Dr M Parti Parti Cantum Bentuk K Jaan Lepas Pru Bukan Lompat



(Malaysiakini) – Dr Mahathir Mohamad (Pejuang-Langkawi) berkata parti-parti politik yang bergabung untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum tidak patut ditakrifkan sebagai kegiatan melompat parti.
Bekas pedana menteri itu berkata cadangan mewujudkan Akta Anti Lompat Parti tidak boleh digubal hanya semata-mata untuk mengharamkan ahli parlimen lompat parti, menggesa kajian lebih mendalam dilakukan.
Menurutnya, perlu ada satu ketetapan mengenai takrifan melompat parti.
“Kita perlu mengadakan undang-undang yang melarang lompat-lompat. Namun demikian ia tidaklah semudah itu dengan hanya mengharamkan acara lompat-melompat.
“Kerana adakalanya apabila diadakan pilihan raya, tidak ada satu pun parti yang memperolehi cukup bilang untuk mendiri kerajaan.
“Perbuatan cantuman antara parti lain dengan parti yang terbesar tidaklah sesuatu yang boleh ditafsir sebagai melompat kalau ianya dilakukan dengan cara yang tersusun mengikut peraturan-peraturan yang di bawah perlembagaan parti-parti berkenaan.
“Sebab itu kita tidak boleh semata-mata mengharamkan lompat-melompat. Sebaliknya perlu menjelaskan waktu mana kita mentafsirkan sesuatu itu sebagai melompat dan tidak dengan sewenang-wenangnya menuduh bahawa lompatan telah dilakukan,” kata ahli parlimen Langkawi itu ketika sesi perbahasan titah di-Raja di Dewan Rakyat, pagi tadi.
Sebelum ini, beberapa ahli parlimen daripada pembangkang dan Umno mencadangkan agar kerajaan perlu mewujudkan satu undang-undang untuk mengekang ahli parlimen lompat ke parti lain.
Menurut ahli parlimen berkenaan, akta itu perlu diwujudkan kerana amalan lompat parti bukan saja tidak adil kepada rakyat, tetapi juga terhadap parti politik yang telah berbelanja besar bagi perolehan data dan hal-hal lain ketika PRU.
Sementara itu, Dr Mahathir menggesa supaya cadangan akta anti lompat parti perlu dikaji secara mendalam.
Menurutnya, tindakan ahli parlimen menyertai parti baru selepas dipecat daripada parti yang sedia ada tidak boleh dilihat sebagai lompat parti.
“Kita dapati ada parti yang akan memecat ahli-ahlinya kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi, ini bukanlah acara melompat dari satu parti ke parti yang lain.
“Sebab itu soal lompat-melompat antara parti ini perlu dikaji lebih mendalam supaya ia membolehkan dewan ini bergerak dengan licin tanpa gangguan oleh perbuatan mana-mana pihak daripada ahli-ahli Dewan Rakyat ini,” katanya.
Untuk rekod, selepas PRU14 seramai 15 ahli parlimen Umno dan 14 ahli parlimen PKR telah keluar daripada parti masing-masing dan menyertai parti lain setakat ini.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/09/20/dr-m-parti-parti-cantum-bentuk-kjaan-lepas-pru-bukan-lompat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Bn Rasa Dikhianati Mp Lompat Parti Tak Bermaruah

Zahid Bn Rasa Dikhianati Mp Lompat Parti Tak Bermaruah

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 227 hits
Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi mengecam ahli ahli parlimen Barisan Nasional yang melompat parti menyifatkannya sebagai satu tindakan tidak bermaruah dan dayus Berucap pada majlis Perhimpunan Agung Tahunan Parti Makkal Sakti d...
Ini Cara Singapura Hadapi Wakil Rakyat Lompat Parti Malaysia Patut Tiru

Ini Cara Singapura Hadapi Wakil Rakyat Lompat Parti Malaysia Patut Tiru

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 339 hits
Ini cara Singapura hadapi wakil rakyat lompat parti Malaysia patut tiru Kerajaan dicadang mencontohi Singapura yang mempunyai peruntukan dalam Perlembagaan republik itu yang membolehkan kerusi menjadi kosong setelah wakil rakyat melompat pa...
Akta Lompat Parti Broker Katak Yang Risau Tak Dapat Beli Katak

Akta Lompat Parti Broker Katak Yang Risau Tak Dapat Beli Katak

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 302 hits
Oleh Sirajuddin AhmadBaru baru ini apabila isu akta lompat parti hangat diperkatakan termasuk kenyataan Azalina Othman yang mahu usul itu diujudkan tiba tiba yang memberi pandangan negetif dan cepat memberi respon adalah Tun Mahathir Dari b...
Tanpa Pindaan Perlembagaan Persekutuan Undang Undang Anti Lompat Parti Tidak Mencukupi

Tanpa Pindaan Perlembagaan Persekutuan Undang Undang Anti Lompat Parti Tidak Mencukupi

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 171 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE September 18 2021Undang undang Anti Lompat Parti walaupun baik untuk reform institusi dan pemulihan demokrasi namun tidak konklusif untuk mengekang pengkhianatan mandat rakyat selagi mana Perlembagaan Persekutuan tida...
Pru 15 Anwar Hormati Suara Akar Umbi Tapi Parti Komponen Gesa Guna Logo Ph

Pru 15 Anwar Hormati Suara Akar Umbi Tapi Parti Komponen Gesa Guna Logo Ph

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 210 hits
Oleh FAZLI RADZI September 16 2021Penggunaan logo Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke 15 perlu diselesaikan secara baik menerusi rundingan kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Pengerusi PH yang juga Presiden PKR itu berkata beliau menghorma...
Rentasan 969 Panas Bersatu Takut Ruu Akta Lompat Parti Disegerakan

Rentasan 969 Panas Bersatu Takut Ruu Akta Lompat Parti Disegerakan

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 142 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9691 HARI MALAYSIA YANG BERBEZA 2 PENYAMUN PUN BERSATU UNTUK MEROMPAK 3 MENGAPA AMANAH TERBABIT RUNDINGAN DENGAN UMNO 4 SIAPA TIMBALAN YANG DI PERTUA DEWAN RAKYAT
Akta Lompat Parti Dicadangkan Pada 2018 Lagi Ahmad Maslan

Akta Lompat Parti Dicadangkan Pada 2018 Lagi Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 208 hits
Akta lompat parti dicadangkan pada 2018 lagi Ahmad Maslan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata beliau cukup gembira apabila Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said mengemukakan cadangan Akta Lompat Parti di Parlimen pagi tadi Kata...
Alhamdullilah Lepas Bkc Dapat Duit Bpr Fasa 3 Pula Ini Bakl Bayaran Dan Cara Semak

Alhamdullilah Lepas Bkc Dapat Duit Bpr Fasa 3 Pula Ini Bakl Bayaran Dan Cara Semak

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 379 hits
B antuan Prihatin Rakyat telah diperkenalkan bagi menggantikan B antuan Sara Hidup sejak tahun 2021
E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

More Than 20 Ji Members In Johor Igp

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

Kidzania Goodday Charge Smoothie Gym Kanak Kanak Pertama Di Malaysia

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju



Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan


Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil

Punca Otot Kejang

Aktiviti Majlis Forum Dan Pelancaran Buku Halatuju Nasionalis Ppim 18 05 2024

Status Hartanah Hakmilik Sementera Kekal Freehold Leasehold

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pantangnya Dicampur Belacan