Hukuman Dikurangkan Najib Tak Boleh Mohon Parol Pakar



“Najib tidak layak memohon parol, kerana peremitan (pengurangan) hukuman sudah diberikan Lembaga Pengampunan.” (Berita Harian) – Pengurangan hukuman penjara Datuk Seri Najib Razak menghalang bekas Perdana Menteri itu untuk memohon perintah parol bagi menjalani hukuman pemenjaraan di luar penjara.
Pakar Perlembagaan, Prof Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain, berkata ia selari Seksyen 46E(6)(a) Akta Penjara 1995 (Akta 537) yang membataskan hak parol bagi tahanan jika mendapat lega hukuman di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
“Najib tidak layak memohon parol, kerana peremitan (pengurangan) hukuman sudah diberikan Lembaga Pengampunan.
“Ini kerana, perintah parol itu sendiri bertujuan menggalakkan kelakuan baik dan kerajinan serta memudahkan pemerlakuan pemulihan seseorang banduan.
“Asas sama turut diberi pertimbangan oleh Lembaga Pengampunan,” katanya kepada BH, hari ini.
Semalam, Najib dilapor diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya sejak 2022, sekali gus menyaksikan bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Selain pembebasan awal, Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, juga mengumumkan denda perlu dibayar Najib, dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Sekiranya denda itu tidak dibayar, tempoh pemenjaraan Najib akan ditambah setahun dengan tarikh pembebasan beliau dijadualkan pada 23 Ogos 2029.
Najib, 70, yang menjalani hukuman di Penjara Kajang, Selangor sejak 23 Ogos lalu, selepas didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd memfailkan petisyen untuk mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong pada 2 September 2022.
Mengulas kemungkinan rayuan terhadap keputusan peremitan hukuman, Wan Ahmad Fauzi berkata, perkara itu tidak boleh dibuat menerusi proses kehakiman, kerana keputusan Yang di-Pertuan Agong adalah proses ‘mercy’, bukan prosiding mahkamah.
“Justeru, terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong sama ada ingin melaksanakan prerogatif baginda kerana tiada peruntukan yang membataskan kuasa berkenaan dan tafsiran mahkamah jika isu berkenaan timbul nanti.
“Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan juga tidak membezakan keputusan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan mana-mana Yang di-Pertuan Agong. Justeru, tidak timbul isu raja mana yang menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong.
Ditanya sama ada Lembaga Pengampunan perlu mendedahkan keputusannya kepada umum, Wan Ahmad Fauzi berkata, tiada peruntukan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan tindakan sedemikian.
Menyokong pandangan itu, seorang lagi pakar Perlembagaan, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, berkata Najib tidak layak untuk menjalani perintah parol, selepas bekas Ahli Parlimen Pekan itu menerima peremitan hukuman.
“Logiknya, apabila hukuman sudah jadi separuh, macam mana boleh (mendapat pelepasan) parol lagi. Ini seolah-olah ‘double advantage’ (manfaat berganda).
“Lega hukum atas alasan ditentukan Yang di-Pertuan Agong, apa jua alasannya ‘privilege’ (keistimewaan) sudah diberi kepada Najib. Seksyen 46E(6)(a) Akta 537 amat jelas. Lega hukum diberi, maka hilang peluang untuk parol,” katanya.
Beberapa pengamal undang-undang sebelum ini berpendapat Najib mungkin berpeluang dibebaskan lebih awal dari 23 Ogos 2028 kerana boleh memohon perintah parol.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/02/03/hukuman-dikurangkan-najib-tak-boleh-mohon-parol-pakar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Bebas Ogos 2028 Hukuman Dikurangkan

Najib Bebas Ogos 2028 Hukuman Dikurangkan

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 149 hits
Malaysiakini nbsp nbsp Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bersetuju memberi pengurangan hukuman penjara yang dikenakan ke atas Najib Razak yang kini ditahan di Penjara Kajang Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini lembaga itu meny...
Hukuman Dikurangkan Najib Bebas Ogos 2028

Hukuman Dikurangkan Najib Bebas Ogos 2028

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 172 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 2 2024 3 39 PMLembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bersetuju memberi pengurangan hukuman penjara yang dikenakan ke atas Najib Razak yang kini ditahan di Penjara Kajang Dalam kenyataan yang dikeluarkan peta...
Hukuman Najib Dikurangkan 2 Tahun Bukan 6 Tahun

Hukuman Najib Dikurangkan 2 Tahun Bukan 6 Tahun

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 232 hits
Hukuman Najib dikurangkan 2 tahun bukan 6 tahun ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be a0XUEpSMiFc src in org https www youtube com embed a0XUEpSMiFc wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube c...
Pengampunan Najib Hukuman Penjara Dikurangkan Kepada 6 Tahun Media Singapura

Pengampunan Najib Hukuman Penjara Dikurangkan Kepada 6 Tahun Media Singapura

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 251 hits
AgensiKuala Lumpur Hukuman penjara 12 tahun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan rasuah dikurangkan kepada enam tahun oleh Lembaga Pengampunan selepas mesyuaratnya semalam kata sumber termasuk pegawai kanan kerajaan kep...
Hukuman Penjara Najib Dipendekkan Kepada 6 Tahun

Hukuman Penjara Najib Dipendekkan Kepada 6 Tahun

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 167 hits
Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bersetuju untuk memendekkan hukuman penjara 12 tahun Najib Razak kepada enam tahun Urusetia lembaga itu berkata denda RM210 juta ke atas bekas perdana menteri itu juga dikurangkan kepada separuh Najib...
Pengurangan Hukuman Ke Atas Najib Hak Agong William Leong

Pengurangan Hukuman Ke Atas Najib Hak Agong William Leong

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 141 hits
Oleh Abdullah Zaid Pengurangan hukuman penjara dan denda ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak merupakan hak Yang di Pertuan Agong Menurut Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen kuasa pengampunan termaktub di bawah Perkara 42 Per...
Shafee Abdullah Lembaga Pengampunan Cadang Najib Habiskan Hukuman Penjara

Shafee Abdullah Lembaga Pengampunan Cadang Najib Habiskan Hukuman Penjara

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 234 hits
MalaysiakiniSurat yang mempunyai cap mohor yang di Pertuan Agong sebelum ini menunjukkan kemungkinan wujud perbezaan pendapat antara Seri Paduka dan Lembaga Pengampunan berkaitan hukuman Najib Razak Surat itu dibacakan oleh peguam Najib Sha...
Bukan Mencabar Islam Mana Mana Negeri Tidak Boleh Membuat Hukuman Sendiri Kerana Ianya Adalah Kuasa Parlimen

Bukan Mencabar Islam Mana Mana Negeri Tidak Boleh Membuat Hukuman Sendiri Kerana Ianya Adalah Kuasa Parlimen

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 177 hits
Nik HasyudeenIni bermakna Dewan Undangan Negeri tidak boleh membuat peruntukan enakmen kesalahan jenayah sendiri yang melanggar Perlembagaan Persekutuan Ianya adalah kuasa Parlimen Nik Elin seorang peguam adalah anak kelahiran Kelantan Haki...
Najib Masih Boleh Mohon Pengampunan 2 Tahun Lagi

Najib Masih Boleh Mohon Pengampunan 2 Tahun Lagi

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 204 hits
Najib masih boleh mohon pengampunan 2 tahun lagi ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be S9gLTWJ7CSM src in org https www youtube com embed S9gLTWJ7CSM wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025