Buka Puasa Makan Mana Jom Shell Out Bersama Nasi Kerabu Bersama Sos Nyonya Sedappp
hai assalammualaikum
Buka Puasa Makan Mana? Jom Shell Out - Shell Out, siapa yang tak tau kan, makanan laut yang dihidangkan dia ats meja, dengan hanya berlapikkan plastik dan makan beramai-ramai. Bulan puasa ni, kalau tak tau nak makan mana, jom makan Shell Out di restoran ShellOut, sebab bulan pausa ni diaorang ada menu istimewa tau..
Nad suka la makan seafood ni, bila dapat makan Shell Out lagi happy..hhaha..
Shell Out ni ada beberapa cawangan lain, antaranya di Kota Damansara, Setia Alam, Publika, G-Village Desa Pandan, Ayer 8 Putrajaya dan Main Place, USJ.
Restoran ShellOut nad pergi ni di G-Village Desa Pandan, dekat dengan rumah. Banyak ruang untuk makan, ada yang untuk sekeluarga, ada juga untuk berpasangan. Dekorasi simple sahaja, macam atas kapal..Lepas tu setiap dinding dan meja ada contengan. Ingat memang saja dekorasi macam ni, rupanya contengan tu ialah hasil tulisan daripada pelanggan yang datang ke sini. Jadi lepas makan, boleh tinggalkan nama ke, atau apa-apala dekat meja atau dinding..hehee.
Makan Sedap Dan Makan Syiok Pakej Ramadan Shell Out Bulan puasa ni..
Bulan puasa ni, Restoran Shell Out ada keluarkan sos baru mereka iaitu Sos Selera Nyonya. Perghh, ingat rasa dia pelik, tapi sedap sangat ok. Rasa dia macam ala-ala asam pedas. Memang terbaikla.. Tapi Sos Selera Nyonya ni hanya ada dari 6 Mei sehingga 23 Mei ni sahaja. ( Harap dikekalkan, sebab memang sedap giler )..memang kena habis makan denagn seafood dan nasi tu.
Untuk bulan puasa ni, ada dua Pakej Ramadan makan Shell Out ni iaitu Set Makan Sedap untuk dua orang dan Set Makan Syiok untuk 4 pax. Ada beza ya dua pakej ramadan ni, iaitu dari segi kuantiti, Lobster dan udang ada hanya di Makan syiok. Yang lain semua sama iaitu Crab , Pink Scallop, Ocean Fillet, Brocolli,Corn, Potato, Nasi kerabu dan Kuih.
Semua seafood yang dihidangkan memang segar, besar dan banyak isi.
Haritu Nad makan yang Set Makan Syiok punya..Memang banyakk..Jadi dicadangkan bawakla kawan ramai-ramai ya..hehee..Set ni nad makan dengan sos selera nyonya..memang direcommend ambil sos ni..
Allahu, nampak tak lobster dia, memang mengiurkan. Pertama kali makan lobster..Agak-agak korang tak tau buka, takut lobster terbang, jangan risau, staff dekat sini akan tolong bukakan..hahaa..Jadi korang tinggal makan je.
Isi lobster ni memnag penuh ye, senang ditarik, tak melekat dekat kulit. Maksudnya korang makan tu, memang licin la isi dia..hahaa Ketam pun sama..Scallop dia pun besar oii, udang, hasih semua la..sayur dia pun dicelur tak lembik, masih ada lagi kesegaran..ya ampun..memang syiok la makan..Tak sia-sia pilih ni..puas hati..
Oh lagi special, Shell out ni dihidangkan denagn Nasi kerabu guyss..hah!!..unik kan..lain daripada yang lain. selalu makan denagn nasi putih je, tapi ni nasi kerabu. Mula macam pelik je, tapi lepas makan, kena sangat nasi kerabu denagn seafood ni dan sos nyonya dia tu..Masa makan ni memang rasa nak menambah nasi je..hahaa
Dekat sini pun dihidangkan kuih. Kuih yang ada dalam set ni ialah kuih pelita, kuih lapis dan agar-agar. Not bad rasa dia..kuih tradisional yang cukup perfect makan sebelum makan berat atau makan lepas makan nasi.
Kurma pun ada.
Air pulak, air Orange Soda dan Ribena Soda..Bila minum ni, memang segar tekak..Paham jela puasa, dari siang sampai malam, dapat air tu memang satu yang dinanti..hehee..
Boleh Add Onn Makanan lain..
Selain itu, kalau korang nak menambah menu lain, Shell Out ada mneu baharu yang korang kene cuba iaitu Gojijang Chicken Wings, Fish Fillet, Cheese Mayo Mussels dan Parmesan Breadcrumbs Mussles
Semuanyaaa sedap ok...Silalah datang Shell Out nak rasa menu ni semua..Bawak ramai-ramai kawan..bawa keluarga..
Kentang goreng untuk anak kecil kita..hehee
Pakej Ramadan ni memang sangat limited, hanya di bulan puasa dari 6 Mei sehingga 23 Mei ni sahaja. Jadi , selagi ada masa ni, berbuka la dekat Shell Out. Sos Nyonya tu pun korang takkan dapat hari lain.
Kalau korang tengok, macam mahal je, tapi kalau korang bawak ramai kawan, takde rasa mahal pun. Benda boleh kongsi kenapa nak makan sorang kan..hahaaa..memang jimat dan seronok makan beramai-ramai..puas hati kalau makan ni. Servis dekat sini pun ok..layanan tiptop..
Jom berbuka Shell Out guysss..
Maklumat lanjut:
ShellOut Malaysia
16-1 Jalan Pju 5/15, Dataran Sunway Damansara
Petaling Jaya, Malaysia 47810
Website :http://www.shellout.com.my
Facebook:https://www.facebook.com/theshellout/
Instagram:https://www.instagram.com/shellout/
Cawangan: Kota Damansara Setia Alam, Publika, G-Village Desa Pandan, Ayer 8 Putrajaya, Main Place USJ 21 dan Vista Alam Shah Alam (Baru).
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/05/buka-puasa-makan-mana-jom-shell-out.html