Anwar Desprados Mp Pas Sokong Muhyiddin Pn Takiyuddin


malaysiakini.com
Dikemaskini Hari ini 9:25 am
Takiyuddin Hassan
PAS menegaskan semua 18 ahli parlimen parti itu menyokong penuh Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional sekarang.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata parti itu tidak terkesan langsung dengan retorik yang dibawa oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, bahawa beliau mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.

"PAS mengganggap isu yang dibangkitkan oleh individu yang sama ini adalah tindakan terdesak yang mempunyai kepentingan serta cita-cita peribadi di samping ‘menangguk di air keruh’ ketika Kerajaan PN sedang menguruskan masalah Covid-19 serta langkah pemulihan ekonomi negara.

"Dalam hal ini PAS sekali lagi amat yakin Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) tidak akan melayan tindakan ‘desprados’ ini, sebaliknya baginda akan mengendalikannya berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan negara yang amat jelas," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Takiyuddin juga menggesa kerajaan mengambil "tindakan undang-undang yang tegas terhadap mana-mana pihak" yang menimbulkan keresahan dan kekeliruan rakyat, di samping mengakibatkan terjejasnya sektor ekonomi negara dari tindakan tersebut.
Bagaimanapun, tidak jelas sekiranya langkah Anwar menukar kerajaan bersamaan dengan apa yang disebutkan menteri undang-undang itu sebagai tindakan menimbulkan "keresahan" yang memberi kesan negatif terhadap ekonomi negara.

Anwar yang juga ketua pembangkang parlimen memberitahu beliau akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, pada Selasa, 13 Oktober depan depan untuk mempersembahkan butiran bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

"Saya ingin menjunjung kasih kerana Ke bawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober, Insya-Allah.

“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini,” katanya pada satu kenyataan 8 Oktober lalu.

Annuar: BN, MN sokong Muhyiddin

Susulan pengumuman Anwar pada 23 Sept lalu yang beliau mempunyai majoriti bagi mengambil kerajaan, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa beliau mendapat tahu ramai wakil rakyat parti itu menyokong Anwar.

Katanya, beliau tidak dapat menghalang jika ahli parlimen Umno ingin menyokong Anwar membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung BN dan Muafakat Nasional Annuar pada hantaran di media sosial malam tadi berkata menjadi tugasnya melaksanakan dasar parti dan arahan pucuk pimpinan.

Annuar turut menegaskan antara dasar yang dipersetujui gabungan itu bahawa tidak ada kerjasama dengan Anwar, DAP dan Dr Mahathir Mohamad.
"MP BN menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

"MN menjemput Bersatu menyertai MN, Bersatu bersetuju.

"BN, PAS, Bersatu perlu bermuafakat dan elak tiga penjuru pada PRU15," katanya.

Jelas Annuar, rundingan kerusi pilihan raya umum akan datang antara tiga parti itu telah bermula.

Menurutnya, selagi dasar-dasar BN, MN ini tidak diubah, beliau akan terus "melaksanakannya walaupun kadang kadang menemui kesukaran."

"Memutuskan dasar tidak mudah. Melaksanakan dasar mungkin lebih payah lagi," katanya lagi.
 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/anwar-desprados-mp-pas-sokong-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
18 Ahli Parlimen Pas Tetap Sokong Muhyiddin Perikatan Nasional Takiyuddin

18 Ahli Parlimen Pas Tetap Sokong Muhyiddin Perikatan Nasional Takiyuddin

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 307 hits
267 total views 267 views today KOTA BHARU PAS hari ini mengulangi penegasan bahawa kesemua 18 ahli Parlimennya tetap menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional Setiausaha Agung PAS ...
Mp Bintulu Nafi Sokong Anwar Ikrar Sokong Muhyiddin Mana Bilangan Anwar

Mp Bintulu Nafi Sokong Anwar Ikrar Sokong Muhyiddin Mana Bilangan Anwar

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 366 hits
Presiden Parti Demokratik Progresif Datuk Seri Tiong King Sing hari ini berikrar menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali gus mengakhiri spekulasi yang mengaitkan namanya dengan senarai ahli parlimen yang didakwa...
Takiyuddin 18 Orang Ahli Parlimen Pas Kekal Menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

Takiyuddin 18 Orang Ahli Parlimen Pas Kekal Menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR PAS menegaskan bahawa semua 18 Ahli parlimennya menyokong penuh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang menerajui kerajaan Perikatan Nasional Setiausaha Agung parti itu Datuk Takiyuddin Hassan berkata P...
Mahathir Meraban Lagi Apa Kata Muhyiddin Najib Dan Aanwa Hangpa Sokong Anwar Biar Atok Sesoqang

Mahathir Meraban Lagi Apa Kata Muhyiddin Najib Dan Aanwa Hangpa Sokong Anwar Biar Atok Sesoqang

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 324 hits
Saya tak boleh maaf orang yang hancurkan parti saya kata Dr M October 1 2020 Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat menolak Najib Razak PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad tidak boleh memaafkan bekas perdana menteri Najib Razak yang didakwa mengh...
Mb Perak Pun Nak Menggelabah Juga Kenapa Patut Muhyiddin Yang Sokong Anwar

Mb Perak Pun Nak Menggelabah Juga Kenapa Patut Muhyiddin Yang Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 221 hits
Peja minta Anwar sokong Muhyiddin Dah tak ada majoriti dan nak tumbang kau nak suruh yang nak naik sokong yang nak tumbang ka yob adeiiiiiOctober 11 2020 Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersama sama memberi sokongan kepada Perdana Menteri Ta...
Bukankah Dahulu Pas Sokong Anwar Jadi Pm

Bukankah Dahulu Pas Sokong Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 308 hits
FB Ahmad Sayuti Bashiron KETETAPAN PARTI PAS Hanya Saudara Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri jika Pembangkang berjaya menguasai Kerajaan kenyataan media Pas Insan yg cukup berjasa yg mengemudi politik islah tajdid di Negar...
In Reiterating Support For Pm Muhyiddin Pas Calls Pkr S Anwar A Desperado Opportunist

In Reiterating Support For Pm Muhyiddin Pas Calls Pkr S Anwar A Desperado Opportunist

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 263 hits
Takiyuddin stated that PAS is confident that the Yang di Pertuan Agong will not entertain Anwar s attempt to remove the PN administration Picture by Miera ZulyanaKUALA LUMPUR Oct 11 PAS reiterated the support of all 18 of its elected member...
Panas Dua Ahli Parlimen Pas Pertimbang Sokong Anwar Tunggu Perkembangan Selasa

Panas Dua Ahli Parlimen Pas Pertimbang Sokong Anwar Tunggu Perkembangan Selasa

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 300 hits
Dua ahli parlimen Pas dikatakan akan turut serta memberikan sokongan kepada Anwar bagi memastikan jumlah sokongan Anwar Ibrahim kali ini mencecah dua pertiga di parlimen Bagaimanapun kedua dua ahli parlimen ini masih berdiam diri sehingga k...
Lebih 120 Anggota Parlimen Sokong Beri Ruang Ydpa Untuk Menelaah Dokumen Anwar

Lebih 120 Anggota Parlimen Sokong Beri Ruang Ydpa Untuk Menelaah Dokumen Anwar

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 297 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat sokongan lebih dari 120 Anggota Parlimen dan bukti itu disertakan dalam dokumen yang dipersembahkan kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahma...
1 Ringgit Berapa Rupiah Faktor Yang Mempengaruhi Implikasinya

Bagaimana Ketidakpastian Mega Cap Mempengaruhi Penurunan S P Dan Nasdaq

Wanda Hara Hadiri Kajian Hanan Attaki Pakai Cadar Berbuntut Panjang Kasusnya Dibawa Ke Jalur Hukum

Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal Terengganu

Melaka Ke Muzium Kapal Selam Sekali Lagi

Transform Your Home With Art Placement That Speaks Volumes

Peniaga Pisang Goreng Mengaku Culik Dua Kanak Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan

Kronologi Kes Zulfarhan Osman Zulkarnain



Kenapa Kita Gelarkan Masa Guna Istilah Second Minute Hour Day Week and Year

Biodata Ikhmal Nour Personaliti TikTok Terkenal

Apakah Fatwa Berkenaan Menanam Jambang dan Rambut Bagi Lelaki

Info Dan Sinopsis Drama Tonton Berepisod SeOfis Slot Samarinda TV3

Biodata Mek Yun Mek Kelate Personaliti TikTok Terkenal


Uqasha Senrose Akui Struggle Keluar Berdua Dengan Anak Beg Dia Saja Dah Dua

Pmx Tunai Solat Jumaat Di Kramat

Bahaya Membaca Kitab Yang Menyesatkan

Mgnews Pasar Datuk Keramat Terlalu Daif Kena Beri Perhatian Pm

Graduan Kejuruteraan Usahawan Sambal Acar Ikan Masin

Aktiviti Dengan Anak 003