Bukan Sebab Ahli Umno Tun M


PUTRAJAYA: Tindakan pendakwaan oleh agensi penguatkuasaan ke atas pemimpin-pemimpin UMNO bukan kerana mereka dari parti Melayu itu namun kerana mereka telah melakukan jenayah.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, terdapat beribu kes rasuah berlaku ketika pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.
“Kita mempunyai beribu kes hasil pemerintahan Najib. Kita tidak boleh buat 1,000 kes dalam satu hari, kita tumpu kepada yang besar-besar sahaja dan yang besar-besar ini kebanyakannya membabitkan UMNO.
“Sebab itu kita ambil tindakan terhadap orang ini dan bukan kerana dia UMNO, tapi kerana dia lakukan jenayah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai AntiRasuah (JKKMAR) di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.
Beliau mengulas persoalan sama ada kerajaan membuat pendakwaan berpilih berikutan hanya pemimpin UMNO yang didakwa dengan kes rasuah dan bukan pemimpin atau ahli dari parti lain seperti MCA, MIC atau Gerakan.
Ditanya mengenai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan kes pembelian kapal selam Scorpene, Dr. Mahathir berkata, suruhanjaya itu berhak melihat semula kes itu jika mempunyai bukti mencukupi.
“Kalau ada bukti dan keraguan (hanky panky) dalam pembelian kapal selam itu. Tetapi kerajaan ini belum mendapat laporan serius tentang rasuah,” katanya.
Namun begitu, ketika ditanya sama ada beliau sendiri menyedari kes itu disiasat kembali, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak menyedari perkara itu.
Isnin lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke ibu pejabat SPRM di sini bagi memberi keterangan berhubung kes terbabit.
Pembelian dua kapal selam Perancis itu dilakukan pada 2002 ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.
Najib menyelia pembelian dua kapal selam jenis Scorpene dan satu kapal selam jenis Agosta daripada unit limbungan tentera laut Perancis, DCN, bernilai hampir STG1 bilion (AS$1.17 bilion).
Sementara itu ditanya sama ada beliau menyedari berkaitan dakwaan lapan daripada sepuluh kontrak di bawah sebuah kementerian diberikan secara terus dan dakwaan juga menyebut anak kepada menteri berkenaan terbabit, Dr. Mahathir memberitahu, dakwaan itu akan disiasat SPRM.
The post Bukan Sebab Ahli UMNO – Tun M appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/bukan-sebab-ahli-umno-tun-m/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Dedah Tun Mahathir Tak Mahu Terima Ahli Parlimen Umno

Zahid Dedah Tun Mahathir Tak Mahu Terima Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 214 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengenal pasti 12 ahli Parlimen Umno yang tidak diterima dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia dakwa Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Loading Zahid Hamidi mendakwa presiden Bersatu menjemput beliau...
Ahli Umno Wajar Sama Sama Ikut Langkah Tok Pa Sokong Tun M Mahfuz

Ahli Umno Wajar Sama Sama Ikut Langkah Tok Pa Sokong Tun M Mahfuz

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 259 hits
Tindakan Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar UMNO memberi mesej kepada semua pihak termasuk ahli parti itu sendiri agar bersama sama menyokong dan mendukung kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ...
Srikandi Desak Pkr Pecat Ahli Baru Amal Budaya Politik Umno

Srikandi Desak Pkr Pecat Ahli Baru Amal Budaya Politik Umno

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 228 hits
Siti Aishah Shaik Ismail memberi amaran kepada bekas pemimpin Umno supaya tidak membuat onar atau mereka akan dipecat PKR SHAH ALAM Srikandi PKR mendesak kepimpinan parti memecat bekas pemimpin Umno yang mengamalkan budaya politik parti kom...
Hussin Umno Contoh Kesetiaan Ahli Kepada Parti

Hussin Umno Contoh Kesetiaan Ahli Kepada Parti

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 231 hits
Ini Hussin UMNO Hussin setia pada parti UMNO Sebab itu di FB nama dia adalah Hussin UMNO Dia bukan pemimpin UMNO hanya ahli biasa di satu cawangan dalam Parlimen Machang Kelantan Kesetiaan Hussin UMNO pada UMNO tidak berubah biarpun ada yan...
Saya Suruh Zahid Bubar Umno Tun M

Saya Suruh Zahid Bubar Umno Tun M

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menyuruh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membubarkan UMNO kerana parti itu sudah tiada Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata UMNO kini hanyalah badan berd...
2 Ahli Parlimen Umno Lompat Masuk Pas

2 Ahli Parlimen Umno Lompat Masuk Pas

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 593 hits
Ini respon terhadap dakwaan pemimpin PAS yang mengatakan ahli parlimen UMNO yang lompat parti ke PH adalah pengkhianatan Andai kata ada 1 atau 2 orang ahli parlimen UMNO atau dari PH yang melompat ke parti PAS Bagaimana pula takrifannya Jad...
Bekas Ahli Umno Tak Akan Kuasai Bersatu Kata Dr Mahathir

Bekas Ahli Umno Tak Akan Kuasai Bersatu Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 263 hits
Diterbitkan 9 Nov 2018 5 17 petangPengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad berkata partinya hanya akan menerima bekas ahli Umno yang terbukti tidak lagi terikat dengan perjuangan Umno dan mereka yang mementingkan wang Dalam mesej video yang di...
Ahli Umno Harus Terima Realiti 1mdb Kj

Ahli Umno Harus Terima Realiti 1mdb Kj

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 237 hits
Ahli Umno harus menerima hakikat mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad kerana penafian akan terus menjejaskan parti kata Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Dalam temubual bersama Utusan Malaysia Khairy berkata ahli Umno tidak bo...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Unveiling The Convenience Of Online Bookstore In Malaysia

Pilihan Allah Pasti Terbaik Kita Tidak Bisa Memaksa Pilihan Kita Kepada Allah

True Wallet Live22 Top 53 By Nellie Live22slot Fun 29 Jun 2024

Konfflik Irael Iran 3 Suasana Terkini

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Bercakap Dengan Jun