Bukan Jauh Lebih Baik Nak Menyamai Pentadbiran Bn Pun Ph Tak Mampu Sharkar




9 Mei 2018 mencatat sejarah hitam dalam lipatan diari parti keramat UMNO apabila buat pertama kalinya tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selepas mentadbir negara selama lebih 60 tahun.
Kekalahan ini memberi tamparan hebat kepada UMNO malah hampir keseluruhan ahli tidak dapat menerima kenyataan ini. Namun, selepas lebih setahun Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pimpinan negara, rasa kecewa bertukar menjadi satu hikmah yang tidak ternilai.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Sharkar Samsudin berkata, jika setahun yang lalu ramai yang tidak dapat menerima kenyataan UMNO telah ‘tumbang’ namun kini ramai yang berasa bangga kerana rakyat telah dapat melihat bahawa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan UMNO jauh lebih baik daripada PH.
“Pada peringkat awal memang susah untuk semua pihak menerima kenyataan bahawa BN dan UMNO telah menjadi pembangkang dan sebab itu ramai yang melompat. Tetapi kini selepas lebih setahun, bila PH tidak dapat tunaikan segala janji, kita dapati bahawa pencapaian kita sebenarnya jauh baik daripada mereka malah lebih menggembirakan bila rakyat juga menyedari hakikat ini.
“Rakyat mula bersuara melahirkan ketidakpuasan hati mereka dengan kepimpinan PH. Sebelum ini PH sering bercakap mereka jauh lebih baik daripada BN tetapi bila sudah dapat kuasa, jangan kata lebih baik, hendak menyamai rekod BN pun mereka tidak mampu.
“Maka, ini memberi kita satu keyakinan baru bahawa BN dan UMNO mampu bangkit kembali pada PRU akan datang,” ujar beliau kepada UMNO-Online.
Tambah Sharkar, kerjasama UMNO dan PAS pula memberi ‘multi vitamin’ kepada semangat yang hendak dipupuk di peringkat akar umbi.
“Kerana itu, di setiap mesyuarat bahagian yang saya pergi semuanya mendapat kehadiran yang memberangsangkan. Laporan yang saya dapat, bukan hanya di bahagian yang saya hadir malah di semua bahagian menerima kehadiran yang luar biasa.
“Ini membuktikan bahawa akar umbi masih yakin UMNO mampu bangkit apatahlagi kerjasama yang dijalinkan bersama PAS menambah ‘perisa’ kepada semangat kebangkitan ini,” ujarnya lagi.
Namun begitu tegas Sharkar, walaupun perkembangan BN ini nampak sangat baik, semua pihak tidak boleh leka dan harus terus bekerja keras bagi memastikan Putrajaya kembali ditakluki.
“Jadi saya harap pucuk pimpinan parti akan dapat mengemudi bahtera kita dengan baik. Yang lepas biarkan lepas. Kita buka lembaran baru bersama komponen dan PAS.
“Kita menangi akar umbi dan mereka yang di atas pagar. Saya yakin, jika kita terus kekal konsisten dan memperbaiki segala kelemahan, rakyat akan kembali mempercayai kita kerana rakyat telah dapat menilai yang mana intan dan yang mana kaca,” ujar beliau. – MediaUMNO



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/24/bukan-jauh-lebih-baik-nak-menyamai-pentadbiran-bn-pun-ph-tak-mampu-sharkar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Grab Dan Mycar Jauh Lebih Baik Berbanding Teksi

Kenapa Grab Dan Mycar Jauh Lebih Baik Berbanding Teksi

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 266 hits
Perkhidmatan teksi sudah amat serasi dengan masyarakat dan merupakan antara penggerak utama ekonomi malangnya dalam dekad ini kita mula menyaksikan peningkatan pengguna yang lebih selesa menggunakan perkhidmatan internet Ini disebabkan oleh...
Ajaibnya Kuasa Doa Tukar Cara Kita Berdoa Ikut 6 Formula Ini Mampu Ubah Kehidupan Lebih Baik

Ajaibnya Kuasa Doa Tukar Cara Kita Berdoa Ikut 6 Formula Ini Mampu Ubah Kehidupan Lebih Baik

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 421 hits
Ajaibnya Kuasa Doa Tukar Cara Kita Berdoa Ikut 6 Formula Ini Mampu Ubah Kehidupan Lebih Baik Tidak dinafikan kuasa berdoa amatlah hebat Magisnya mampu memperkenankan setiap permintaan dan harapan seorang hamba kepada penciptaNya Dalam pada ...
Peluang Menjadi Lebih Baik Sentiasa Ada Perlu Direbut

Peluang Menjadi Lebih Baik Sentiasa Ada Perlu Direbut

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 287 hits
Masa mula masuk kerja atau memulakan kerjaya adalah sesuatu yang menjadi kenangan indah lebih lebih lagi jika menyertai pasukan beruniform yang pengambilan atau kemasukan secara beramai ramai dan perlu terlebih dahulu menyertai latihan untu...
Ini Caranya Korang Nak Makan Durian Mahal Dengan Harga 20 Lebih Murah

Ini Caranya Korang Nak Makan Durian Mahal Dengan Harga 20 Lebih Murah

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 458 hits
Hello durian lovers Mengikut ramalan lagi beberapa hari sahaja musim raja buah ini akan berakhir Jadi ini lah masanya untuk korang terjah gerai gerai berhampiran bagi menikmati keenakan rasa durian Tapi apa yang tak bestnya bila musim duria...
Kembang Setaman Pun Still Nampak Cantik Netizen Puji Shila Amzah Makin Berseri Lagi Sebulan Lebih Nak Bersalin

Kembang Setaman Pun Still Nampak Cantik Netizen Puji Shila Amzah Makin Berseri Lagi Sebulan Lebih Nak Bersalin

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 707 hits
Salah seorang selebriti yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi adalah Shila Amzah yang semakin berseri seri Menghitung hari dengan tempoh tidak sampai sebulan lebih ini buat semua pengikutnya di instagram tertunggu tunggu Macam manalah rup...
Bamsoet Lebih Baik Hancur Lebur Di Pertempuran Daripada Pulang Hidup Terhina

Bamsoet Lebih Baik Hancur Lebur Di Pertempuran Daripada Pulang Hidup Terhina

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 171 hits
Wakorbid Pratama Partai Golkar Bambang Soesatyo menerima dukungan dari ormas pendiri SOKSI sebagai calon ketua umum dalam Munas 2019 Hal itu berdasarkan hasil Rapimnas II SOKSI yang merekomendasikan mendorong Bamsoet sebagai calon ketua umu...
Lebih Baik Buat Sendiri Jom Buat Fucuk

Lebih Baik Buat Sendiri Jom Buat Fucuk

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 491 hits
Hidup lama dah tak tau pulak fucuk ni boleh buat sendiri akhirnya berjaya juga buat kepada kawan yang nak cuba ni akak kongsikan resepi ye
Gps Lebih Baik Pas Sarawak Jawab Sindiran Dap

Gps Lebih Baik Pas Sarawak Jawab Sindiran Dap

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 286 hits
Ketua Penerangan PAS Sarawak Zharudin Narudin KUCHING Seorang pemimpin PAS negeri berkata Gabungan Parti Sarawak yang baru baru ini didakwa merupakan anggota ke 3 gabungan cemar antara Umno dan PAS oleh Pakatan Harapan Sarawak adalah lebih ...
Ranking Negara Dengan Internet Paling Laju Tak Sangka Malaysia Lebih Baik Dari Uk

Ranking Negara Dengan Internet Paling Laju Tak Sangka Malaysia Lebih Baik Dari Uk

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 370 hits
Di zaman milenium ini internet merupakan satu keperluan bagi hampir setiap orang dalam membantu memudahkan pelbagai urusan Perkembangan internet bukan sahaja penting dalam bidang komunikasi malah pendidikan dan perubatan Dengan kewujudan in...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik