Bukan Sebab Peluh Je Ini 5 Punca Badan Berbau Yang Ramai Tak Tahu


Bukan Sebab Peluh Je, Ini 5 Punca Badan Berbau Yang Ramai Tak Tahu
Setiap orang mempunyai bau badan tersendiri, namun ia sebenarnya perkara semula jadi. Bau ini datang daripada gabungan peluh, bakteria pada kulit serta gaya hidup harian kita.
Selepas mandi atau semburan pewangi kegemaran, badan terasa segar dan harum. Namun, apabila seharian sibuk bekerja, berjalan di bawah terik mentari atau bersenam, bau badan boleh mula muncul tanpa kita sedari.
Hakikatnya, bau badan bukanlah perkara asing atau memalukan. Ia tidak semestinya menandakan seseorang itu tidak menjaga kebersihan diri. Tubuh setiap orang bertindak balas secara berbeza, menghasilkan aroma tersendiri yang dipengaruhi oleh genetik, makanan, dan rutin harian.
Namun begitu, apabila bau badan menjadi terlalu kuat, ia boleh menjejaskan keyakinan diri dan membuatkan orang di sekeliling berasa kurang selesa.
Ramai menyangka peluh adalah punca utama bau badan, sedangkan hakikatnya, ada banyak faktor lain yang boleh menyebabkan tubuh berbau tanpa kita sedar.
Jadi, kali ini SK akan kongsikan lima punca badan berbau supaya anda lebih faham apa sebenarnya berlaku pada tubuh dan bagaimana untuk mengatasinya, menurut The Healthy.
1. Kesan sampingan ubat Menurut pakar kesihatan wanita dan penulis buku She-ology, Dr. Sherry Ross, sesetengah ubat sebenarnya boleh menyebabkan peluh berlebihan dan mulut kering.
“Antara ubat yang paling biasa menyebabkan masalah ini termasuklah morfin, antihistamin, dekongestan, ubat antikemurungan tertentu, ubat tahan sakit, dan ubat pelemas otot,” jelasnya lagi.
Jika anda mengalami masalah ini, berbincanglah dengan doktor tentang kemungkinan menukar kepada ubat lain.
Sekiranya anda perlu terus mengambil ubat tersebut, cuba gunakan deodoran atau antipeluh jenis klinikal.
2. Ketagih makanan pedas Lain daripada itu, gas yang mengandungi sulfur ialah punca utama bau badan selepas anda makan makanan tertentu.
Pakar dermatologi dan penulis buku Asian Beauty Secrets, Dr. Marie Jhin menjelaskan bahawa makanan yang kaya dengan bawang putih, kari atau rempah ratus lain akan melepaskan gas ini apabila tubuh memecahkannya.
“Gas berbau ini akan dilepaskan melalui liang roma, menyebabkan badan berbau selama beberapa jam selepas makan,” tambahnya lagi.
Untuk mengelakkan masalah ini, anda perlu bijak memilih masa untuk menikmati makanan.
“Jangan makan makanan seperti ini sebelum mesyuarat penting atau janji temu,” jelasnya.
Jika anda sudah pun menikmati hidangan seperti bufet India untuk makan tengah hari, jangan panik. Banyakkan minum air, mandi jika boleh serta gunakan deodoran atau antipeluh.
3. Stres berlebihan Dr. Marie Jhin menjelaskan lagi yang berpeluh adalah tindak balas semula jadi tubuh terhadap tekanan tetapi yang lebih teruk, peluh paling berbau sebenarnya berlaku ketika anda sedang stres.
Peluh akibat stres datang daripada kelenjar apokrin dan pada asalnya tidak berbau, namun apabila bercampur dengan bakteria pada kulit, ia menghasilkan bau badan yang kuat dan tidak menyenangkan.
“Peluh yang terhasil akibat haba atau senaman pula mengandungi lebih banyak air dan elektrolit, sebab itu baunya berbeza,” jelasnya lagi.
Menurut The Healthy, untuk mengelakkan situasi “peluh stres” ini, gunakan deodoran atau antipeluh jenis klinikal terlebih dahulu supaya anda dilindungi apabila tekanan datang. Jika langkah ini masih tidak berkesan, anda boleh berbincang dengan doktor.
“Mencuci pakaian secara berkala dapat mengurangkan jumlah bakteria yang memecahkan peluh menjadi bahan penyebab bau,” tambah pakar dermatologi dari Georgia Dermatology & Skin Cancer Center di Augusta, Dr. Lauren Ploch.
4. Minum alkohol berlebihan Menurut Dr. Sherry Ross, apabila kita minum minuman beralkohol, tubuh akan memecahkan alkohol tersebut dan menyerapnya ke dalam aliran darah.
“Sebahagian daripadanya akan keluar melalui nafas dan peluh, sebab itulah anda boleh menghidu bau alkohol pada seseorang walaupun sebelum mengetahui mereka telah minum,” jelasnya lagi.
Tambahnya lagi, kesan ini menjadi lebih ketara jika seseorang kerap mengambil alkohol secara berlebihan. Apabila hati mula rosak, organ itu tidak lagi mampu memproses alkohol dengan baik, menyebabkan lebih banyak alkohol keluar melalui peluh dan menghasilkan bau badan yang kuat.
Dr. Shery Ross menyarankan supaya mengehadkan pengambilan alkohol atau elakkan terus daripada meminumnya. Jika ingin minum, cuba selang-selikan dengan air kosong dan hadkan kepada satu atau dua gelas sahaja.
Dr. Marie Jhin pula menasihatkan agar menukar pakaian dan mandi dengan sabun sebaik sahaja pulang dari bar bagi menghilangkan bau yang melekat pada kulit dan pakaian.
5. Tidak memakai stoking Menurut Dr. Marie Jhin lagi, sekiranya anda sarungkan kaki terus ke dalam kasut bertutup tanpa stoking, sama ada ketika memakai kasut tumit tinggi di tempat kerja, kasut flat atau kasut sukan kasual, anda sebenarnya sedang mengundang masalah kaki berbau.
“Memakai kasut tertutup tanpa stoking untuk menyerap lembapan menyebabkan kaki ‘berendam’ dalam peluh dan bakteria sendiri, dan pengumpulan ini boleh menyebabkan bau kaki yang kuat,” tambahnya.
Untuk mengelakkan masalah ini, Dr. Marie Jhin menyarankan agar menyapu antipeluh pada kaki sebelum memakai kasut, sama ada pada waktu pagi atau malam.
Jika boleh, tanggalkan kasut seketika di bawah meja bagi memberi ruang udara segar pada kaki, kerana ia dapat membantu menghalang pertumbuhan bakteria.
Sebaik sahaja pulang ke rumah selepas seharian memakai kasut, rendam kaki dalam campuran air dan cuka bagi membunuh bakteria yang menyebabkan bau.
The Heatlthy juga mencadangkan untuk jangan pakai kasut yang sama dua hari berturut-turut. Tukar-tukar kasut supaya ia sempat kering dan tidak memerangkap bau.
BACA: 5 Tanda Pelik Tubuh Anda Sebenarnya Mengalami Stres
Sumber: The Healthy
The post Bukan Sebab Peluh Je, Ini 5 Punca Badan Berbau Yang Ramai Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/21/bukan-sebab-peluh-je-ini-5-punca-badan-berbau-yang-ramai-tak-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Badan Sentiasa Panas Minum Air Kelapa Sehari Sebiji Membantu Ke

Badan Sentiasa Panas Minum Air Kelapa Sehari Sebiji Membantu Ke

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 103 hits
Assalamualaikum Minggu lepas beberapa hari berturut2 SA minum kenapa SA ada biasalah dah umur umur macam ni dah nak masuk 48 tahun next year pasti akan mengalami dan SA dah start hadapi di umur 47 tahun ni orang perempuan faham la apa tu ma...
Kajian Dedah Jalan Kaki Dengan Jumlah Langkah Ini Boleh Kekalkan Berat Badan

Kajian Dedah Jalan Kaki Dengan Jumlah Langkah Ini Boleh Kekalkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 80 hits
Kajian Dedah Jalan Kaki Dengan Jumlah Langkah Ini Boleh Kekalkan Berat Badan Dalam kehidupan seharian jalan kaki adalah aktiviti yang hampir semua orang lakukan Sama ada untuk ke tempat kerja pergi membeli belah atau sekadar bergerak di rum...
Filem Klepet Kemunculan Gadis Misteri Punca Pengembaraan Tiga Sahabat Jadi Kisah Komedi

Filem Klepet Kemunculan Gadis Misteri Punca Pengembaraan Tiga Sahabat Jadi Kisah Komedi

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 111 hits
Filem KLEPET Kemunculan Gadis Misteri Punca Pengembaraan Tiga Sahabat Jadi Kisah Komedi Suatu hari sedang mereka berseronok menaiki kenderaan motorhome namun pengembaraan tiga sekawan ini Paly Jany dan Wady terus bertukar tragedi dengan kem...
5 Jenis Minuman Sihat Untuk Buang Angin Cergaskan Badan

5 Jenis Minuman Sihat Untuk Buang Angin Cergaskan Badan

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 135 hits
Badan lemau perut kembung Dah tentulah mak mak paling selalu rasa Tapi Siapa je tak pernah rasa badan berangin Mak mak lagi laa dari pagi sampai malam kita ni tak berhenti bergerak urus rumah anak kerja Bila badan mula rasa tak selesa perut...
Ketahui Apa Itu Shilajit Khasiatnya Kepada Tubuh Badan

Ketahui Apa Itu Shilajit Khasiatnya Kepada Tubuh Badan

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 118 hits
Ketahui Apa Itu Shilajit Khasiatnya Kepada Tubuh Badan Dalam dunia perubatan terdapat banyak sumber ubat ubatan semula jadi yang mampu kita perolehi Pelbagai sumber dari tumbuh tumbuhan mampu dijadikan sebagai ubat ubatan kepada beberapa pe...
Pelajar Yang Maut Ditikam Beberapa Kali Di Bahagian Badan Polis

Pelajar Yang Maut Ditikam Beberapa Kali Di Bahagian Badan Polis

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 122 hits
Buletin TV3 nbsp KUALA LUMPUR Dua senjata tajam dipercayai digunakan pelajar Tingkatan Dua dalam kes bunuh pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama Petaling Jaya di sini tengah hari tadi dirampas polis Ketua Polis...
Amway Multivitamin Rahsia Badan Lebih Cerdas Dan Tak Lemau Lagi Ramai Tak Tahu Kesan Sebenar

Amway Multivitamin Rahsia Badan Lebih Cerdas Dan Tak Lemau Lagi Ramai Tak Tahu Kesan Sebenar

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 138 hits
Ramai rakyat Malaysia merungut badan cepat letih walaupun baru separuh hari bekerja Ada yang kata umur makin meningkat ada yang salahkan stress Tapi persoalannya adakah kita benar benar cukup nutrisi setiap hari Cuba fikir berapa banyak say...
Tular Kanak Kanak Maut Akibat Influenza Punca Sebenar Dalam Siasatan Dzulkefly

Tular Kanak Kanak Maut Akibat Influenza Punca Sebenar Dalam Siasatan Dzulkefly

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 128 hits
Tular Kanak Kanak Maut Akibat Influenza Punca Sebenar Dalam Siasatan Dzulkefly PUTRAJAYA 11 Okt Kementerian Kesihatan masih menjalankan siasatan terperinci berhubung punca sebenar kematian seorang kanak kanak berumur empat tahun di Samaraha...
Punca Kelewatan Membaca Dan Cara Membantu Murid

Punca Kelewatan Membaca Dan Cara Membantu Murid

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 152 hits
PUNCA MURID LEWAT MEMBACAKurang pendedahan awal tidak mendapat pendedahan membaca buku di rumah atau tiada bahan bacaan Bahasa pengantar berbeza bahasa di rumah berbaza dengan bahasa yang di pelajari di sekolah Kelemahan asas fonologi tidak...
Rm2m Per Psc Subang Mp Moots Increased Allocation Under Budget 2026

Caning Should Return To Schools Under Strict Rules But That S My Opinion Pm

Govt To Speed Up Building Of Concrete Wall Along Thai Border

Kl Lites Better Plan Wfh Lest Face Road Disruptions Anti Trump Protests In Asean Summit Run Up

Cara Perbaharui Sijil Beranak Tulisan Tangan

Komando Serang Masjid Rusila

Sarawak Secured Largest Share Of Petronas S Spending In Past 7 Years Dewan Told

Kings Of The Road Joey Dunlop S Honda V4 Race Bikes Sell At Stafford


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jam Tangan Pintar Tank T4 Dan Tank M4

Begini Kisahnya Kee Kok Thiam

7 Petua Legakan Resdung Dengan Cepat No 7 Paling Berkesan

How The Ai Barbie Trend Became A Defining 2025 Pop Culture Moment

Malaysia Negara Islam Bukan Syurga Arak

Resipi Kek Mentega Sedap Mudah 15 Variasi Moden Yang Pasti Menjadi