Bukan Arab Tapi Cina Malaysia Masukkan Wang Ke Akaun Najib


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Feb 9, 2023 1:07 PM
PERBICARAAN 1MDB l Bekas jurubank Najib Razak hari ini memberi keterangan bahawa bukan orang Arab yang memasukkan wang ke dalam akaun perdana menteri ketika itu.

Bekas pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu Ging Ping memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sebaliknya "Cina Malaysia" iaitu beberapa individu berkaitan dengan 1MDB dan Low Taek Jho (Jho Low).

Semasa perbicaraan rasuah 1MDB bernilai RM2.28 bilion pagi tadi, saksi pendakwaan ke-41 itu menjelaskan wang sentiasa dimasukkan ke akaun Najib melalui bayaran di kaunter oleh Kee Kok Thiam yang didakwa sebagai sekutu Low atau setiausaha banduan itu yang hanya dikenali sebagai Josie.
Low Taek Jho (Jho Low)Semasa pemeriksaan semula, Timbalan Pendakwa Raya Ahmaf Akram Gharib menyoal Yu mengenai keterangannya sebelum ini mengenaiw berkomunikasinya dengan Low melalui BlackBerry Messenger (BBM) mengenai cara akaun bank Najib ditambah apabila terdapat pengeluaran berlebihan dan apabila perdana menteri ketika itu mengeluarkan cek.

Akram: Adakah mereka orang Arab?

Yu: Bukan. Setahu saya, mereka (Kee dan Josie) adalah Cina Malaysia. Mereka adalah rakyat Malaysia.

Bekas pegawai bank itu memberi keterangan bahawa dia mengenali Kee dan Josie melalui urusannya dengan Low, yang merupakan pelanggan dengan AmBank sejak 2007. Katanya, ahli perniagaan itu kemudiannya mengakui dirinya mewakili dan bertindak untuk Najib, yang merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
Najib RazakYu menjelaskan bahawa selaku pemegang akaun, Najib kemudiannya tidak bertanya dengan bank berkenaan urus niaga di kaunter berkenaan.

Sebelum ini, mahkamah mendengar keterangan lisan mengenai akaun Najib di AmBank yang dibuka pada 2011 dengan alasan bahawa dia menjangkakan derma yang didakwa akan masuk daripada kerabat Arab Saudi, yang kononnya disokong oleh empat surat dari negara itu yang menjanjikan derma berkenaan.

Menurut pihak pendakwaan bahawa salah laku di 1MDB dilakukan oleh ahli perniagaan Low dan beberapa yang lain, tetapi dengan restu Najib.

Bagaimanapun, pasukan pembelaan tertuduh mendakwa Najib tidak mengetahui jenayah yang dilakukan di 1MDB dan Low, serta ahli pengurusan firma pelaburan yang lain, telah mendalangi penyelewengan tersebut. Pihak berkuasa masih cuba menjejaki Low dan beberapa yang lain untuk membantu siasatan berhubung perkara itu.

Dalam jawapannya kepada Akram, Yu berkata setiap jabatan berkenaan di dalam AmBank kemudiannya dimaklumkan mengenai jumlah wang yang besar yang mengalir masuk dan keluar dari akaun Najib.

[Baca berita penuh]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/bukan-arab-tapi-cina-malaysia-masukkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pegawai Bank Tidak Pernah Jangka Akaun Najib Digunakan Untuk Pengubahan Wang Haram

Bekas Pegawai Bank Tidak Pernah Jangka Akaun Najib Digunakan Untuk Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 151 hits
KUALA LUMPUR Seorang bekas pengurus perhubungan AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak pernah menjangkakan seseorang akan menggunakan akaun Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pengubahan wang haram Joanna Yu Ging Ping 5...
Bekas Pegawai Bank Terkejut Jho Low Nafi Berbual Dengannya Mengenai Akaun Najib

Bekas Pegawai Bank Terkejut Jho Low Nafi Berbual Dengannya Mengenai Akaun Najib

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 125 hits
SEORANG bekas Pengurus Perhubungan AmBank terkejut apabila mengetahui ahli perniagaan dalam buruan nbsp Low Taek Jho memberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia beliau tidak pernah berkomunikasi dengannya mengenai pengurusan akaun
Repercussions For Malaysia If Pm S Cheques Bounced Najib S Ex Banker

Repercussions For Malaysia If Pm S Cheques Bounced Najib S Ex Banker

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 124 hits
1MDB TRIAL Najib Abdul Razak s former banker testified today that there would be repercussions for Malaysia if AmBank allowed the then prime minister s cheques to bounce Former relationship manager Joanna Yu told the High Court in Kuala Lum...
Tambah Baik Akta Insolvensi Utusan Malaysia 31 01 2023

Tambah Baik Akta Insolvensi Utusan Malaysia 31 01 2023

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 117 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan menambah baik pindaan Akta Insolvensi 1967 pada 2017 untuk membela nasib golongan yang dihukum bankrap Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata setakat November tahun lalu ...
Jawatan Kosong Terkini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2023

Jawatan Kosong Terkini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 202 hits
Jawatan Kosong Terkini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2023 Makluman SPRM berita terkini tentang kerja kosong khas kepada warganegara Malaysia Permohonan pekerjaan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong atau laman rasmi jab...
Filem Malaysia 2023

Filem Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 145 hits
Berikut senarai filem tempatan termasuk supertele ditayangkan di pawagam Astro First dan platform penstriman seperti Viu dan Neflix Filem Malaysia 2023 FilemTarikh Tayangan5 JanuariSilence Of The 17712 Januari19 JanuariLittle Sunshine19 Jan...
Corruption Perception Index Malaysia Records Worst Score In A Decade But Goes Up One Spot

Corruption Perception Index Malaysia Records Worst Score In A Decade But Goes Up One Spot

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 152 hits
Malaysia continued its slide in the Corruption Perception Index measured by global watchdog Transparency International managing only 47 out of 100 possible points its worst performance in a decade Muhammad Mohan the chairman of the local ch...
Senarai Taska Di Malaysia Kadar Yuran Terkini

Senarai Taska Di Malaysia Kadar Yuran Terkini

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 473 hits
Senarai Taska Di Malaysia TASKA atau Taman Asuhan Kanak Kanak diwujudkan bagi menjamin kesejahteraan keselamatan serta perkembangan kanak kanak berusia 4 tahun ke bawah Tahukah anda terdapat beberapa jenis TASKA yang diiktiraf oleh Jabatan ...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Makanan Perlis Paling Popular

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan