Surprise Reunion Party Makcikkepoh Beruang Hill Resort Bukit Beruang Melaka
assalamualaikum 😊pagi ni sarapan roti cicah sambal sardin
lebihan dari lauk dinner semlm. tak minum air manis pagi ni 😅. misi 2 liter air suam hari ni
cuaca sgt panas! ada la hujan 1-2 hari sebelum ni. namun, suasana sgt panas juga
sebelum sakit dtg, better la cegah sebelum parah, minum air secukupnya
sebab sarapan agak lewat, tak la makan tghari. releks releks jer ni hah..
jap lagi nak start masak utk makan mlm plak
orait... entry ni agak panjang 😀
sebab byk gambar
itu yg amik masa lama utk update citer ni kat blog. akhirnya siap hari ni. alhamdulillah..
throwback... 8.12.2018 yg lepas
saya dan geng MakcikKepoh buat plan utk surprise kat Nadia, one of us, sempena birthday Nadia
2-3 minggu juga kami-kami ber6 plan ni
dari segi tempat nak buat. makanan. tema. dekorasi..
memandangkan geng MakCikKepoh yg dah berkeluarga semua di Melaka, agreed sebulat suara utk buat surprise reunion ni di Melaka
kami pilih di Beruang Hill Resort, Bukit Beruang, Melaka. sebab masih ada apartment yg available
di tempat lain, fully booked that weekend
kami-kami yg happy together.
hanya MakCikKepoh dan anak-anak. para bapa stay at home 😆.
Beruang Hil Resort ni amat dekat dgn rumah saya.
less than 10 minutes termasuk dgn 1 simpang trafik light.
ia tepi jalan je, mudah sgt nak jumpa.
lokasi di google map. mudah sgt.
boleh berjalan kaki dari / ke Aeon Ayer Keroh 😊.
lobby
tempat parkir kereta pun byk. tiada masalah
bersebelahan dgn tempat parkir kereta, di atas nun adalah swimming pool.
cantik kan pemandangan dari sini.
menarik perhatian saya di sini.
ruang tangga tidak disia-siakan. tetap diberikan dekorasi yg menarik.
jenis bilik dan harga di Beruang Hill Resort.
ni saya ambil dari official website mereka. harga mungkin berubah ye ikut masa.
kami beramai-ramai telah amik 2 bed apartment utk reunion MakCikKepoh kali ni
all girls, maka tak kisah la kami-kami berhimpit tidur dgn anak-anak 😀
anak-anak kami semua pun dah familiar sgt dgn geng MakCikKepoh semua ni
sgt selesa apartmentnya
yg penting adalah bersih. ni yg utama, kan
bilik nyer pun luas. katil yg besar-besar. terbaik la 👍
bilik pertama. ada 2 katil bersaiz queen.
ada tandas.
bilik kedua. 1 katil bersaiz queen. 1 katil bersaiz single.
kami check in dlm jam 3 ptg.
semua dari arah yg berbeza. sampai pun time yg berbeza-beza.
nak kena gotong-royong deko apartment kan.
nak gantung belon.
nak gantung backdrops.
ada yg dtg dgn kek birthday.
kami bwk semua peralatan nak makan, nak masak, nak minum...
nasib baik la rumah kami dekat jer.
Izzat sedang riki-riki nak amik belon.
"sabar ye. abis majlis nanti boleh la amik belon tu, Jat".
sedang gotong-royong sambil 'membawang' ler. lama x jumpa, kan 😄.
ada ruang utk memasak, fridge dan cerek air.
time kami prepare lokasi, birthday girl yg baru sampai dari KL, terus dibawa ke Aeon, Ayer Keroh dulu
Laila ditugaskan utk menjaga birthday girl
berjalan-jalan, konon nyer Laila nak beli brg la
sambil tu kami roger roger la Laila jam brape kami siap, jam brape diorang boleh dtg..
so fun
lama dah tak buat aktiviti gini. amat best sebenarnya. menyorok dlm kegelapan dan kepanasan agar lilin kek tak padam
saspen tunggu Nadia & Laila tiba di depan pintu apartment
saspen!!
anak-anak pun dipaksa senyap agar rahsia tak terbongkar 😆😆😆
💥💥💥surprise !!!!!! 💥💥💥
birthday girl yg terkejut... tergamam... terpaku... speechless!
Nadia tersayang 💙.
memang menjadi la surprise kami ni. Nadia tidak dpt menghidu nyer.
meskipun ada beberapa kali rahsia hampir terbocor, still maintain terjaga.
kek yg sedap!
sos blackpepper homemade by birthday girl ni 😋.
memang kecoh la semlman kami di situ beramai-ramai.
makanan byk.
saya da buat kan seperiuk sup kaki ayam. dgn kicap cili padi dan kuew teow.
kami buat nasi goreng.
daging & ayam panggang. sosej.
ada keropok lekor. sos pencicahnya. ada juga keropok.
makan.
makan.
makan.
dan semestinya berborak tanpa henti. gelak ketawa.
anak-anak dok perati jer pe'el mak-mak masing-masing.
borak hal keje. hal ofis masing-masing. mostly berkisar ni lah.
kami-kami satu jabatan tapi semua dah bersepah di negeri berlainan --> Melaka, Negeri Sembilan, W. Persekutuan dan Putrajaya.
few years back, kami semua ni sebumbung di ofis Melaka. tu la titik permulaan keakraban.ok. saya bentangkan dgn gambar-gambar lagi ye.
ibu was busy arrange nak bergambar, anak was smiling amik gambar plak 😅.
💙💙💙 6 of us 💙💙💙
ending up di meja makan jugak akhirnya....
kelaparan masing-masing.
ngap before cheese cake cair!
ia adalah satu peluang mak-mak berjimba la
lari jap dari rutin di rumah. jumpa kawan-kawan sekepala dan sejiwa
makan
borak
gelak
the best terapi kalau-kalau ada masalah kan
kat sini la kami memasing meluahkan..
gitu la kisahnya, surprise reunion geng MakCikKepoh di Beruang Hill Resort thn 2018.
thn ni, ntah di mana la kami nak berjimba 2 hari 1 mlm.
in shaa Alla dijadikan aktiviti tahunan yg tetap.
anyway, highly recommended lah Beruang Hill Resort ni.
sebab bersih, cantik dan apartment yg luas serta selesa.
sila bookmark ye 😌.
...bye!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/02/surprise-reunion-party-makcikkepoh.html