Bukan Setakat Teman Masa Baby Keluar Ucaplah Terima Kasih Kucup Dahi Isteri


Saat nak bersalin atau melahirkan anak satu pengalaman yang sangat mendebarkan bagi wanita. Sakit itu sudah tentu, ditambah pula dengan macam-macam perasaan seperti takut, gelisah, seram semuanya ada.
Dalam masa menunggu detik kelahiran anak, terselit doa di ibu agar anak yang akan lahir itu nanti selamat dan sihat. Maka, ia adalah perkara yang normal jika seseorang wanita itu memerlukan teman di sisinya ketika sedang bertarung nyawa, berdepan dengan proses melahirkan.
Sebab itulah peranan suami penting untuk bagi semangat dan sokongan pada isteri. Tempoh ini ibaratnya isteri sedang bertarung nyawa untuk menghadiahkan zuriat tanda cintanya dalam rumah tangga.

Perkongsian dari Dr Nur Hanisah mengenai apa suami patut buat ketika di labour room sangat penting supaya dapat bertenang dan tak mudah gelabah untuk bagi sokongan pada isteri.
ANUGERAH SUAMI CONTOH
Asyik bercerita tentang perangai mak-mak je dalam labour room kan. Apa kata sekali ni kita cerita pasal bapak pulak?
Kalau haritu ada cerita tentang doktor dan misi sebagai pasukan sorak ibu bersalin. Bila sebut pasal ayah ni, boleh kata mewakili coach agaknya.
Teringat satu kenangan menyambut kelahiran bayi pertama sepasang suami isteri.
Sang suami begitu proaktif sekali dalam membantu si isteri. Apa yang kami sebut, itulah yang dia ikut.
“Teran kuat, ayang! Panjang! Panjang!”
Terharu saya dibuatnya. Sungguh, suami seperti dia benar-benar membantu kerja doktor dan misi semua.
Bila isterinya tak teran kuat mana, dia ikut menegur kesalahan isteri pula.
“Eh, jangan bunyi gitu! Ketap gigi! Kuat lagi! Lagi!”
Tersenyum saya dibuatnya. Teruja dengan kesungguhannya.
Apabila doktor memanggil sang suami,
“Encik, cuba tengok sini kepala anak dah sampai mana. Suruh isteri encik teran kuat lagi.”

Maka, dia encourage lagi dengan bersungguh-sungguh.
“Sambung! Sambung!”
Hampir tergelak saya dibuatnya.
Semangat betul dia!
Di saat kepala bayi kelihatan sudah mula mahu keluar, dia membuka kaki luas bagi tujuan merendahkan badan. Memastikan bisikan benar-benar sampai ke telinga isteri. Macam nak bersilat dah gaya dia waktu ni!
“Ok sayang! Last shoot! Last shoot!”
Allahu! Masa ni memang saya tak boleh tahan nak tergelak! Dia ingat agaknya dalam perlawanan bola sepak?
Akhirnya, si bayi selamat lahir.
Apabila doktor mengangkat bayi sambil bertanya, “Puan, sebut anak lelaki ke perempuan?”
Sang suami terlebih dahulu memberi respon teruja. Dia menekup muka dengan mata terbeliak. Antara terharu dan gembira.
“Doktor, saya dah boleh keluar, kan?”
Saya sangka, pasti dia mahu sujud syukur atas kegembiraan dikurniakan anak pertama mereka.
“Aha. Dah boleh encik.”
“Ok, doktor. Asyik suruh isteri teran, saya sendiri pulak nak terberak.”
Haha! Masa ni memang dah terpecah gelak! Lawak!
Memanglah dia boleh dapat Anugerah Suami Paling Proaktif dalam labor room ni!
So, nak share sikit tips untuk para suami yang teman isteri bersalin.
Pastikan isteri ikut arahan doktor/misi. Maksudnya kat sini, para suami kena peka! Dengar apa yang doktor/misi sebut. Ikut je ulang semula kepada isteri. Macam contoh suami dalam cerita tadi. Sampai doktor dan misi pun puji sebab dia telah membantu memudahkan urusan kami. Terbaik!
Jaga aurat isteri Ini boleh dilakukan semampunya. Di ambang masa kemuncak isteri untuk mula bersalin, selalunya si isteri akan tak senang duduk melawan sakit kontraksi. Bergolek ke kanan. Bergolek ke kiri.
Tak kena cara, boleh terdedah aurat mereka. Begitu juga tentang tudung. Selagi tidak memudaratkan isteri, jagalah bab ini. Si isteri memang tak mampu nak jaga aurat sendiri dah waktu ni. Kesakitan menguasai diri. Maka, tolonglah ‘jaga’ mereka ya, para suami mithali.
Baca zikir ke telinga isteri Terharu bila tengok ramai suami berbuat begini. Teruskan ya! Semoga isteri sentiasa dalam keadaan mengingati Tuhan Yang Esa. Dia jua yang Maha Memudahkan Segalanya.
Jaga solat isteri Tolonglah para suami. Cakna hal yang satu ini. Ikut mazhab Syafie, selagi tak keluar bayi, selagi itu wajib solat. Maka perlu cakna waktu solat dan arah kiblat ya. Belajar juga cara ambil wudhu guna spray.
Boleh dalami lagi ilmu tentang ni daripada ustaz ustazah. Islam itu mudah. Tetapi bukan untuk diambil mudah.

Berterima kasih kepada isteri Fuh! Sendiri tengok orang bersalin pun dah dapat rasa penat dia macam mana. Struggle tahap tinggi punya!
Para suami, ringankan mulut. Ucapkan terima kasih kepada isteri. Kucup dahi isteri tanda penuh menghargai. Ada saya tengok, suami lebih excited tengok bayi yang baru dilahirkan daripada isteri yang baru habis menang ‘berlawan’.
Memanglah si isteri dah tak kisah pun sebab lebih nak berasa lega daripada penat yang amat sangat. Tetapi alangkah sejuknya hati bila dapat lihat suami yang sudi layan isteri macam bidadari.
Oh ya! Apa salahnya berterima kasih juga kepada pasukan sorak (doktor dan misi) yang turut menyumbang jasa. Hormatilah mereka dengan tutur kata yang baik dan riak wajah yang manis. In syaa Allah, semua gembira!
Sekian sahaja.
Selamat menjadi seorang bapa yang penyayang kepada ibu dan anaknya!
Sumber: Dr Nur Hanisah
The post Bukan Setakat Teman, Masa Baby Keluar Ucaplah Terima Kasih & Kucup Dahi Isteri appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bukan-setakat-teman-masa-baby-keluar-ucaplah-terima-kasih-kucup-dahi-isteri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaa Suzuran Terima Calon Bakal Isteri Pilihan Ibu

Jaa Suzuran Terima Calon Bakal Isteri Pilihan Ibu

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 782 hits
Jaa Suzuran kumpul duit kahwin terima calon pilihan ibuJaa meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum usia mencecah 30 tahun Menerusi laporan mStar pada 10 Mei lalu Jaa turut mendedahkan ia bukan kali pertama dia melakukan gimik seperti itu...
Terima Kasih Abang Reaksi Adik Dapat Mainan Baru Buat Pemuda Ini Terharu

Terima Kasih Abang Reaksi Adik Dapat Mainan Baru Buat Pemuda Ini Terharu

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 297 hits
Setiap individu pastinya sukakan kejutan yang menggembirakan Lebih lebih lagi jika individu itu adalah kanak kanak Sudah tentu diri mereka terasa dihargai oleh orang dewasa Menerusi satu perkongsian di Twitter milik seorang pengguna dia tel...
Selamat Tinggal Jun Terima Kasih Atas Kenangan

Selamat Tinggal Jun Terima Kasih Atas Kenangan

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 358 hits
Assalamualaikum semua Alhamdulillah kita dah pun sampai ke hari terakhir di bulan Jun Ada banyak cerita yang Juju nak kongsikan dan simpan untuk kenangan dalam blog kesayangan Juju ni Tapi Juju belum sempat nak mengarang lagi Antara yang Ju...
Peserta Kursus Empower Ecer Selama 9 Bulan Terima Kasih Allah

Peserta Kursus Empower Ecer Selama 9 Bulan Terima Kasih Allah

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 424 hits
Assalamualaikum Hai hai hangpa semua Sihat Ciksu sihat Alhamdulillah Cuma sibuk dengan tugas harian sebagai SUPIR RANIAKU SAYANG Ciksu masih BERNIAGA ONLINE DAN OFFLINE Nak cari apa apa produk boleh whatsapp ciksu deh No hp ada di blog Bole...
Isteri Malu Keluar Angin Dari Faraj Suami Jangan Fikir Perkara Ini Lucu

Isteri Malu Keluar Angin Dari Faraj Suami Jangan Fikir Perkara Ini Lucu

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 598 hits
Tanda tanda rahim tidak sihat perlu diambil perhatian kalau anda tidak mahu ia jatuh Anda perlu sentiasa peka dengan perubahan diri Wanita terutamanya yang telah melahirkan anak jangan sesekali pandang remeh dengan petunjuk rahim tidak siha...
Tak Sempat Suami Sediakan Barang Baby Dah Selamat Keluar Bersama Air Ketuban Pengalaman Ibu Terberanak Di Rumah

Tak Sempat Suami Sediakan Barang Baby Dah Selamat Keluar Bersama Air Ketuban Pengalaman Ibu Terberanak Di Rumah

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 765 hits
Benarlah kata orang bersalinkan anak kedua dan seterusnya sememangnya amat mudah sehinggakan ibu sendiri tak dapat mengagak bila masanya waktu yang sesuai untuk ke hospital Pengalaman ibu ini satu pengalaman manis tapi mendebarkan bila mana...
Isteri Tmj Throwback Gambar Masa Remaja Ramai Seronok Duk Mengata Sesuatu Pasal Che Puan Khaleeda

Isteri Tmj Throwback Gambar Masa Remaja Ramai Seronok Duk Mengata Sesuatu Pasal Che Puan Khaleeda

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 774 hits
Yang Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Che Puan Datin Paduka Khaleeda Binti Bustamam merupakan isteri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Isteri TMJ Throwback Gambar Masa Remaja Ramai Serono...
Masa Berlalu Pantas Nina Iskandar Share Foto Baby Bump

Masa Berlalu Pantas Nina Iskandar Share Foto Baby Bump

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 503 hits
Suami dan saya teruja untuk mengumumkan kepada umum berita ini Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar telah berkongsi foto yang mendedahkan dirinya kini sudah hamil Menerusi laman Instagramnya pelakon berusia 28 tahun itu meluahkan...
Tarik Nafas Panjang Dalam Dalam Sekali Teran Je Baby Terus Keluar Tak Koyak Pun Mudahnya Cara Ibu Ni Bersalin

Tarik Nafas Panjang Dalam Dalam Sekali Teran Je Baby Terus Keluar Tak Koyak Pun Mudahnya Cara Ibu Ni Bersalin

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 479 hits
Jahitan selepas bersalin sememangnya buat ibu trauma seketika walaupun diberikan ubat bius Terasa ngilu yang berpanjangan pada kawasan faraj Inilah yang menakutkan semua ibu Namun bukan semuanya merasai jahitan ini ada juga ibu bertuah yang...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025