Kajian Dedah Jalan Kaki Dengan Jumlah Langkah Ini Boleh Kekalkan Berat Badan


Kajian Dedah Jalan Kaki Dengan Jumlah Langkah Ini Boleh Kekalkan Berat Badan
Dalam kehidupan seharian, jalan kaki adalah aktiviti yang hampir semua orang lakukan. Sama ada untuk ke tempat kerja, pergi membeli-belah atau sekadar bergerak di rumah.
Aktiviti mudah ini sebenarnya memberi banyak manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan stamina, memperbaiki peredaran darah, serta membantu badan kekal aktif.
Dalam masa sama, aktiviti mudah ini juga memberi kesan positif kepada kesihatan mental dan menstabilkan emosi.
Namun, tahukah anda bahawa berjalan kaki juga boleh bantu mengekalkan berat badan dalam jangka masa panjang?
Jika anda pernah mengubah tabiat pemakanan dan senaman untuk menurunkan berat badan, anda tentu tahu bahawa cabaran yang lebih besar adalah mengekalkan berat itu dalam jangka masa panjang.
Lama-kelamaan, pasti anda akan penat mengira kalori atau mengamalkan diet harian.
Kali ini, SK akan kongsikan hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik tentang bagaimana aktiviti berjalan kaki mampu membantu mengekalkan berat badan dengan lebih berkesan.
Jalan kaki dengan jumlah langkah ini boleh kekalkan berat badan
Menurut The Healthy, idea jalan kaki 10,000 langkah sehari sebenarnya tidak disokong fakta saintifik. Kajian baru mengenai penurunan berat badan dari Universiti Vanderbilt menemui satu jumlah yang lebih tepat.
Universiti Harvard mendedahkan bahawa cadangan tradisional 10,000 langkah berasal daripada kempen pemasaran untuk pedometer Jepun yang dijual pada tahun 1965.
Syarikat tersebut mahu pelanggannya berjalan lebih banyak langkah setiap hari, agar pedometer cepat haus dan pelanggan akan membeli yang baru.
Baru-baru ini, satu kajian mendapati bahawa 7,000 langkah sehari baik untuk kesihatan jantung, manakala berjalan kaki sebanyak 8,000 langkah pula mengurangkan risiko kematian pramatang.
Memandangkan 10,000 langkah sehari bersamaan dengan kira-kira lima batu, ini bermaksud hanya dengan berjalan sekitar tiga hingga empat batu pun sudah cukup untuk menyokong kesihatan jantung dan meningkatkan jangka hayat.
Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mencadangkan jika anda bermetabolisme perlahan, anda perlu lebih aktif berjalan untuk mengekalkan berat badan.
Doktor telah menjalankan satu kajian Lapan orang doktor di Vanderbilt telah menjalankan satu kajian yang diterbitkan pada 27 Mac 2024 dalam JAMA Open Network.
Mereka menganalisis data daripada 3,124 peserta dengan purata umur 51 tahun dan BMI melebihi 30. Daripada jumlah itu, 73% peserta adalah wanita. Semua peserta turut memakai peranti penjejak selama lima tahun bagi memantau perubahan berat badan mereka.
Hasil kajian mendapati individu yang mempunyai risiko genetik tinggi terhadap obesiti berjaya mengekalkan berat badan apabila berjalan lebih banyak setiap hari.
Mereka yang berada pada tahap risiko genetik tertinggi perlu berjalan purata 11,020 langkah sehari, bersamaan kira-kira 4.75 batu, berbanding purata peserta lain iaitu 8,326 langkah.
Menurut The Healthy, semakin tinggi risiko genetik obesiti, semakin banyak langkah diperlukan untuk menurunkan berat badan.
Namun, penyelidik menegaskan bahawa gen bukan satu-satunya faktor yang menentukan berat badan. Aktiviti fizikal yang konsisten boleh membantu mengatasi kecenderungan genetik terhadap obesiti.
Walau bagaimanapun, kajian ini hanya melibatkan peserta berketurunan Eropah dan memerlukan penyelidikan lanjut terhadap kumpulan yang lebih pelbagai.
BACA: Kajian Dedah 5 Jenis Minuman Yang Bantu Kurangkan Kolesterol Jahat
Sumber: The Healthy
The post Kajian Dedah Jalan Kaki Dengan Jumlah Langkah Ini Boleh Kekalkan Berat Badan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/23/kajian-dedah-jalan-kaki-dengan-jumlah-langkah-ini-boleh-kekalkan-berat-badan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
30 Oktober 2025 Monolog Jiwa 4 Bila Langkah Terasa Berat

30 Oktober 2025 Monolog Jiwa 4 Bila Langkah Terasa Berat

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 168 hits
30 Oktober 2025 Monolog Jiwa 4 Bila Langkah Terasa Berat Ada hari langkahku terasa sangat berat seperti menyeret beban yang tak terlihat Namun aku percaya selagi aku masih melangkah aku masih hidup dalam rahmat Mu Doa Ya Allah ringanlah lan...
Kajian Terkini Dedah Fakta Mengejutkan Pasal Telur Lelaki

Kajian Terkini Dedah Fakta Mengejutkan Pasal Telur Lelaki

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 147 hits
Kajian Terkini Dedah Fakta Mengejutkan Pasal Telur Lelaki Baru baru ini perkongsian seorang doktor di media sosial menarik perhatian ramai apabila beliau mendedahkan hasil kajian sains yang dikatakan mampu mengubah pandangan dunia tentang k...
Pakar Dermatologi Dedah 5 Tabiat Sebelum Tidur Yang Boleh Rosakkan Kulit Muka

Pakar Dermatologi Dedah 5 Tabiat Sebelum Tidur Yang Boleh Rosakkan Kulit Muka

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 137 hits
Pakar Dermatologi Dedah 5 Tabiat Sebelum Tidur Yang Boleh Rosakkan Kulit Muka Waktu malam selalu dianggap masa terbaik untuk memanjakan kulit selepas seharian terdedah kepada cahaya matahari habuk dan tekanan kerja Selain itu ramai yang men...
10 000 Langkah Kenapa Kaki Kena Rajin Melangkah

10 000 Langkah Kenapa Kaki Kena Rajin Melangkah

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 193 hits
Siapa tak nak sihat dan cergas kan Selalu kita dengar pasal diet ketat senaman berat atau pergi gym Tapi ada satu senaman paling senang free dan boleh buat hari hari iaitu berjalan kaki Khususnya kempen 10 000 langkah sehari yang popular tu...
Quantum Echoes Teknologi Baharu Google Yang Boleh Baca Struktur Molekul Dengan Lebih Tepat

Quantum Echoes Teknologi Baharu Google Yang Boleh Baca Struktur Molekul Dengan Lebih Tepat

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 123 hits
Google hari ini mengumumkan pencapaian baharu dalam bidang pengkomputeran kuantum apabila berjaya menjalankan algoritma yang disahkan lebih pantas daripada superkomputer terpantas dunia Ia menandakan kali pertama dalam sejarah kelebihan kua...
Mendefinisikan Semula Jam Tangan Boleh Pakai Lasak Kospet Lancar Jam Tangan Pintar Tank T4 Dan Tank M4

Mendefinisikan Semula Jam Tangan Boleh Pakai Lasak Kospet Lancar Jam Tangan Pintar Tank T4 Dan Tank M4

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 179 hits
GNSS Dwi Jalur Mod Selam dan Reka Bentuk Pemenang Anugerah Kini Tersedia untuk Pengguna MalaysiaKOSPET inovator global dalam teknologi jam tangan pintar lasak secara rasmi melancarkan jam tangan boleh pakai luar yang paling canggih setakat ...
Sah Pasport Menantu Muhyiddin Ni Sudah Dibatalkan Tapi Macam Mana Dia Boleh Bergerak Di Luar Negara

Sah Pasport Menantu Muhyiddin Ni Sudah Dibatalkan Tapi Macam Mana Dia Boleh Bergerak Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 199 hits
BernamaMenteri KDN berkata pihaknya akan semak bagaimana Adlan Berhan boleh bergerak di luar negara sedangkan pasportnya telah dibatalkan Menantu bekas PM Muhyiddin Yassin Adlan Berhan meninggalkan negara ini menuju ke New Zealand pada 17 M...
Pernikahan Uqasha Boleh Jadi Tak Sah Kalau Betul Apa Yang Dinyatakan Uqasha Senrose

Pernikahan Uqasha Boleh Jadi Tak Sah Kalau Betul Apa Yang Dinyatakan Uqasha Senrose

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 245 hits
Apa yang berlaku berdasarkan gambar ni 1 Suhailyazreen bagi komen info teknikal dia cakap pasal proses ambil sijil nikah kad nikah boleh semak kalau ada kesilapan dan boleh buat pembetulan kalau perlu Nada dia macam nak bantu secara prosedu...
Ai Tidak Boleh Dipercayai Sebagai Panduan Mengundi Pilihan Raya

Ai Tidak Boleh Dipercayai Sebagai Panduan Mengundi Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 140 hits
Pihak Berkuasa Perlindungan Data Belanda memberi amaran pada Selasa bahawa chatbot kecerdasan buatan adalah tidak boleh dipercayai dan jelas berat sebelah apabila memberikan nasihat berkaitan pilihan raya hanya lapan hari sebelum pengundian
Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

Cadangan Teresa Tak Hormati Sultan Kedah Jangan Sentuh Isu Babit Institusi Raja Mahdzir Khalid

Best Life Insurance Plan Malaysia Compare Choose The Right Policy

Kotak Produk Eco Friendly Pilihan Bijak Untuk Jenama Yang Prihatin Alam Sekitar

Jika Cinta Itu Buta Drama Penuh Plot Twist Sampai Geram Rasa Nak Sekeh Je

Tomyam Putih Vs Ikan Siakap Sambal

Nasi Ulam Utara Resipi Sedap Power Yang Wajib Cuba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kajian Korea Dakwa Risiko Kanser Naik Selepas Vaksin Covid 19

Mahkamah Agung Pakistan Mengadakan Mesyuarat Setelah Peletakan Jawatan Hakim Hakim

Hari Perlawanan 8 Pertarungan Epik Menanti Di Arena

Tajuk Caj Jalan Baru Di Genting Reaksi Terkejut Dari Pengguna

Saya Adalah Anak Cucu Pejuang Sanusi Tak Gentar Pertahankan Hak Amp Kebenaran

Enam Meninggai 25 Cedera Hotel Lima Bintang Terbakar