Bukankah Pemilihan Perdana Menteri Muhyiddin Disahkan Agong


Home/Politik

SEDANG Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan pimpinannya, Perikatan Nasional (PN) bertungkus-lumus berusaha untuk menyelamatkan nyawa rakyat yang dilanda pandemic Covid-19, negara dikejutkan pula oleh tindakan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Usul tersebut diterima oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan kemungkinan akan dibawa kepada Persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei ini.

Sebagai sebuah NGO Melayu-Islam, Pertubuhan Gerakan QIAM (QIAM) yang diketuai ketua sektor politiknya, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar menyuarakan rasa dukacita di atas tindakan Dr Mahathir yang cuba mempertikaikan kuasa budi-bicara Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Berkaitan dengannya, QIAM ingin membangkitkan lima persoalan untuk pengamatan rakyat yang prihatin terhadap pergolakan politik negara dan yang perlu dijawab oleh Dr Mahathir: –

a. Tidakkah pemilihan Muhyiddin yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong itu dibuat di bawah bidang kuasa Seri Paduka Baginda Tuanku seperti yang termaktub di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan? Bukankah pelantikan itu sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan?

b. Tidakkah keputusan yang dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu merupakan suatu yang terpaksa dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyelesaikan kemelut krisis politik bagi mengisi kekosongan jawatan Perdana Menteri selepas Dr Mahathir sendiri yang meletak jawatan itu atas kerelaannya secara tiba-tiba? Muhyiddin dan Parti BERSATU tidak pernah mendesak Dr Mahathir berbuat demikian.

c. Bukankah Muhyiddin Presiden Parti BERSATU iaitu parti yang menang sejumlah kerusi dalam PRU-14? Di bawah sistem demokrasi berperwakilan, selaku Perdana Menteri yang dilantik secara sah menurut Perlembagaan, Muhyiddin berhak dan bebas memilih rakan-rakan politik dari parti-parti lain (yang menang kerusi dalam pilihan-raya umum tersebut), yang menyokongnya untuk menubuh kerajaan majoriti mudah selaras dengan ketetapan di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3).

d. Mengapa Dr Mahathir sekarang mencetus ketegangan politik negara yang bertujuan untuk menyingkirkan sebuah kerajaan Melayu-Islam yang diterajui oleh presiden partinya sendiri (PPBM) yang didukung oleh tiga parti politik terbesar orang Melayu – BERSATU, UMNO, PAS dengan sokongan GPS dari Sarawak? Tidakkah kestabilan politik yang perlu diutamakan dalam keadaan Perdana Menteri dan Kerajaannya bertungkus-lumus berdepan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara?

e. Apakah kebaikannya kepada rakyat khasnya orang Melayu-Bumiputra di sebalik tindakan Dr Mahathir mengemuka Usul tidak percaya yang bertujuan untuk menyingkirkan YAB Muhyiddin, selain dari untuk kepentingan politik peribadi dan membuka peluang kepada PH/DAP untuk kembali menerajui Negara?

3. Walaupun Perlembagaan dan amalan demokrasi berparlimen tidak melarang mana-mana Ahli Dewan mengemukakan apa jua usul untuk dibentang dan dibahas di persidangan Parlimen, QIAM berpandangan tindakan Dr Mahathir mengemukakan usul tidak percaya kepada Perdana menteri itu bertujuan untuk mendapatkan suatu ketetapan bahawa Muhyiddin tidak mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat. Justeru, adalah amat tidak sesuai dikemukakan usul sedemikian dalam keadaan Negara yang berdepan dengan pandemic Covid-19 sekarang dan tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat dan negara.

4. Orang Melayu umumnya mengharapkan Dr Mahathir, sebagai negarawan yang berjasa kepada negara, seharusnya menyokong presiden partinya sendiri (BERSATU) bagi memperkasakan parti itu untuk berganding bersama tiga parti politik besar Melayu- Bumiputera lain (UMNO, PAS dan GPS) bagi menjayakan banyak lagi agenda Melayu-

Bumiputera yang perlu diselesaikan. Rakyat terutama orang Melayu rata-rata sudah bosan dengan politik perebutan kuasa yang menyebabkan perpecahan perpaduan Bangsa Melayu yang berterusan.

Dr Mahathir tentu sedar bahawa tindakannya kali ini boleh menyebabkan kejatuhan sebuah kerajaan pemerintahan dominan Melayu-Bumiputra yang diterajui oleh Muhyiddin. Kalau Dr Mahathir sayangkan bangsanya, apa manfaatnya beliau berbuat sedemikian?

Demi masa depan kestabilan politik negara, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, selepas pandemic COVID-19 dapat dikalahkan, adalah amat perlu kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin sekarang kekal menerajui negara tanpa diganggu oleh Dr Mahathir dengan kerenah-kerenah politik kepentingan diri yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat dan negara.

Justeru, QIAM dengan tegas ingin menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin untuk terus menerajui negara bagi melaksanakan berbagai program keperihatinan dan kesejahteraan untuk rakyat marhaen yang menderita akibat wabak COVID-19.

Akhir sekali, QIAM merayu kepada pemimpin-pemimpin politik khasnya kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang akan bersidang pada 18hb Mei 2020 nanti supaya menilai dan membuat pertimbangan yang bijaksana demi untuk kesejahteraan rakyat dan Negara.

Ahli-Ahli Yang Berhormat hendaklah memahami denyut hati rakyat yang sudah muak dengan pergeseran politik yang tidak berkesudahan. Ketepikan seketika kepentingan politik dan peribadi agar negara dapat menumpu sepenuh tenaga dan usaha untuk menghadapi masalah yang melanda negara sekarang.

Perjuangan mengalahkan pandemic COVID-19 perlu mendapat sokongan semua pihak – pemimpin dan rakyat berbilang kaum di negara ini. – SM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/05/bukankah-pemilihan-perdana-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mukhriz Timbalan Perdana Menteri Selesai Masalah Muhyiddin

Mukhriz Timbalan Perdana Menteri Selesai Masalah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 552 hits
Cadangan sahaja Kehebatan Mukhriz sebagai pemimpin pusat memang belum ketara tetapi bukan tidak ada Anwar sendiri boleh ambil peluang tawarkan Mukhriz sebagai TPM bagi tambah kekuatan dan jalinan untuk prose s undi tidak percaya Muhyiddin d...
Bagaimana Tan Sri Muhyiddin Menjadi Perdana Menteri Ini Sejarah Politik Beliau

Bagaimana Tan Sri Muhyiddin Menjadi Perdana Menteri Ini Sejarah Politik Beliau

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 572 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPerdana Menteri Malaysia yang ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan antara individu yang mempunyai kerjaya politik yang penuh warna warni Beliau antara individu yang pernah memegang pelbagai portfolio ke...
Shafie Kemuka Usul Percaya Dr Mahathir Sebagai Perdana Menteri

Shafie Kemuka Usul Percaya Dr Mahathir Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 336 hits
Khamis 07 Mei 2020 03 12 PM MYTOLEH YISWAREE PALANSAMYTun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan perdana menteri pada Februari lepas Foto oleh Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR 7 Mei Speaker Dewan Rakyat hari ini mengesahkan pejabatnya menerima s...
Jika Mukhriz Menang Presiden Bersatu Anwar Melepas Lagi Jawatan Perdana Menteri

Jika Mukhriz Menang Presiden Bersatu Anwar Melepas Lagi Jawatan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 350 hits
SEMALAM Presiden Warisan Shafie Apdal menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat memohon Dewan membincangkan usul undi percaya kepada Dr Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri yang telah meletakkan jawatan dengan sendirinya tanpa disuruh oleh ...
Perutusan Khas Hari Pekerja 2020 Yab Perdana Menteri

Perutusan Khas Hari Pekerja 2020 Yab Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 528 hits
RINGKASAN Perutusan Khas Hari Pekerja 2020 YAB Perdana Menteri Selamat Hari Pekerja buat Semua Tahun ini keadaan sambutan tidak seperti biasa dan dalam Bulan Ramadhan Sumbangan semua pekerja dari sektor awam dan swasta amat dihargai Bekerja...
Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja

Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 566 hits
Antara intipati Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja1 Kerajaan akan laksanakan Perintahkan Kawalan Pergerakan Bersyarat 2 Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan akan dilaksanakan dikawasan Zon Merah 3 Sektor ekonomi dibuka...
Muhyiddin Dimalukan Di Sembilan Negeri Azmin Patut Dilucut Sebagai Menteri Kanan

Muhyiddin Dimalukan Di Sembilan Negeri Azmin Patut Dilucut Sebagai Menteri Kanan

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 300 hits
Keengganan sembilan negeri mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB yang diumumkan Muhyiddin Yassin benar benar suatu keadaan yang memalukan kerajaan pusat Ia memberi gambaran kedudukan Muhyiddin langsung tidak dihormati ole...
Boleh Tahan Muhyiddin Dan Menteri Kewangan Temberang

Boleh Tahan Muhyiddin Dan Menteri Kewangan Temberang

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 621 hits
No one left behind Makcik kiah dah mula tepuk dahi Harap sangat PRU15 dipercepatkan sikit
Perdana Menteri Sahkan Kebijaksanaan Cara Ph Tidak Terus Mengadakan Pkp

Perdana Menteri Sahkan Kebijaksanaan Cara Ph Tidak Terus Mengadakan Pkp

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 255 hits
Perdana Menteri Sahkan Kebijaksanaan Cara PH Tidak Terus Mengadakan PKP Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin menyatakan setiap hari PKP dilaksanakan Malaysia rugi RM2 4 billion Menurut The Star TERJEMAHAN Ekonomi Mal...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya