Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka
06.01.2019 | AHAD
Setelah lebih dua bulan tak ke hutan (kali terakhir pada bulan Oktober 2018), semangat dan keterujaan saya berada pada tahap tinggi untuk aktiviti kali ini! Antara misi saya untuk tahun 2019 - mendaki sekurang-kurangnya enam buah bukit/gunung. Tapi bukan yang tahap susah atau perlu bermalam, cukuplah sekadar sesuai dengan kemampuan diri. Yang penting, saya nak menikmati pemandangan hutan di tempat berbeza
Bukit Batu Putih Pembuka Tirai 2019Saya mulakan di sini kerana dah agak biasa ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Bagus untuk permulaan. Untuk catatan ni, saya tak cerita detail cara ke sini sebab dah pernah menulis masa pertama kali pergi. Boleh rujuk catatan terdahulu kot ada yang belum pernah pergi dan nak mendaki di sini
Kami memilih laluan paling mudah untuk sampai ke puncak Bukit Batu Putih. Dan akan balik ikut laluan lain yang lebih sukar, lebih mencabar
Perubahan baik...kali ni dah ada papan notis baru oleh Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan dah disediakan tangga besi. Kali terakhir kami datang, masih perlu memanjat sambil berpaut pada akar pokok
Sepanjang perjalanan kami kerap berselisih dengan kumpulan pengunjung lain. Nampak sangat mula lambat, orang dah balik, kami baru nak naik. 😁
Kali ni dah disediakan tali untuk kita panjat naik/turun puncak. Lebih mudah! Tapi kalau guna tali gini, kena bergilir naik/turun. Jangan sama-sama berpegang pada tali, bahaya
Alhamdulillah...berada di puncak Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Melaka buat pertama kali untuk tahun 2019. Perjalanan dari pintu masuk utama ke sini sekitar 35 minit (termasuk stop ambil gambar..haha). Orang tak terlalu ramai di puncak, tapi masih perlu bersabar untuk dapat bergambar dengan view di atas. Tak perlu berlama-lama sebab panas terik kat atas ni
Balik Melalui Laluan PantaiUntuk cabaran dan pemandangan yang berbeza, kami balik ikut laluan lain. Masuk hutan ➝ jumpa pantai ➝ masuk hutan ➝ kembali ke jalan utama (jalan tar). Laluan lebih curam, lebih mencabar mental dan fizikal. Masa jumpa pantai tu memang hilang jap rasa penat, pastu bolehlah melepas lelah dan melayan perasaan tengok laut lepas. Hehe
Berehat kat pantai sambil makan coklat/minum air dan snap gambar sana sini...termasuklah tongkat sakti ni pun kena jadi model 😆. Buat pertama kali, saya guna trekking pole ni. Beli dah agak lama, tapi tak pernah guna sebab rasa leceh dan rimas nak kena pegang dia.
Tapi bila dah guna, nampaknya memang sangat membantu saya untuk melangkah lebih stabil bila di tempat yang curam dan jadi tempat berpaut bila dah kelelahan. Cuma sedikit leceh bila kita perlu pegang tali, dan kena pegang dia jugak. Dan bila dah pegang tongkat, tak dapatlah saya snap gambar tumbuhan menarik di sepanjang laluan. Mungkin belum biasa
-------------------------------------------------------------------------------------------------------Untuk rekod :Ketinggian puncak - ~300 meter (belum dapat info tepat)Waktu masuk - 10 pagiWaktu keluar - 11.45 pagi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2019/01/bukit-batu-putih-tanjung-tuan-melaka.html