Tular Kanak Kanak Maut Akibat Influenza Punca Sebenar Dalam Siasatan Dzulkefly


Tular Kanak-Kanak Maut Akibat Influenza: Punca Sebenar Dalam Siasatan – Dzulkefly
PUTRAJAYA, 11 Okt (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) masih menjalankan siasatan terperinci berhubung punca sebenar kematian seorang kanak-kanak berumur empat tahun di Samarahan, Sarawak yang disyaki berkaitan jangkitan Influenza A.
Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ujian makmal menunjukkan kanak-kanak berkenaan positif Influenza A, namun komplikasi utama yang dikenal pasti ialah radang otak yang menyebabkan sawan.
“Ujian makmal menunjukkan positif jangkitan Influenza A, namun perlu diingat komplikasi utamanya adalah radang otak, yang lazimnya boleh menyebabkan sawan, keadaan ini juga boleh disebabkan pelbagai virus lain.
“Jadi kita masih belum dapat mengesahkan sepenuhnya bahawa ia disebabkan iinfluenza A, walaupun diagnosis awal (menunjukkan ke arah itu). Adalah lebih baik kita tunggu untuk kita dengar diagnosis akhir,” katanya kepada media selepas majlis sambutan Hari Hospis dan Rawatan Paliatif Sedunia 2025 di sini hari ini.
Dzulkefly berkata pihaknya menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menegaskan bahawa hasil siasatan penuh perlu ditunggu sebelum sebarang kesimpulan dibuat.
Beliau berkata kebanyakan kes influenza yang dikesan di seluruh negara menunjukkan simptom ringan dan buat masa ini situasi masih berada pada tahap terkawal meskipun terdapat wabak yang membimbangkan.
Dzulkefly berkata sebanyak 116 wabak dan 97 kluster influenza dikesan setakat ini dan keadaan itu tidak boleh dipandang ringan, namun orang ramai tidak perlu panik.
Beliau mengingatkan orang ramai yang mengalami gejala supaya memakai pelitup muka, mengamalkan kebersihan tangan, mengelakkan tempat sesak serta melindungi orang lain daripada jangkitan.
“KKM akan terus menjalankan pemantauan melalui sistem pengawasan ILI (penyakit seperti influenza) dan SARI (jangkitan pernafasan akut teruk).
“Kami juga bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan bagi menyalurkan maklumat terkini serta memberi nasihat mengenai tahap keseriusan situasi semasa,” katanya.
Sumber: Bernama
The post Tular Kanak-Kanak Maut Akibat Influenza: Punca Sebenar Dalam Siasatan – Dzulkefly appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/11/tular-kanak-kanak-maut-akibat-influenza-punca-sebenar-dalam-siasatan-dzulkefly/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Panggil Sayang Amp Wife Pada Bff Tular Gadis Tampil Jelaskan Hubungan Sebenar Keluarga Pun Tahu

Video Panggil Sayang Amp Wife Pada Bff Tular Gadis Tampil Jelaskan Hubungan Sebenar Keluarga Pun Tahu

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 534 hits
Sebuah video TikTok yang memaparkan kemesraan dua gadis bertudung mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial Aksi mereka berpelukan di hadapan cermin dan gambar cium pipi yang tersebar membuatkan netizen mula berspekulasi bahawa mereka pas...
Hiburan Tiada Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Punca Utama Bayi Usia Setahun Tercampak Keluar Anthony Loke

Hiburan Tiada Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Punca Utama Bayi Usia Setahun Tercampak Keluar Anthony Loke

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 676 hits
Melalui laporan tidak menggunakan kerusi keselamatan kanak kanak menjadi punca utama seorang bayi berusia setahun tercampak keluar daripada kereta yang dipandu oleh ibunya dalam nahas ngeri yang berlaku di Plaza Tol Bukit Kajang Sabtu lalu ...
Elly Mazlein Tinggalkan Radio Era Fm Tak Tahu Punca Sebenar Sumber

Elly Mazlein Tinggalkan Radio Era Fm Tak Tahu Punca Sebenar Sumber

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 393 hits
Sebelum ini pelakon dan penyanyi Elly Mazlein memaklumkan dia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai sebarang acara anugerah Terbaru selebriti versatil itu dikhabarkan itu bakal menamatkan khidmatnya sebagai penyampai rad...
Murid Ppki Sk Meru Meninggal Dunia Akibat Influenza A

Murid Ppki Sk Meru Meninggal Dunia Akibat Influenza A

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 216 hits
Murid PPKI SK Meru Meninggal Dunia Akibat Influenza A SHAH ALAM 16 Okt Seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Meru Klang dekat sini meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan Influenza A awal pagi tadi Ketua Pol...
Sekolah Tutup Kkm Kpm Bincang Keperluan Jika Kes Influenza Meningkat Dr Dzulkefly

Sekolah Tutup Kkm Kpm Bincang Keperluan Jika Kes Influenza Meningkat Dr Dzulkefly

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 357 hits
Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan bagi mempertimbangkan tindakan lanjut termasuk kemungkinan menutup sekolah sekiranya berlaku peningkatan penularan kluster influenza Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkef...
Semua Ipt Diingatkan Ambil Langkah Elak Influenza Tular

Semua Ipt Diingatkan Ambil Langkah Elak Influenza Tular

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 145 hits
Kementerian Pendidikan Tinggi berkata tidak memandang ringan penularan influenza dan memantau rapi perkembangan Menteri Zambry Abd Kadir berkata Kementerian Pendidikan Tinggi tidak terima sebarang maklumat tentang penularan influenza di IPT...
Ketahui Perbezaan Influenza A Influenza B

Ketahui Perbezaan Influenza A Influenza B

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 245 hits
Ketahui Perbezaan Influenza A Influenza B Sekarang ini ramai yang mula mengadu diserang selesema ditambah pula dengan hidung berair batuk dan badan yang terasa lemah Penyakit ini sebenarnya mudah merebak melalui titisan pernafasan apabila s...
Tihani Positive Influenza A

Tihani Positive Influenza A

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 244 hits
Kesayangan SA ni demam dan positive Influenza A Assalamualaikum Aunty UncleTihani demam dan positive influenza A mohon doakan Tihani ye hari ni dah kebah tapi Ibu Tihani plak dah tumbang tolong doakan ye mana tau ada antara doa doa aunty da...
34 Mrsm Laksanakan Pdpr Susulan Penularan Influenza Pengerusi Mara

34 Mrsm Laksanakan Pdpr Susulan Penularan Influenza Pengerusi Mara

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 149 hits
34 MRSM Laksanakan PdPR Susulan Penularan Influenza Pengerusi MARA KUALA LUMPUR 12 Okt Majlis Amanah Rakyat mengarahkan 34 Maktab Rendah Sains MARA melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah susulan penularan jangkitan influenza dala...
Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Attention

Skuad Harimau Malaya B 23 Sesi Pemanas Badan Menjelang Perlawanan

Minta Sunting Gambar Konvokesyen Terhibur Lihat Hasil Tukang Edit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cucur Cendawan Enoki Rangup Ketagih Resipi Mudah Tapi Padu

Mata Wang Kripto Uniswap Hari Ini Berpotensi Untuk Meneruskan Kecenderungan Menurun

Mabuk Kerongsang

Ucapan Maaf Mohon Halalkan Segala Kebaikan

Permohonan Bazar Ramadan Syawal Kl 2026

Memahami Perbezaan Jaminan Dan Cagaran Dalam Pinjaman