Hutan Rekreasi Tanjung Tuan Port Dickson


15/10/2017Kunjungan pertama saya dan suami ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan yang baru je saya tau kewujudannya. Kesian dan agak memalukan...duduk Negeri Sembilan dah lama, tapi cuma baru-baru ni je tau ada hutan rekreasi kat Port Dickson (PD). 😆😆😆
[Info] Hutan Rekreasi Tanjung Tuan terletak kira-kira 20 km dari bandar Port Dickson. Ianya terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Tanjung Tuan, di bawah seliaan Pejabat Hutan Daerah Melaka. Fakta menarik tu - ia terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan, tetapi kepunyaan Melaka. Tanjung Tuan juga dikenali sebagai Cape Richardo

Merupakan satu-satunya Hutan Dipterokarp Bukit Pantai yang ada di Melaka. Ia meliputi sedikit Hutan Paya Bakau dan Hutan Persisiran Pantai.

Untuk ke sini, buat carian Google Maps 'Tanjung Tuan Forest Recreation' atau 'PNB Ilham Resort'

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan di buka dari 7 pagi hingga 6 petang. Bayaran RM1 dikenakan untuk pengunjung berusia 12 tahun dan ke atas. (sumber info : wikipedia dan forestry.gov )

Imej dari Google maps. Tengok peta barulah kita dapat sedikit gambaran tentang tempat ni kan.
----------------------------------------------------------------------------------------------Okey, jom kita mulakan penjelajahan! 👇
1. Hutan Rekreasi ni terletak sangat dekat dengan PNB Ilham Resort, kira macam hutan ni sebelah/depan resort jelah. Pengunjung boleh parking kat kawasan luar resort ni. Kami tiba hampir jam 10 pagi, dapat parking jauh sikit. 
Masuk gerbang tu, terus beli tiket di pondok sebelah kiri. Jalan sikit, sebelah kanan ada tandas. Selesaikan apa yang patut, sebab lepas ni takde tandas. Teruskan berjalan di laluan jalan tar. Untuk yang kurang stamina macam saya ni, mencungap jugak bila mula mendaki. Jumpa yang landai...baru lega! 
2. Kira-kira 10 minit berjalan di laluan tar, kita sampai di kaki bukit menuju ke Rumah Api. Oh ya, kalau nak mendaki ke Bukit Batu Putih - ada laluan di sebelah kanan jalan, sebelum tiba di kaki bukit Rumah Api ni. Ni kita cerita lain kali, sebab trip kali ni saya tak mendaki ke Bukit Batu Putih. 
Jom menapak anak-anak tangga tu untuk tengok pemandangan dari atas Rumah Api! Ok, memang meletihkan...

3. Dah sampai atas, boleh nampak laut membiru kat bawah sana. Cantik tau! Masa ni memang sesak kawasan ni, tak dapat nak ambil gambar elok. Nampak kumpulan yang bawak barang macam nak berkelah tu? Ya, memang boleh berkelah kat pantai. Kena turun ke bawah

Rumah Api? Tak boleh masuk. Okey, jom kita turun ke pantai pulak! Caranya - selepas naik tangga menuju Rumah Api, jalan depan sikit, di sebelah kiri ada laluan bertangga turun ke bawah. Sebelum tu saya dah tanya seorang pengunjung mengenai laluan ke pantai (sebab takde papan tanda pun!), katanya tak jauh dan senang turun. Tapi...nak naik balik yang susah! Alamak..

4. Laluan landai...sukanya saya dapat jalan dalam hutan, tenang hati

5. Hampir keseluruhan perjalanan perlu menuruni anak tangga. Penat
Excited bila terdengar bunyi ombak. Semangat

6. Yeayy...lepas ~15 minit jalan dalam hutan, kami pun sampai kat pantai cantik ni! Alhamdulillah....Orang tak ramai. Kami cari port bawah pokok, rehat-rehat dan makan coklat sambil layan pemandangan depan mata. Tenang

7. Pemandangan di sudut lain. Cantik jugak

8. Lepas tu kami meredah masuk ke sini, untuk ke bahagian pantai lain. Kirinya, lepas turun tangga tadi ada pilihan nak ke pantai sebelah kanan atau kiri. Perasan tak ada buaian tu? Di sebelah kanan gambar, konon nak naik. Tapi segan sebab kawasan ni agak ramai orang. Saya pulak dah tahap makcik-makcik, buruk pulak orang nampak kita sibuk nak main buai! 😃
9. Kat sinilah pengunjung berkelah dan bermain air. 
10. Bahagian pantai yang ni pulak, dipenuhi semacam rumpai/tumbuhan laut. Kalau tengok dekat, macam jaring halus. Hati-hati jalan atas dia, sebab agak licin.

Dah puas merayau kawasan ni, jomlah kita balik. Kena mendaki anak-anak tangga tadi untuk naik ke atas. Memang betul kata pengunjung tadi, nak naik balik memang sangat menguji stamina. Saya kerap berhenti untuk susun nafas. Tak cukup nafas! Hahaa..

Sempat bertanya kepada sekumpulan pengunjung remaja perempuan, katanya laluan ni jauh lebih susah dari mendaki Bukit Batu Putih! Mereka dah ke sana, barulah turun ke pantai

----------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah...kembali ke pintu utama setelah hampir 1 1/2 jam. Pengalaman yang seronok. Badan penat, minda segar! Insya Allah nanti kami kembali lagi untuk mendaki Bukit Batu Putih pulak. 
Beberapa hari lepas tu, saya dapat info bahawa ada laluan alternatif untuk naik dari pantai. Tak perlu mendaki anak tangga. Laluan yang lebih landai. Nanti kita cuba!


***update : kawasan pantai ini dikenali sebagai PULAU INTAN***



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2017/10/hutan-rekreasi-tanjung-tuan-port-dickson.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Pd

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Pd

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 826 hits
AHAD 3 12 2017Entri ni kiranya sambungan catatan ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan Kalau dalam entri saya cuma sempat ke pantai tersembunyi kedatangan kali ni akan mendaki ke BUKIT BATU PUTIH pula Perjalanan bermula kira kira jam 10 15pagi Jom...
Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 1388 hits
06 01 2019 AHADSetelah lebih dua bulan tak ke hutan semangat dan keterujaan saya berada pada tahap tinggi untuk aktiviti kali ini Antara misi saya untuk tahun 2019 mendaki sekurang kurangnya enam buah bukit gunung Tapi bukan yang tahap susa...
Pengalaman Menginap Di Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson

Pengalaman Menginap Di Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 1429 hits
Beberapa minggu lepas saya dan keluarga direzekikan menginap di Avillion Admiral Cove Dah lama berkenan dengan hotel ini dan memasang angan angan untuk menginap di sini Maklumlah harganya agak sedikit mahal dari hotel lain Jadi saya cakapla...
Pantai Tanjung Biru Tanjung Tuan Hidden Gem Di Sebalik Bukit Batu Putih

Pantai Tanjung Biru Tanjung Tuan Hidden Gem Di Sebalik Bukit Batu Putih

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 3174 hits
Pantai tanjung biru di Tanjung Tuan Port Dickson hidden gem yang ramai sudah tahu akan kewujudan pantai biru yang sangat cantik terutamanya kaki hiking Bukit Batu Putih Fiza tak pasti apa nama sebenarnya pantai ni Disebabkan pantainya biru ...
Senjata Makan Tuan Kerajaan Ph Tuah Pembangkang

Senjata Makan Tuan Kerajaan Ph Tuah Pembangkang

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 418 hits
Mutakhir ini semakin banyak isu jelak yang melibatkan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan Dari isu u turn macam macam dasar ke isu menteri dibabikan usahawan ke sijil kelulusan yang diragui ke isu saman AES kini menjadi tindakan yang Islamik ...
Kamera Aes Ph Kini Maqasid Syariah Zaman Bn Tidak Tuan Ibrahim

Kamera Aes Ph Kini Maqasid Syariah Zaman Bn Tidak Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 363 hits
KANGAR 11 Feb Kenyataan Naib Presiden Parti Amanah Negara Hasanuddin Mohd Yunus bahawa pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik menepati maqasid syariah terus dipertikai pelbagai pihak Terbaharu Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibr...
Nik Abduh Pas Bola Kat Hadi Hadi Pas Pula Kat Tuan Ibrahim

Nik Abduh Pas Bola Kat Hadi Hadi Pas Pula Kat Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 512 hits
Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini tampil mengakui rakaman audio yang dikaitkan dengannya sebelum ini Dalam kenyataan panjang di Facebook hari ini Ahli Parlimen Bachok itu berkata penafiannya sebelum ini dibuat...
Berjalanlah Di Atas Rumput Tanpa Memakai Kasut Kerana Banyak Kebaikannya Tuan Guru Harun Din Rileks Media

Berjalanlah Di Atas Rumput Tanpa Memakai Kasut Kerana Banyak Kebaikannya Tuan Guru Harun Din Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 337 hits
Allayarham Tuan Guru Dato Dr Haron Din pernah pesan kalau boleh cuba berjalan kaki ayam atas rumput tiap2 hari Coach Zack menperjelaskan bahawa tentang konsep bumi sering dip4nah pet1r beribu kali setiapa hari dan setiap kali dip4nah pet1r ...
Lumba Lumba Tersesat Dievakuasi Ke Muara Tanjung Balai Via Jalur Darat

Lumba Lumba Tersesat Dievakuasi Ke Muara Tanjung Balai Via Jalur Darat

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 245 hits
Evakuasi terhadap lumba lumba itu dilakukan lewat darat Jalur itu sengaja dipilih untuk efisiensi waktu Perjalanan hanya memakan waktu sekitar 3 jam Sementara jika melalui jalur sungai sejauh 100 Km akan memakan waktu sekitar 20 jam perjala...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding