Buka Kotak Dan Pandangan Pertama Samsung Galaxy A54 5g Awesome Lime 256gb
BUKA KOTAK DAN PANDANGAN PERTAMA SAMSUNG GALAXY A54 5G AWESOME LIME 256GB | Assalammualaikum semua! Memperkenalkan telefon masam manis terkini dari Samsung. Ruby suka warna hijau Awesome Lime ni. Nampak segar dan baru. Awesome Lime ni warna terkini dari siri Samsung Galaxy.
Bersesuaian dengan sasaran pasaran pengguna yang dari golongan pertengahan seperti pelajar dan pempengaruh. Jangan pandang rendah pada siri Galaxy A kerana mengikut pengalaman Ruby, kualiti kamera lebih padu dan ruang storan lebih besar 256GB. Harga? Hanya RM 1,899 sahaja. Berbaloi kan
BUKA KOTAK DAN PANDANGAN PERTAMA SAMSUNG GALAXY A54 5G AWESOME LIME 256GB
Dengan kemasan kaca premiu1m, reka letak kamera yang jitu dan warna yang bertenaga, Galaxy A54 5G membawa identiti Awesome pada asas telefon pintar yang lancar dan anggun. 4 ciri utama Galaxy A54 5G yang perlu anda tahu, iaitu:
1. Awesome Design2. Awesome Video3. Awesome Nightography
4. Awesome Screen
4 ciri ini diangkat dan Ruby tidak sabar nak cuba dengan lebih lanjut. Jom kita buka kotak terlebih dahulu Samsung Galaxy A54 5G.
Di dalam kotak ini terdapat:
✅️ Samsung Galaxy A54✅️ Quick Start Guide✅️ Warranty Card✅️ Samsung Pay Notes✅️ USB-C To USB-C Cable✅️ SIM Ejector Pin
Spesifikasi Samsung Galaxy A54 5G:
Paparan:✅️ FHD+ 6.4-inci✅️ Paparan Super AMOLED✅️ Kadar penyegaran 120Hz✅️ Vision booster* Ukuran menyerong saiz skrin ialah 6.4-inci dalam segi empat tepat penuh dan 6.3-inci merangkumi bucu bulat. Kawasan paparan terlihat yang sebenar adalah kurang disebabkan oleh bucu bulat dan lubang kamera
Ukuran dimensi & Berat: ✅️ 158.2 x 76.7 x 8.2mm, 202g
Kamera:✅️ Kamera Ultra-Lebar 12MP•F2.2✅️ Kamera Utama 50MP• F1.8, AF, OIS✅️ Kamera Makro 5MP• F2.4✅️ Kamera Depan 32MP• F2.2
AP:✅️ Octa-core
Memori:✅️ Memori 8GB + Storan 256GB✅️ Storan boleh dikembangkan sehingga 1 TB dengan kad microSD*Kapasiti storan sebenar yang tersedia tertakluk kepada perisian yang dipramuat
*Pilihan memori mungkin berbeza mengikut pasaran
*Kad MicroSD dijual berasingan. Ketersediaan ciri tertentu (seperti Memori dan Pemproses) mungkin berbeza mengikut pasaran dan pembawa
Batteri: ✅️ 5,000mAh (piawai)*Nilai piawai diuji di bawah keadaan makmal pihak ketiga. Nilai piawai adalah anggaran nilai purata yang mengambil kira sisihan dalam kapasiti bateri antara sampel bateri yang diuji di bawah piawaian IEC 61960. Kapasiti terkadar (minimum) ialah 4,860mAh. Hayat bateri sebenar mungkin berbeza bergantung kepada keadaan rangkaian, corak penggunaan jumlah panggilan dan mesej, kekerapan pengecasan dan faktor lain
OS:✅️ Android 13✅️ One UI 5.1* Ketersediaan ciri, apl dan perkhidmatan One UI mungkin berbeza bergantung kepada versi OS
Keselamatan:✅️ Samsung Knox
Samsung Galaxy A54 5G mempunyai ruang storan tambahan yang anda boleh masukkan kad memori microSD di bahagian tepi ruang kad sim. Manakala bahagian kad sim boleh masuk dua kad sim. Telefon yang agak sibuk nampaknya ni.
Bahagian cas telefon pintar Samsung Galaxy A54 5G adalah jenis type-C. Pengecasan mantap dengan sambungan ke Samsung 25W USB-C Super Fast Wall Charger. Menarik kan? Seronok baca ulasan dari Ruby? Kita berhenti rehat dahulu. Nantikan ulasan telefon pintar Awesome ni pada artikel akan datang. Okay?
https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a54-5g-green-256gb-sm-a546elgdxme
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2023/04/buka-kotak-dan-pandangan-pertama.html