Menangis Bila Doktor Bius Suruh Cium Anak Doakkan Dia Anak Tercekik Duit Syiling 20 Sen


Tiada mana-mana ibu bapa yang suka melihat anak dalam kesakitan atau kecelakaan. Adat anak-anak sedang membesar kadang-kadang walaupun sedaya upaya menjaga keselamatan anak, pasti ada sahaja akal si kecil ini.
Ibu ini sudi berkongsi kisah anaknya yang tercekik duit syiling 20 sen untuk dijadikan panduan buat ibu bapa lain.
Sebenarnya untuk iktibar semua kalau nak kata kecuaian daripada kami ya, kami mengaku, dan kanak2 ni juga sejuta kemungkinan boleh terjadi, dalam umur yang aktif nak explore segala macam benda sekeliling.

Dengar Suara Anak Tersedak
Reza tercekik coin, jam 10pm bed time semua dah masuk tidur kecuali husband aku, kerja, dalam jam 11pm Reza belum tidur dan cari daddy, daddy kat depan tertidur di sofa, Reza keluar & masuk bilik balik tepuk aku yang tengah tidur, aku dengar dia macam tersedak2 dan nampak samar2 dia tercungap dan susah bernafas. Aku terus tepuk2 belakang dia konon nak buat step yang macam aku selalu tengok macam mana nak handle bila anak choking.
Bukan mudah! sebab Reza keraskan badan, kepala dongak cuba mencari nafas, sebelah tangan aku tak mampu nak angkat badan dia dengan sebelah lagi tepuk belakang, lagipun dia meronta dengan kuat, aku jerit panggil husband, husband tepuk2 dan angkat tangan Reza. Akhirnya dengar bunyi Reza nangis lega aku! Allahhu!. Tengah menangis Reza muntah, muntah susu yang dia minum jam 10pm tadi. Tapi hanya susu.
Masa Dia Tidur Air Liur Banyak keluar (Simptom Tertelan Sesuatu)
Aku cakap husband ada benda yang Reza dah telan, tapi kami tidak tahu benda apa, dan dia muntah lagi, Reza nampak lemah pucat, dia tertidur aku monitor je nafas dia, sambil tangan kalut goggle info. Masa dia tidur air liur banyak keluar, ni antara simptom dia tertelan sesuatu. Terus aku ajak husband pergi klinik, jam dah 11.30pm.
Kerap Muntah
Dalam perjalanan muntah lagi, sampai klinik pun muntah lagi masa tunggu turn jumpa doctor (fast lane), tidak ada xray kat klinik Azzahran (rosak katanya) doctor bagi reference letter kami ke Hospital Annur Bangi, xray ada tapi ON CALL kena tunggu dalam masa 1 jam untuk juru xray datang Reza muntah lagi, dan baru aku perasan Reza ni tak bercakap pun selepas tercekik, dia lemah je mungkin mengantuk juga.
Xray Menunjukkan Dia Tertelan Sesuatu Iaitu Syiling 20@50 Sen
Tengah xray dia muntah lagi. Dan dia memang tertelan sesuatu iaitu syiling 20@50 sen! Panic dah aku sebab syiling tu tersekat ditekak dia antara saluran pernafasan dan pemakanan. Jam 1.30am jumpa doctor dan dimaklumkan Hospital Annur tidak ada alat untuk keluarkan syiling tersebut (dah order katanya tapi belum sampai. Kami dicadangkan ke KPJ Kajang dengan cepat dan kena monitor muka(takut bertukar biru) dan nafas Reza, ada time macam susah Reza nak tarik nafas. Sepanjang perjalan ke KPJ Kajang tangan aku sentiasa didada Reza. Jauh sangat rasa perjalanan tu. Reza tidur dan masih tidak bercakap aku tanya dia angguk geleng je. Aduhhhh!
Di Referkan Ke KPJ
Sampai KPJ bahagian kecemasan aku cakap yang anak aku tertelan/tercekik sesuatu, terus receptionist tu cakap sorry bilik baby penuh dan kami takde bilik sekarang dan dicadangkan pergi je hospital lain, eh taik je! aku dah naik angin sebab ini adalah harapan terakhir kami setelah 3 tempat pergi untuk rawatan. Dia terus tolak kami tanpa tengok xray yang aku bagi dia, kemudian aku cakap kami emergency anak dah sesak nafas kau nak suruh aku pergi mana lagi? Alasan kau simple takde bilik! And macam ni ke kau layan customer kau? (Maaf ye bahasa baik tetiba hilang pulak time ni) Kemudian doctor lelaki nama Nur (tak ingat nama penuh) datang dan maklumkan yang takde bilik nak stay kalau kena warded nanti, husband aku dah marah, wah! Banyak nya penduduk Kajang sakit malam ni?!
“panggil manager aku nak jumpa!”
aku dah nangis time tu!
Tiada Pakar Bedah Kanak-Kanak Di KPJ
Sebab bilik tak ada mereka tidak mahu rawat anak aku, kalau time tu jugak anak aku collapse macam mana?! Sorang wanita India datang, Sarojini (manager / sister) dia yang terangkan bahawa KPJ tidak ada Pakar Bedah Kanak- Kanak. Aku terus cakap habis apa yang korang nak ding dong dari tadi pasal bilik penuh?! Cuba cakap dari mula lagi yang korang TAKDE PAKAR BEDAH KANAK KANAK, mesti kami faham dan terus ke hospital lain, mesti korang tertanya kenapa nak pegi private kan? Time ni kami nak cepat, anak sesak nafas mesti nak rawatan yang cepat, lagipun KPJ ni antara panel company husband.

Terpaksa Ke Hospital Kajang
Akhirnya hospital terdekAt adalah hospital Kajang kami terus ke situ, nak ke Serdang jauh dan takut apa apa terjadi kat Reza sebab dah terlalu lama.
Terus ke kecemasan dan terus ke zon kritikal. Dengan segera doctor perempuan check Reza check heartbeat check oksigen semua masih terkawal cuma nafas ada kalanya sangkut2. Kemudian ada lagi doctor lelaki datang jumpa kami dan check Reza sekali lagi, terus ambil xray yang kami bawa, ajak kami sama2 tengok xray Reza dengan cerita yang teliti.
Alhamdulillah Akhirnya Dapat Masuk Ke Ward & Dicadangkan Ke HKL
Dr. Ahmad Afiq dengan muka yang asyik tersenyum sengeh, penerangan yang jelas, serba sedikit hilangkan rasa panic gusar kami. Akhirnya Allah jumpakan kami dengan malaikat kecilnya . Terima kasih semua doctor staf kecemasan Kajang . Alhamdulillah warded jam 5am Hospital Kajang.
Dr Afiq maklumkan akan jalankan 1 lagi xray untuk kesan pergerakan coin tu dah ke mana dah masuk tabung atau belum. Jadi kami tunggu xray buka jam 8 pagi. Sementara itu nurse still monitor keadaan Reza. Alhamdulillah . Aku boleh rest baring sama2 dengan reza. Husband balik ambil kakak dan hantar dia ke sekolah, dari jam 11.30pm kami tinggalkan dia seorang tidur di rumah.

Xray Kali Ke-2 Syiling Masih Pada Kedudukan Yang Sama
Xray kali kedua kedudukan syiling masih sama tak bergerak. Kami dicadangkan ke HKL kerana Kajang tidak ada equipments yang cukup untuk operation.
3.30pm sampai HKL dengan ambulance siap je warded 3-4 orang doctor pakar datang interview kami, operation 6.30pm ditangguhkan 2 jam sebab Reza minum air dia minta sendiri dari katil depan dia. Aku dengan husband ada urusan di emergency jadi kami tinggalkan dia sekejap.
Doktor Bius Suruh Cium Anak & Doakkan Dia Selamat
8.30 malam masuk OT, aku pangku Reza dia tidur masa tu lemah sebab dah hampir 20jam puasa. Aku masuk sama2 dalam OT doctor biuskan Reza dalam dakapan aku, beberapa saat saja Reza dah lembik dengan air liur banyak keluar berbuih buih. Doctor bius suruh aku cium dia dan doakan dia kuat dan selamat . Nangis aku!
Alhamdulillah Pembedahan Berjaya
10pm Alhamdulillah syiling berjaya dikeluarkan. Terima kasih semua doctor pakar & staff paediatric HKL .

Terima Kasih Pasukan Perubatan
Aku sarankan kepada semua ibu bapa sekiranya Allah uji kamu sama seperti aku, segeralah ke Hospital Besar daerah masing2 jangan tangguh. Aku takut kes seperti aku berulang kepada kamu dan masa untuk menyelamatkan anak2 kamu singkat @ tidak cukup .
*coin yang Reza telan mungkin jatuh dari pocket seluar husband sebab dia tertidur di sofa selepas balik kerja. Sebelum ni sebiji lego pun tak pernah dia masukkan dalam mulut.
Terima kasih semua staff Hospital Kajang & HKL – Hospital Wanita & Kanak Kanak Kuala Lumpur yang melayani kami dengan sangat baik
Sumber: Songket Gedungsulam
The post Menangis Bila Doktor Bius Suruh Cium Anak & Doakkan Dia. Anak Tercekik Duit Syiling 20 Sen appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/menangis-bila-doktor-bius-suruh-cium-anak-doakkan-dia-anak-tercekik-duit-syiling-20-sen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dapat Panggilan Anak Mninggai Bapa Kerja Estet Gagahkan Diri Pulang Meskipun Tiada Duit Walau Satu Sen

Dapat Panggilan Anak Mninggai Bapa Kerja Estet Gagahkan Diri Pulang Meskipun Tiada Duit Walau Satu Sen

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 587 hits
Dua kisah yang dikongsikan oleh Abam Botak sangat meruntun jiwa Semoga kisah yang benar benar terjadi ini menjadi pedoman buat kita semua KISAH 1 AYAH TETAP PULANG NAK Semalam menerima perkhabaran seorang lagi anak syurga berumur 3 tahun pe...
Jangan Menangis Malulah Elak Cakap Macam Ni Nanti Anak Lagi Rasa Takut

Jangan Menangis Malulah Elak Cakap Macam Ni Nanti Anak Lagi Rasa Takut

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 420 hits
JANGAN MENANGIS Malulah Kanak kanak menangis pada hari pertama persekolahan disebabkan oleh SEPARATION ANXIETY Ini berlaku apabila anak resah kerana perlu berpisah dengan individu yang paling dia percayai untuk berada dalam persekitaran yan...
Rindukan Mak Ayah Pelajar Orang Asli Tahun 1 Menangis Cium Dinding Sekolah

Rindukan Mak Ayah Pelajar Orang Asli Tahun 1 Menangis Cium Dinding Sekolah

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 581 hits
Pelbagai cerita menarik telah berlegar legar sejak semalam berkenaan sesi persekolahan Mana tidaknya alam persekolahan akan kelihatan baru di mata kanak kanak berusia lima hingga tujuh tahun berikutan kali pertama menjejakkan kaki ke tempat...
Sesuatu Yang Menakjubkan Berlaku Bila Cium Anak Ini Yang Terjadi Pada Sistem Tubuh Badan Anak

Sesuatu Yang Menakjubkan Berlaku Bila Cium Anak Ini Yang Terjadi Pada Sistem Tubuh Badan Anak

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 320 hits
Apa Terjadi Pada Sistem Tubuh Badan Apabila Kita Cium Anak Perkongsian ini diambil dari Dr Rizal former Clinical Psychologist di Goulburn Valley Health Victoria Australia KESAN CIUM ANAK Saya sangat teruja dengan imej ini Satu satunya imej ...
Pengurus Monterrey Menangis Teresak Esak Dapat Tetapi Janji Arwah Anak

Pengurus Monterrey Menangis Teresak Esak Dapat Tetapi Janji Arwah Anak

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 245 hits
Seperti yang kita tahu ibu bapa akan sentiasa memenuhi segala yang kita inginkan tidak kira walau serumit manapun hal tersebut Sama dengan kisah pengurus pasukan bola sepak Monterrey Antonio Mohamed yang menunaikan janji kepada anaknya untu...
Hanya Kerana Bagi Anak Minuman Coklat Jenama X Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Jumpa Doktor

Hanya Kerana Bagi Anak Minuman Coklat Jenama X Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 287 hits
Jangan tersalah beli jenama X jika tak mahu anak sembelit teruk Memang tak sah pagi pagi kalau anak anak tak sarapan nanti mulalah nak merengek Sarapan pulak mesti nak minum air coklat Dulu bagi diorang minum air coklat Jenama X ni Tapi tu ...
Kumpulan Gajah Berarak Ibu Usung Bangkai Anak Buat Hati Netizen Menangis

Kumpulan Gajah Berarak Ibu Usung Bangkai Anak Buat Hati Netizen Menangis

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 470 hits
Tular satu video di media sosial menunjukkan seekor ibu gajah mengusung bangkai anaknya disertai oleh beberapa ekor gajah yang lain Berdasarkan video tersebut seolah olah haiwan ini seperti manusia yang meratapi saat kematian orang tersayan...
Tak Perlu Intai Jangan Bye Lama Lama Amp Jangan Patah Balik Bila Anak Menangis Ini Sebabnya

Tak Perlu Intai Jangan Bye Lama Lama Amp Jangan Patah Balik Bila Anak Menangis Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 456 hits
Hari pertama hantar anak ke sekolah taska atau tadika dah tentu bukan sesuatu yang mudah buat anak anak mahupun ibu bapa Bukan si anak saja yang nervous bahkan ibu pun lagi berkali ganda risaunya Biasanya bila ibu ayah dah nak melangkah kel...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je