Bukan Nak Dabik Dada Umno Sudah Bersedia Tanpa Pas Di Sisi




Umno sebenarnya telah bersedia untuk bergerak tanpa PAS pada pilihan raya akan datang, dengan melihat kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN (Melaka) dan PRN Johor sebelum ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.
“Saya bukan hendak mendabik dada, tapi saya tidak mahu jentera kita ada rasa macam lemah semangat apabila tiada lagi Muafakat Nasional (MN) bersama PAS pada pilihan raya nanti.
“Kita kena sentiasa merujuk dengan apa yang berlaku, kita menang 21 daripada 28 kerusi pada PRN Melaka dan menang 40 daripada 56 kerusi pada PRN Johor tanpa apa kita panggil sebagai gabungan MN,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pontian di Bangunan Umno Pontian di Pontian hari ini, katanya beliau berharap penyokong BN dapat menjadikan PRN Melaka dan Johor sebagai penanda aras kemenangan dua pertiga yang boleh diulangi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini tanpa PAS di sisi.
Justeru Timbalan Ketua Umno Bahagian Pontian itu menasihati jentera BN dan Umno supaya tidak berdukacita dan meneruskan segala gerak kerja yang telah dilakukan selama ini.
“Jadi untuk jentera, walaupun tiada MN dalam bentuk bersama PAS, selalulah ingat bahawa kita boleh melakukan sebagaimana yang kita lakukan pada PRN Melaka dan PRN Johor,” katanya.
Merujuk kepada penyertaan beliau pada PRU15 ini, Ahmad yang merupakan Ahli Parlimen Pontian selama tiga penggal berkata beliau berharap agar dapat kekal diletakkan bertanding di kerusi Parlimen Pontian nanti, namun beliau tetap menyerahkan soal pencalonan sepenuhnya kepada keputusan pucuk pimpinan parti.
"Saya harap dapat bertanding di Parlimen Pontian kerana saya orang tempatan dan telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dengan sepenuh jiwa. 
"Jika tidak diberikan peluang (bertanding), saya tetap akan menyokong dengan penuh gigih sebagai ahli parti dan pimpinan utama di peringkat pusat.
“Sebagaimana saya sebut, jadi ahli politik ini penuh dengan risiko," katanya.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Umum BN Johor Datuk Hasni Mohammad pula ketika ditemui di majlis sama berkata pemimpin Umno sering kali mengambil sikap “forgive and forget”, walaupun beliau melihat macam-macam yang dikatakan PAS mengenai Umno.
“Saya juga menggunakan pendekatan yang sama, lebih kepada soal penyatuan ummah, bukan PAS sahaja yang gunakan. Orang lain juga berhasrat untuk memastikan penyatuan orang Melayu, juga penting dalam kestabilan dan kemakmuran negara,” katanya.
- Bernama
 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lagiberita.blogspot.com/2022/10/bukan-nak-dabik-dada-umno-sudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dalam Umno Puad Nampak Jelas Bahawa Umno Akan Kena Tipu Dengan Pas Jadinya Umno Tak Mau Walau Pas Nak Sondol Dua Kolam

Dalam Umno Puad Nampak Jelas Bahawa Umno Akan Kena Tipu Dengan Pas Jadinya Umno Tak Mau Walau Pas Nak Sondol Dua Kolam

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 325 hits
Umno tidak mahu ditipu PAS buat kali kedua kata Puad October 8 2022 Puad Zarkashi berkata PAS menunjukkan tidak mahu bekerjasama selepas menterinya tidak bersetuju PRU15 diadakan tahun ini PETALING JAYA Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarka...
Orang Gila Ajak Pilihanraya Takkan Muslimat Nak Pi Kempen Selak Kain Kata Pas Kepada Umno

Orang Gila Ajak Pilihanraya Takkan Muslimat Nak Pi Kempen Selak Kain Kata Pas Kepada Umno

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 192 hits
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat Datuk Seri Mohamad Sanusi Mat Nor menyifatkan Umno dan pemimpinnya sebagai orang gila apabila mendesak agar pilihan raya umum diadakan segera 8220 Orang gila ajak buat pilihan raya Inipun sejenis gila yang ki...
Kata Umno Pas Guna Logo Sendiri Sebab Nak Tipu Penyokong

Kata Umno Pas Guna Logo Sendiri Sebab Nak Tipu Penyokong

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 271 hits
October 18 2022 Umno melihat tindakan PAS menggunakan logo sendiri di Kelantan Terengganu dan Kedah untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang bertujuan menyorokkan kerjasama parti itu degan Bersatu dan Perikatan Nasional Menurut lapora...
Keh Keh Ingat Umno Nak Dok Diam Ke Ph Pun Tak Duduk Diam Lebai Mana Kajian Yang Menyatakan Pas Boleh Menang Lagi

Keh Keh Ingat Umno Nak Dok Diam Ke Ph Pun Tak Duduk Diam Lebai Mana Kajian Yang Menyatakan Pas Boleh Menang Lagi

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 228 hits
Rakyat Terengganu masih mahu kami kata PAS October 2 2022Setiausaha PAS Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah yakin PAS Terengganu mampu menang lebih banyak kawasan pada PRU15 jika strateginya tepat PETALING JAYA PAS Terengganu yakin mampu me...
Bekas Adun Pas Bukit Pasir Sertai Umno

Bekas Adun Pas Bukit Pasir Sertai Umno

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 164 hits
NOR AZURA MD AMINJOHOR BAHRU DIKEMAS KINI UMNO Bahagian Pagoh mengesahkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pas Bukit Pasir Najib Lep telah diterima menyertai UMNO sejak Mei lalu Ketuanya Ismail Mohamed berkata Najib kini merupakan ahli UMNO...
Petanda Pas Bakal Bergabung Semula Dengan Umno Tersebar

Petanda Pas Bakal Bergabung Semula Dengan Umno Tersebar

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 187 hits
Petanda PAS Bakal Bergabung Semula Dengan Umno Tersebar Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam memberi bayangan bahawa PAS akan membuat pusingan U dan kembali mengukuhkan Muafakat Nasional tidak lama lagi Sumber yang dihubungi Malaysiakin...
Pas Mahu Jadi Tongkat Baru Umno Selepas 2 Tongkatnya Patah Sebagaimana Kata Nik Aziz

Pas Mahu Jadi Tongkat Baru Umno Selepas 2 Tongkatnya Patah Sebagaimana Kata Nik Aziz

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 193 hits
BORHAN AHMADPas kini umpama tongkat baru kepada Umno selepas parti perkauman Melayu itu hampir rebah selepas kedua dua tongkatnya MCA dan MIC dipatahkan oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2008 dan 2013 lalu Bekas Timbalan Presiden Pas H...
Selepas Kenal Hati Budi Umno Baru Pas Buat Keputusan Kekal Dalam Pn

Selepas Kenal Hati Budi Umno Baru Pas Buat Keputusan Kekal Dalam Pn

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 195 hits
agendailt com19 10 2022Ketua Pemuda Perikatan Nasional yang juga Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari Pertemuan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dengan dua pemimpin tertinggi UMNO ...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi