Bukankah Dahulu Pas Sokong Anwar Jadi Pm



FB Ahmad Sayuti Bashiron
KETETAPAN PARTI PAS:
(1998 – 2015)
“Hanya Saudara Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri jika Pembangkang berjaya menguasai Kerajaan” – kenyataan media Pas (sebelum peluk Umno)
Insan yg cukup berjasa yg mengemudi politik islah & tajdid di Negara ini tak lain adalah alMarhum Ustaz Haji Fadzil bin Mohd Noor (mantan Presiden Pas) yg disokong kuat oleh murabbi agung alMarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.Bagi saya, itulah (antara) dua insan anugerah Allah ke Negara ini yg telah berjaya meletakkan tanda aras politik Islam sebenar yg dipaksikan atas perjuangan kebenaran & keadilan sebagai puncaknya.Kita pasti segar – di saat Anwar disepak buang dari Umno pada 2 September 1998, siapa sangka Ustaz Fadzil Noor (bersama Dr Syed Azman & Khuzaifah Azlan – tokey Harakah, dulu) menaiki Trooper memasuki perkarangan rumah Anwar di Bukit Damansara, disusuli deruan takbir oleh pemuda-pemuda Umno yg kelihatan Zahid Hamidi, Saifuddin Nasution, Zambry, Azmin dan sekutunya, dan ramai lagi yg cukup saya ingati wajah dan peristiwa itu.Saya pula ditugaskan mengetuai ‘geng kapcai’ mahasiswa bersama Unit Amal Gombak diarah oleh Ustaz Fadzil sendiri (melalui anaknya Muna Izzah Fadzil) berkumpul di depan pagar rumah Anwar selepas Isyak itu. Kami masa itu masih tak keruan dan tak fahami, politik apakah yg dimainkan oleh Ustaz Fadzil Noor malam itu?Apa sebab Pas nak tunjuk sokongan pada “musuh politik” utama kita pula? Patut katalah pada Anwar – padan muka kamu kena buang dari Umno, firasat awal saya yg hadir.Perasaan kami itu disandarkan pada 5 tahun kami ditindas, ditekan, diserah amaran pergantungan dgn pelbagai ancaman di kampus, tak lain yg diketuai oleh Anwar sbg Presiden masa itu. Sebab kami di cop sebagai pembangkang di kampus berlawan dgn puak Umno.Tapi atas tarbiyyah politik yg Allah susun itulah, bermula September 1998 itu aku benar-benar belajar konsep siyasah yg berprinsip yg mesti diperjuangkan oleh sesebuah gerakan dakwah. Inklusif bukan eklusif, ta’awun & tahaaluf bukan berseorangan, menimbang mudharat bukan melihat hitam & putih semata. Banyak lagi prinsipnya.Kesyukuran tak terhingga, penat lelah berkali-kali menyeludup pimpinan politik termasuklah Ustaz Fadzil Noor dan TG Hj Hadi Awang ke kampus masa itu, berpakat dgn Pegawai Keselamatan menyelinap ke bilik-bilik kuliah untuk berprogram, akhirnya berjaya membentuk beberapa susuk istiqamah dalam perjuangan berteraskan prinsip ini. Kami buang politik ta’asub, politk indoktrinasi, apatah lagi kami tolak “politik dendam serakah” dalam tahaaluf itu. Sunguh tak terkata kesyukuran di lidah ini, Allah pilih aku di antaranya, hingga detik aku manaip di malam Jumaat ini.
Tahun 1999 itulah pertama kali aku mengundi di Batu Rakit, Terengganu. Membantu Ustaz kesayangan, menang dan menjadi Exco. Masa itulah Pas tak pernah tersangka boleh menang Negeri. Dan lebih tak disangka atas ijtihad berani Ustaz Fadzil itulah TG Hj Hadi Awang berasa seronoknya sepenggal bergelar MB Terengganu atas pengorbanan Anwar di birai besi, dan Ustaz Fadzil yg mulai sakit ketika mengetuai pelbagai demonstrasi Gerak & Reformasi masa itu.Dua bulan sebelum PRU 1999 itulah, peristiwa bersejarah, Pas dengan penuh berani dan berprinsip membuat keputusan berani – ie. kalau pembangkang menang PRU tersebut, maka Anwar lah yg akan dikeluarkan dari penjara dan diangkat sebagai PM. Itulah keputusan muktamad 36 AJK Pas Pusat, tak termasuk 2 org yg membantah. Untuk rekod seorang yg membantah itu akhirnya menyatakan sokongan beberapa tahun selepas tu. Lagi ‘seorang tu’ kekallah bantahannya…Itulah kagumnya kita pada susuk Ustaz Fadzil Noor – politik dakwah melangkaui zaman! Kekallah ijtihad Ustaz Fadzil itu diendorsekan oleh syura party sejak hari itu, hingga 17 tahun lamanya.Satu yg lebih penting lagi – semua itu berlaku selepas peristiwa bersejarah 13 AJK Kerja Pas Pusat masa itu diketuai Ustaz Fadzil Noor bermusafir dan bermuqim selama 3 malam di Leicester (UK) hanya utk membincangkan halatuju politik tahaaluf siyasi di Malaysia bersama DAP dan parti baru (disebut party Anwar Ibrahim) demi membina sebuah Malaysia sbg kuasa politik baru Islam yg mengetuai seluruh dunia Islam.Di balik sana, Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi sendiri mengumpulkan 12 kepimpinan Gerakan Islam utama dunia bertemu dan bermuzakarah dgn pasukan dari Pas untuk mencapai keputusan ijtihad yg amat besar, untuk Malaysia masa itu. Sejarah kerjasama gerakan Islam bersama DAP di restui oleh ulamak Islam dunia. Inilah yg adik-adik muda Pas langsung tak ketahui hari ini…! ( Nota – kisah pertemuan itu telah saya bentangkan dalam tulisan dulu, hasil oral-history saya lakukan bersama Ustaz Nasharuddin Md Isa, Ustaz Abu Bakar Chik, dan juga tidak lain Pak Daeng satu ketika dulu…)
Kekallah selepas itu, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat hinggalah wafatnya TG Nik Aziz pada Feb 2015. Sebaik wafat sahaja, kerjasama politik itu terus diruntuhkan oleh Tok Guru itu yg amat membencikan Anwar sejak dulu hingga kini rupanya.Muktamar Kuala Selangor 6 Jun 2015 yg menjadi Muktamar pertama tanpa TG Nik Aziz, terus dijadikan medan membenamkan segala ijtihad guru & ulamak terdahulu itu demi memilih Umno sbg proxy baru kesayangan Tok Guru itu.Baru ini masa ziarah terakhir saya ke rumah Tok Guru di Rusila itu, dengan penuh kebanggaan beliau kisahkan isi hati sebenar beliau pada saya; “…enta tahu tak masa (Ogos ) 2014 dulu itu, bila Anwar datang jumpa saya di Kuala Ibai dgn Saifuddin Nasution untuk bincang isu calon MB Selangor, saya jerkah dia (Anwar) sampai dia tak terkata apa – saya kata kamulah punca perpecahan gerakan Islam sejak 1982 sebab kamu membantu Umno merosakkan Pas… terus dia balik lepas kena jerkah itu…”
(Panjang huraian “politik dendam” Tok Guru itu dikisahkan pada saya yg akan diabadikan sebagai rakaman oral-history untuk dibukukan kelak)
Sejak 2015 itulah, musnah segala legasi dakwah di medan siyasah binaan Ustaz Fadzil & TG Nik Aziz selama 17 tahun itu. Ijtihad penuh berani yg didoakan penuh harapan oleh seluruh ulamak dunia – dihancurkan penuh bangga oleh Tok Guru yg mencuri veto dari penganut yg walak buta masa ini…Kami berjtihad tinggalkan puak pengkhianatan itu. Kita bina semula kekuatan baru dalam Amanah yg kecil ini bersama Pakatan Harapan demi meneruskan agenda Negara Rahmah yg dicetuskan oleh mujaddid agung Fadzil Noor satu ketika dulu.Bagi kami, itulah sebenarnya erti “istiqamah” yg kami pegang dan laksanakan dalam kehidupan ini. Istiqamah adalah prinsip suci Al-Quran yg tidak akan menjadikan kami berpelukan atau berkompromi dgn kleptocracy Umno yg juga bapak segala rasuah no. satu di dunia hari ini.Jumaat yg mulia ini kita DOAKAN bersama agar harapan & pengorbanan pimpinan terdahulu yg sudah meinggalkan kita itu dimaqbulkan Ilahi. Masa dan janjiNya pasti akan tiba. Kalianlah yg mendoakannya.
Firman Ilahi pegangan bersama;
إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّـهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ
Maksudnya:
Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.
[ Surah Hud: 88 ]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30069

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takiyuddin Pas Mahukan Penjelasan Umno Langgar Piagam Mn Jika Sokong Anwar Pm

Takiyuddin Pas Mahukan Penjelasan Umno Langgar Piagam Mn Jika Sokong Anwar Pm

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR PAS mahu UMNO menjelaskan berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan ahli Parlimen parti itu daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam satu kenyataan Setiausaha Ag...
Panas Dua Ahli Parlimen Pas Pertimbang Sokong Anwar Tunggu Perkembangan Selasa

Panas Dua Ahli Parlimen Pas Pertimbang Sokong Anwar Tunggu Perkembangan Selasa

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 336 hits
Dua ahli parlimen Pas dikatakan akan turut serta memberikan sokongan kepada Anwar bagi memastikan jumlah sokongan Anwar Ibrahim kali ini mencecah dua pertiga di parlimen Bagaimanapun kedua dua ahli parlimen ini masih berdiam diri sehingga k...
Anwar Desprados Mp Pas Sokong Muhyiddin Pn Takiyuddin

Anwar Desprados Mp Pas Sokong Muhyiddin Pn Takiyuddin

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 352 hits
malaysiakini comDikemaskini Hari ini 9 25 amTakiyuddin HassanPAS menegaskan semua 18 ahli parlimen parti itu menyokong penuh Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional sekarang Setiausaha Agung PAS Ta...
Sokong Anwar Umno Berpecah Tiga

Sokong Anwar Umno Berpecah Tiga

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 358 hits
Umno tegang kerana tentangan kuat beberapa ahli ParlimenMinderjeet KaurPETALING JAYA Ketegangan berlaku dalam Umno antara ahli Parlimen yang menyokong pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim dan mereka yang tak mahu sokong Tiga ahli Parlimen Umn...
Idris Buat Laporan Polis Nafi Sokong Anwar Jadi Pm

Idris Buat Laporan Polis Nafi Sokong Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 317 hits
304 total views 304 views today Ahli Parlimen Besut Idris Jusoh hari ini membuat laporan polis bagi menegaskan yang dia tidak memberikan sokongan kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri seperti yang didakwa sese...
23 Ahli Parlimen Umno Tak Sokong Anwar Kata Nazri

23 Ahli Parlimen Umno Tak Sokong Anwar Kata Nazri

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 355 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Umno Nazri Aziz berkata tiada seorang pun daripada 23 ahli Parlimen parti itu yang menyokong rancangan ketua pembangkang Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru Ahli Parlimen Padang Rengas itu menolak laporan FMT s...
Siapa Mp Umno Yang Sokong Anwar Selepas 17 Mp Tampil Nafi

Siapa Mp Umno Yang Sokong Anwar Selepas 17 Mp Tampil Nafi

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 516 hits
themalaysialife comDifahamkan lebih daripada 15 Ahli Parlimen bakal bertukar angin mengetepikan kerajaan Perikatan Nasional dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu Sekurang kurangnya 11 daripada 15 MP itu dika...
Umno Bergolak Desak Anwar Dedah Nama Mp Umno Yang Sokong

Umno Bergolak Desak Anwar Dedah Nama Mp Umno Yang Sokong

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 277 hits
BOB KELANANG Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata rakyat perlu tahu siapa sebenarnya ahli ahli Parlimen yang berkomplot dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika negara diancam pandemik koronavirus Justeru...
Ramai Yang Akan Sokong Anwar Jika Dia Tak Over

Ramai Yang Akan Sokong Anwar Jika Dia Tak Over

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 320 hits
Itu bahasa mudah Muhyiddin jadi PM dia cuma jawab saya bukan pengkhianat lepas tu dia buat kerja Cuma lately agak malang prestasinya kabinetnya menjunam tetapi silentnya dan menjurus urus negara adalah terbaik Berbeza Anwar belum bertelor r...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik