Buka Kotak Iphone 11 Pro Max Ini Pandangan Pertama



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sudah sekian lama tak menulis dalam ruangan ni, jadi memandangkan sudah akad telefon baru dapat la modal untuk buat artikel ini.
Sebelum ampa terus membaca, gambar dalam artikel ini diambil dengan OnePlus 6 yang disunting oleh aplikasi Google Photos. Ya, ada lagi dan sayang nak jual oi.
Mungkin agak terlambat untuk lakukan ‘buka kotak’ telefon ini kerana kami dah terlambat beberapa bulan sejak ia dilancarkan. Tapi ini tidak jadi halangan buat kami untuk teruskan pembikinan artikel ini.
Pada mulanya, nak buat video la sebab dah lama tak menulis. Ingatkan mudah, rupanya tidak. hahahaha
Berbalik pada topik utama, kami merisik lama dah dan Alhamdulillah dapat akad telefon iPhone 11 Pro Max, 256GB Space Grey ni dekat Switch, MyTOWN dengan mas kahwin dia RM5,999.00. Kalau kami sabaq sikit, dapat la warna yang kami idamkan, iaitu Midnight Green. Depa kata stock sangkut sebab Corona.
Bagi yang tak tau lagi, Apple keluarkan 3 jenis iPhone pada September 2019 yang lalu, iaitu iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max dengan kapasiti penyimpanan 64GB, 256GB dan 512GB. Nanti la kami cerita dengan detail pasal ni pada artikel [Tinjauan] akan datang, Insyaa Allah jika diberi kesempatan. Jadi artikel ini lebih kepada buka kotak dan sedikit pendapat kami mengenai telefon ini. 
Produk dalam artikel ini tidak ditaja.
Ni dia dalam plastik, kiranya dah buka plastik dekat kedai la. Kakitangan Switch dekat MyTOWN ramah. Sapa tak ramah kalau orang datang nak beli barang kan? Cuma kesalahan kami tak ambik insuran dari depa sebab gaji awal bulan. Nasihat orang ambik insuran, sendiri tak ambik. Teruk betul kan?
Buka kota secara tak rasmi dekat rumah, sebab dah koyak plastik dekat kedai. Untuk model 11 Pro dan 11 Pro Max, kotak dia berwarna hitam manakala model 11, kotak dia berwarna putih.
Sedikit maklumat pasal telefon, untuk maklumat lebih jelas, tengok dekat laman web mereka. Niat nak ambik 512GB sebab fikir dapat la tahan 2 tahun dan ke atas dengan suasana ‘tidak bebas’ dari Apple. Tapi hantaran mas kahwin tak mengizinkan serta kalau nak jual balik, makan masa untuk cari pembeli sebab 64GB dan 256GB laku habis la.
Ini gambar telefon dalam kotak, cahaya lampu ayam tepat dekat logo Apple. hahaha Warna Space Grey ni nak seakan-akan hitam. Tapi kalau ampa ambik warna Silver, nampak macam warna putih. 
Seperti biasa, kertas yang orang tak ambil peduli sangat, kecuali sticker. Agak sedikit kecewa bila tengok sticker Apple ni sebab sama ja warna dia. Harap Apple keluarkan sticker mereka mengikut warna telefon, baru la menarik bukan?
Seperti biasa, ada pengecas pantas 18W Type-C, EarPods dengan Lightning serta kabel Type-C ke Lightning. Kepala pengecas pantas ni unik, boleh tutup kaki dia. Takda la isu kaki patah bagai. 
Type-C ke Lightning, bruhhh. Cuma kualiti kabel depa ni tekstur lembut. Kita jadi seriau takut putuih. Kami masih lagi simpan kabel iPhone 4S kami yang kulit dia koyak habis, tinggal isi ja. Untuk kawan-kawan yang masih guna iPhone 4S dan nak lakukan tetapan telefon. Harap ‘tekstur’ baru ni tak jadi macam dulu-dulu laa. hahaha
Produk Apple paling laris, iaitu Lightning ke 3.5mm. Bijak Apple, bijak. Memandangkan kami ni dari OnePlus 6 serta ‘earphone’ pun masih lagi guna 3.5mm (takda Type-C punya sebab OnePlus 6 masih lagi ada 3.5mm jack) maka kena beli la ‘dongle’ ni. RM49 jugak la. hahaha
Kemas kini iOS 13.3.1, baiki ralat serta menambah ralat yang lain. Itu normal. iOS 13 ni bagi kami menarik la, walaupun masih lagi konsep yang sama tapi depa ‘tweak’, bagi fungsi baru serta telefon model terkini dapat manfaat fungsi baru. Ini biasa, mana-mana jenama pun sama ja.
Silap beli tempered glass, ambik yang ‘privacy’ punya. Padahal nak beli yang matte ja, beda sedap main permainan. Casing pilihan kami ialah Ringke Fusion, Smoke Black dan tempered glass pada lensa kamera. Barangan aksesori seperti gambar di atas dah beli siap-siap (yakin ja macam lepas akad) sebab ampa tau la kalau beli kat kedai dia, bukan murah. Eh, telefon mahal kena pakai aksesori mahal la! Tapi kami nak jimat. hewhewhew
Bila pegang, rasa berat la pulak dan beza dengan OnePlus 6 kami. OnePlus 6 lagi ringan dari iPhone 11 Pro Max ni. Saiz skrin jangan kata la, lebar sikit dan panjang (6.5-inci) berbanding dengan OnePlus 6 (6.28-inci). Mungkin dah selesa dengan ‘notch’, jadi apa la sangat ‘notch’ yang panjang ni. 
Ini rekod penggunaan bateri serta aktiviti (ini termasuk iOS 13.4 Public Beta 3. Ketahanan bateri dia, berbeza dengan OnePlus 6 kami (telefon tu dah 2 tahun lebih, tabiat cas sambil main, terdedah pada suhu panas mendorong jangkahayat makin singkat) dengan kegunaan yang sama, dapat bertahan sampai malam. Ya tahu, OnePlus 6 bateri dia 3,300 mAh dan iPhone 11 Pro Max 3,969 mAh. 
Buat masa la ni, Alhamdulillah masih lagi jaga cas telefon, takut jadi macam OnePlus 6, tak sampai malam kena cas. 
Dok rasa telefon ni untuk bukan orang kidal. Tiap kali guna telefon, pasti terpegang lensa kamera. Arrhh! Mengenai tentang kamera, jujur kami tak arif pasal kamera ni. Ambil gambar, tengok elok dan lawa, jalan terus. Rata-rata orang pakai port GCam dekat telefon Android mereka, kami masih setia guna kamera OnePlus sebab bagi kami ok la.
Ni kami kongsi gambar dari kamera iPhone 11 Pro Max, abaikan sudut kelaut sebab kami tak ikut sangat RoT. hahaha (gambar ni ambik dari Google Photos, mungkin kurang umpphh dia.
Ni gambar dari lensa Wide, iaitu kamera utama. Ini gambar dari lensa Ultra Wide. Ni gambar dari lensa Wide. Ni gambar dari lensa Telephoto. Gambar dari lensa Telephoto ada Deep Fusion manakala lensa lain tidak. Ultra Wide memang tak la sebab SmartHDR ambil alih kan?
Gambar mod Malam, takda la padu macam Pixel atau port GCam (hukhukhuk) Mod Malam ni hanya muncul atas dasar belas kasihan sistem telefon. Apple tidak buat ia boleh diaktifkan bila-bila masa seperti jenama telefon yang lain. Masa kami nak ambik, dia cadangkan 3 saat, jadi kita tekan ja la. Boleh tahan la.
Jadi, setakat ini sahaja artikel mengenai [Buka Kotak] iPhone 11 Pro Max, Space Grey dari kami. Insyaa Allah jika ada kelapangan masa, kami keluarkan artikel [Tinjauan] iPhone 11 Pro Max. Oh ya, jika ampa ada sebarang pendapat nak kami tulis apa pada artikel tu, komen kat bawah nah.
Tidak dapat tahan godaan Public Beta, kami sertai semula program ini. Punya la sabaq, tahan diri tak terlibat dalam versi Public Beta, tapi akhirnya tewas jua pi daftar semula program ni. Kali terakhir sertai program ni masa guna iPhone 5S|iPad 4. Bukan apa, baru ngam dengan OnePlus 6 yang tengah pakai Open Beta. Sama beta kan? hahaha
Setakat ini sahaja artikel [Buka Kotak] ni, kalau tulis lagi, makin merapu la, konten sikit ja. hahaha. Jumpa lagi pada artikel akan datang!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/buka-kotak-iphone-11-pro-max-ini-pandangan-pertama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pandang Pertama Honor 9x Pro

Pandang Pertama Honor 9x Pro

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 286 hits
https ift tt eA8V8J Honor Malaysia kini telah pun dalam perancangan untuk membawa masuk satu lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan iaitu Honor 9X Pro Hadir dengan cip Kirin 810 yang baru ia juga turut dioptimasikan untuk menikm...
Honor 9x Pro Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia Peranti Honor Pertama Dengan Hms

Honor 9x Pro Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia Peranti Honor Pertama Dengan Hms

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 367 hits
https ift tt 2HEZJij Hujung tahun lepas Honor telah membawa masuk Honor 9X ke pasaran Malaysia Tetapi Honor tidak akan berhenti di situ kerana model peranti ini turut mempunyai variasi Pro iaitu Honor 9X Pro Hari ini Honor Malaysia secara r...
Pandang Pertama Oppo Find X2 Pro Peranti Mercu Yang Pasti Dicari Cari

Pandang Pertama Oppo Find X2 Pro Peranti Mercu Yang Pasti Dicari Cari

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 283 hits
Menerusi Oppo kembali menghasilkan sebuah peranti mercu selepas bertahun tahun hanya mengeluarkan peranti kelas pertengahan premium Selepas setahun menyepi Oppo Find X2 telah dilancarkan hari ini dengan rekaan serba baharu dan sistem kamera...
Pandang Pertama Huawei Matepad Pro 5g

Pandang Pertama Huawei Matepad Pro 5g

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 276 hits
Huawei hari ini telah memperkenalkan tablet mercu terbaru mereka berasaskan sistem operasi Android dan dilengkapi sokongan rangkaian 5G iaitu Huawei MatePad Pro 5G Ia hadir dengan sejumlah ciri ciri memfokuskan produktiviti selain dilengkap...
Apple Mungkin Melancarkan Iphone 9 Dan Ipad Pro Baharu Pada Penghujung Mac Ini

Apple Mungkin Melancarkan Iphone 9 Dan Ipad Pro Baharu Pada Penghujung Mac Ini

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 191 hits
Setiap tahun pada bulan Mac Apple akan mengadakan acara khas untuk produk baharu Menurut laporan laman tahun ini Apple dilaporkan akan mengadakan acara khas pada 31 Mac kelak bagi melancarkan iPhone 9 dan iPad Pro baharu Kemudian pada 3 Apr...
Ura Ura Iphone 12 Pro Akan Dilengkapi Sensor Kamera Besar 64mp Dan Juga Bateri 4400mah

Ura Ura Iphone 12 Pro Akan Dilengkapi Sensor Kamera Besar 64mp Dan Juga Bateri 4400mah

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 188 hits
Pada iPhone 11 Pro Pro Max buat pertama kalinya Apple memuatkan 3 lensa kamera pada peranti mereka Lensa ultra lebar merupakan penambahan baharu untuk peranti tersebut selepas pengenalan lensa telefoto zoom oleh iPhone 7 Plus pada tahun 201...
Pandang Pertama Honor 9x Pro Kehidupan Baharu Honor Dengan Hms

Pandang Pertama Honor 9x Pro Kehidupan Baharu Honor Dengan Hms

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 287 hits
Honor X adalah antara siri peranti kelas pertengahan Honor yang boleh dikatakan premium Antara peranti dalam siri ini adalah Honor 7X Honor 8X dan yang dilancarkan tahun lepas adalah Honor 9X dijana dengan Kirin 710F memori 6 128 GB kamera ...
Pandangan Pertama Tom Hiddleston Sophia Di Martino Di Set Penggambaran Loki

Pandangan Pertama Tom Hiddleston Sophia Di Martino Di Set Penggambaran Loki

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 418 hits
Penggambaran siri Disney Loki telahpun bermula secara rasmi Sehubungan dengan itu beberapa keping gambar di set penggambaran telah tersebar dimedia media sosial Dalam gambar tersebut ia memaparkan Loki lakonan Tom Hiddleston sedang dikawal ...
Arab Saudi Sahkan Kes Pertama Bagi Covid 19

Arab Saudi Sahkan Kes Pertama Bagi Covid 19

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 286 hits
Arab Saudi pada Isnin mengesahkan bahawa seorang rakyat negara itu yang pulang daripada Iran melalui Bahrain dijangkiti koronavirus baharu Menurut laporan lelaki yang positif virus Covid 19 itu tidak mendedahkan kepada pihak berkuasa Arab S...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Fam What Happened To The World Cup Tickets



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord

8 Tanda Tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan