Bukan Sebab 1mdb Bossku Rosmah Bn Kalah Pru 14



KETIKA bertemu bekas Ketua Menteri Melaka, DATUK SERI IDRIS HARON baru-baru ini, figura politik itu memulakan bicara dengan menyatakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor bukanlah penyebab kekalahan Barisan Nasional (BN) pada 2018.
Disoal mengapa berhujah demikian, Idris memaklumkan, beliau telah melakukan soal selidik untuk mengetahui punca sebenar, sementelah dirinya turut dikaitkan dengan kejatuhan Melaka kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Kepada wartawan Utusan Malaysia, HADI AB. MANAP dan MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI serta jurugambar, RASUL AZLI SAMAD, Idris membentangkan lima dapatan yang diperolehnya berhubung penolakan rakyat terhadap UMNO dan BN.
UTUSAN: Apa lima dapatan yang Datuk Seri peroleh daripada kajian tersebut?
IDRIS: Ramai tuding jari apabila kalah disebabkan satu punca iaitu 1MDB, Bossku, Rosmah. Tapi ketika itu tiada sebarang kajian empirikal menjurus kepada alasan-alasan yang diberikan. Di Melaka, pasal Deris (saya) kita kalah. Jadi, bila semua menuding jari pada saya, saya rasa biarlah saya lakukan kajian dan akhirnya saya menghantar tujuh ke lapan orang untuk bertanya sektor-sektor berkepentingan termasuk ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
Yang pertama, pengurusan media sosial. Saya tidak percaya sebenarnya, kemudian bila saya tengok angka-angka yang menyumbang, betul BN ketika itu sebagai tonggak kerajaan kalah segenap penjuru dalam peperangan media sosial. Saya pun pelik kerana peruntukan besar, akhirnya kalah segenap penjuru. Panglima injured (cedera) sampai ke cybertropper kena tembak habis.
Kedua, tidak menyantuni bekas pemimpin. Contoh, saya ambil Tun Dr. Mahathir Mohamad, seorang bekas Perdana Menteri. Betul, dia buka Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan akhirnya menggerakkan PH (Pakatan Harapan). Tapi kita kena tengok balik sebab Tun berada di kedudukan itu. Seorang Perdana Menteri, 22 tahun memimpin negara akhirnya diperlakukan demikian. Saya pernah dengar suatu ketika Tun dilabelkan ‘kutty’, datang dari Kerala, India. Ada pemimpin tunjuk kad pengenalan beliau dan sebagainya.
Ketiga, terlalu yakin Sabah dan Sarawak sebagai deposit tetap. Kita take for granted. Tak apa, biarkan Sabah, Sarawak dengan gaya dan cara politik mereka. Lebih-lebih lagi Sarawak, kita menang besar dalam pilihan raya negeri (PRN). Aura kejayaan Sarawak itu menyebabkan kita memikirkan Sabah dan Sarawak adalah fix deposit for BN.
Keempat, tangguh tarikh PRU-14 terlalu lama. Kita ambil masa terlalu lama selepas bubar pada 2013 sampai ke 2018. Saya tak pasti mengapa sebab ditangguh, tapi ada penerangan yang mengatakan kalau kita buat pilihan raya selepas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017), kita boleh menang. Sebab semangat Malaysia tengah tinggi manakala Pas dan Amanah (Parti Amanah Negara) tengah berpecah ketika itu. Kita tidak ambil masa dan peluang yang sesuai masa itu.
Kelima, adalah percaturan tiga penjuru. Saya ambil daripada pengalaman Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar apabila arwah Tan Sri Noriah Kasnon jatuh helikopter dan arwah Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad meninggal pada insiden sama. Jadi, kita letakkan tiga penjuru, Pas lawan PKR lawan BN. Kita menang besar di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Dua pilihan raya kecil (PRK) ini menjadi template kepada PRU-14.
Tewas kemudian kembali menjadi sebahagian kerajaan tanpa pilihan raya. Adakah UMNO telah berubah?
UMNO tidak berubah. Sikap yang membayangkan UMNO ini rakus kuasa, UMNO mesti berkuasa, UMNO mesti jadi dominasi walaupun tidak mendominasi. Ini adalah satu sikap penafian, denial syndrom yang akan menjerumuskan UMNO ke lembah yang lebih teruk.
Pertama kali dalam sejarah, seorang Naib Presiden diangkat sebagai Perdana Menteri. Komen?
Dinamik politik cukup hebat. Pada ketika ini, apabila kita dapat melihat satu gagasan kepimpinan negara yang tidak diketuai pemimpin-pemimpin parti. Maknanya, semua presiden parti memerhati dari luar. Tan Sri Muhyiddin Yassin memerhati dari luar. Yang ada dalam Kabinet ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga duduk di luar. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan juga duduk di luar memerhati. Maknanya kita sudah menjurus kepada reformasi politik semula jadi, terjadi dengan sendirinya.
Kalau kita perhati, ini berlaku di Indonesia. Presiden parti, Megawati Sukarnoputri duduk luar, Joko Widodo (Jokowi) duduk di dalam. Indonesia dapat reformasi ini setelah 20 tahun.
Senario ini juga mungkin akan mewujudkan perpecahan dalam UMNO. Pendapat Datuk Seri? Perpecahan tidak dapat elak kerana setiap presiden parti dan perdana menteri ada perpecahan. Bila ada pemecatan ada perpecahan, tapi perpecahan itu perlu dianggap sebagai satu peluang.
Mesti dianggap sebagai satu peluang untuk pembentukan kekuatan yang baharu. Kekalahan atau perpecahan, gunakan sebagai peluang untuk menerobos suatu era baharu.
Contohnya, kalau kita buat jajaran baharu dengan DAP, kalau alah dengan nama DAP, tukarlah nama yang kita suka. Contoh, Malaysia Democratic Party (MDP). Buat satu gagasan besar kombinasi rakyat Malaysia. Melayu, Cina dan India masuk dalam satu era baharu menang dua pertiga majoriti di Parlimen.
Bila menang dua pertiga, boleh ubah perlembagaan. Boleh buat kawasan-kawasan baharu, buka Parlimen baharu. Banyakkan kerusi-kerusi Melayu supaya Melayu regain power. Dan saya yakin DAP akan benarkan, kerana ia proses demokrasi.
Pandangan Datuk Seri tentang situasi kerajaan Keluarga Malaysia?
Ramai kata Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah bayangan kepimpinan Majlis Tertinggi (MT) UMNO masa akan datang. Di mana Ismail Sabri sebagai Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Timbalan Presiden.
Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, Datuk Seri Dr. Adham Baba, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Khairy Jamaluddin sebagai Naib-naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, semua sudah siap.
Ketua Wanita, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Mohd. Shahar Abdullah sebagai Ketua Pemuda. Ini bayangan MT UMNO masa akan datang.
Jadi, sekali gus Kabinet yang diumum sepatutnya menentang Covid-19, tapi jadi Kabinet menentang Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Kalau dinafikan Ismail Sabri dan Ahmad Zahid pun, tapi itulah persepsi rakyat hari ini. Inilah bayangan kepimpinan UMNO pada masa hadapan. Sama ada ahli boleh terima atau tidak, tunggulah pemilihan UMNO nanti. Pertama kalinya seorang Presiden UMNO duduk di luar dan yang jadi Perdana Menteri adalah Naib Presiden.
Pernah berlaku dahulu, Tunku Abdul Rahman umpamanya yang membenarkan Tun Abdul Razak Hussein menjalankan tugas-tugas Perdana Menteri sebelum pilihan raya.
Jadi sekarang ni berlaku, tapi sejauh mana ia boleh berlaku atau boleh menggugat kestabilan UMNO, kerana masing-masing ada kelompok penyokong? Kalau ikut pandangan saya, akan berlaku satu perpecah-belahan nyata dalam UMNO apabila sampai tempoh pemilihan, sama ada sebelum atau selepas pilihan raya.
Jadi pelantikan Ismail Sabri bukanlah sesuatu yang sihat?
Ia tidak sihat. Sudah pasti kita mahu ada gaya simbiosis, bukan parti menguasai kerajaan tetapi kerjasama mantap dalam kalangan parti dan kerajaan. Kalau setakat mensiap-siagakan kerajaan untuk menduduki kepimpinan parti, itu satu budaya yang tidak sihat. Yang pasti rakyat akan menilai, takut nanti hukuman akan kembali kepada kerajaan yang memerintah. Takut kita ditolak apabila tiba pilihan raya umum.
UTUSAN: Selepas tewas jawatan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu. Adakah Datuk Seri bakal kembali bertanding?
IDRIS: Pemilihan UMNO? Saya masih lagi ketua cawangan dan minat saya bergantung kepada suasana semasa. Semangat pemilihan ini mesti berasaskan keupayan, kebolehan, kompeten dan intelektual. Saya akan kembali jika keadaan tenang, kalau UMNO memerlukan saya di Tangga Batu, saya akan kembali.
Tapi saya hendak UMNO biar asli, bukan berasaskan sokongan material ataupun sokongan emosi semata-mata. Ia mesti kembali kepada rakyat. Saya memang mendapat tawaran pelbagai pihak. Tapi saya masih bersama UMNO.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/09/bukan-sebab-1mdb-bossku-rosmah-bn-kalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Bakal Bertanding Di Perak Pada Pru 15

Anwar Bakal Bertanding Di Perak Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 192 hits
September 26 2021 Parti Keadilan Rakyat Perak memberi ruang kepada Presiden parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada salah satu kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum akan datang Pengerusi PKR Perak Farhash Waf...
Bersatu Optimis Pas Akan Bersama Dengan Perikatan Nasional Untuk Hadapi Pru 15

Bersatu Optimis Pas Akan Bersama Dengan Perikatan Nasional Untuk Hadapi Pru 15

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 247 hits
PAGOH Parti Pribumi Bersatu Malaysia optimis Parti Islam SeMalaysia akan terus mengukuhkan hubungan kerjasama dalam Perikatan Nasional terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sehing...
Dr M Parti Parti Cantum Bentuk K Jaan Lepas Pru Bukan Lompat

Dr M Parti Parti Cantum Bentuk K Jaan Lepas Pru Bukan Lompat

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 164 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata parti parti politik yang bergabung untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum tidak patut ditakrifkan sebagai kegiatan melompat parti Bekas pedana menteri itu berkata cadangan mewujudkan Akta Anti Lompat ...
Makkal Sakti Jadi Calon Bn Dalam Pru 15 Zahid

Makkal Sakti Jadi Calon Bn Dalam Pru 15 Zahid

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 181 hits
bebasnews myBy 19 09 2021KUALA LUMPUR Barisan Nasional tidak menolak kemungkinan untuk memberi tempat kepada Parti Makkal Sakti Malaysia untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ru...
G4dis Ini Tak Nak Kalah Selepas Terpegun Tengok Kucingnya Pandai Berenang Dalam Laut Saya Mandi Pantai Bawa Pelampung

G4dis Ini Tak Nak Kalah Selepas Terpegun Tengok Kucingnya Pandai Berenang Dalam Laut Saya Mandi Pantai Bawa Pelampung

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 364 hits
Bukan mudah untuk memandikan kucing di rumah kerana kebanyakan haiwan kesayangan ramai itu t4kut pada air Berbeza pula dengan seorang g4dis apabila kucing peliharaannya dibawa mandi di laut Video yang meraih lebih dua juta tontonan di akaun...
Sweet Home Kalah Squid Game Pecah Rekod Catat Skor Tertinggi Bagi K Drama Di Netflix

Sweet Home Kalah Squid Game Pecah Rekod Catat Skor Tertinggi Bagi K Drama Di Netflix

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 647 hits
Mungkin kerana jalan ceritanya yang unik dan mendebarkan Squid Game ternyata menjadi kegilaan ramai peminat K Drama di seluruh dunia Bukan sahaja meraih kedudukan yang tinggi di Netflix Global malah drama itu katanya berjaya memecahkan reko...
Lirik Kalah Cepet Dela Poyz

Lirik Kalah Cepet Dela Poyz

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 229 hits
sepet ning pinggir embong kalah cepet disaut uwongtelat ngomong tresno cintamu digondhol wong liyonelongso rasane sing tak tresno ono sing nduwenyapo tresno tak pendhem yen wis getun
Suka Banget Serial Squid Game 10 Film Dan Series Bertema Survival Ini Nggak Kalah Menegangkan

Suka Banget Serial Squid Game 10 Film Dan Series Bertema Survival Ini Nggak Kalah Menegangkan

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 494 hits
Film dan serial semacam Squid Game ternyata banyak banget dan nggak kalah bikin tegang juga lo
Elyana Mengaku Kalah Mohon Doakan Untuknya

Elyana Mengaku Kalah Mohon Doakan Untuknya

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 99 hits
Elyana mengaku kalah mohon doakan untuknya Akhirnya saya mengalah Demikian tulis penyanyi Elyana yang menghidap kanser limfoma tahap empat menerusi Instagram berkongsi mengenai keadaan terkini kesihatannya Dalam hantarannya itu Elyana berko...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Will Artificial Intelligence Disappoint


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Managing Motivating Remote Teams

Mengada Pergi Laser

Barbarik Peluru Cokelat Chord

Arjuna 89 Takdir Memisahkan Chord

Resipi Ayam Masak Thai Yang Simple Tapi Sedap

Pickleball Sukan Viral Cara Bermain Dan Sistem Pemarkahan