Bukan Saja Saja Doktor Suruh Makan Asid Folik Bantu Pembentukan Tengkorak Bayi


Wanita yang disahkan hamil oleh doktor akan dibekalkan dengan asid folik. Ia sejenis suplemen yang baik untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan. Asid folik sangat penting untuk diambil terutamanya pada 12 minggu pertama kehamilan seseorang wanita. Jangan culas! Ia bukan saja-saja diberi kepada ibu hamil, ada sebabnya.
Dalam perkongsiannya, Dr Muhammad Izzat, Pegawai Kesihatan Wanita & Kehamilan, menerangkan asid folik penting untuk ibu hamil. Dalam tempoh 12 minggu pertama, ia dimakan sebagai usaha untuk mengelakkan masalah anencephaly (tiada pembentukan tulang kepala atau tengkorak) pada bayi. Ikuti penjelasan lajut dari Dr izzat ini.

”Alhamdulilah, saya bersyukur sebab berbadan dua sekarang. Lama dah tunggu, Allah dah dengar doa saya. Saban hari saya hanya beronok-ronok tengok orang yang senang hamil nih. Saya hanya mampu berdoa dikurniakan cahaya mata mcm orang lain tu. Tapi masa tu orang cakap belum rezeki lagi. Bukan takde usaha, segala doktor pakar saya jumpa dah, namun tak berhasil lagi. Takpe saya ok jer, walaupun hati kecil saya sebenarnya tak ok. Tapi saya lawan rasa tu.. saya hanya pegang pada Allah. Rezeki belum tiba.. akan sampai satu hari nnti. “
Artikel Menarik: [Minta Suami Berhenti Merokok, Antara Perkara Yang Perlu Buat Pada Trimester Pertama]
“Nak dijadikan cerita saya hamil. Gembiranya bukan kepalang… bagaikan dunia saya yang punya. Yelah, dah lama tunggu kan, mcm-mcm ikhtiar dia. Alhamdulilah ni ‘melekat’ pulak! Syukur ya Allah atas kurniaanMu”
Risau sepanjang ujian imbasan dibuat “Ketika kehamilan saya berusia 14 minggu, saya pergilah bukak buku pink. Masa jumpa doktor, dia buat scan sekali. Saya tersengih-sengih dah masa tu tunggu dr cakap ape. Kalau boleh nak tahu boy ke girl. Hehe. ( doktor belum letak scan kat perut lagi saya dah tanya. Al maklumlah excited kemain! ) “
“Masa ni, kejutan dan kepasrahan saya bertukar ganti. Makin lama makin ramai doktor yang datang melihat imej scan pada mesin scan tu. Lama dorang tenung skrin tu. Saya dah mula berasa tak sedap hati… nak tanya mereka tapi takut mengganggu pulak. So saya diamkan je dulu, walaupun rentak jantung saya dah mula kencang. Mesti ada yang tak kena ni. Tambah curiga bila mereka mula berbicara bahasa bahasa perubatan yang tidak saya fahami. Come on doctor.. tell me apa yg berlaku pada baby saya… “
Ukur lilit kepala bayi sukar dibuat “Akhirnya, saya dikhabarkan bahawa baby saya tak normal sebab doktor mengalami kesukaran utk mengukur lilit kepala bayi.
Hancur luluh hati saya ketika itu, bila doktor cakap kepala bayi saya tak normal. Berderai air mata. Nak pegang tangan suami, suami plak keja, hanya mampu genggam tangan misi kat sebelah. Saya tak mampu dah nak dengar semua ni”
“Saya dirujuk ke pakar Obstetrik & Ginekologi hospital besar. Suami amek cuti separuh hari nak teman saya pegi temu janji. Kami tercongok penuh penantian dan debaran depan klinik menunggu nama dipanggil. Setelah diperiksa, doktor mengesahkan dan terpaksa mengiyakan kata-kata doktor yang awal telah memeriksa saya. Katanya, bayi saya hidup, tapi tiada pembentukan tulang kepala yakni tengkorak nye – Anencephaly.”

 
“Tiada perkataan yg mampu menggambarkan perasaan saya. Betapa kacau dan hancurnya hati saya. Seharian saya menangis sehingga bengkak mata. Namun sebagai seorang muslim, saya merangkak dalam kesamaran malam, menadah tangan agar dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi derita dan dugaan ini.”
Maka dengan mukadimah di atas, saya nak berceritalah mengenai anencephaly: Struktur sistem saraf bagi berasal dari struktur yang bernama neural plate. Pada 28 hari selepas persenyawaan, neural plate ni akan terlipat antara satu sama lain dan menutup membentuk satu struktur berbentuk silinder yang dinamakan neural tube. Masalah berlaku apabila struktur ini tidak menutup dengan sempurna menyebabkan terjadinya kecacatan neural tube. Ada beberapa jenis – anencephaly, spina bifida dan encephalocele.
Menyebut mengenai anencephaly, ianya melibatkan hilangnya tulang tengkorak sama ada secara penuh atau pun separa. Bila tiadanya tulang tengkorak ni, sebahagian otak juga turut hilang ataupun kalau ada sekalipun struktur otak menjadi sangat kecil. Ada juga ketidaknormalan pada muka dan leher bayi tersebut.

Keadaan ini dipercayai melibatkan kombinasi faktor genetik dan pengaruh persekiraran yang doktor sendiri tak boleh nak fahami secara 100%
Anencephaly berlaku dalam 6 kes di dalam 10 000 kelahiran.
Bila boleh kesan anencephaly ketika hamil? Ketika melakukan pemeriksaan scan, seawal 11-14 minggu kehamilan. Kalau lebih awal dari 11 minggu tak sesuai sebab pembentukan tulang tengkorak belum selesai. Masa buat detail scan 18-21 minggu, senang sangat nak nampak dan boleh confirm ketidaknormalan ni.
Kadang-kadang susah gak nak betul-betul pastikan anencephaly ni. Scan berulang kali diperlukan untuk benar-benar pasti.
Artikel Menarik: [Rasa Bersalah Dekat Baby, Asal Makan Je Muntah. Cukup Ke Khasiat?]
Takda rawatan untuk anencephaly. Bayi anencephaly tidak boleh hidup bila dilahirkan dan kebanyakan bayi ni akan meninggal sebelum dilahirkan ataupun mati beberapa jam selepas dilahirkan. Ada kes yang bayi seperti ini boleh hidup selama beberapa hari, tapi sangat jarang berlaku.
Bila pernah terjadi sekali, akan ada peluang untuk ianya berulang lagi. 1 dalam 50 (2%)
Maka, semua wanita disarankan untuk mengambil asid folik 400mcg sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil sehingga minggu ke 12 kehamilan.

Untuk wanita yang pernah ada bayi anencephaly atau mereka yg ada kencing manis sebelum hamil, dos folik asid adalah tinggi – sebanyak 5mg perlu diberikan 3 bulan sebelum merancang untuk hamil lagi. Usaha ini dapat mengurangkan risiko mendapat bayi dengan anencephaly atau kecacatan tiub neural.
Pasangan yg pernah ada masalah bayi anencephaly jika berpeluang boleh berjumpa genetic counselllor untuk berbincang risiko mendapat anak sekali lagi dengan anencephaly
So dah faham ke kenapa saya membebel hari-hari kat pesakit mengenai pentingnya asid folik?
Betul, kalau dah makan sebaldi asid folik sekalipun kalau Allah dah takdirkan baby anencephaly, mmg akan dapat anencephaly jua. Bukan ke kita perlu ikhtiar dan ikhtiar sebelum menyerah dan tawakkal?
The post Bukan Saja-Saja Doktor Suruh Makan Asid Folik. Bantu Pembentukan Tengkorak Bayi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bukan-saja-saja-doktor-suruh-makan-asid-folik-bantu-pembentukan-tengkorak-bayi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Ibu Hamil Antara Yang Berisiko Doktor Kongsi Sebab Vaksin Influenza Perlu Diambil

Bayi Ibu Hamil Antara Yang Berisiko Doktor Kongsi Sebab Vaksin Influenza Perlu Diambil

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 475 hits
Influenza adalah jangkitan virus yang kerap menyebabkan jangkitan pada hidung tekak dan paru paru Gejalanya termasuk demam selesema dan batuk Penyakit influenza ini boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat namun ianya masih lagi dipandan...
Susah Nak Tidur Malam Makan Pisang Mungkin Boleh Bantu Korang Tidur Lena

Susah Nak Tidur Malam Makan Pisang Mungkin Boleh Bantu Korang Tidur Lena

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 430 hits
Pisang adalah buah buahan yang boleh dimakan serta dilaporkan mempunyai banyak khasiat seperti kalsium protein serta karbohidrat Antara salah satu khasiat pisang adalah ia sangat membantu mereka yang menghadapi kesukaran untuk tidur malam H...
Bunda Yuk Ketahui Seberapa Sering Bayi Harus Diberi Makan Agar Tak Salah Kaprah

Bunda Yuk Ketahui Seberapa Sering Bayi Harus Diberi Makan Agar Tak Salah Kaprah

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 336 hits
Bayi yang baru saja memulai kehidupannya mungkin saja hanya bisa melakukan kegiatan seperti menangis dan menyusui Itulah kegiatan rutin yang dilakukan bayi Sangat penting bagi ibu untuk memperhatikan kehidupan bayi Disamping itu sama pentin...
Menangis Bila Doktor Bius Suruh Cium Anak Doakkan Dia Anak Tercekik Duit Syiling 20 Sen

Menangis Bila Doktor Bius Suruh Cium Anak Doakkan Dia Anak Tercekik Duit Syiling 20 Sen

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 396 hits
Tiada mana mana ibu bapa yang suka melihat anak dalam kesakitan atau kecelakaan Adat anak anak sedang membesar kadang kadang walaupun sedaya upaya menjaga keselamatan anak pasti ada sahaja akal si kecil ini Ibu ini sudi berkongsi kisah anak...
Kisah Mahasiswi Makan Nasi Dan Cabai Bertahun Tahun Demi Bantu Adiknya

Kisah Mahasiswi Makan Nasi Dan Cabai Bertahun Tahun Demi Bantu Adiknya

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 417 hits
Seorang perempuan yang bertahan hidup dengan dua yuan setiap hari selama bertahun tahun demi menyokong adik laki lakinya telah meninggal dunia sebagaimana dilaporkan media China Nasib Wu Huayan mengejutkan khalayak China ketika foto fotonya...
Dokter Bayi Ingatkan Agar Alat Makan Anak Tak Perlu Dilap Sampai Mengkilap

Dokter Bayi Ingatkan Agar Alat Makan Anak Tak Perlu Dilap Sampai Mengkilap

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 227 hits
Terkadang orangtua terlampau terobsesi dalam menjaga kebersihan Semua permukaan dilap sampai mengkilap Padahal tidak perlu seperti itu jelas dokter spesialis anak Melanie Yudiana Iskandar
Budak Lelaki Jual Tisu Di Kedai Makan Kerana Ingin Bantu Ibu Buat Pak Nil Sebak

Budak Lelaki Jual Tisu Di Kedai Makan Kerana Ingin Bantu Ibu Buat Pak Nil Sebak

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 370 hits
Alamak siapa potong bawang ni Bukan Pak Nil je yang rasa sebak Ohmedia pun rasa yang sama juga Korang tahu tak baru baru ini Pak Nil berkongsi satu video di Instagramnya aznilnawawihm mengenai seorang budak lelaki menjual tisu A post shared...
Bantu Siswa Miskin Malaysia Luncurkan Program Makan Gratis Di Sekolah

Bantu Siswa Miskin Malaysia Luncurkan Program Makan Gratis Di Sekolah

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 258 hits
Pemerintah Malaysia dua hari lalu memberikan bantuan makanan gratis bagi sekitar 4 000 siswa dari 100 sekolah di seantero negeri sebelum kelas dimulai Hal ini merupakan bagian dari program pemerintah untuk membantu siswa miskin yang tidak m...
Selain Cbb Mirepoix Berasaskan Sayuran Penyedap Makanan Bayi Hanya 3 Langkah Saja

Selain Cbb Mirepoix Berasaskan Sayuran Penyedap Makanan Bayi Hanya 3 Langkah Saja

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 806 hits
Masuk usia bayi 6 bulan ibu dah mula fikir nak masak yang sedap sedap Bukan apa fasa inilah nak mula perkenalkan pemakanan sihat dan bagi anak berselera makan Bukan setakat nak tambahkan berat anak semata mata Namun ada juga ibu yang terfik...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense