Buffet Sarapan Pagi Dan Makan Malam Tema European Style Di Avani Goldcoast Resort Sepang


Sambung cerita lagi Avani GoldCoast Resort Sepang tapi kali ni pasal bufet dia pula. Macam k.fiezz ada beritahu sebelum ni, penginapan pakej sekali dengan sarapan untuk 2 orang. Tapi malam sampai sini, kitaorang makan malam di Avani juga. Malas nak keluar sebabnya hujan tak berhenti dari pagi sampai ke malam. Lepas tu nak keluar pun, nanti masuk semula parking kena tambah lagi RM10 sebab kitaorang ambil valet parking. So ambil je lah pakej buffet Avani untuk makan malam. Setel masalah & tak payah pening-pening..
DINNER BUFFET AVANISebelum ke sini, mr hubby suruh k.fiezz cari info makan malam style buffet ke atau pihak hotel served ikut menu apa yang di pilih. Sebab ada 2 pilihan samaada makan di bilik atau di restoran. Yang menjadi musykil kitaorang, ada ke buffet untuk makan malam di restoran. Biasanya bufet untuk sarapan pagi je. Itu yang menjadi tanda tanya pada kitaorang. Makan di bilik, tahu lah kita order menu apa yang nak & hantar ke bilik tapi makan malam di Restoran macamana pula?Pihak hotel akan served ikut menu yang dipilih atau style buffet. K.fiezz call kat Avani tapi jawapan yang dibagi tak menyakinkan. Mungkin staff yang jawab call k.fiezz masa tu tak tahu sangat info. Husnuzon..
Hari yang kitaorang sampai ke Avani Sepang GoldCoast Resort ni, baru lah kitaorang decide makan malam di Restoran je. Bila tanya kat kaunter baru puas hati. Lagi pula masa check in, dapat baucer RM40 untuk food &  beverage. Boleh lah guna. Bukan selalu datang sini pun. Bila pula nak guna baucer tu, yea tak..
Kat sini ada 2-3 restoran. Dua kat area kaunter reception, tingkat atas & bawah. Satu lagi kat bahagian tengah. Restoran untuk sarapan pagi / makan malam di bahagian tengah. Nak ke situ, kena naik buggy kalau bilik berada jauh dari situ macam kitaorang. 
Harga buffet untuk makan malam - RM98/seorang. Tema makan malam masa kitaorang ke situ, european buffet.  Mula-mula seafood buffet tapi ditukar ke european buffet. Tapi tak kisah lah. Bedal je lah..Dah lapar..
Masa ni pula perut k.fiezz dah masuk angin weiii sebab tak makan berat time tengahari. Ingatkan boleh bertahan makan maggie, rupanya idak yea. Aihhh sabo je lah perut sis ni. haha..

Ni antara yang k.fiezz snap. Sogan nak ambil gambar. Ni pun curi-curi time tak ada orang. hehe.
Menu banyak. Dari makan berat sampai lah ke pencuci mulut..Nasi putih, lauk pauk tema europe, spaghetti, steak, salad, roti, kuih-muih, kek-kek, buah-buahan & ais krim..Rambang mata nak makan apa..haha..Dalam rambang mata, berapa kali juga lah duk ulang alik ambil makanan..haha

Antara menu yang jadi pilihan k.fiezz (Spaghetti, kuih, buah, sup bawang, kek). Lupa ambil gambar nasi putih + ayam casserole sebab perut dah masuk angin. Tak selesa sangat. K.fiezz start dengan nasi sebab perut kosong. Ambil portion pun sikit je. Bagi lapik perut dulu. Lepas makan nasi tu, baru lah perut rasa memulas nak membuang sekali dengan angin. Dah membuang baru boleh masuk makanan lain atas ni. haha. Kalau idak, rugi bayor 98 hengget..haha...Sup bawang tu sis suka tau..Nampak tak berseri tapi rasa dia sedap.


Mr hubby & steak. BFF sangat..

Air - panas (teh, kopi) & sejuk (jambu batu, nenas, oren & banyak lagi).. 

Restoran ni dekat dengan kolam renang & gimnasium. Tapi masa ni nak ambil gambor kat area kolam renang pun tak boleh sebab hujannnn...Area tempat makan pun lampu romantik, jenuh tangan tak berseni ni nak adjust ambil gambor tau.haha.


BUFET BREAKFAST DI AVANI SEPANG
Pagi esoknya, breakfast time..Breakfast buffet ni dah pakej sekali dengan penginapan untuk dua orang. Tempat buffet di restoran yang sama masa makan malam. 
Menu untuk sarapan pagi - dari masakan melayu, cina, india & western. Name it. Rambang mata nak pilih makan apa. 
Kena tahu tricks bila makan style buffet ni, jangan ambil semua sekaligus & dalam kuantiti yang banyak. Makan sikit-sikit. Ambil menu tu sikit, makan. Lepas tu ambil menu lain pula, makan. Sebab time untuk buffet biasanya lama..Jadi kita makan santai-santai je. Makan, rileks jap. Rasa boleh masuk lagi makanan, baru pi ambil lagi menu apa yang kita nak. Pihak  hotel pun sentiasa refill makanan dalam tray tu, jadi jangan risau makanan habis. Kalau risau makanan yang kita nak makan habis, ambil yang tu dulu kemudian baru yang lain..Ikut keutamaan selera kita mana yang nak makan..Hah, ambil menu tu dulu. Lepas tu baru ambil menu lain pula.

Bila dah rasa tak larat nak  makan, stop. Jangan paksa makan juga lagi. Sat gi muntah dah satu hal. Membazir makan segala jenis makanan sebelum tu, betul tak

Ini tricks biasanya k.fiezz buat bila makan style buffet ni.  Makan sikit-sikit & ambil portion pun mengikut kesesuaian perut. Biar lah bangun duduk banyak kali pun. Tak payah nak segan sangat sebab kita bayar buffet tu, bukan free. Jadi terpulang pada kita nak ulang-alik berapa kali pun ambil makanan..Dari kita ambil banyak-banyak & membazir tak habis..Lagi sogan sebab orang tengok atas meja berlonggok pinggan berisi makanan tak habis.

So ni menu pilihan k.fiezz masa breakfast..

Bubur nasi. Sekali lupa buh garam & bahan-bahan sampingan..Tawar giler bubur. haha..Anggap lah makan makanan sihat..haha..


Honeystar + coco crunch + susu.. Bila ke hotel, wajib pilih menu ni..haha. Macam tak boleh beli sendiri kat rumah..


Mr hubby, baked beans + sosej.


Chee Cheong Fun..Sedap..Depan tu chocolate cup cake..


Macam biasa, wefie dulu. Ni patutnya gambar yang 1st tapi bila upload jadi ke bawah pula. Lantak lah malas nak betulkan.


Menu berat - Nasi lemak + rendang ayam + roti canai + buah + air teh O kurang gula.


Buah-buahan..Yogurt pun k.fiezz ada ambil juga tapi lupa nak snap. 
SEDAP TAK BUFFET DI AVANI?
Overall sedap & kena dengan tekak sis & mr hubby. Berbaloi harga makanan & rasa dia. Seimbang orang cakap

Paling best makan sambil mengadap pemandangan yang jarang kita jumpa sebab restoran ni di kelilingi laut..Layannn..Rasa lagi berselera makan.

So repeat Avani..Yeszaa..Setuju..hehe
MAKAN SEDAP, HATI SENANG...hehe

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2022/10/Buffet-Sarapan-Pagi-dan-Makan-Malam-Tema-European-Style-Di-Avani-Goldcoast-Resort-Sepang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuti Cuti Santai Kat Avani Sepang Goldcoast Resort

Cuti Cuti Santai Kat Avani Sepang Goldcoast Resort

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 364 hits
Release tension kat Avani Sepang Goldcoast Resort Kisahnya mr hubby bawa k fiezz bercuti ke Avani Sepang ni untuk hilangkan kesedihan lepas failed IVF yang k fiezz buat bulan Ogos lepas Jadi mr hubby bawa k fiezz pi bercuti ni Tantiu sayang...
Roti Ular Untuk Sarapan Pagi Atau Makan Malam

Roti Ular Untuk Sarapan Pagi Atau Makan Malam

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 336 hits
Assalammualaikum Dunia Halloooo Korang kerje ke tue Samalah kita Tunggu cuti Deepavali plak tiberrrOkew nak share lah hari tue ada pi makan roti canai Ehhhh ada roti baru lar roti Ular Haaa berani tak nak makan Ni lar ghupa roti ular Jom ma...
Tips Cara Susah Tidur Malam Kurang Vitamin D Harus Makan Apa

Tips Cara Susah Tidur Malam Kurang Vitamin D Harus Makan Apa

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 318 hits
Tips Cara Susah Tidur Malam Kurang Vitamin D Harus Makan ApaTips Cara Susah Tidur Malam Kurang Vitamin D Harus Makan Apa Saya mengalami simptom sejak dari bulan 7 Susah tidur malam Tidur sekejap tiba tiba terjaga tak dapat sambung tidur Sia...
Sarapan Pagi Yang Hotel Provided

Sarapan Pagi Yang Hotel Provided

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 239 hits
Assalamualaikum Seawal pagi kan kul 7am kami dah turun sarapan dah memang macam yang kami duga sarapan kat kedai mamak semalam tu ada la a few menu yang ditawarkan ada english breakfast dan roti canai ada goreng goreng SA pesan maggi goreng...
Makan Malam Di Restoran Kemangi Pontian

Makan Malam Di Restoran Kemangi Pontian

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 289 hits
Hujung minggu memang suami MY akan bawa anak isteri makan di luar Paling kurang dalam seminggu adalah sekali sesi makan kat luar Kesian anak anak Hari sekolah pagi petang sekolahnya Hari cuti pergi tuisyen luar lagi Tanya anak anak nak maka...
Makan Malam Di Sds Taman Universiti

Makan Malam Di Sds Taman Universiti

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 473 hits
Hari Selasa pagi nak pergi Mersing Malam sebelumnya tu baru teringat lupa nak ambil kunci projek rumah tu hahahadoi Suami MY ajak anak bujang tu teman dia pergi opis ambil kunci Tapi semua melompat nak mengikut So bawa lah semua pergi ke Ta...
Lepak Makan Malam Aneka Menu Di Bangi Square 2

Lepak Makan Malam Aneka Menu Di Bangi Square 2

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 253 hits
Nii kali kedua kak ana ke Bangi selepas Kak Long bernikah Kami ke rumah Kak Long bawa tok pula kali ni sekali dengan adik kak ana sekeluarga Memang dah plan nak cari baju untuk majlis resepsi Kak Long hujung bulan nanti Orang kata Bangi lah...
Nasi Berlauk Ayah Su Jak Kg Seberang Kastam Kuala Besut Destinasi Sarapan Pagi Lejeng

Nasi Berlauk Ayah Su Jak Kg Seberang Kastam Kuala Besut Destinasi Sarapan Pagi Lejeng

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 257 hits
Nasi berlauk Ayah Su Jak di Kg Senerang Kastam Kuala Besut sememang antara kedai sarapan pagi yang amat sinonim dengan orang Kuala Besut Terletak berhampiran dengan jambatan Kuala Besut merupakan destinasi sarapan pagi warga nelayan sebelum...
Malam Berinai

Malam Berinai

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 84 hits
Assalamualaikum Tajuk x leh blah kan x yah nak kontoversi sangat SA kang orang yang x suka tu gelabah puyuh plak kang katanya merenyam nak kawen sangat tapi memang kalau dah sampai masa pun SA tetap akan kawen kan x yah la nak x suka sangat...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik