Bukan Penat Belajar Tapi Penat Pikul Beg Ibu Bapa Desak Loker Diwajibkan Di Sekolah


 
Banyak pihak bersikap acuh tak acuh setiap kali cadangan menyediakan loker di sekolah diutarakan, menurut ibu bapa yang turut kesal dengan situasi itu.SHAH ALAM: Masalah beg sekolah berat yang dikaitkan kepada sakit tulang belakang pelajar akan berlarutan selagi kerajaan tidak menyediakan peruntukan untuk sekolah mewujudkan sistem loker, kata ibu bapa dan pendidik.
Tindakan Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk membiayai sistem loker agar pelajar menyimpan buku teks di sekolah adalah amat tidak praktikal, kata Pengerusi PIBG SJK(T) Sungai Renggam, Seksyen 18, M Sukumaran.
“Semuanya tentang duit. Menyediakan loker berkunci adalah mahal. Jadi patut dibawa (dibiayai) oleh kementerian supaya ia diseragamkan seluruh negara. Kalau tidak, ada PIBG yang berkemampuan dan ada yang tidak,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata kerajaan boleh menyalurkan dana terus sama ada kepada pengurusan sekolah, PIBG, atau Lembaga Pengelola Sekolah dengan syarat sistem loker itu harus disediakan dalam tempoh tertentu.
M Sukumaran.“Dalam setahun kalau tak buat (sistem loker), pulangkan kembali dana (kepada kerajaan). Kalau kerajaan buat arahan seperti ini, sekolah akan buat tak? Mesti mereka buat,” katanya.
Semalam, FMT melaporkan seorang pelajar Tingkatan 5, Nurul Hanim Fazwin, menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang bengkok 40 darjah.
Ayahnya, Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi, 44, yang juga doktor pakar kanak-kanak, yakin amalan menggalas beg sekolah berat saban tahun menyumbang kepada kerosakan tulang belakang anaknya.
Zaqrul memberitahu FMT, beliau juga menyaksikan banyak kes anak-anak senasib Nurul Hanim menderita sakit tulang belakang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sukumaran berkata kerajaan tidak boleh menutup mata kepada masalah pelajar sekolah rendah dan menengah menggalas beg berat sehingga 7kg ke sekolah, tahun demi tahun.
Beliau kesal banyak pihak bersikap acuh tak acuh setiap kali cadangan menyediakan loker di sekolah diutarakan, manakala tak kurang yang mempersoalkan sumber dana untuk membiayai projek itu.
Sukumaran mencadangkan dana Kementerian Pendidikan harus diberikan secara terus kepada pengurusan sekolah, untuk menjamin projek menyediakan loker ini, berjaya.
“Jika kementerian nak buat bagi seluruh Malaysia, akan ambil masa 10 tahun. Pejabat Pelajaran Daerah nak buat mungkin lima tahun. Tapi kalau sekolah nak buat, boleh buat (lebih cepat).
“Jadi (kerajaan patut) salurkan bantuan (terus kepada sekolah) dan sekolah pergi cari kontraktor,” kata beliau.
Menurut surat pekeliling Kementerian Pendidikan pada Sept 2018, semua sekolah digalak mewujudkan sistem loker, tetapi hanya jika berkemampuan berbuat demikian.
Pekeliling itu antara lain menyatakan kajian KPM pada 2017 bahawa isu beg berat adalah disebabkan murid-murid membawa terlalu banyak buku termasuk buku latihan, buku swasta, kamus, buku komik, botol air, bekalan makanan, dan alat tulis yang melebihi keperluan.
Selain daripada mewujudkan loker, Sukumaran juga mencadangkan guru periksa berat beg pelajar secara berkala dan memastikan pelajar hanya membawa buku mengikut jadual pengajaran.
Julia Abdullah“Bukan tiap-tiap hari. Mungkin dua tiga hari sekali…ada pelajar malas nak tengok jadual, ambil (semua buku) letak (dalam beg) dan jalan (ke sekolah).”
Kalangan ibu-bapa yang ditemui FMT bimbang akan isu beg sekolah berat, walaupun ia tidak banyak diperkatakan di media.
Bagi Julia Abdullah, 37, terlalu banyak subjek yang diajar antara penyumbang kepada masalah itu.
“Kesian anak-anak. Satu hari berapa mata pelajaran. Kadang lima, kadang enam. Kalau enam, (maknanya) enam buah buku teks. Belum buku tulis, buku aktiviti.
Yusri Salim.“Beg sekolah anak saya, saya yang pikul dari tingkat tiga (rumah flat) sampai ke bawah. Sampai sekolah anak pula pikul. Sampai rumah, saya pula pikulnya.
“Ada yang balik sekolah, tak sempat makan, terus tidur. Bukan penat belajar, tapi penat memikul beg sekolah,” kata suri rumah sepenuh masa itu.
Pekerja swasta, Yusri Salim, 44, berkongsi kisah anaknya yang kerap mengadu sakit belakang setiap kali pulang ke rumah.
Subanesan Sinnaian.“Beg terlalu berat. Budak seksa nak pergi sekolah. ‘Okay’ juga kalau buku tinggal di sekolah. Kalau buat loker dalam kelas, cikgu boleh pantau. Budak-budak sekarang badan kecil. Bahaya untuk tulang belakang mereka. Kadang sudah balik tu penat, sakit belakanglah”.
Subanesan Sinnaian, 49, seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah risau melihat anaknya menggalas beg berat dan menaiki tingkat tiga bangunan sekolah, setiap hari.
“Kalau boleh jangan bebankan anak kita dengan beg berat. Anak saya kena naik sampai tingkat tiga, memang saya risau.” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/02/bukan-penat-belajar-tapi-penat-pikul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak2 Sekolah Galas Beg Berat Tular Ibu Dedah Isi Dalam

Kanak2 Sekolah Galas Beg Berat Tular Ibu Dedah Isi Dalam

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 248 hits
Baru baru ini satu video tular apabila seorang pelajar perempuan kelihatan menghadapi kesukaran untuk menggalas beg sekolah yang berat
Rupanya Eman Manan Bapa Amyra Rosli Tapi Ini Perkara Yang Sebenar

Rupanya Eman Manan Bapa Amyra Rosli Tapi Ini Perkara Yang Sebenar

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 763 hits
Orang katadalam dunia ini terdapat tujuh orang yang pelanduk dua serupa dengan kita Namun teori itu masih belum dibuktikan lagi betul ataupun tidak
Hiburan Hidup Saya Dah Complete Bapa Lama Hilang Puteri Balqis Akui Lebih Bahagia Bersama Ibu

Hiburan Hidup Saya Dah Complete Bapa Lama Hilang Puteri Balqis Akui Lebih Bahagia Bersama Ibu

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 518 hits
Pelakon kanak kanak yang makin meningkat dewasa mengakui bahawa dia lebih baik menjalani hidup tanpa ketiadaan bapa kandung di sisi Ujar Balqis atau nama sebenarnya Puteri Balqis Azizi 15 bapanya itu sudah lama menghilang dan kini dia hanya...
Ibu S4rat Hamil Pulang Melopong Gigih Masak Kemudian Bawa 3 Anak Cod Tom Yam Tapi Pelanggan Gh4ib

Ibu S4rat Hamil Pulang Melopong Gigih Masak Kemudian Bawa 3 Anak Cod Tom Yam Tapi Pelanggan Gh4ib

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 185 hits
SIAPA sangka dvgaan menimpa seorang peniaga makanan apabila tempahan jualannya dibatalkan pelanggan pada saat akhir Kesed1han itu dilu4hkan menerusi video yang memaparkan lu4han wanita ini yang sedang memandu kereta sambil memelvk anak beru...
Anak Terperangkap Dalam Sebuah Perigi 5 Hari Ini Kata2 Bapa Ibu Rayan Buat Mata Ramai Berkaca

Anak Terperangkap Dalam Sebuah Perigi 5 Hari Ini Kata2 Bapa Ibu Rayan Buat Mata Ramai Berkaca

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 297 hits
ISTANA Diraja Maghribi mengesahkan kanak kanak yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter Rayan Awram telah meninggal dunia
Ibu Bapa Saya Terkejut Eunji Apink Ulas Babak Merokok Dalam Work Later Drink Now

Ibu Bapa Saya Terkejut Eunji Apink Ulas Babak Merokok Dalam Work Later Drink Now

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 241 hits
APINK akan muncul dalam program pelbagai KBS 2TV Problem Child in House yang dijadualkan untuk siaran pada 15 Februari jam 11 40 malam ARTIKEL BERKAITAN Pada episod tersebut Eun ji telah mendedahkan kisah di sebalik kelahiran Kang Ji goo wa...
Doa Untuk Kedua Ibu Bapa

Doa Untuk Kedua Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 216 hits
Terjemahan Bahasa RumiAllahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya warhamhumma kama robbayani soghiro Maksudnya Ya Allah ampunilah dosa dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di...
Sahabat Sejati Video Netizen Puji Budak Sekolah Bantu Kawan Angkut Beg Berat Turun Tangga

Sahabat Sejati Video Netizen Puji Budak Sekolah Bantu Kawan Angkut Beg Berat Turun Tangga

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 441 hits
Kata orang nilai persahabatan ni kalau dijaga baik sampai ke besar ia akan berkekalan Korang ingat lagi tak siapa kawan baik korang masa sekolah rendah dulu Baru baru ini tular di laman Tiktok video seorang kanak kanak membantu rakannya mem...
Hiburan Beza Umur Mak Dengan Bapa Tiri 15 Tahun Anak Terima Biarpun Pernah Satu Sekolah Rendah

Hiburan Beza Umur Mak Dengan Bapa Tiri 15 Tahun Anak Terima Biarpun Pernah Satu Sekolah Rendah

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 262 hits
Untuk anak anak melalui fasa dimana mereka melihat rumah tangga ibu bapa runtuh ataupun kehilangan ibu bapa itu bukanlah satu perkara yang mudah Apatah lagi mahu menerima susuk tubuh baharu di dalam keluarga sebagai pasangan baru buat ibu a...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean