Rahsia Kalimah Berwarna Merah Surah Al Kahfi


"Dan demikianlah Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya, 'Berapa lama kamu tidur?', sebahagian dari mereka menjawab, 'Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari'.


"Sebahagian lagi dari mereka berkata, 'Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal; kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan besungguh-sungguh; dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu." (Surah Al-Kahfi: 19)

Waktu zaman kanak-kanak dulu bila membaca Quran, selalu tertanya-tanya kenapa ada satu perkataan dalam Surah Al-Kahfi diwarnakan merah? (rujuk gambar).

Ada yang mengatakan, sejarah di sebalik perkataan ini dicetak merah adalah ketika Sayyidina Uthman bin Affan r.a. terbunuh, percikan darahnya mengenai mushaf Al-Quran tepat pada tulisan "ﻭﻟﻴﺘﻠﻄﻒ".

Maka kerana itu ia ditulis dengan warna merah untuk mengenang kematian Sayyidina Uthman bin Affan r.a.

Saya tidak pasti asal-usul dan kesahihan kisah ini. Dan bukan sejarah atau kenapa ia berwarna merah yang ingin saya sentuh dalam catatan ini.

Apa yang ingin saya kongsikan ialah berkenaan kedudukan dan mesej penting yang terdapat dalam perkataan "ﻭﻟﻴﺘﻠﻄﻒ" itu sendiri.

Menurut Ibnu 'Asyur dalam kitabnya 'At-Tahrir Wa At-Tanwir', majoriti Ulama Ilmu Tafsir berpendapat jika dikira satu-persatu perkataan dalam Al-Quran bermula dari perkataan "ﺍﻟﺤﻤﺪ" di dalam Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan perkataan "ﺍﻟﻨﺎﺱ" dalam Surah An-Nas, kita akan dapati perkataan "ﻭﻟﻴﺘﻠﻄﻒ" kedudukannya terletak betul-betul di tengah-tengah Al-Quran.

Apakah hikmah perkataan ini sebagai 'central point' Al-Quran?

Jika kita membuat sedikit 'bedah siasat' terhadap perkataan "ﻭﻟﻴﺘﻠﻄﻒ", ia terdiri dari 3 unsur;

1. Wau al-'Athaf (ﻭ ﺍﻟﻌﻄﻒ): Kata penghubung.

2. Lam al-Amr (ﻻﻡ ﺍﻷﻣﺮ): Kata suruhan atau perintah.

3. Perkataan ﻳﺘﻠﻄﻒ : Kata kerja.

Perkataan "ﻳﺘﻠﻄﻒ", jika diperhatikan, mengandungi di dalamnya maksud kindness (berbuat baik), patience (bersabar), respectful (menghormati), generous (bermurah hati), gentle (lemah lembut) dan humble (rendah hati).

Atau dengan kata lainnya, segala sifat yang baik terkumpul dalam satu perkataan ini.

Datangnya perkataan ini diikat dengan kata suruhan dan perintah, menunjukkan ia merupakan satu perintah dari Allah SWT untuk kita sentiasa menghormati dan berbuat baik sesama manusia, tanpa mengira umur, pangkat, bangsa dan agama, sama ada dalam perkataan mahupun perbuatan seharian.

Terletaknya pula perkataan ini di lokasi paling tengah di dalam Al-Quran, memberi isyarat kepada kita bahawa mesej agung yang ingin disampaikan Kitabullah ini adalah tentang peri pentingnya kita sebagai manusia, dalam menjalani kehidupan di dunia ini agar sentiasa bersikap toleransi, lemah lembut, pemaaf dan rendah hati.

Sebagaimana Allah SWT turut memberi dorongan kepada Baginda Nabi Muhammad SAW dalam Surah Ali Imran, Ayat 159:

"Maka dengan sebab rahmat dari Allah kepadamu wahai Muhammad, engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari dirimu. Oleh itu maafkanlah mereka, dan pohonlah ampun bagi mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam segala urusan.."

Inilah 'central thought' yang dibawa oleh Al-Quran. Tidak kira bagaimana jua bentuk ayat Al-Quran yang datang; ayat hukum-hakam, ayat penceritaan, ayat suruhan sekalipun ayat larangan.

Hakikatnya, Al-Quran sedang membawa para pembacanya kembali kepada maqasid asal penurunan Al-Quran itu sendiri; "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau wahai Muhammad, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (Surah Al-Anbiyaa': 107)


Allah mengutuskan Baginda Nabi Muhammad SAW ke dunia, dengan tugas menyebarkan Kalam Tuhannya. Di dalam Kalam-Kalam itu mengandungi pesan-pesan ‘rahmat’ buat sekalian penduduk bumi dan langit.

"Tidak kami turunkan Al-Quran kepadamu wahai Muhammad supaya engkau menanggung kesusahan." (Surah Taaha: 2)

Kerana setelah kita menyahut seruan Tuhan untuk bersikap baik dan berlemah lembut sesama insan, kita akan mendapati kehidupan di dunia ini berjalan dengan mudah, gembira, bahagia dan penuh keberkatan.

Maka benarlah firman Allah yang bermaksud: "Dan tidaklah sama kesannya perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah kejahatan dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berkelakuan sedemikian, maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."

"Dan sifat terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat." (Surah Fussilat: 34 & 35)

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
Tidak Sah Solat Baca Al-Fatihah Dalam HatiMaksud Halal Dan Toyyiban Dalam Islam
sumber: iluvislam



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/07/rahsia-warna-merah-surah-al-kahfi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Kuning Hijau Merah Tapi Kahak Berwarna Hitam Yang Patut Anda Takuti

Bukan Kuning Hijau Merah Tapi Kahak Berwarna Hitam Yang Patut Anda Takuti

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 389 hits
Bukan Kuning Hijau Merah Tapi Kahak Berwarna Hitam Yang Patut Anda Tahu Betapa tak minatnya aku bila kahak tersekat atau nak keluar dari tekak ni Ada budak tak reti nak keluarkan kahak ada yang kena sampai kuat kuat bunyi baru keluar kahakn...
Manfaat Amalkan Surah Al Kahfi Setiap Hari Jumaat

Manfaat Amalkan Surah Al Kahfi Setiap Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 553 hits
Jumaat adalah penghulu segala hari yang penuh dengan barakah Ia mempunyai keistimewaan sendiri yang tidak ada pada hari hari biasa Salah satunya adalah anjuran membaca Surah Kahfi pada hari tersebut Apakah manfaat yang ada di sebalik amalan...
Bersatu Merah Hitam Bungkus Pru 15

Bersatu Merah Hitam Bungkus Pru 15

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 260 hits
Mukhlis Shariff Menarik baca komen dari veteran UMNO Secara ringkasnya Bersatu baik Merah atau Hitam akan bungkus bila ada PRU 15 UMNO hanya sokong Bersatu Merah sekarang ini pun sebab nak tolong jatuh kerajaan PH Lepas Parlimen bubar abah ...
Periuk Nasi Philips Merah Beli Waktu Sales 7 7 2020

Periuk Nasi Philips Merah Beli Waktu Sales 7 7 2020

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 388 hits
Periuk nasi Philips merah apa keistimewannya Satu kegigihan nak bercerita pasal periuk nasi baru Itupun sebab periuk nasi yang lama buat hal Periuk nasi ni memang gajet wajib yang ada di dapur Periuk nasi Panasonic dah rosak Bye bye periuk ...
Malay Wedding Style Ayam Masak Merah

Malay Wedding Style Ayam Masak Merah

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 499 hits
or chicken cooked in red sauce has been such a common lunch or dinner favourite among Malaysians that its true purpose has been forgotten Ayam masak merah is actually a dish usually prepared during huge family gatherings or important occasi...
Resepi Kuih Sagu Mutiara Merah Kelapa Parut Tanpa Kukus Tips Supaya Sagu Tak Mentah

Resepi Kuih Sagu Mutiara Merah Kelapa Parut Tanpa Kukus Tips Supaya Sagu Tak Mentah

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 547 hits
Assalamualaikum semua Kali ini saya kan menunjukkan cara cara nak membuat kuih sagu atau ada juga yang namakan dengan kuih mata ikan Untuk kali ini saya menggunakan sagu yang berwarna merah Jadi saya hanya menggunakan sedikit pewarna merah ...
T K Phone Station Antara Kedai Handphone Murah Dan Terbaik Di Tanah Merah Kelantan

T K Phone Station Antara Kedai Handphone Murah Dan Terbaik Di Tanah Merah Kelantan

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 880 hits
T K Phone Station Antara Kedai Handphone Murah Dan Terbaik di Tanah Merah Kelantan Zaman sekarang ni boleh dikatakan hampir semua orang ada telefon bimbit masing masing Dan di semua negeri bahkan di semua daerah dalam negara Malaysia ni ada...
Cara Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah

Cara Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 467 hits
Cara Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah Salam semua dah lama teringin nak buat homemade aiskrim Kenangan zaman kanak kanak banyak makan dengan aiskrim potong kacang merah Sebut aiskrim potong ni tak pasti dulu dulu yang zaman...
Kuching Diisytihar Zon Merah

Kuching Diisytihar Zon Merah

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 226 hits
KUALA LUMPUR Kuching Sarawak kini diisytiharkan sebagai Zon Merah selepas mencatatkan 41 kes COVID 19 setakat jam 12 tengah hari tadi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata empat lagi kes baharu dikesan dalam Kluster...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


36 Hours In Palm Springs Calif

Hiburan Beg Bagasi Rosak Norman Hakim Luah Rasa Kesal 30 Saat Saya Istighfar Dan Kawal Nafas

Saya Lalui Banyak Masa Sukar Sebagai Seorang Song Hyekyo Song Hyekyo

Tak Dak Kisah Cuma Murah Sangat Nama Jihad

Yab Dato Seri Anwar Ibrahim Akan Merasmikan Forum Ekonomi Malaysia Pada 9 Januri

Jangan Buang Masa Cari Kerja Atau Perniagaan Yang Anda 100 Suka Tak Akan Jumpa