Bendera Johor Sejarah Makna Bendera


Pada artikel kali ini, kami akan menceritakan dan menerangkan serba sedikit tentang bendera negeri Johor Darul Takzim.
Negeri Johor Darul Takzim ini merupakan sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia.
Seperti negeri-negeri lain, negeri Johor ini mempunyai benderanya yang tersendiri yang penuh dengan sejarahnya.
Jika anda ingin mengetahui tentang sejarah dan makna bendera negeri ini dengan lebih mendalam lagi. Pastikan anda terus bersama artikel ini sehingga ke penghujung.
Bendera Negeri Johor Bendera Johor ini mempunyai tiga warna di dalamnya iaitu warna merah, putih dan biru tua (Navy Blue). Warna putih digunakan bagi menunjukkan lambang raja berdaulat.
Bahagian bewarna merah pula digunakan bagi melambangkan keberanian dan ketabahan hulubalang dan pengikut Sultan Abu Bakar yang bersama-sama menerokai dan memajukan Johor.
Warna biru tua yang dipadankan dari warna laut pada bendera negeri Johor pula digunakan bagi melambangkan kerajaan dan rakyat negeri tersebut.
Simbol bulan dan bintang pula merujuk kepada Agama Islam, agama rasmi negeri Johor. Reka bentuk simbol bulan bintang yang tidak sejajar adalah disebabkan pengaruh negara Turki yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Johor pada waktu itu.
Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor
Sejarah Bendera Tahukah anda, bendera negeri Johor ini telah direka sendiri oleh Sultan Johor, iaitu Sultan Abu Bakar dan telah pun digunapakai dari zaman penubuhan Kesultanan Johor Moden pada tahun 1871.
Pada asalnya, bendera negeri Johor ini hanya mempunyai satu warna sahaja iaitu warna putih, sebelum ditukar menjadi warna hitam dan hujung penjuru sebelah kiri ditambahnya petak kecil berwarna putih.
Apabila Sultan Abu Bakar memerintah, baginda telah mengubah petak kecil berwarna putih kepada warna merah berpangkah putih, dan pada tahun 1871, baginda sekali lagi telah memperkenalkan reka bentuk baharu bendera Johor iaitu bendera yang sekarang kita lihat.
Sumber: Gerakan Setia Johor
Bendera Daerah Selain bendera negeri, Negeri Johor juga merupakan antara negeri di dalam Malaysia yang mempunyai bendera bagi setiap daerah. Berikut adalah bendera-bendera daerah di negeri tersebut:
Bendera Negeri Johor Daerah Batu Pahat Bandar Johor Baharu Daerah Kluang Daerah Kota Tinggi Daerah Kulai Daerah Mersing Daerah Muar (Bandar Diraja Johor) Daerah Pasir Gudang Daerah Pontian Daerah Segamat Daerah Tangkak Bendera Negeri Johor Batu Pahat Bandar Johor Baharu Kluang Kota Tinggi Kulai Mersing Muar Pasir Gudang Pontian Segamat Tangkak Lagu Negeri Johor Selain bendera negeri, Negeri Johor Darul Takzim juga mempunyai lagu negeri mereka tersendiri. Lagu ini diberi nama Lagu Bangsa Johor, dan telah ditulis oleh Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman (1876-1955).
Lagu bangsa Johor
Allah peliharakan Sultan
‘Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.
Baca juga: Bendera Perlis: Maksud Dua Jalur Warna


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bendera-johor/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bendera-johor

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bendera Pahang Sejarah Dan Makna Simbol Negeri Pahang

Bendera Pahang Sejarah Dan Makna Simbol Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 422 hits
Pahang atau turut dikenali sebagai Pahang Darul Makmur merupakan negeri ketiga terbesar di Malaysia dan seperti negeri negeri lain Pahang juga mempunyai bendera negerinya yang tersendiri Seperti negeri Terengganu bendera di negeri ini hanya...
Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia Sejarah Info

Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia Sejarah Info

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 551 hits
Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia secara umumnya dikenali sebagai Harimau Malaya Bagi pasukan Bawah 23 Tahun pula biasanya dikenali sebagai Harimau Muda untuk membezakannya dengan pasukan senior Pasukan Harimau Malaya secara umumnya di...
Kapolri Tersingkat Sepanjang Sejarah

Kapolri Tersingkat Sepanjang Sejarah

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 142 hits
Sepanjang sejarah Indonesia ternyata ada Kapolri yang dijabat dalam waktu singkat
Johor Rakan Setaraf Atau Hanya Sebuah Negeri Milik Malaysia

Johor Rakan Setaraf Atau Hanya Sebuah Negeri Milik Malaysia

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 392 hits
Hassan Karim Malaysiakini Kenyataan Tunku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan pemangku Sultan Johor sekarang yang menyatakan antara lainnya bahawa Johor adalah rakan setaraf dalam Persekutuan Malaysia sama seperti...
Jamal Abdillah Cipta Sejarah Lagi Bakal Timang Anak Ketujuh

Jamal Abdillah Cipta Sejarah Lagi Bakal Timang Anak Ketujuh

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 198 hits
Penyanyi senior Datuk Jamal Abdillah kongsi berita gembira apabila bakal timang anak ketujuh selepas isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin sedang hamil dua bulan Menurut laporan Harian Metro Jamal luah rasa syukur dengan rezeki anak yang dik...
Ppp Beri Sinyal Usung Anies Di Pilgub Jakarta Singgung Sejarah Pilkada 2017

Ppp Beri Sinyal Usung Anies Di Pilgub Jakarta Singgung Sejarah Pilkada 2017

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 219 hits
Menurut Awiek akar rumput dan pemilih PPP di Jakarta memiliki sejarah dengan Anies sejak Pilkada 2017 lalu
Salam Maal Hijrah Makna Kepentingan Contoh Ucapan Poster

Salam Maal Hijrah Makna Kepentingan Contoh Ucapan Poster

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 635 hits
Maal Hijrah adalah salah satu perayaan penting dalam kalender Islam yang disambut dengan penuh kegembiraan setiap tahun oleh umat Muslim di seluruh dunia Peristiwa ini menandakan perpindahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya dari Mekah ...
Senyum Ada Makna Ka

Senyum Ada Makna Ka

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 145 hits
Najib BakatHari ni PMX jumpa semua anggota Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara Parlimen yang dianggotai pelbagai parti Pengerusinya Masjid Tanah dari PN Tengok semua dari pembangkang ceria dapat jumpa PM Malaysia dan bincang depan depan Kan ...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terbang Dari Pulau Pinang Ke Kunming Dengan Pesawat China Southern Airlines

10 Cara Mengurangkan Kerugian Banjir Untuk Rumah

Hoya Malaysia Menegaskan Misi Pengesanan Awal Myopia Melalui Kempen A Million Visions

Sabronzo Kahwin Di Bali Sah Bergelar Isteri Dj Dash Berlin

Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor