Bukan Rusuhan Kaum Sami Kuil


Pergaduhan di Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman Seafield di Subang Jaya awal pagi tadi bukan satu rusuhan kaum, kata sami kuil itu S Jayakumar.

Beliau justeru meminta orang ramai tidak membuat sebarang andaian.

“Saya meminta orang ramai dan penganut Hindu di Malaysia supaya bersabar dan tidak membuat sebarang provokasi di media sosial”.

“Semuanya bawah kawalan dan perjuangan kita akan diteruskan. Kita mahu kuil ini tetap berada di sini,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau bagaimanapun berkata kesal dengan pihak yang terlibat dengan pergaduhan, yang digelarnya sebagai “penceroboh”.

“Kita semua tahu bahawa dua penceroboh dicederakan oleh pihak kuil. Salah seorangnya sengaja memijak patung dewa, manakala seorang cuba merosakkan lampu pelita dengan parang yang berada di dalam kuil.

“Dua orang inilah dicederakan oleh pihak kuil,” katanya.

Jayakumar juga berkata pergaduhan itu bukan satu rusuhan kaum.

“Saya ingin tegaskan kejadian pagi tadi bukan rusuhan kaum, sebaliknya tindakan zalim pihak yang ingin meroboh kuil ini,” katanya.




K Selvam

Sementara itu, seorang lelaki yang mendakwa menjadi tebusan ketika kejadian berkata “penceroboh” bertindak atas arahan orang luar.

“Ketua penceroboh tersebut sering menelefon kepada seorang untuk menerangkan keadaan dan mendapatkan arahan baharu.

“Setahu saya mereka ambil lima tebusan agar untuk melakukan kerja mengalihkan patung kuil. Tetapi, ia tidak dapat dilakukan setelah pihak kuil menyerang balik,” jelas K Selvam.

MIC sumbang RM20,000

Terdahulu, Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran menyumbangkan RM20,000 kepada pihak kuil.

Vigneswaran yang turut menghadiri ke kuil pagi tadi meminta orang ramai supaya tidak mempolitikkan isu ini.

“Biar pihak bertanggungjawab menjalankan tugas,” katanya.

Sementara itu, persekitaran kuil masih sesak.

Sehingga 5 petang ini, lebih 500 penganut dan orang awam berada di perkarangan kuil untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan kejadian awal pagi tadi.

Menurut seorang penduduk Subang yang hanya dikenali sebagai Nathan berkata beliau berada di kuil sejak 7 pagi untuk menunjukkan sokongan kepada pihak kuil.

“Sebagai seorang beragama Hindu saya menyatakan sokongan saya kepada pihak kuil agar kuil ini terus kekal di sini,” katanya diikuti laungan “kami juga sokong” oleh orang awam yang berada di sekitarnya.
SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azmykelanajaya.com/2018/11/bukan-rusuhan-kaum-sami-kuil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kecoh Malam Tadi 12 Video Dari Fb Vetri Online Kes Runtuh Kuil Mariamman Bukan Rusuhan Kaum

Kecoh Malam Tadi 12 Video Dari Fb Vetri Online Kes Runtuh Kuil Mariamman Bukan Rusuhan Kaum

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 761 hits
Penempatan semula kuil di Subang Jaya tertangguh 4 tahunSUBANG JAYA Syarikat pemaju yang memiliki sebidang tanah yang menempatkan sebuah kuil Hindu di Subang Jaya kini mahu melihat rundingan damai selepas berlaku pertikaian dalaman antara 2...
Rusuhan Kuil Maha Mariamman Bomba Dibelasah Kini Di Icu

Rusuhan Kuil Maha Mariamman Bomba Dibelasah Kini Di Icu

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 409 hits
foto viralANGGOTA Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang diserang perusuh di Kuil Maha Mariamman USJ25 1 pagi hari ini dilaporkan parah dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Subang Jaya Medical C...
Rusuhan Kuil Anggota Bomba Diserang Perusuh Parah Kini Di Icu

Rusuhan Kuil Anggota Bomba Diserang Perusuh Parah Kini Di Icu

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 640 hits
KUALA LUMPUR 27 Nov Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariammam USJ 25 awal pagi tadi dilaporkan cedera parah Rusuhan Kuil Anggota Bomba Diserang Perusuh Parah K...
Anggota Bomba Dibelasah Dalam Rusuhan Kuil Kini Nazak

Anggota Bomba Dibelasah Dalam Rusuhan Kuil Kini Nazak

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 944 hits
Anggota Bomba Dibelasah Dalam Rusuhan Kuil Kini Nazak Muhammad Adib Mohd Kassim kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Subang Jaya di bawah pengawasan lima orang doktor pakar Dalam kejadian jam 1 pagi tadi Adib ya...
Jangan Sibuk Share Melulu Di Fb Group Whatsapp Isu Rusuhan Kuil

Jangan Sibuk Share Melulu Di Fb Group Whatsapp Isu Rusuhan Kuil

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 416 hits
Mana mana pihak seharusnya tidak mengambil sebarang tindakan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh 8216 membakar 8217 sentimen perkauman serta menjejaskan ketenteraman awam dalam kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Su...
Pegawai Bomba Cedera Parah Patah 4 Tulang Rusuk Dipukul Ketika Rusuhan Kuil

Pegawai Bomba Cedera Parah Patah 4 Tulang Rusuk Dipukul Ketika Rusuhan Kuil

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 661 hits
Kami difahamkan seorang anggota bomba telah patah tulang rusuk dan mengalami paru paru berdarah selepas diserang perusuh di Kuil Maha Mariamman Seafield Subang Jaya awal pagi tadi Mangsa merupakan anggota ambulans EMRS dari Balai Bomba dan ...
Doa Rakyat Malaysia Bercurahan Kepada Anggota Bomba Yang Jadi Mangsa Rusuhan Kuil Muhammad Adib Dan Tunangnya

Doa Rakyat Malaysia Bercurahan Kepada Anggota Bomba Yang Jadi Mangsa Rusuhan Kuil Muhammad Adib Dan Tunangnya

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 795 hits
Doa rakyat Malaysia bercurahan kepada anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim 24 yang cedera parah diserang perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman USJ 25 awal pagi tadi Doa yang dititipkan di Facebook tunang anggota bomba itu Nurul Najihah ...
Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Titan A Roaring Nitrous Boosted Bmw R 1300 R Built In House

Tarif Us Malaysia Mulai 1 Ogos 2025 Kadar Impaknya

Cure For Malaysia S Generational Judicial Curse

Hiburan Lebih 82 000 Petugas Kesihatan Kkm Dikecualikan Waktu Kerja Syif 45 Jam Seminggu

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

Serlahkan Acara Anda Dengan Mascot Costumes Yang Unik Dan Menarik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Langgan Starlink Di Malaysia Panduan Lengkap 2025

Cara Mudah Lafaz Dan Niat Solat Sunat Taubat

7 Cara Penjagaan Luka C Zer Selepas Bersalin Secara Pembedahan

Bila Mula Membaca Keajaiban Taqwa

Perspektif Dan Solusi

Sains Cern Temui Dua Pecahan Misteri Partikel Tuhan Yang Sukar Dikesan