Bukan Kuning Hijau Merah Tapi Kahak Berwarna Hitam Yang Patut Anda Takuti


Bukan Kuning, Hijau @ Merah, Tapi Kahak Berwarna Hitam Yang Patut Anda Tahu ||  Betapa tak minatnya aku bila kahak tersekat atau nak keluar dari tekak ni. Ada budak tak reti nak keluarkan kahak, ada yang kena sampai kuat kuat bunyi, baru keluar kahaknya. 
Punca kahak terhasilPakar Laringologi dari Cleveland Clinic’s Voice Center, Dr Paul C. Bryson menyatakan bahawa lendiran terhasil secara semula jadi oleh tubuh kita pada setiap hari.
Beliau menambah, “Walaupun jumlah sebenar lendiran yang dihasilkan masih tidak diketahui, tapi kebanyakan pakar menganggapnya kira-kira satu liter sehari!”
Ia mempunyai peranan yang penting dalam badan seperti melapisi banyak tisu tubuh kita.
Konsistensi lendir yang licin membantu untuk melindungi dan melembapkan, serta memerangkap perengsa yang mengganggu sistem tubuh kita.
Tubuh anda akan menghasilkan lendiran yang banyak di dalam tekak, iaitu kahak apabila mengalami keradangan disebabkan oleh :
SelesemaMempunyai keradangan sinusMempunyai alahanTerdedah kepada asap atau pencemaranWarna kahak boleh berubah bergantung kepada elemen yang mempengaruhi seperti jangkitan kuman, masalah kesihatan dan sebagainya.
Spektrum warna kahak
#1 Kahak kuning atau hijauSekiranya anda melihat kahak berwarna kuning atau hijau, biasanya ia adalah tanda bahawa badan anda sedang melawan jangkitan kuman.
Warna yang dihasilkan berasal daripada sel darah putih anda.
Pada mulanya, anda mungkin melihat kahak kuning yang kemudian bertukar menjadi hijau. Perubahan yang berlaku bergantung kepada tahap keterukan dan tempoh anda sakit.
Ia boleh disebabkan oleh jangkitan kuman yang ringan seperti selesema ataupun yang lebih serius seperti :
BronkitisKeradangan paru-paruKeradangan sinusCystic fibrosis#2 PerangKahak berwarna perang yang kelihatan seakan-akan ‘berkarat’ merupakan tanda darah lama dalam kahak.
Ia merupakan perubahan warna kahak daripada merah atau merah jambu.
Selain daripada tanda keradangan paru-paru oleh jangkitan bakteria, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit bronkitis kronik yang sering dialami oleh perokok dan cystic fibrosis.
Menyedut bahan berbahaya seperti asbestos juga boleh menyebabkan penyakit paru-paru yang tidak dapat disembuhkan dan menghasilkan kahak perang.
Bagi kes yang lebih teruk, kahak perang boleh menjadi tanda abses paru-paru, iaitu koleksi nanah yang menyakitkan, disebabkan oleh jangkitan bakteria.
Apa pun penyebabnya, kahak perang tidak seharusnya diambil mudah terutama sekali jika disertai dengan batuk yang berpanjangan.
#3 Kahak berdarah, merah atau merah jambu
Kahak berwarna merah atau merah jambu boleh menjadi tanda amaran yang lebih serius.
Merah atau merah jambu menunjukkan bahawa terdapat pendarahan di saluran pernafasan atau paru-paru.
Batuk yang teruk boleh menyebabkan pendarahan dengan memecahkan saluran darah di paru-paru, yang membawa kepada kahak berdarah.
Walau bagaimanapun, keadaan yang lebih serius juga boleh mengakibatkan kahak merah atau merah jambu.
Dr. Barbara Kreel, Pakar Telinga, Hidung dan Tekak daripada Geisinger menyatakan, “Sekiranya anda mengalami kahak berdarah, anda harus segera berjumpa dengan doktor. Jika berlaku sekali sahaja, ia mungkin tidak menjadi masalah.”
“Namun jika berlanjutan, ia mungkin memberi isyarat keadaan yang lebih serius seperti penyakit tibi dan penyakit salur darah paru-paru.
“Pastikan anda peka akan simptom lain yang mungkin menunjukkan sesuatu yang lebih serius mengenai kesihatan anda”, tambah beliau lagi.
Penyakit lain yang mempunyai gejala kahak berdarah ialah:
Kegagalan jantung kongestifKanser paru-paruJangkitan paru-paru tahap teruk#4 PutihKahak berwarna putih boleh menjadi tanda jangkitan virus bronkitis, dan boleh bertukar menjadi kuning-hijau jika tidak dirawat.
Penyakit refluks gastro, di mana asid daripada perut dilambung naik ke esofagus boleh menyebabkan batuk berkahak putih dan pekat.
Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) berupaya menjadikan saluran udara semakin sempit dan paru-paru menghasilkan jumlah kahak putih dalam kuantiti banyak.
Kegagalan jantung kongestif juga boleh menghasilkan kahak putih yang banyak. Ia berlaku apabila jantung hilang kemampuan untuk mengepam darah ke seluruh badan secara beransur-ansur.
Dalam keadaan ini, banyak cecair akan terkumpul di paru-paru dan meningkatkan jumlah kahak putih. Selalunya, anda juga akan mengalami sesak nafas.
#5 HitamKahak hitam sering menjadi tanda anda menyedut sesuatu seperti habuk, kerap dijumpai dalam kalangan pelombong arang batu.
Walau bagaimanapun, ia juga dapat menandakan sesuatu yang lebih serius seperti jangkitan kulat pada paru-paru.
Tambahan pula, merokok dan pengambilan dadah kokain juga boleh menjadi punca kahak hitam.
KonklusiJika anda mengalami perubahan warna kahak seperti di atas untuk jangka masa yang lama, sila berunding dengan doktor anda segera.
Namun begitu, warna kahak cuma rujukan dan harus dipertimbangkan bersama gejala lain.
Sekiranya warna kahak anda normal tetapi keadaan anda bertambah buruk, segera berkunjung ke pusat perubatan berdekatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2020/07/bukan-kuning-hijau-merah-tapi-kahak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
11 Kabupaten Atau Kota Zona Kuning Covid 19 Jadi Hijau

11 Kabupaten Atau Kota Zona Kuning Covid 19 Jadi Hijau

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 212 hits
11 Kabupaten tersebut adalah Sigi Kota Singkawang Raja Ampat Kaimana Pasaman Kepulauan Mentawai Manggarai dan Bombana
Hijau Daun Sakit Tapi Ku Rindu Chord

Hijau Daun Sakit Tapi Ku Rindu Chord

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 415 hits
C G Am Em F Dm GC Gcinta itu butaF Crasa bukan logikaAm Emcintaku selingkuhF Gaku tak bisa benciDmapa rasa di hati Ammana bisa orang tahu Fdan aku pun bertahan G F Gdi dalam kesetiaan C Gsakit tapi ku rindu Am Emrindu terbakar cemburuF Cdan...
Pukau Pandangan 4 Masjid Berwarna Merah Jambu Di Dunia Dan 3 Daripadanya Terletak Di Asia Tenggara

Pukau Pandangan 4 Masjid Berwarna Merah Jambu Di Dunia Dan 3 Daripadanya Terletak Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 444 hits
Masjid merupakan tempat ibadat dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia Kebiasaannya orang ramai pasti membayangkan bahawa bangunan masjid akan berwarna biru kerana ia merupakan simbol ketenangan dan dibina dengan gaya senibina tersendiri...
Rahsia Kalimah Berwarna Merah Surah Al Kahfi

Rahsia Kalimah Berwarna Merah Surah Al Kahfi

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 675 hits
Dan demikianlah Kami bangkitkan mereka supaya mereka bertanya tanyaan sesama sendiri Salah seorang di antaranya bertanya Berapa lama kamu tidur sebahagian dari mereka menjawab Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari Sebah...
Bersatu Merah Hitam Bungkus Pru 15

Bersatu Merah Hitam Bungkus Pru 15

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 275 hits
Mukhlis Shariff Menarik baca komen dari veteran UMNO Secara ringkasnya Bersatu baik Merah atau Hitam akan bungkus bila ada PRU 15 UMNO hanya sokong Bersatu Merah sekarang ini pun sebab nak tolong jatuh kerajaan PH Lepas Parlimen bubar abah ...
Soal Jodoh Nora Ariffin Tak Nafi Ada Yang Cuba Dekat Tapi

Soal Jodoh Nora Ariffin Tak Nafi Ada Yang Cuba Dekat Tapi

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 307 hits
Bukan satu perkara mudah untuk dilalui apabila kehilangan insan yang amat disayangi dalam kehidupan Penyanyi lagu yang terkenal menerusi Dipersimpangan Dilema itu mengakui ada lelaki yang cuba mendekati dirinya selepas hampir 4 tahun kehila...
Penampilan Bukan Untuk Dipuji Tapi Jaga A1b Suami Lisdawati Belajar Gaya Fesyen Muslimah

Penampilan Bukan Untuk Dipuji Tapi Jaga A1b Suami Lisdawati Belajar Gaya Fesyen Muslimah

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 250 hits
PELAKON Lisdawati mengakui berdepan cabaran dalam memastikan imej dan penampilannya mengikut tuntutan syariat Islam Menurut Lisdawati 42 apa sahaja digayakan bukan sekadar mengikut fesyen semata mata sebaliknya perlu menjaga a1b suami dan k...
Tak Kejar Wang Tapi Nak Cipta Platform Dalam Hidup Nadhir Juara Hero Remaja 2020 Inspirasi Anak Muda

Tak Kejar Wang Tapi Nak Cipta Platform Dalam Hidup Nadhir Juara Hero Remaja 2020 Inspirasi Anak Muda

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 714 hits
Setelah dua bulan tertunda akibat krisis wabak Covid 19 akhirnya keputusan rasmi Pencarian Hero Remaja 2020 telah diumumkan menerusi episod istimewa pentas akhir bertemakan Gentleman yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria HD As...
Saya Tak Jual Harta Negara Tapi Ada Menteri Lain Jual Apa Makna

Saya Tak Jual Harta Negara Tapi Ada Menteri Lain Jual Apa Makna

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 288 hits
Agak agak Menteri mana atau PM Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via telegram dan untuk forum sila ke oo000oo MINDARAKYAT 1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa apa bahan di dalam lama...
Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Explainer What Is Opr And How Bank Negara S Decision Affects You

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed

Nikmati Sajian Eratkan Jalinan At Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025

Banyak Kali Terkena Datang Makan Tapi Tak Bayar Wanita Luah Kecewa

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel

Mat Sabu Menteri Gagal

Ole Ole Dari Dubai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Paylater Cara Bijak Atau Perangkap Hutang

Saiz Dan Bentuk Label Pelekat Bagaimana Memilih Yang Sesuai Untuk Produk Anda

Kehadiran Si Panjang Berbelang

Lirik Lagu Angin Manusia Biru

Braces Friendly Delights A Mouthwatering Guide To Enjoying Food With Braces

Memorial Day Feast Celebrate With Delicious Food And Meaningful Remembrance