-anak, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh, Perak. Ada Boboiboy, Smurf dan pelbagai lagi.  Pasti anak-anak anda melompat kegirangan melihat watak animasi kegemaran mereka di sana!
Sumber: Klook Movie Animation Park Studio  adalah taman tema yang menawarkan pelbagai tarikan yang berasaskan animasi dan filem. Terdapat enam zon bertema dan lebih daripada 40 tarikan di sini. 
Anda kena peruntukkan masa seharian untuk berada di sini dan mencuba semua tarikan yang ada sampai puas!
16. Kek Lok Tong Kek Lok Tong adalah sebuah gua dan kuil yang terletak di Gunung Rapat, Ipoh, Perak. Selain sebagai tempat ibadat, Kek Lok Tong juga lokasi popular dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara. 
Tempat ini terkenal dengan keindahan formasi batu kapur semula jadi, patung-patung Buddha dan semestinya suasana alam semulajadi yang tenang. Pengunjung juga bersiar-siar di taman yang terletak di luar gua. Taman ini mempunyai tasik kecil, laluan berjalan kaki, dan taman-taman bunga yang cantik. 
Sumber: Visit Perak 17. Muzium Geologi Terletak di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, muzium ini menawarkan pengalaman pembelajaran yang menarik mengenai sejarah geologi dan sumber-sumber mineral di Malaysia. 
Terdapat pelbagai pameran yang berkaitan dengan batuan, mineral, fosil, dan pelbagai aspek geologi lain dari seluruh dunia ada di muzium ini. Pengunjung juga boleh menyaksikan pameran-pameran interaktif dan mengambil gambar di sekitar muzium. 
Masuk adalah percuma. 
Sumber: Jabatan Geologi 18. Pasar Malam Gerbang Malam Pasar malam yang dikenali sebagai Gerbang Malam adalah pasar malam yang terkenal di Ipoh. Pasar malam ini dibuka setiap malam. Memang happening!
Terdapat pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori, makanan dan cenderamata di jual di sini. Kalau nak cari ole-ole, inilah tempatnya. 
Jangan lupa ambil kesempatan untuk mencuba makanan tempatan seperti satay, char kway teow, apam balik dan banyak lagi. 
Sumber: Facebook IPOH IPOH Ajerr BACA JUGA: Senarai Pasar Malam Selangor
19. D.R. Seenivasagam Park Nak feel-feel macam berada dekat Jepun? Hah, singgahlah di taman ini. 
D.R. Seenivasagam Park adalah taman rekreasi yang terletak di pusat bandar Ipoh. Salah satu tarikan utama di taman ini adalah Taman Jepun yang indah. 
Luangkan masa untuk berjalan-jalan di sekitar taman ini dan nikmati suasana yang tenang dengan keindahan landskap Jepun. 
Terdapat juga tasik buatan, taman permainan, dan trek jogging di taman ini. Adakalanya, terdapat acara khas seperti pasar tani, pameran, atau festival diadakan di taman ini. 
Sumber: Tripadvisor 20. Thean Chun Coffee Shop Percutian ke Ipoh anda tidak sempurna tanpa merasai kopi dan teh tradisional di Ipoh. Thean Chun Coffee Shop atau dikenali sebagai Restoran Thean Chun terletak di Jalan Bandar Timah, Ipoh. Kafe ini sering menjadi tumpuan oleh penduduk tempatan dan pelancong.
NOTA: Kafe ini menyajikan makanan tidak halal ya. 
21. Platform 9 1/2 Cafe Kafe yang bertemakan Harry Potter ini terletak di lorong Panglima, atau Concubine Lane. Kafe ini dihias dengan elemen-elemen yang mengingatkan pengunjung kepada dunia sihir Harry Potter. 
Ia turut menawarkan pelbagai hidangan seperti minuman, kuih, dan makanan ringan yang diberi nama-nama yang terinspirasi dari dunia Harry Potter.
Jika anda seorang peminat Harry Potter atau hanya ingin merasai suasana kafe yang unik di Ipoh, Platform 9 1/2 Cafe wajib anda kunjungi!
Sumber: Facebook Malaysia Food & Travel Nak tahu lebih banyak tempat menarik, atau dapatkan tiket masuk dengan harga yang rendah?
Anda boleh lakukan carian menggunakan Klook di bawah ini!
Klook.com Penutup Ipoh adalah gabungan yang sempurna antara klasik dan moden. Dengan pelbagai tarikan yang menarik, ia merupakan destinasi ideal untuk percutian dalam negara. Setiap tempat menawarkan pengalaman unik yang pasti akan meninggalkan kenangan yang tidak terlupakan. 
Tunggu apa lagi, moh lah ke Ipoh!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tempat-menarik-di-ipoh/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tempat-menarik-di-ipoh

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Tempat Menarik Di Cameron Highlands Aktiviti Yang Sesuai Dilakukan

10 Tempat Menarik Di Cameron Highlands Aktiviti Yang Sesuai Dilakukan

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 270 hits
10 Tempat Menarik Di Cameron Highlands Aktiviti yang Sesuai Dilakukan Cameron Highlands sememangnya merupakan salah satu destinasi pelancongan yang cukup terkenal di Malaysia Dengan iklimnya yang sejuk dan pemandangan yang menakjubkan ia be...
Bukit Bendera Tempat Menarik Di Penang Yang Penuh Dengan Sejarah

Bukit Bendera Tempat Menarik Di Penang Yang Penuh Dengan Sejarah

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 249 hits
memang menjadi antara destinasi popular bagi rakyat Malaysia dan pelancong warga asing Bukan sahaja terkenal dengan pusat pusat pelancongan yang bersejarah menarik dan unik Penang juga terkenal dengan makanan makanan utara yang sedap sedap ...
Carilah Podcast Yang Lebih Sesuai Berbanding Sarbu Singh

Carilah Podcast Yang Lebih Sesuai Berbanding Sarbu Singh

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 103 hits
Nazri HamdanSetuju Awi AwiSeorang ahli politik tu boleh pakai dua topiTopi 1 ahli politikTopi 2 pentadbirBila dia pakai topi politik cakap politik Tanya politik jawapan pun bersifat politikBila pakai topi pentadbir kena cakap pasal perkara ...
Syoknya Cuti Di Aloft Kl Sentral Pakej Tiny Travellers Getaway Sesuai Untuk Famili

Syoknya Cuti Di Aloft Kl Sentral Pakej Tiny Travellers Getaway Sesuai Untuk Famili

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 159 hits
Berita baik untuk anda yang mahu bawa anak anak bercuti Aloft Kuala Lumpur Sentral telah melancarkan pakej bilik Tiny Travellers Getaway yang menarik dan mesra keluarga Pakej ini menawarkan pelbagai keseronokan untuk menjadi memori terindah...
Menaker Ciptakan Sdm Terampil Sesuai Kebutuhan Industri Di Batam

Menaker Ciptakan Sdm Terampil Sesuai Kebutuhan Industri Di Batam

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 102 hits
Kehadiran Satpel Pelatihan Vokasi dan Produktivitas BLK Batam diharapkan mampu menjawab tantangan ketenagakerjaan
Jelang Sidang Putusan Kpk Optimistis Syl Dihukum Sesuai Tuntutan

Jelang Sidang Putusan Kpk Optimistis Syl Dihukum Sesuai Tuntutan

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 131 hits
Majelis hakim Pengadilan Negeri Tipikor Jakarta Pusat akan membacakan putusan perkara yang menjerat SYL hari ini Kamis
Kena Prank Hedi Yunus Meninggal Seorang Ibu Menangis Tak Terima Ending Nya Sesuai Harapan Warganet

Kena Prank Hedi Yunus Meninggal Seorang Ibu Menangis Tak Terima Ending Nya Sesuai Harapan Warganet

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 169 hits
Usai Hedi Yunus melihat video viral tersebut ia pun langsung memberikan kejutan untuk sang penggemar Happy ending
Pengalaman Menginap Di Artwork Hotel Ipoh Untuk 2 Hari 1 Malam

Pengalaman Menginap Di Artwork Hotel Ipoh Untuk 2 Hari 1 Malam

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 243 hits
Assalamualaikum Rajin sangat ke Ipoh nie kenapa yer Ada tak yang bertanya macam tu Yelah hujung tahun lepas dah ke Ipoh siap staycation 4 hari 3 malam Awal tahun 2024 pun ke Ipoh lagi Sebenarnya kami di Ipoh disebabkan adik no 3 Fiza berkah...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation