Bukan Saja Bekalan Makanan Wang Untuk Membeli Juga Perlu Cukup



Pada 26 Mac 2020oleh Lim Kit Siang
Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Khamis 26 Mac 2020Muhyiddin bukan sahaja perlu memastikan bekalan makanan dan keperluan asas mencukupi semasa krisis Covid-19, beliau juga perlu memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai wang yang cukup untuk membelinyaSemalam, ketika mengumumkan pelanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) hingga 14 April, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Malaysia bertenang dan memberitahu semua yang kita mempunyai bekalan makanan yang mencukupi untuk semua.Dalam siaran langsung semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau membuat pengumuman awal mengenai pelanjutan itu supaya persediaan awal boleh dibuat.Beliau juga menggesa rakyat supaya bertenang dan memberi jaminan bahawa bekalan makanan negara mencukupi untuk semua orang.Perkara ini tidak cukup.Sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin bukan sahaja perlu memastikan bekalan makanan dan keperluan asas yang mencukupi semasa bencana Covid-19, tetapi juga memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli makan dan keperluan asas tersebut.Setakat hari ini, selepas empat minggu bermulanya gelombang kedua wabak Covid-19 di Malaysia dan 25 hari selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan, Muhyiddin tidak memberikan keyakinan terhadap kebolehan beliau untuk memimpin negara ini keluar daripada bencana ekonomi yang berpunca daripada wabak ini.Pakej rangsangan ekonomi komprehensif Muhyiddin yang akan diumumkan esok akan menjadi ujian kepada janji beliau dalam siaran langsungnya semalam bahawa “tidak ada yang akan ditinggalkan” dalam bencana terhadap nyawa dan kehidupan ini, dan rakyat Malaysia, terutama golongan yang miskin dan berpendapatan rendah, akan mempunyai wang untuk mengatasi krisis ekonomi yang berpunca daripada wabak Covid-19.Sebagai permulaan, kita tidak boleh lagi bercakap mengenai rangsangan ekonomi tetapi kita memerlukan penyelamatan ekonomi. Apa yang kita perlukan bukanlah pakej rangsangan ekonomi tetapi pakej penyelamatan ekonomi.Kita tidak boleh mengharamkan virus itu. Dan tidak ada dasar ekonomi yang dapat menghentikan kesulitan ini selagi mana dasar kesihatan awam memerlukan sebegitu banyak aktiviti ekonomi kita dihentikan. Tetapi kita mesti menyelamatkan ekonomi negara.Perdana Menteri perlu menyedari pemikiran baharu dalam menghadapi ujian berganda bencana kesihatan dan ekonomi yang belum pernah terjadi sebelum ini yang ditimbulkan oleh wabak Covid-19, yang telah mengorbankan hampir 20,000 nyawa dan menjangkiti hampir setengah juta orang di seluruh dunia dunia (berbanding dengan 81,218 jangkitan dan 3,281 kematian Covid-19 di China) dan menarik dunia ke dalam kancah kemelesetan.Menurut unjuran Pertubuhan Perdagangan Dunia, kemerosotan ekonomi dan kehilangan pekerjaan yang disebabkan oleh wabak ini berkemungkinan untuk menjadi lebih buruk daripada kemelesetan ekonomi pada tahun 2008.Dirumuskan dalam tajuk e-buku terbaru dari Centre for Economic Policy Research (CEPR), “Mitigating the Covid Economic Crisis: Act Fast and Do Whatever it Takes“, pakar ekonomi terkemuka dunia menggesa supaya kerajaan untuk menggunakan “senjata berat” fiskal untuk satu tindak balas ekonomi “tanpa had” terhadap krisis COVID-19, dan menggesa kerajaan untuk bertindak dengan pantas dan melakukan apa sahaja untuk menjaga kelangsungan hidup rakyat.Ini adalah masa untuk dasar yang tidak konvensional seperti “wang helikopter”, di mana semua rakyat mendapat wang bantuan tanpa syarat dan bank pelaburan negara menyediakan pinjaman kecemasan tanpa had kepada perniagaan.Adakah pakej penyelamatan ekonomi Muhyidding yang akan diumumkan esok akan mempunyai unsur “wang helikopter” untuk mengurangkan kebankrapan peribadi dan korporat, memastikan rakyat mempunyai wang untuk mengekalkan perbelanjaan walaupun mereka tidak boleh bekerja, dan meningkatkan pelaburan awam dan perbelanjaan penjagaan kesihatan.Langkah-langkah yang diperlukan untuk membendung penyebaran virus ini — kuarantin, penjarakan sosial, penutupan sekolah, universiti dan pusat jagaan kanak-kanak, penutupan perniagaan yang tidak penting, dan langkah bekerja dari rumah — meperlahankan ekonomi negara.Seperti yang dikatakan oleh Pierre-Olivier Gourinchas daripada University of California, Berkeley di dalam satu bab tentang cara meratakan lengkungan sebaran jangkitan dan kegawatan ekonomi: “Kita sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah moden”.Pakej penyelamat ekonomi komprehensif Muhyiddin akan dinilai berdasarkan pemikiran baharu ini di mana kerajaan bukan sahaja perlu menyelamatkan nyawa, tetapi juga pekerjaan dan kehidupan rakyat — bagaimana dasar fiskal digunakan untuk mencegah atau mengatasi kegawatan yang disebabkan bencana, dan membangunkan apa yang dikatakan oleh Gourinchas sebagai “Unit rawatan intensif, katil dan ventilator kepada sistem ekonomi.”Malah Amerika Syarikat, yang akan menjadi pusat baharu wabak Covid-19, telah merekodkan hampir 10,000 kes Covid-19 baru membawa kepada jumlah keseluruhan 64,765 kes yang disahkan (bakal mengatasi China dari segi jumlah kes yang disahkan dalam tempoh beberapa hari), akhirnya mengumumkan pakej penyelamatan ekonomi Covid-19 yang bernilai sebanyak USD2 trilion.Pemimpin Kongres Demokratik dan Republikan, bersama-sama dengan pegawai-pegawai White House, sedang berusaha untuk memuktamadkan satu pakej penyelamatan ekonomi Covid-19 yang bernilai USD 2 trilion yang akan membantu sektor perniagaan, korporat dan secara langsung ke poket rakyat Amerika.Rakyat Malaysia dan dunia sedang menunggu pakej penyelamatan ekonomi komprehensif Muhyiddin yang akan diumumkan besok.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/bukan-saja-bekalan-makanan-wang-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Perlu Belian Panik Kerajaan Jamin Bekalan Makanan Cukup Pm

Tidak Perlu Belian Panik Kerajaan Jamin Bekalan Makanan Cukup Pm

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 234 hits
PUTRAJAYA 16 MAC Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tiada keperluan untuk melakukan pembelian panik kerana bekalan makanan adalah mencukupi dan boleh didapati pada setiap masa Beliau ...
Bekalan Bahan Makanan Akan Sentiasa Ada Cukup Tak Perlu Panik Perdana Menteri

Bekalan Bahan Makanan Akan Sentiasa Ada Cukup Tak Perlu Panik Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 567 hits
Pihak kerajaan akan sentiasa memastikan bekalan bahan makanan sentiasa ada dan mencukupi tidak perlu panik dan tergesa gesa untuk membeli stok bahan makanan ini adalah antara ucapan dalam sidang media berkaitan keadaan negara akibat Covid 1...
Rakyat Terengganu Dinasihatkan Tidak Panik Bekalan Makanan Cukup

Rakyat Terengganu Dinasihatkan Tidak Panik Bekalan Makanan Cukup

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 265 hits
Saharuddin melihat bekalan barang keperluan asas yang dijual KUALA TERENGGANU 17 Mac Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menasihati orang awam supaya tidak panik dengan melakukan pembelian luar jangka Pengarah KPDNHE...
Mb Kerajaan Negeri Pastikan Bekalan Makanan Penduduk Hulu Langat Cukup

Mb Kerajaan Negeri Pastikan Bekalan Makanan Penduduk Hulu Langat Cukup

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 164 hits
SHAH ALAM 29 MAC Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan bagi memastikan keperluan penduduk di Hulu Langat yang terbabit dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan mencukupi kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirud...
Tidak Memadai Dengan Umum Bekalan Makanan Cukup Tapi

Tidak Memadai Dengan Umum Bekalan Makanan Cukup Tapi

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 189 hits
Pihak berkuasa perlu mencari jalan berbincang bersama persatuan peniaga supaya bekalan dan proses pembelian makanan dapat berjalan dengan lancar sempena Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia Mohd ...
Tinggal Di Rumah Saja Perhatikan Hal Ini Dalam Memilih Makanan Kalengan Yang Tepat

Tinggal Di Rumah Saja Perhatikan Hal Ini Dalam Memilih Makanan Kalengan Yang Tepat

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 170 hits
Ketika kita tinggal di rumah seperti sekarang perlu mempersiapkan makanan dan minuman dengan tepat Ketika tinggal di rumah untuk sejumlah waktu penting untuk memilih makanan yang tahan dalam waktu lama
Aishah Mula Catu Makanan Kurangkan Keluar Membeli

Aishah Mula Catu Makanan Kurangkan Keluar Membeli

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 286 hits
Baru masuk hari ketujuh Perintah Kawalan Pergerakan banyak kita melihat perkongsian netizen di media sosial memuat naik menu masakan hari ini serta The post appeared first on
Bekalan Bahan Api Selangor Cukup Kpdnhep

Bekalan Bahan Api Selangor Cukup Kpdnhep

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 258 hits
SHAH ALAM 16 MAC Bekalan bahan api di negeri ini mencukupi demikian jaminan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Pengarahnya Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata pemeriksaan bekalan petrol dan diesel secara s...
Jangan Panik Sebab Makanan Topeng Muka Cukup Kata Pm

Jangan Panik Sebab Makanan Topeng Muka Cukup Kata Pm

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 366 hits
MUHYIDDIN Yassin memberi jaminan bekalan bahan makanan keperluan harian dan penjagaan kesihatan mencukupi apabila perintah kawalan pergerakan dikuatkuasa Rabu untuk mengekang jangkitan Covid 19 Perdana menteri berkata demikian bagi menangan...
Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Mihun Goreng

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

Slot 4 December 2567 Bestbet 200 Slot Top 2 By Olivia Bestbet69 Com

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Huawei Unfold The Classic With Mate X6 For The Malaysian Market


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Persiapan Raya Di Butik Jamilah Uda Business Centre

Apa Itu Fiqih Ini Pengertian Tujuan Sumber Dan Cabangnya

Pkr Grassroots Warm To Tengku Zafrul Amid Talk Of Party Switch

Zuraida S Case Has Serious Impact On Malaysian Politics

Fans Stand In Solidarity With Convert Tiktoker Rayyan Wong After Cops Nab Him For 3r Breaches

123faz